You are on page 1of 3

Pada era pascaglobalisasi dan era kemodenan ini, kadar pelajar yang membawa

bekal ke sekolah semakin hangat diperkatakan dari bibir ke bibir seolah-olah tiada
nokhtah pegakhiran.Hal ini kerana mereka menganggap bahawa membawa bekal
ialah sesuatu perkara yang tidak penting dan susah untuk
menyediakannya.Tambahan pula,ada segelintir pelajar yang berpendapat membawa
bekal ke sekolah ialah satu perkara yang memalukan kerana mereka dianggap
pelajar prasekolah.Selain itu,ibu bapa tidak mempunyai waktu untuk menyediakan
bekal kepada anak-anak kerana sibuk akan pekerjaan masing-masing.Sedarkah kita
bahawa,tiga perkara asas dalam membentuk tabiat pemakanan yang baik adalah
pengambilan sarapan,makanan tengah hari dan makan malam secara tetap.Semua
orang termasuklah golongan kanak-kanak perlu mengetahui bahawa faktor utama
yang menyumbang kepada tenaga untuk memulakan aktiviti seharian dengan baik
adalah pengambilan sarapan? Oleh itu,dengan menyediakan bekal ke sekolah maka
secara tidak langsung sarapan juga dapat disediakan.Persoalannya,apakah faedah
kempen membawa bekal ke sekolah diadakan?

            Antara tujuan membawa bekal ke sekolah ialah kebersihan dan kesihatan
terjamin.Menteri Kesihatan,Datuk Seri Dr S.Subramaniam berkata,kebanyakan
insiden keracunan makanan berlaku kerana pihak pengusaha kantin tidak mematuhi
pelbagai syarat yang ditetapkan dan kurang memberi tumpuan kepada aspek
kebersihan dan kesihatan dalam penyediaan makanan.Statistik Kementerian
Kesihatan menunjukkan peningkatan kes keracunan makanan sejak beberapa tahun
yang lalu dengan 3822 kes pada 2010,3959 kes pada 2011,4305 kes pada 2012 dan
5017 kes pada 2013.Beliau bekata lagi bahawa sebanyak 5,265 kes keracunan
makanan di negara ini adalah 43 peratus daripada 12,122 kes keracunan makanan
yang berlaku di seluruh negara.Oleh itu,membawa bekal ke sekolah sekurang-
kurangnya dapat mengelakkan kita daripada terkena jangkitan penyakit kerana
mencengah lebih baik daripada merawat.Di samping itu,makanan yang disediakan
oleh ibu bapa lebih berkhasiat,bersih dan berkualiti.Kajian mendapati nutrisi baik dan
pengambilan gizi yang seimbang bukan saja mampu membantu perkembangan
fizikal,malah dapat meningkatkan kalsium dan vitamin khususnya dalam menjadikan
anak-anak lebih kuat dan merangsang keupayaan minda yang lebih cerdas.Oleh
itu,membawa bekal ke sekolah mempunyai banyak faedah yang boleh diperolehi
oleh pelajar terutamanya dalam menjaga kebersihan dan kesihatan diri.

             Selain itu, dengan membawa bekal ke sekolah pelajar dapat merialisasikan
amalan menabung dalam kehidupan seharian.Hal ini kerana pelajar boleh
menyimpan wang saku yang diberi oleh ibu bapa dengan hanya membawa bekal ke
sekolah dan cicir dipungut,hilang dicari dapat dielakkan.Aspek ini diketengahkan
kerana pada zaman milineum ini,kos kehidupan dijangka semakin meningkat dan
memerlukan kebestarian akal dalam menghadapinya.Wang tabungan amat penting
dan perlu direncanakan secara sistematik agar pendapatan bulanan dapat
dibelanjakan secara berhemah.Kek pendapatan perlu dibahagikan dengan bijak dan
memastikan sebahagiannya disimpan sebagai wang tabung.Oleh tu,dengan
membawa bekal kita juga dapat melatih diri supaya lebih matang dan proaktif dalam
mengharungi tingkap globalisasi yang  kian mencabar pada saban hari dan sentiasa
ingat akan peribahasa ukur baju di badan sendiri dan ingat sebelum kena jimat
sebelum habis.Sikap ini haruslah dibentuk dari usia setahun jagung bak kata
pepatah melentur buluh biarlah dari rebungnya.Maka jelaslah bahawa membawa
bekal ke sekolah mendatangkan lebih banyak faedah daripada keburukan.
               Di samping itu,bulan semakin terang,bayang kian jelas bahawa terdapat
pelbagai faedah membawa bekal ke sekolah antaranya ialah dapat menjimatkan
masa.Hal ini kerana masa yang diperuntukkan untuk pelajar rehat ialah singkat iaitu
antara 25 hingga 30 minit sahaja.Bagi pelajar yang faham dan berketerampilan
dalam pengurusan masa yang baik dapat mengatasi masalah tersebut namun apa
pula yang terjadi kepada pelajar yang kurang memahaminya dan tidak menghayati
akan masa yang sudah diberi? Menurut pemerhatian yang telah ditelusuri di Sekolah
Menengah Kebangsaan Air Tawar,para pelajar biasanya akan mengambil masa
sekurang-kurangnya tiga hingga lima minit untuk sampai ke kantin.Hal ini kerana
kelas pelajar yang jauh menjadi faktor utama bagi membahas isi yang telah
diberikan.Oleh itu,membawa bekal dapat menjimatkan masa kerana masa itu ibarat
pedang,jika kita tidak menggunakan untuk memotong,pedang itu akan memotong
kita.

                Sementalan pula,faedah-faedah membawa bekal ke sekolah yang boleh


kita perolehi ialah dapat mengeratkan hubungan silaturrahim antara ibu bapa dan
rakan-rakan.Dalam menyoroti hal ini aspek jasmani,emosi,intelektual dan sosial yang
termaktub dalam Falsafah Pendidikan Negara mampu menjadi platform utama dalam
menyingsatkan sesuatu hubungan khususnya apabila bersama ahli keluarga.Hal ini
kerana ibu bapa dapat memberikan kasih sayang yang secukupnya dalam diri anak-
anak apabila mereka berjaya mengukir senyuman anak-anak walaupun hanya
menyediakan bekal sebelum mereka ke sekolah.Begitu juga dengan prakarsa yang
dimainkan oleh anak-anak yang sentiasa bersyukur dan menghargai pemberian ibu
bapa mereka walaupun hanya sebesar tapak tangan.Hal demikian dapat
menghasilkan lebih banyak keluarga yang merealisasikan pepatah bagai aur dengan
tebing dan sepakat membawa berkat dalam kehidupan harian
mereka.Seterusnya,hubungan ukhuwah yang kukuh dan ampuh antara rakan dapat
diwujudkan dengan saling berkongsi makanan dan mempelajari tentang jenis-jenis
makanan serta budaya pemakanan pelajar lain terutamanya yang berlainan
bagsa.Eksplisitnya,sudah terang lagi bersuluh bahawa kita dapat mengadaptasi
pelbagai faedah dengan membawa bekal ke sekolah serta perpaduan negara dapat
ditingkatkan bagai seikat bak sirih,serumpun bak serai.

              Sedawarsa ini,pada era ledakan maklumat dan bahang indrustrialisasi kini
konsep bagai enau di dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing sudah
menjadi perkara yang biasa yang sebati dalam kehidupan kita.Oleh itu,membawa
bekal ke sekolah mampu mengubah persektif yang negatif kerana ambil yang jernih
buang yang keruh dengan penyerapan nilai-nilai murni dalam hidup mereka.Hal ini
kerana pelajar dapat meningkatkan nilai murni dalam kehidupannya dengan
membantu rakan yang terlupa membawa wang ke sekolah.Pelajar tersebut boleh
berkongsi makanan di samping menyemai sikap kasih sayang dan nilai
persahabatan yang kukuh antara rakan.Selain itu,pelajar yang berjaya mengaplikasi
amalan menabung boleh menjadikan amalan menderma sebagai satu ambang bagi
meneruskan amalan yang baik dengan menderma sedikit wang sekurang-kurangnya
seminggu seringgit kepada golongan yang memerlukannya.Oleh itu,sikap
berdikari,bertanggungjawab dan proaktif dalam diri para pelajar dapat
disemai.Peribahasa yang sesuai ialah tak kaya oleh emas pembawa,tak gadis oleh
kain berselang.Maka,sudah tidak boleh dinafikan lagi bahawa membawa bekal ke
sekolah mempunyai lebih banyak faedah yang boleh diteladani.
                  Intijahnya, sudah terang lagi bersuluh bahawa terdapat pelbagai faedah
yang dapat diimplementasikan untuk memupuk amalan membawa bekal ke sekolah
dalam sanubari para pelajar yang disignifikan.Oleh itu,pihak lain seperti pihak
kerajaan dan ibu bapa haruslah memainkan peranan yang jitu supaya peribahasa
seperti ketam yang mengajar anaknya berjalan betul tidak diamalkan dan
melakukannya dengan istiqamah bukanlah sekadar hangat-hangat tahi ayam
mahupun melapaskan batuk di tangga.Pelajar haruslah merebut peluang tersebut
dan berganding bahu kerana bertepuk sebelah tangan takkan berbunyi bagi
menghayati tujuan membawa bekal ke sekolah dalam kehidupan kita.

Faedah Membawa Bekal ke Sekolah

Bekal makanan merupakan makanan yang disediakan di rumah dan


dibawa ke sesuatu tempat. Akhir-akhir ini, semakin ramai murid yang
telah membawa bekal makanan ke sekolah. Budaya ini patut digalakkan
kerana terdapat banyak faedah melalui amalan ini.

Antara faedah yang nyata ialah murid-murid dapat menjaga kesihatan.


Bekal makanan yang disediakan oleh ibu bapa merupakan makanan yang
berkhasiat, seimbang dan bersih. Dengan itu, murid tidak akan
mengambil makanan yang berlemak seperti ayam goreng, nuget dan
sosej di kantin sekolah. Keracunan makanan juga dapat dielakkan.

Selain itu, dengan membawa bekal makanan murid-murid dilatih untuk


berjimat cermat. Wang saku yang diberi oleh ibu bapa dapat disimpan
untuk masa depan. Wang tersebut dapat digunakan apabila berpeluang
melanjutkan pelajaran ke menara gading tanpa perlu membebankan ibu
bapa.

Di samping itu, amalan membawa bekal makanan ini juga dapat menjalin
hubungan rapat dengan keluarga. Sebagai contoh, anak-anak yang makan
makanan ibu atau ayah akan merasai kasih sayang keluarga. Ini secara
tidak langsung akan melahirkan anak-anak yang tahu menghayati dan
menghargai jasa ibu bapa.

Seterusnya, amalan membawa bekal ke sekolah dapat menjimatkan


masa. Murid-murid tidak perlu ke kantin dan berbaris bagi membeli
makanan. Masa yang lebih ketika waktu rehat ini boleh digunakan untuk
aktiviti yang berfaedah seperti membaca buku dan menyiapkan kerja
sekolah.

Jelaslah bahawa amalan membawa bekal makanan ke sekolah banyak


memberikan faedah kepada murid. Oleh itu, amalan ini perlulah
diterapkan kepada semua murid.

You might also like