You are on page 1of 7

4.

0 Dapatan Kajian

4.1 Apakah faktor yang menyebabkan kurang penumpuan dalam bilik darjah ?

Menerusi definisi yang di lontarkan oleh James (1890) menyatakan tumpuan itu

adalah terhad kerana manusia hanya mampu tertumpu pada satu perkara dalam satu masa.

Penumpuan ini turut mempunyai sifat terpilih kerana manusia boleh memilih sesuatu

tumpuan pada satu masandan penumpuan juga sangat berkait rapat dengan kosep

kesedaran yang merupakan satu situasi dalam apa-apa jua masa. Berdasarkan dari kajian

dan pemerhatian oleh pakar psikologi, didapati kurangnya penumpuan adalah berpunca

daripada kelembapan guru menggunakan sebaiknya kepakaran dalam pembelajaran.

Hakikatnya sistuasi ini mengalihkan perhatian pelajar dengan tabiat-tabiat lain.

Kepelbagaian kaedah penyampaian pengajaran merupakan kompenen yang penting

untuk memotivasikan minat dan penglibatan terhadap pelajarnya. Hal ini kerana

kepelbagaian teknik P&P ynag baik boleh membantu meningkatkan motivasi pelajar untuk

belajar. Dalam kes ini, dapat dikatakan bahawa kurangnya penumpuan dalam bilik darjah

adalah didorong oleh beberapa isu penting sebagaimana hal yang telah dibincangkan diatas

Berikut merupakan pandangan yang di utarakan oleh pihak yang di temu bual

menerusi soalan yang dinyatakan:

“Kalau kita tengok daripada segi faktor..Em kita


ambil kira luaran dan dalaman. Misalnya,
kebiasannya kalau dekat sekolah sekarang ni pun
bergantung kepada keupayaan guru untuk menarik
murid. Bagi saye guru tu penting,tu element utama
untuk budak-budak lebih perhatian, bukan
persekitaran bukan saja dari guru, itu bagi saye la.”
Berdasarkan kepada pandangan mengenai soalan yang diberikan dapat di

rumuskan disini bahawa beliau menjelaskan secara ringkas faktor penting yang menjadi

masalah penumpuan oleh pelajar dalam bilik darjah. Dalam situasi ini beliau

menitikberatkan dan mengangkat peranan guru itu sendiri dalam menjelaskan peranannya

dalam isu penumpuan pelajar dalam bilik darjah. Dalam konteks ini, guru-guru

merupakan orang yang berperanan penting dalam memastikan corak penyampaian sesuatu

mata pelajaran itu berkesan atau sebaliknya.

4.2 sejauhmanakah kurangnya penumpuan para pelajar dalam bilik darjah adalah

berpunca daripada penggunaan telefon bimbit ?

Era digital ini, penggunaan telefon bimbit dalam kalangan rakyat Malaysia semakin

meningkat dari semasa ke semasa. Menurut Kementerian Penerangan, Komunikasi dan

Kebudayaan, secara purata, seorang rakyat Malaysia kini memiliki dua buah telefon

bimbit. Statistik tersebut jelas menunjukkan bahawa telefon bimbit sememangnya menjadi

satu keperluan dalam kehidupan kita.

Marcapada ini, telefon bimbit menjadi satu daripada alat komunikasi yang

menguasai dunia tanpa memilih usia, status dan kedudukan ekonomi seseorang. Tidak

hairanlah telefon bimbit menjadi medium penting untuk masyarakat berinteraksi dalam dan

luar negara. Namun begitu, penggunaan telefon bimbit mendatangkan pelbagai kesan

buruk dan baik terhadap pengguna, khususnya pelajar sekolah. Dalam kalangan pelajar

sekolah hari ini, telefon bimbit sinonim dengan mereka. Malah, ada ibu bapa yang

berkemampuan menyediakan telefon bimbit untuk kegunaan anak-anak.

Telefon bimbit atau telefon mudah alih merupakan alat komunikasi utama untuk

masyarakat berinteraksi serta berkomunikasi sama ada dalam mahupun luar negara. !

erkembangan dunia teknologi maklumat saban tahun telah menginterpretasi kehidupan


individu ke arah lebih tersusun dan sistematik. Dengan kecanggihan teknologi ini, ianya

telah mengubah lanskap dan pola norma kehidupan individu ketika berhadapan dengan

seribu satu kecanggihan. Bagi pelajar-pelajar, tentunya menganggap langkah ini sebagai

suatu kemudahan yang menyeronokkan dan ditunggu-tunggu manakala golongan ibu bapa

ada yang merasa lega kerana boleh mengikuti perkembangan anak mereka di sekolah dan

pada masa sama tidak kurang ramai juga bimbang dengan kesannya kepada anak-anak

apabila membawa alat komunikasi itu ke sekolah. Berikut merupakan lontaran idea yang

dicurahkan oleh pihak yang ditemubual yang memiliki pandangan tersendiri mengenai

soalan yang telah diajukan.

“Bagi saye, kebanyakan masa memang benda tu


akan menggangu, kenapa kita yang belajar di
peringkat menaran gading sha pun penggunaan
telefon bimbit tu dalam bilik darjah adalah
menggangu sangat-sangat dalam proses
pembelajaran berlangsung. Kebanyakan pelajar
sekarang ini, dia terlampau senang di ”strick”,
lagi-lagi kita dengan disajikan dengan bayak
aplikasi seperti Tik-Tok, Instagram, whatssap,
jadi benda-benda tu bagi saya,walapun kita
Nampak “flow” dia, penggunaan telefon bimbit
semasa P & P, kita Nampak, kita boleh buat
mana-mana modul atau penggunaan
application yang tersedia tapi kos dia telampau
banyak, keburukan dia telampau banyak
semasa sesi tersebut berlangsung sebap kita tak
boleh nak view semua orang lihat about 30
orang pelajar dalam satu-satu masa, setiap
orang bawa telefon, bayangkan apa jadi.
Bayangkan apa jadi, kira macam tulah.”
Berdasarkan kepada idea yang diberikan jelas sekali beliau menyokong alat telefon

bimbit merupakan penyakit utama yang meracuni para pelajar sehinggakan menyebabkan

ketidaktumpuan dalam P&P. Hakikatnya, beliau menyatakan bahawa penggunaan

tekonologi seumpama ini lebih memperlihatkan banyaknya keburukan daripada

manfaatnya. Justeru itu, idea beliau begitu jelas memanifestasikan penggunaan telefon

bimbit begitu berperanan dalam mengalihkan perhatian para pelajar semasa proses
pembelajaran berlangsung. Sungguhpun demikian, saya berani menyatakan persepsi yang

bersifat agrumentatif mengenai hujah beliau dimana sebenarnya sebagai seoarang guru

yang sudah memiliki pelbagai kepakaran dan pendekatan mengenai hal ini tentu sekali

situasi ini dapat dikawal dengan sebaiknya dengan kata lain penggunaan alatan ini tidak

disalah ertikan fungsinya ketika dalam pembelajaran di kelas berlangsung. Guru

sewajarnya bertindak tegas dalam mempraktikan penggunaanya dalam bilik darjah

bukannya terus memanjakan penggunaannya. Hal ini penting bagi mengelakkan murid

sewenang-wenangnya menggunakan telefon bimbit untuk tujuan yang lain.

4.3 Sebagai seorang guru, apakah langkah atau kaedah pembelajaran yang cikgu

gunakan semasa di bilik darjah untuk menarik minat pelajar?

Dalam kajian yang dijalankan oleh Rohani Arbaa (2010) telah menyatakan bahawa

pembangunan pendidikan berkualiti serta bertaraf dunia merupakan agenda utama

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Agenda penting ini memanifestasikan guru

sebagai golongan yang terlibat secara langsung untuk melaksanakan daya usaha dan

pendekatan dari segi pengajaran dalam meningkatkan kualiti pendidikan serta memastikan

pelajar sekolah memperoleh hasil-hasil pembelajaran yang maksimum. Oleh itu, para guru

perlu lebih kreatif serta inovatif dalam memastikan sistem penyampaian menajdi efektif,

menarik, menyeronokan dan dapat merangsang minat pelajar untuk belajar.

Sementara itu, guru memainkan peranan yang penting dalam menarik minat pelajar untuk

belajar dengan cara mempelbagaikan kaedah pengajaran. Guru yang bijak dalam

melaksanakan aktiviti di dalam kelas dengan menyediakan kaedah-kaedah yang sesuai

merupakan seorang guru yang bagus dalam proses meningkatkan minat pelajar itu sendiri.

Kaedah pengajaran yang berkesan adalah perlu bagi menarik minat pelajar untuk belajar.
Selanjutnya, apabila timbulnya minat pelajar untuk belajar secara tidak langsung

seseorang guru itu dapat meningkatkan keyakinan diri pelajar disamping meningkatkan

motivasi dalam diri mereka. Sebagai contoh dalam mata pelajaran Sejarah sememangnya

guru perlu memainkan peranan yang penting dalam usaha menarik minat pelajar.

Kebanyakkannya pelajar tidak suka mebaca kerana bosan. Justeru itu, sebagai seorang

guru harusnya tahu mengatasi masalah tersebut. Salah satu contoh inisiatif untuk

menjadikan pembelajaran lebih menarik adalah dengan menggunakan teknik lakonan dan

gaya penceritaan bagi memastikan pelajar tidak mudah mengantuk atau berasan bosan.

Berikut adalah cetusan idea yang dilontarkan oleh pihak yang ditemubual megenai

dengan pendekatan yang terbaik dalam menarik minat pelajar dalam proses pembelajaran

berlangsung.

Kiranya, kalau sebagai, seorang guru, sebelum kita masuk

kedalam kelas , kita perlu menyediakan rancangan

pengajaran harian, dalam RPH itu, kita ada introduction

stage, semua benda tu kita guna pendekatan yang berbeza,

kita tak guna salah satu daripada awal kelas sampai habis.

Kita guna macam dalam powerpoints dalam satu jam stengah

tu sangat-sangat membosankan, menulis dalam masa satu jam

stengah pun sangat-sangat membosankan. Pelajar mengikut

kajian terdapat, tumpuannya paling kuat hanya 20 minit, lepas

tu dia akan start benda lain. So masa every 20 minit try to

recycle, kita try to guna lagi benda-benda yang menarik.

Dalam seruan KPM, menyatakan pembelajaran kini


berpusatkan kepada pelajar. Begitulah cara kita Tarik balik

perhatian pelajar dalam kelas.

Berdasarkan kepada hujah beliau, menyatakan peranan Rancangan Pengajaran

Harian sebagai elemen penting dalam mengendalikan pengajaran di dalam kelas. Dalam

erti kata lain, Rancangan Pengajaran Harian merupakan rangka kerja aktiviti pengajaran

dan pembelajaran yang perlu disediakan oleh guru untuk beberapa waktu pelajaran dan

juga merupakan pelan pengajaran yang tersusun dan terperinci yang mengandungi

beberapa elemen yang perlu ditulis bagi bertujuan memudahkan guru mencapai objektif

yang telah ditetapkan.

Dalam kontek idea beliau jelas sekali RPH sebagai satu strategi atau aktiviti yang

terbaik bagi menyampaikan isi pelajaran yang bersesuaian dengan murid demi membantu

murid mengubah sikap, kebiasaan, kebolehan dan pengetahuan ke arah yang dikehendaki.

Menggunakan masa pengajaran secara optimum melalui strategi yang lebih tersusun dan

bersistem. Merancang penggunaan alat bantu mengajar yang sesuai. Mengembangkan

pengajaran secara lancar dan tersusun.Mengehadkan skop yang akan diajar dalam sesuatu

jangka waktu.

Tambahan pula, melalui rancangan pengajaran harian ini guru dapat meningkatkan

keyakinan diri dalam mengajar mengikut seperti yang telah dirancangkan. Ini dapat

membantu dalam kelancaran penyampaian input sesuatu sesi pengajaran dan pembelajaran.

Keadaan ini akan memberi kesan positif kepada situasi di dalam kelas kerana menerusi

rancangan ini tentunya akan membuat pelajar faham dan tertarik seterusnya minatnya

dapat di pupuk semula. Pendekatan ini amat penting dan cukup signifikan sebagai satu

cerminan kepada penerimaan konteks pengajaran guru oleh pelajar didalam kelas.

You might also like