You are on page 1of 14

Berhenti Merokok.

Teknik berhenti merokok dalam seminggu.

1
KANDUNGAN
Tajuk Muka surat
Pengenalan. 3
Kesan Merokok. 4
Maklumat musuh anda iaitu rokok. 5
Bagaimana anda boleh berhenti dari hisap rokok ? 6
Berhenti merokok dalam seminggu. 7
Bagaimana hendak menangani keinginan. 9
Mulakan azam anda untuk berhenti merokok. 10
Bagaimana hendak berhadapan dengan kesan 13
sampingan selepas berhenti merokok?
Kesimpulan. 14

2
Pengenalan.
Ebook ini di tulis untuk membantu anda menjadi seorang yang bebas dari rokok.
Ya! Bebas dari ketagih rokok.Tanpa ragu-ragu, anda boleh berhenti dari merokok
selepas seminggu anda mengambil keputusan untuk berhenti merokok. Anda
boleh meletakkan kepercayaan penuh terhadap ebook ini kerana segala
maklumat di dalam ebook ini adalah hasil kajian dari pusat kaunselling bebas
rokok dan beberapa buah organisasi.

Jika anda ingin berhenti dari merokok, adakah anda tahu apa yang perlu anda
lakukan untuk menahan gelora ketagihan merokok? Adakah anda tahu sebab
kenapa anda menyalakan rokok anda? Jika anda masih merokok, anda perlu tanya
pada diri sendiri, “ Adakah saya sudah bersedia untuk berhenti merokok?” Boleh
tak saya berhenti dengan jayanya.

Ada dua faktor yang akan membantu anda untuk berjaya. Faktor tersebut adalah

1. Anda mesti ada keinginan untuk berhenti merokok.


2. Anda mesti yakin bahawa anda boleh.

Bagi saya, semua manusia tiada masalah untuk menghadirkan keyakinan dalam
diri mereka. Seperti merokok, saya percaya anda tiada masalah untuk yakin
bahawa anda boleh berhenti mereka. Dah yakin tetapi kenapa masih gagal ?
Kegagalan selalunya berpunca dari pelbagai sebab yang lain dan jangan biarkan
tahap keyakinan dan keinginan anda jatuh.

Rokok sangat susah untuk di tinggalkan kerana ia selalunya memberi kesan


kepada minda anda. Ketagihan merokok memberi satu cabaran kepada perokok
untuk berhenti merokok. Anda perlu sedar akan perkara ini dan sepatutnya anda
boleh jangka apa yang bakal berlaku nanti. Apabila anda rasa semangat hendak
berhenti, lakukannya dengan bersemangat juga. Apabila anda mula rasa tidak
mampu, relaks dulu. Ia adalah proses biasa seorang perokok untuk berhenti
merokok.

3
Kesan merokok.
Berdasarkan pakar kesihatan, seorang perokok mempunyai 12 kali lebih risiko
untuk memperoh kanser paru-paru. Fikirkan perkara ini sejenak, bukankah
penting untuk anda hidup lebih lama supaya anda boleh merasakan kebahagian
hidup lebih lama dan berupaya menjimatkan kos perubatan yang semakin
meningkat.

Bahana merokok :

 10 kali lebih berisiko untuk menghidap kanser mulut


 12 kali lebih berisiko untuk menghidap kanser paru-paru
 10 kali lebih berisiko untuk menghidap kanser di larinks
 6 kali lebih berisiko untuk menghidap penyakit hati
 2 kali lebih berisiko untuk mendapat stroke.

Cukup !!! dari kenyataan di atas, sudah cukup alasan untuk anda berhenti
merokok.

Kewangan sekarang yang semakin meruncing memerlukan anda untuk lebih


berfikir secara rasional seperti adakah anda perlukan rokok untuk hidup?

Jika anda ingin berjaya, anda perlu jawab soalan di bawah dengan jujur :

1. Apa yang anda akan lakukan untuk mengurangkan keinginan merokok


setiap kali ia menyerang anda?
2. Apa yang anda lakukan untuk mengatasi ketagihan merokok?

4
Maklumat musuh anda iaitu rokok
Nikotin dari rokok berkebolehan untuk mencetuskan reaksi biokimia yang
memberi kesan yang cepat pada mood, kebolehan untuk berfikir secara waras
dan metabolism badan. Semakin banyak anda merokok, semakin kuat badan anda
bergantung kepada keperluan nikotin. Akibat dari kekerapan merokok, badan
anda telah menganggap nikotin adalah satu keperluan dalam badan. Hasilnya,
apabila kekurangan nikotin dalam badan, badan anda akan meminta anda untuk
merokok bagi menampung kekurangan nikotin.

Jika anda bukan perokok tegar, jangan cepat melatah kerana walaupun anda
hanya kadang-kadang menyalakan api rokok, ia tetap memberi kesan kepada
anda dari segi psikologi. Contohnya apabila anda merasa marah, anda perlukan
rokok untuk memberi ketenangan kepada anda. Lama-kelamaan, anda hidup
bergantung kepada nikotin.

Nikotin mengganggu fungsi sistem saraf anda dan seterusnya mengganggu sistem
badan yang lain. Nikotin sangat licik dalam melancarkan serangannya. Ia akan
membantu anda untuk berfikir lebih terang dan mengurangkan tekanan dan
membuatkan anda merasa relaks. Ingat, ia hanyalah nikmat sementara sahaja.
Dengan ini anda sudah tahu bagaimana nikotin memperdaya anda. Bagi saya,
seorang perokok telah di tipu oleh nikotin.

5
Bagaimana anda boleh berhenti dari hisap
rokok?
Nak berhenti merokok bukan mudah. Ia memerlukan usaha dari anda kerana
serangan dari pihak nikotin sangat kuat. Apabila anda merokok, segala urusan
dalam hidup anda bergantung kepada nikotin. Nikotin akan berusaha untuk
mempengaruhi anda merokok jika kadar nikotin dalam badan berkurangan.
Seorang perokok selalunya ketagih untuk merokok.

Melakukan aktiviti berbentuk fizikal banyak membantu seorang perokok untuk


berhenti dari merokok. Ada banyak perkara yang boleh memperngaruhi anda
ketika anda melakukan aktiviti berbentuk fizikal. Antaranya ialah :-

 Apabila kita aktif, kita akan lebih yakin pada keadaan diri kita dan percaya
kita mampu.
 Rasa lebih bertenaga dan mampu untuk menangani tekanan tanpa bantuan
nikotin,
 Bau rokok akan mula memualkan anda.

Apabila anda rasa untuk merokok, banguna dan lakukan pergerakan. Pergerakan
akan membantu anda untuk meringankan beban yang anda terima dari nikotin.

6
Berhenti merokok dalam seminggu
Kenapa anda perlu berhenti

 Anda akan hidup lebih lama


 Anda akan lebih bertenaga
 Peluang untuk mendapat serangan sakit jantung akan berkurangan
 Anda akan lebih tenang
 Semua manusia di sekeliling anda akan hidup dengan selesa.
 Jimat wang.

Bagaimana dan bila anda hendak berhenti merokok ?

Ada dua jalan yang sangat efektif untuk berhenti merokok iaitu cara yang cepat
dan cara yang perlahan-lahan. Cara perlahan memerlukan anda untuk mencuba
berbagai cara untuk berhenti merokok. Tidak kisah anda pilih cara yang mana,
asalkan anda selesa dengan pilihan tersebut. Walaubagaimanapun, jangan lupa
akan serangan yang nikotin akan lakukan. Tidak semua manusia mampu untuk
menahannya.

Cuba lalui ujian di bawah untuk mengetahui, teknik mana yang sesuai dengan
anda.

Jawab soalan di bawah.

1. Berhenti merokok adalah perkara yang sangat penting bagi saya sekarang.
Ya tidak tidak pasti.
2. Saya boleh tangani masalah tanpa bantuan rokok.
Ya tidak tidak pasti.
3. Saya perlu berhenti merokok sekarang dan mempunyai sebab yang kukuh
kenapa saya perlu lakukannya.
Ya tidak tidak pasti
4. Jika saya berhenti sekarang, saya tahu saya boleh cara untuk menghalang
saya dari merokok walaupun godaan dari nikotin sangat kuat.
Ya tidak tidak pasti.

7
Jika anda menjawab semua soalan di atas dengan ‘ya’ anda adalah calon yang
boleh untuk berhenti merokok dengan cepat. Sebelum anda melakukannya,
pastikan anda membaca apa yang anda perlu ada untuk berjaya. Selepas
membaca semua perkara di bawah, pilih satu masa untuk berhenti. Jika bukan
sekarang, esok pun boleh. Yang penting anda kena lakukannya.

Bagaimana dengan perasaan ragu-ragu yang saya miliki sekarang?

Kebanyakan perokok akan merasa ragu-ragu ketika membaca empat soalan di


atas kerana anda tidak yakin akan kebolehan anda dan ragu-ragu sama ada anda
patut berhenti atau tidalk. Untuk memberi keyakinan kepada anda, anda:

1. Cari jalan alternatif untuk menangani keinginan merokok.


2. Cipta satu cara untuk menangani kenapa anda merokok?

Dengan menggabungkan kedua-dua perkara di atas, anda boleh lakukannya


apabila tiba masa anda rasa anda mempunyai keyakinan untuk berhenti.

8
Bagaimana hendak menangani keinginan ?
Ada beberapa senjata yang boleh anda gunakan untuk membantu anda berhenti
merokok.

Untuk pengetahuan anda, semua senjata atau teknik ini telah terbukti
keberkesanannya.

Anda boleh guna kesemua teknik ini atau gabungkan beberapa teknik untuk
membantu anda berhenti dari merokok. Semoga semua teknik di bawah mampu
membantu anda untuk berhenti merokok.

1. Tarik nafas dengan dalam, tahan ia untuk beberapa saat dan lepaskan nafas
anda seperti anda melepaskan asap rokok. Teknik ini membantu anda
untuk lebih tenang dan secara tidak langsung anda tahu bahawa perasaan
yang anda capai ketika merokok adalah sama sahaja dengan perasaan
ketika anda menarik nafas sedalam-dalamnya. Perbezaannya adalah anda
menyedut oksigen dan ketika merokok anda menyedut nikotin.
2. Ambil masa lima minit dalam sejam untuk melakukan perkara ini iaitu
minum air dengan banyak. Ia boleh membantu anda untuk menyingkirkan
perasaan ingin merokok dalam diri anda. Air lebihan juga membantu anda
untuk menyingkirkan nikotin dalam badan. Lakukan perkara ini ketika anda
rasa ingin merokok adalah di galakkan.
3. Letakkan sesuatu yang tidak mempunyai kalori di dalam mulut anda. Ia
boleh jadi pencungki l gigi atau apa sahaja yang anda rasa sesuai.
4. Sibukkan diri untuk melakukan sesuatu setiap kali anda rasa ingin merokok.
Anda rasa sahaja ingin merokok, sibukkan diri dengan memanjat tangga,
mengemas rumah atau apa sahaja yang mampu anda lakukan.
5. Selagi tidak merosakkan gigi anda, kunyah gula-gula getah atau gula-gula.
Jika ada kencing manis, jangan lakukannya.
6. Bangun dan jalan dalam bulatan. Ia akan membantu anda untuk
menghilangkan keinginan merokok anda.
7. Gunakan nikotin patch sebagai pengganti rokok anda.

9
Mulakan azam anda untuk berhenti merokok.
Langkah pertama yang perlu anda lakukan adalah tentukan bila anda ingin
bermula untuk berhenti merokok. Jika tiada idea, apa kata anda bermula tepat 7
hari selepas anda membaca ebook ini. Sepanjang 7 hari ini, cuba semua kaedah
yang anda rasa sesuai untuk diri anda. Pada minggu hadapan bermulalah misi
anda untuk berhenti merokok.

Hari pertama dan kedua anda bermula misi berhenti merokok.

Periksa kenapa anda merokok. Ketika merokok, tanya pada diri sendiri soalan
berikut

1. Kenapa saya merokok ?


2. Adakah saya mampu untuk berhenti merokok ?
3. Jika saya tidak merokok, apa yang saya akan lakukan ?

Hari ketiga

Pada hari ketiga, anda boleh mula melancarkan serangan ke atas pengaruh
nikotin.

Setiap kali anda ingin merokok, gunakan salah satu teknik yang dicadangkan
sebelum ini untuk mengatasinya. Jika perasaan keinginan tersebut tidak hilang,
cuba pula teknik yang lain atau gabungkan kesemuannya.

Hari keempat

Pilih waktu atau keadaan yang paling susah untuk anda bertahan dari tidak
merokok. Apa yang perlu anda lakukan adalah menahan diri anda dari
menyalakan api rokok tersebut ketika waktu tersebut muncul. Contohnya kasim
suka merokok selepas makan dan beliau memang tidak dapat tahan dari
merokok. Untuk menahan diri dari merokok, kasim telah mencuba teknik
meminum air.

10
Ingat, ini adalah latihan sahaja. Jika anda gagal, jangan kecewa, teruskan
perjuangan. Jika anda gagal, anda mungkin mahu mencari jalan kenapa anda
gagal.

Selalunya anda gagal kerana

Ketagihan melampau.

Seorang perokok yang tegar mempunyai kandungan nikotin yang banyak dalam
badannya. Sangat sukar untuk anda melawan berjuta-juta askar nikotin. Anda
boleh cuba minum air atau gunakan nikotin patch.

1. Tekanan sosial

Bagaimana anda mula merokok? 90 % dari perokok biasanya mula merokok


disebabkan pengaruh rakan-rakan. Ia sangat susah jika anda ingin berhenti
merokok tetapi rakan-rakan anda semuanya hisap rokok. Pastikan rakan anda
faham akan niat anda. Jika mereka masih memaksa anda untuk merokok,
tinggalkan mereka sementara anda boleh menahan diri anda dari merokok.
Jangan ragu-ragu kerana anda berhenti merokok adalah untuk diri anda sendiri.

2. Tekanan dan perasaan negatif.

Anda mempunyai tugas dan kerja yang sukar. Kebanyakan manusia yang berada
dalam situasi anda akan merokok untuk menghilangkan tekanan. Seperti yang
saya nyatakan sebelum ini, nikotin telah memperdayakan anda. Anda boleh
mencuba teknik pernafasan untuk meringankan tekanan.

Hari kelima, keenam dan ketujuh.

Matlamat anda ketika ini adalah untuk mengurangkan bilangan rokok yang anda
hisap. Katakan anda menghisap 20 batang rokok sehari, anda perlu kurangkan
bilangan rokok yang anda hisap sedikit demi sedikit. Jika boleh, setkan pada hari
kelapan, anda tidak merokok lagi. Jika anda tidak mampu, anda boleh cuba
kurangkan sebatang demi sebatang.

Jika anda serius untuk berhenti merokok tetapi tidak mampu untuk bertahan,
saya nasihatkan anda untuk menggunakan patch nikotin dan gula-gula getah yang
11
mengandungi nikotin. Ia hanya sementara tetapi boleh membantu anda. Ingat!
Ketika anda menggunakan patch nikotin, anda tidak boleh merokok kerana ia
akan menyebabkan badan anda menerima nikotin yang berlebihan.

Saya harap anda boleh amalkan kesemua teknik yang telah di huraikan di dalam
ebook ini. Jika anda menghidap kesan sampingan, Saya ada penyelesaian untuk
anda.

12
Bagaimana hendak berhadapan kesan
sampingan selepas berhenti merokok.
Pening kepala – Jika kepala anda pening-pening, anda perlu rehat sementara. Ia
adalah proses biasa badan anda untuk tidak lagi menerima nikotin. Jalan-jalan di
sekeliling rumah turut boleh membantu.

Keletihan – Selalunya akan berlaku pada bulan pertama. Anda akan sentiasa rasa
keletihan. Jangan risau, kalau letih berehat, kalau ngantuk tidur. Jangan paksa diri
dan beri diri anda masa untuk membuang semua nikotin dalam badan.

Sakit dada- Selalunya ia akan berlaku dalam beberapa hari awal. Rehat dan
bernafas dengan tenang. Ia akan hilang selepas itu.

Masalah untuk tidur – Boleh berlaku untuk beberapa hari awal- elakkan dari
meminum minuman bercaffeine dan melakukan senaman sebelum tidur. Mandi
air panas sebelum tidur boleh membantu anda merehatkan diri.

Sembelit – Boleh berlaku pada bulan pertama – Jika perkara ini berlaku, anda
perlu makan makanan yang mempunyai banyak fiber.

Daya tumpuan – anda mungkin akan sedikit lalok dalam 2 3 minggu pertama-
jangan panik, banyakkan minum air dan lakukan senaman secara konsisten.

13
Kesimpulan.
Jika anda tidak yakin, anda perlu bertenang dan lakukannya dengan perlahan-
lahan. Tiada teknik hebat di perlukan untuk berhenti merokok. Anda hanya perlu
ikut semua saranan saya dan anda akan bebas dari rokok. Selamat mencuba dan
jangan biarkan rokok menentukan hidup anda.

14

You might also like