You are on page 1of 6

BENGKEL PEMBINAAN ITEM BAHASA MELAYU PT3 PPD KOTA TINGGI 2019

Jenis item Kalsifikasi Eviden Konstruk Konteks Aras Kesukaran

Respon Pemindahan Pemahaman dan analisis Buku Teks Tingkatan 1 Sederhana


Terhad maklumat Tema : Keselamatan
Tajuk : Sayangi Nyawa Anda

SET 1
BAHAGIAN C
RINGKASAN
[ 15 markah ]
[ Masa dicadangkan 15 minit ]
Baca petikan di bawah ini dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis ringkasan
tentang kesan apabila berlaku banjir. Panjangnya ringkasan anda hendaklah antara 80
hingga 100 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri
tanpa mengubah maksud asal petikan.

Banjir yang berlaku di negara kita berpunca daripada fenomena semula jadi dan
kerakusan manusia memusnahkan persekitaran. Tindakan manusia memusnahkan alam
sekitar pula akan menyebabkan berlakunya banjir kilat. Apabila air banjir bercampur lumpur
bersatu dengan air longkang dan sampah sarap akan mengundang pelbagai penyakit.
Antara penyakit tersebut termasuklah cirit-birit, penyakit kulit dan kuman parasit. Air banjir
yang tercemar ini juga akan mengakibatkan sistem badan terganggu apabila memasuki
liang rongga, mulut, dubur dan lain-lain.
Golongan kanak-kanak sering mengambil kesempatan untuk bermain banjir dengan
riangnya tanpa diawasi oleh ibu bapa menyebabkan mereka terdedah kepada risiko
kecederaan kerana terkena benda tajam. Kanak-kanak yang riang bermain banjir juga boleh
dibawa arus deras dan kelemasan. Selain itu, sampah sarap dari kawasan rendah akan
menjadi tempat tumpuan binatang berbisa yang amat berbahaya seperti ular, kala jengking
dan lipan.
Bencana banjir juga akan menyebabkan mangsanya menghadapi tekanan emosi.
Gangguan emosi berlaku kerana banjir menyebabkan harta benda mereka rosak. Di
samping itu, kes kecurian juga sering berlaku ketika penghuninya berada di pusat
pemindahan banjir. Banjir yang berlaku saban waktu bukan sahaja akan mendatangkan
kesan buruk kepada mangsa tetapi juga kepada seluruh masyarakat dan kerajaan.

Dipetik dan diubah suai daripada


‘Elak penyakit ketika banjir’
Oleh Fauzan Ammar Azman,
Dewan Siswa, Disember 2016
BENGKEL PEMBINAAN ITEM BAHASA MELAYU PT3 PPD KOTA TINGGI 2019

KBAT

Stimulus Pelbagai Tahap Pemikiran Konteks Bukan Lazim Situasi Sebenar Dalam Kehidupan Item Tidak Berulang
    

Keakuran Ketepatan / Kejelasan Kesesuaian

Kurikulum Spesifikasi Peluang Konstruk Konteks Jelas Aras Kesukaran Penting Adil
        

Status Penjaminan Kualiti Item

Diterima Dipertimbangkan Ditolak


BENGKEL PEMBINAAN ITEM BAHASA MELAYU PT3 PPD KOTA TINGGI 2019

Jenis item Kalsifikasi Eviden Konstruk Konteks Aras Kesukaran

Respon Pemindahan Pemahaman dan analisis Buku Teks Tingkatan 2 Sederhana


terhad maklumat Tema: Utamakan keselamatan
Tajuk : perangi jenayah ragut

SET 2
BAHAGIAN C
RINGKASAN
[ 15 markah ]
[ Masa dicadangkan 15 minit ]
Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan
tentang faktor berlakunya jenayah ragut di Malaysia .Panjang ringkasan anda hendaklah
antara 80 hingga 100 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda
sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.

Menurut laporan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman,jenayah ragut menunjukkan
hanya dua peratus daripada keseluruhan indeks jenayah di Malaysia. Namun demikian, cara
pelakuan (modus operandi) yang digunakan dalam jenayah ini menjadikannya sesuatu yang
sensasi untuk dilaporkan oleh media massa.

Dalam banyak kes,keadaan mangsa mendorong jenayah ragut berlaku.Mangsa ragut


sering berjalan bersendirian. Suasana sekeliling juga menggalakkan peragut melakukan
jenayah ini. Biasanya mangsa berada di persekitaran yang sunyi, agak jauh daripada
pandangan orang ramai. Kajian juga menunjukkan bahawa mangsa sering leka atau lalai
ketika berada di tempat awam. Keadaan sebegini akan menyebabkan peragut mengambil
kesempatan. Biasanya mangsa akan berasa selamat ketika berada di tengah-tengah orang
ramai, namun pergerakan mereka sentiasa diperhatikan oleh peragut. Peragut yang berasa
bahawa mereka mempunyai ruang untuk melarikan diri akan melakukan jenayah ini secara
spontan.

Jenayah ini biasanya dilakukan oleh penagih dadah, penganggur dan warga asing. Ada
juga yang melakukan jenayah ini untuk dijadikan punca pendapatan. Ketagihan dadah dan
kesempitan hidup menyebabkan mereka mengambil jalan mudah untuk mendapatkan wang.
kebanyakan mangsa ragut pula terdiri daripada wanita. Umumnya, fizikal wanita yang lemah
dan seringkali membawa beg tangan semasa berjalan, menjadikan mereka sasaran utama
peragut. Semua pihak perlulah bekerjasama agar jenayah yang menakutkan ini dapat
ditangani sebaik-baiknya.

(Diubahsuaikan daripada rencana “Jenayah Ragut Meningkat”)


Dewan Masyarakat, Oktober,2004
BENGKEL PEMBINAAN ITEM BAHASA MELAYU PT3 PPD KOTA TINGGI 2019

KBAT

Stimulus Pelbagai Tahap Pemikiran Konteks Bukan Lazim Situasi Sebenar Dalam Kehidupan Item Tidak Berulang
    

Keakuran Ketepatan / Kejelasan Kesesuaian

Kurikulum Spesifikasi Peluang Konstruk Konteks Jelas Aras Kesukaran Penting Adil
        

Status Penjaminan Kualiti Item

Diterima Dipertimbangkan Ditolak


BENGKEL PEMBINAAN ITEM BAHASA MELAYU PT3 PPD KOTA TINGGI 2019

Jenis item Kalsifikasi Eviden Konstruk Konteks Aras Kesukaran

Subjektif Pemindahan Pengetahuan, pemahaman, Buku teks Tingkatan 3 Sederhana


respons maklumat Analisis Tema : Waspada Selalu
terbuka Tajuk : berhemah di Jalan Raya

SET 3
BAHAGIAN C
RINGKASAN
[ 15 markah ]
[ Masa dicadangkan 15 minit ]
Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan
tentang cara-cara untuk mengurangkan kemalangan jalan raya. Panjang ringkasan anda
hendaklah antara 80 hingga 100 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan
ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.

Kemalangan jalan raya sering berlaku di negara ini dan dilaporkan semakin
meningkat. Oleh itu, langkah-langkah untuk mengatasinya perlu dilakukan. Antara cara yang
dapat dilakukan ialah pihak berkuasa mengetatkan peraturan dan undang-undang jalan
raya.Tindakan tegas dan setimpal perlu dikenakan terhadap pesalah jalan raya.

Selain itu, kita mestilah menganjurkan kempen keselamatan jalan raya. Tujuan
kempen ini diadakan adalah untuk memberikan kesedaran kepada pengguna jalan raya
agar sentiasa berwaspada dan berhati-hati ketika berada di jalan raya. Pendidikan
keselamatan jalan raya yang dilaksanakan di sekolah merupakan langkah yang efisien untuk
meningkatkan kesedaran ini kepada kanak-kanak sejak awal lagi. Peribahasa ada
menyatakan kalau hendak melentur buluh, biarlah ketika rebungnya.

Seterusnya, setiap pengguna jalan raya mestilah memastikan keadaan kenderaan


mereka berada dalam keadaan baik sebelum memulakan perjalanan. Keadaan kenderaan
yang sempurna akan memastikan perjalanan lebih selamat dan terjamin. Begitu juga halnya
dengan keadaan jalan raya yang mesti dipastikan berada dalam keadaan yang selamat.

Para pengguna jalan raya juga sering dinasihatkan supaya berada pada tahap fizikal
dan mental yang baik ketika menggunakan kemudahan awam tersebut. Mereka sering
diingatkan juga supaya berehat seketika jika berasa letih atau mengantuk ketika sedang
memandu kenderaan. Sesungguhnya, banyak langkah dapat dilakukan untuk memastikan
kadar kemalangan jalan raya dapat dikurangkan. Pandu cermat jiwa selamat.

(Dipetik dan diubah suai daripada petikan karangan ‘cara-cara untuk


mengurangkan jumlah kemalangan jalan raya oleh pengguna’)
Buku Karangan Ramalan PMR 2013
BENGKEL PEMBINAAN ITEM BAHASA MELAYU PT3 PPD KOTA TINGGI 2019

KBAT

Stimulus Pelbagai Tahap Pemikiran Konteks Bukan Lazim Situasi Sebenar Dalam Kehidupan Item Tidak Berulang

/ / / / /

Keakuran Ketepatan / Kejelasan Kesesuaian

Kurikulum Spesifikasi Peluang Konstruk Konteks Jelas Aras Kesukaran Penting Adil

/ / / / / / / / /

Status Penjaminan Kualiti Item

Diterima Dipertimbangkan Ditolak

You might also like