You are on page 1of 1

Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid

Shah, lahir pada 8 Februari 1903 dan meninggal dunia pada 6 Disember 1990
merupakan Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu dari 1955, dan Perdana Menteri
pertama sejak kemerdekaan pada tahun 1957 sehingga 1970. Pembentukan Malaysia
pada tahun 1963 merupakan salah satu daripada pencapaiannya yang teragung.
Biasanya dikenali sebagai "Tunku", beliau juga dikenang sebagai "Bapa Kemerdekaan"
dan "Bapa Malaysia.
Sepanjang penglibatan Tunku Abdul Rahman dalam bidang politik,beliau banyak
memberi sumbangan kepada bangsa dan negara.Beliau merupakan pembina bangsa
dan cubamenyatupadukan rakyat Tanah Melayu yang berbilang kaum untuk menentang
kerajaanBritish dan menuntut kemerdekaan bagi Tanah Melayu.Demi perpaduan orang
melayu,beliausanggup menyuarakan bantahan terhadap Malayan union dan menghadiri
perjumpaan- perjumpaan menentang Malayan Union di Alor Setar serta mengorbankan
kerjayanya untuk mengambil alih teraju kepimpinan UMNO.Sebagai seorang tokoh
yang berjaya,beliau turutdikenal sebagai bapa keamanan dan perpaduan kerana
sikapnya yang cintakan keamanan dan perpaduan.Beliau sanggup menerima sebarang
halangan dan cabaran demi perpaduannegara.Sebagai contoh,pada tahun 1955,Tunku
Abdul Rahman sebagai Ketua Menteri telahmewakili kerajaan British untuk menghadiri
Rundingan Baling yang dianjurkan oleh pihak parti Komunis Malaya.Walaupun
rundingan ini gagal,tetapi telah berjaya mencipta imej beliau sebagai pencinta
kedamaian.
Tunku Abdul Rahman banyak memberi sumbangan terhadap perkembangan
agamaIslam.Beliau banyak melibatkan diri dengan usaha-usaha mengasas
pertandingan menbaca al-Quran.Beliau pernah menjadi Presiden PertubuhanKebajikan
Islam Malaysia(PERKIM)apabila persatuan itu ditubuhkan pada 20 Ogos 1960.Atas
kebolehan dan daya usahagigihnya,beliau berjaya meletakkan PERKIM sebagai
sebuah pertubuhan yang terkemukayang dan dihormati oleh semua negara
Islam.Beliau talah dilantik sebagai Setiausaha AgungSekreteriat Negara-negara islam
di Jeddah yang pertama pada 9 Jun 1970.Di bawah pimpinan beliau,pertubuhan ini
berjaya menark lebih 41 buah negara Islam menyertainya.Selepas bersara,beliau masih
aktif dalam menyumbangkan tenaga demi perkembangan islam.Pada 18 januari
1980,Beliau telah dilantik menjadi Presiden Regional Islamic Council for SoutheastAsia
and The Pacific(RISEAP) yang pertama oleh perwakilan di persidangan Negara-
NegaraIslam.
Segala jasa dan sumbangan yang beliau curahkan akhirnya membolehkan
beliaumendapat penghargaan dari negara Pakistan dengan Anugerah hadiah Hijrah
padabulan MAC1983,dan Anugerah AL-Malik Faisal dari negara Arab Saudi pada tahun
yang sama.

You might also like