You are on page 1of 5
PEJABAT PENGARAH (OFFICE OF THE DIRECTOR) NGS bay he! BT le JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN ta; sccs22re oss NW FEDERAL TERRITORY ISLAMIC AFFAIRS DEPARTMENT Faks : +603-2279 1575 i Kompleks Pusat Islam Erma: fo@lougoemy Jalan Perdana ‘ano cman gy 50676 Kuala Lumpur Hotline Penguatiuasaan:*-800-86-1771 Ruj. Kami: JAWI.K.100-3/6 (8) Tarikh ‘4 Jun 2020M 13 Syawal 1441H Pengerusi-Pengerusi Jawatankuasa Kariah Masjid dan Surau Jumaat di Wilayah-Wilayah Persekutuan Naqib Masjid/Ketua Imam Masjid di Wilayah-Wilayah Persekutuan Assalamualaikum Warahmatullah wth YBhg. Tan Sri/ Datuk Seri/ Dato’ Seri/ Datuk/ Dato’/ Tuan, KEBENARAN MELAKSANAKAN SOLAT BERJEMAAH BAGI MASJID DAN SURAU JUMAAT ZON HIJAU DI WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN SEPANJANG PENGUATKUASAAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN BERSYARAT (PKPB) BAG! TEMPOH 4 JUN HINGGA 10 JUN 2020 Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas. 2. Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Kesihatan _Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Putrajaya telah memberikan maklumat status kategori zon mengikut kes aktif COVID-19 Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya yang telah dikemaskini bagi 4 hingga 10 Jun 2020 3. Sehubungan dengan itu, semua masjid dan surau Jumaat di Wilayah- Wilayah Persekutuan di zon hijau seperti di LAMPIRAN 1, dibenarkan melaksanakan solat berjemaah termasuk solat Jumaat dengan syarat-syarat berikut: i. Mengehadkan bilangan jemaah tidak kurang 3 orang dan tidak lebih 30 orang pada setiap solat, ii, Menjaga jarak sekurang-kurangnya satu (1) meter antara jemaah, ili, Menyediakan pensanitasi tangan (hand sanitizer), buku rekod kehadiran dan termometer, JAWI.K.100-3/6 (38) KEBENARAN MELAKSANAKAN SOLAT BERJEMAAH BAGI MASJID DAN SURAU JUMAAT ZON HIJAU DI WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN SEPANJANG PENGUATKUASAAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN BERSYARAT (PKPB) BAGI TEMPOH 4 JUN HINGGA 10 JUN 2020 iv. Membenarkan jemaah yang memakai pelitup muka, membawa kad pengenalan, mendaftar kehadiran dan membawa sejadah sendiri sahaja dibenarkan masuk ke dalam surau, v. Membuat pemeriksaan suhu badan setiap jemaah, vi. Ahli jemaah hendaklah berwuduk di rumah masing-masing, vii Tidak bersalaman atau bersentuhan semasa berada di surau, vil. Mematuhi Garis Panduan Pelaksanaan Solat Jumaat, Solat Berjemaah, Solat Sunat Tarawih Dan Solat Sunat Aidilfitri Di Masjid, Surau Jumaat Dan Surau Terpilih Di Zon Hijau, Wilayah- Wilayah Persekutuan Dalam Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang dikeluarkan JAWI, dan ix, Mematuhi arahan keselamatan yang dikeluarkan dari semasa ke semasa oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). 4. Untuk makluman, kebenaran ini berkuat kuasa selama tujuh (7) hari mulai 4 Jun 2020 hingga 10 Jun 2020 dan tertakluk kepada perubahan status kategori zon yang akan dimaklumkan oleh JAW! dari semasa ke semasa. Kebenaran melaksanakan solat berjemaah boleh ditarik balik jika masjid, surau Jumaat atau surau yang diberi kebenaran didapati melanggar mana-mana syarat atau garis panduan ini. 5. Semua Pengerusi Jawatankuasa Kariah Masjid dan Surau Jumaat serta Naqib Masjid/Ketua Imam di seluruh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya dipohon mengambil maklum dan mematuhi ketetapan ini, JAWI.K.100-3/6 (32) KEBENARAN MELAKSANAKAN SOLAT BERJEMAAH BAGI MASJID DAN SURAU JUMAAT ZON HIJAU DI WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN SEPANJANG PENGUATKUASAAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN BERSYARAT (PKPB) BAGI TEMPOH 4 JUN HINGGA 10 JUN 2020 Perhatian dan kerjasama YBhg. Tan Sri/ Datuk Seri/ Dato’ Seri/ Datuk! Dato/ Tuan berhubung perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih. Sekian, wassalam. “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” Saya yang menjalankan amanah, @ (HAJI MOHD AJIB BIN ISMAIL, KM) Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Salinan Kepada: Pengerusi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) Timbalan Ketua Setiausaha Kanan Jabatan Perdana Menteri YDH Ketua Polis Kuala Lumpur Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Pengurusan Masjid JAW! Ketua Penolong Pengarah Kanan JAWI Caw, Labuan Ketua Penolong Pengarah Kanan JAWI Caw. Putrajaya Ketua Polis Daerah Labuan Ketua Polis Daerah Putrajaya LAMPIRAN 1 MASJID ZON HIJAU JAWI.K.100-3/6 (3g) BIL | _‘ MASJID ALAMAT |__| Masjid Amaniah Jalan Besar Kepong, Kepong 62100 Kuala Lumpur ~ 2 _| Masjid Salehuddin Al-Ayyubi | Taman Melati, Setapak, 53100 Kuala Lumpur 3__| Masjid Usamah Bin Zaid No. 8, Jalan 2/27A Seksyen 2, Wangsa Maju 53300 KL 4__| Masjid Al-Akram Kg. Dato’ Keramat, 54000 Kuala Lumpur EZ 5 | Masjid Al-Muttagin Jalan Wangsa Melawati 6, Wangsa Melawati, 53300 KL 6 _| Masjid Khalid Ibnu Al-Walid | Jalan Padang Tembak, 54100 Kuala Lumpur 7_| Masjid UTMKL | Jalan Semarak, 54100 Kuala Lumpur 8 _| Masjid Al-Mugarrabin "| Jalan Liku Tasek Selatan, Bandar Tasek Selatan, 57000 KL 9 _| Masjid tbn Khaldun Pekan Sungai Besi, 57000 Kuala Lumpur : 10 Al-Mukhiisin Taman Alam Damai, Cheras, 56000 Kuala Lumpur 1 Thorig bin Ziyad Pangkalan Tentera Darat, Kem Sungai Besi, 57100 KL 12_| Masjid Zaid Bin Thabit Desa Tun Razak, 56000 Kuala Lumpur 13 __| Masjid Al Mubarakah 21A, Jalan 12/144A, Taman Bukit Cheras, 56000 KL 14 | Masid Saidina Umar bin AL | o1an Setiabudi, Bukit Damansara, 50490 Kuala Lumpur 15 | Masjid Mahmoodiah Jalan 186, Presint 18, Putrajaya 16_| Masjid Jamek An-Nur Peti Surat 82197, 87029 W.P Labuan 17_| Masjid Al-Muttakin Taman 10FC, Kg. Kerupang 2 87000 W.P Labuan 18 een peo Kg. Layang-Layang, Peti Surat 81896 87028 W.P Labuan fet | Petes RR 0406 Kg. Rance-Ranca, 87000 W.P Labuan 20 _| Masjid Al-Muzakirullah Kg. Lubok Temiang, 87000 W.P Labuan 21 Masjid Nurul Iman Kg. Sungai Bedaun, Peti Surat 80812 87000 W.P Labuan 22 Masjid Nur Iman Kg. Ganggarak, Peti Surat 80693 87016 W.P Labuan 23 _| Masjid Jamek Adam Kg. Lajau, 87000 W.P Labuan 7 24 | Masjid Bebuloh Darat Kg. Bebuloh Darat, 87000 W.P Labuan _ 25 | Masjid Ar-Rahman Kg. Sungai Lada, 87000 W.P Labuan 26_| Masjid Sirajul Islam Kg .Tanjung Aru 87000 W.P Labuan 27_| Masjid Al-Falah Jalan Mohd Salleh, Kg. Bukit Kallam, 87000 W.P Labuan 28 | Masjid Munawwar | Kg. Pohon Batu, 87000 W.P Labuan 29_| Masjid Al-Ehsan Kg. Sungai Labu, 87000 W.P Labuan 30 | Masjid Sultan Muhammad V_| LS 7096, Jalan Pohon Batu, Kg. Lajau 87008 WP Labuan 31_[ Masjid AF-Hijrah Kg. Sungai Mir, 87000 W.P Labuan SURAU JUMAAT ZON HIJAU JAWI.K.100-3/6 (3@) BIL, ‘SURAU JUMAAT ‘ALAMAT 1_| Madrasah AlIsiah Ad-Diniah | No. 1A, Jin. Api-Api, Kepong Baru, 52100 Kuala Lumpur 2__| Madrasah ikhtisamiah Taman Melati, Gombak, 53100, Kuala Lumpur 3 | SurauBungaRaya Jalan Malinja Satu, Taman Bunga Raya, Setapak 53000 KL 4__| ArMadrasatul Itifagiyah Jalan Keramat Hujung, Kg. Datuk Keramat, 54000 KL 5 _| Madrasah Assa’adah Bandar Baru Wangsa Maju, Jin, Genting Kelang, Setapak, KL Surau Muhammad Al-Fateh | Unit Pertahanan Nasional, Malaysia, Kem Sungai Besi, KL Madrasah Nahdatul Diniah __| Kg. Malaysia Tambahan, Jalan Sungai Besi, 58200KL_ =| 8 _| Madrasah Nurul Yakin Pusat Serenti Sg Besi, 57000 Kuala Lumpur i 9 _| Madrasatul Ehsan Jalan Goh Bon, Taman Tayton View, 56000 Kuala Lumpur 10_| Surau Al-Ghazali Maktab Tentera Diraja, Kem Perdana Sg. Besi, 57000, KL 11_| Surau Ar-Raudhah Ins. Tadbiran Awam Negara, Jalan Bukit Kiara, 50490 KL 12__| Surau Istana Negara Jalan Istana Negara, 50500 Kuala Lumpur : 13_| Surau Hartamas Lot §1012, Jalan Sri Hartamas 4, Sri Hartamas, 60480 KL 14 _| Surau Utama Istana Negara_| Jalan Tuanku Abdul Halim, Bukit Damansara, 50480 KL 15 | Surau Ar-Rahman Jalan P 16 D Presint 16, 62250 Putrajaya 16 | SurauAlFurgan Jalan P11 ASI8, Persint 11, 62300 Putrajaya 17_| Surau A-Mizan Fasa 4A Jalan P82, Presint 8, 62000 Putrajaya. 18_| Surau As-Syakirin ‘SMK Putrajaya Presint 14(1), Jalan P14, 62300 Putrajaya 19 _| Surau Al-Munawwarah Kuarters Kerajaan, Parcel 5R3 , Presint 5 62200 Putrajaya 20 _| Surau Al-Muttaqin No. 1, Jin PSA Fasa 5R6, Presint 5, 62200 Putrajaya 21_| Surau A-Manar No. 8, Jalan P14 A1/2, Presint 14, 62050, Putrajaya 22 | SurauArRahim Lot PT10786, Jalan P15H, Presint 15, Putrajaya _ 23 | Surau Darul Ulum SMK (A) Putrajaya, Jin. P11E, Presint 11, 62350, Putrajaya 24 _| Surau Putra Al-Amin Jalan P8h, Presint 8, 62250 Putrajaya ~25__| Surau Baitul Makmur Kg. Durian Tunjung Peti Surat 81416 87000 W.P Labuan 26 _| Surau Ar-Raudhah Kg. Bukit Kuda, 87000 W.P Labuan 27 _| Surau Khalid Al Walid Kg. Batu Manikar 87000 W.P Labuan 28 | Surau Al Munawwarah Kg. Patau-Patau No.1 87000 W.P Labuan 29 _| Surau Darus Salam PP 0222 Kg, Patau-Patau 2 87000 W.P Labuan 30_| Surau An-Nur Rahim Kg. Sungai Buton 87000 W.P Labuan 31_| Surau Nurhidayah Per. Kos Rendah Batu Arang, Taman Ranca-Ranca 2 Labuan 32_| Surau Uwais Al-Garani Jalan Tanjung Kubong Ka. Pantai 87000 W.P Labuan 33 | Surau Al-Hikmah Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan 34 | Surau AlIrfan Kole] Matrikulasi Labuan, P. Surat 81735 87000 Labuan 35__| Surau As-Saadah Pangkalan Udara Labuan, 87000 W.P Labuan 36 _| Surau Ubudiyyah Perumahan Kakitangan Awam, Bukit Kuda, W.P Labuan 37_| Surau Nurul Islam Bandar Labuan, Jalan Merdeka D/A Sun Mart 87000 Labuan 38 | Surau AtTaqwa Petronas Methanol 87000 W.P Labuan

You might also like