You are on page 1of 2

Globalizes

Globalizes menurut kamus dewan edisi keempat ialah proses yang membolehkan sesuatu aktiviti
contohnya ekonomi, kebudayaan dan lain-lain disebarkan atau diperluas ke peringkat
antarabangsa atau ke seluruh dunia,terutamanya dengan adanya kemudahan sistem komunikasi
dan dasar terbukakepada pengaruh luar. Manakala pendidikan menurut kamus dewan ialah
aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan pembentukan dan perkembangan ilmu,
kemahiran,kerohanian dan jasmani manusia.

Manakala globalisasi pendidikan menurut kamus dewan edisi keempat ialah usaha untuk
mengubah suai atau memperbaharui sistem jentera pentadbiran daripada kurang cekap kepada
yang lebih cekap dan berkesan. Biasanya, reformasi diperlukan untuk menyelaraskan kehendak
persekitaran semasa yang sentiasa berubah-ubah di samping mempertingkatkan dinamika
organisasi serta mengambil peluang daripada kemajuan yang berlaku. Antara faktor penyebab
berlakunya reformasi ialah taraf pendidikan yang semakin meningkat, pertambahan bilangan
penduduk, desakan awam, peningkatan teknologi, era globalisasi, persaingan ekonomi dan
sebagainya.

Walaupun Globalisasi membawa faedah kepada setiap negara namun kesan globalisasi amat
dirasai oleh negara-negara membangun dan sedang membangun seperti Malaysia kerana negara
tersebut perlu bersaing dengan negara yang maju dalam pelbagai bidang contohnya ekonomi,
sosial, pendidikan dan sebagainya. Globalisasi pendidikan banyak mempengaruhi pembangunan
sumber manusia. Glabalisasi dalam dunia pendidikan sekarang ini memang diperlukan
untukmenghadapi tentangan global. namun demikian globalisasi pendidikan hendaklah tidak
meminggirkan masyarakat kita yang termasuk dalam golongan yang lemah agar kemajuan
bangsa dapat dinikmati bersama. Mengikut pandangan lain, globalisasi merujuk kepada satu cara
hidup tanpa sempadan dan saling berkaitan antara satu sama lain. Walaupun secara umumnya
globlisasi ini lebih memberi kesan kepada ekonomi dunia, namun dalam , globalisasi juga tidak
terkecuali. Di samping itu, globolisasi dalam pendidikan menyumbang kepada peningkatan mutu
pendidikan di Malaysia seterusnya mewujudkan sistem pendidikan yang cemerlang di seluruh
dunia. Selain itu, impak globalisasi kepada bidang pendidikan ialah pendidikan menjadi sejagat
atau luas iaitu dimana semua individu boleh mendapat pendidikan yang sama tanpa mengira taraf
ekonomi, sosial dan sebagainya. Dalam era globalisasi, isu dan cabaran globalisasi yang sentiasa
dibincangkan ialah pengaruh perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) yang
memberi kesan kepada semua masyarakat terutama dalam bidang pendidikan. Kemajuan dunia
globalisasi telah menukar cara pemikiran kita dalammengikut arus pembangunan. Ledakkan
maklumat yang berkaitan dengan perkembangan TMK telah meningkatkan mutu pendidikan di
negara kita secarameluas tanpa batasan. Di samping itu juga, pengaruh TMK telah
mempengaruhi gaya hidup rakyat Malaysia secara amnya dan pelajar secara khususnya
dalambidang pendidikan. Pengaruh TMK di era globalisasi ini dalam bidang pendidikan
menyediakanpeluang pendidikan yang luas kepada semua.

You might also like