You are on page 1of 2

1.

0 Pengenalan
Pendapatan menurut Lembaga Hasil dan Cukai merujuk kepada pendapatan seseorang
pekerja daripada penggajian termasuk upah,gaji, saraan, gaji cuti, bayaran komisen, bonus,
ganjaran, penambahan atau elaun (sama ada dalam bentuk wang atau sebaliknya ) yang berkaitan
dengan mempunyai atau menjalankan penggajian. Pendapatan penggajian juga meliputi semua
bentuk saraan termasuk elaun, misalnya elaun perumahan,elaun perjalanan, elaun keraian, adalah
dikira sebagai pendapatan kasar jika dapat ditunjukkan bahawa elaun-elaun tersebut terbit
daripada mempunyai atau menjalankan penggajian.

Perbelanjaan pula adalah cara atau kaedah mengeluarkan wang dan berkait rapat dengan hal
berbelanja atau apa-apa yang dibelanjakan. Namun, terdapat perbezaan tentang cara seseorang
berbelanja kerana jumlah pendapatan dan taraf hidup yang berbeza-beza. Oleh hal yang
demikian, pengkaji ingin mengkaji perbandingan pendapatan dan perbelanjaan antara guru yang
gred DG44 dengan guru gred DG48 di Sekolah Menengah Kebangsaan Merbok (SMKM).

Menurut Kamus Dewan terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi Keempat (2005), gred
ialah pangkat atau tingkat kelulusan yang dicapai oleh seseorang. Perkhidmatan pendidikan bagi
kakitangan kerajaan untuk Pegawai Perkhidmatan Pendidikan, Guru Sekolah, Guru Bahasa,
Guru Besar, Penolong Kanan dan Pengetua dikelaskan mengikut gred gaji bermula dengan huruf
DG. Gred DG bagi golongan kakitangan kerajaan ini bermula dengan DG29 dan berakhir dengan
DG54 manakala jawatan yang tertinggi ialah Jawatan Utama Sektor Awam (JUSA). Syarat
seseorang guru akan memperoleh gred DG44 adalah setelah sekurang-kurangnya 8 tahun
mengajar manakala bagi gred DG48 pula adalah setelah 8 tahun berkhidmat di DG44. Gaji
minimum bagi gred DG44 ialah RM 3,371.00 dan maksimumnya pula adalah sebanyak RM
9,414.00. Kadar pergerakan gaji berasaskan kadar tetap 2% daripada gaji maksimum adalah
sebanyak RM 282.42. Bagi gred DG48 pula gaji minimum adalah sebanyak RM 4,92.00 dan
maksimumnya ialah sebanyak RM 10,560.00. Kadar pergerakan gaji berasakan kadar tetap 2%
daripada gaji maksimum adalah sebanyak RM 316.80.

Sekolah Menengah Kebangsaan Merbok telah ditubuhkan pada tahun 1966 dan beroperasi
sementara di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina di Semeling. Pada masa itu, hanya terdapat 2 kelas
sahaja iaitu aliran Melayu. Pada tahun 1967 aliran Inggeris telah diperkenalkan dan jumlah
pelajar adalah sebanyak 30 hingga 40 orang pelajar sahaja yang terdiri daripada keturunan
Melayu, Cina dan India. Pada masa itu sekolah ini diberi nama Sekolah Menengah Merbok.
Setelah sekolah baru siap dibina, semua pelajar dari sekolah tumpangan berpindah ke sekolah
sebenar.

Sekolah ini telah dirasmikan oleh Mantan Menteri Pelajaran iaitu Encik Mohammad Khir
Johari. Perasmian ini berlangsung pada tahun 1969 dan pelajar bertambah pada waktu itu,
antaranya ialah 3 kelas aliran Inggeris dan daripada tingkatan peralihan hingga tingkatan 2. Bagi
aliran Melayu tingkatan tertinggi pada waktu itu ialah tingkatan 4 Sastera. Mana-mana pelajar
yang cemerlang dan ingin melanjutkan pengajian ke bidang sains terpaksa bertukar ke sekolah
lain seperti Sekolah Menengah Khir Johari di Sungai Petani. Aliran Inggeris hanya setakat
tingkatan 3 sahaja. Untuk menyambung ke tingkatan seterusnya berhijrahlah para pelajar ke
tempat baharu seperti aliran teknik, vokasional dan sains di tempat-tempat lain.

Rasional kajian ini dibuat adalah kerana ramai antara guru yang mengajar di sekolah ini
tinggal di kawasan berdekatan sekolah seperti Taman Lembah Bujang, Sungai Layar, Sungai
Lalang dan di sekitar kawasan Sungai Petani yang mengambil masa selama 10 hingga 30 minit
sahaja untuk ke sekolah. Lokasi SMKM yang berada di luar Bandar telah membuatkan saya
tertarik untuk mengkaji pendapatan dan perbelanjaan para guru di sekolah tersebut.

Objektif Kajian :-
a) Mengenal pasti perbezaan pendapatan dan perbelanjaan guru gred DG44 dengan guru
gred DG48 di SMK Merbok, Kedah.
b) Mengkaji perbelanjaan yang diamalkan oleh guru gred DG44 dengan guru gred DG48 di
SMK Merbok, Kedah.

You might also like