You are on page 1of 24

Julai 2010 [Rahsia Bisnes Printing]

RAHSIA
BISNES PRINTING

Kini Peluang Anda Untuk Menjadi


BOSS Besar Syarikat Printing!

www.LamanWeb.com 1
Julai 2010 [Rahsia Bisnes Printing]

HAK CIPTA TERPELIHARA


Hakcipta terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi
dan isi kandungan e-buku ini dalam apa jua bentuk dan dengan apa cara sekalipun, sama ada
secara elektronik, fotokopi, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada
___ NAMA ANDA _____

Tanggungjawab hak cipta tidak ada kena mengena dengan maklumat yang terkandung di dalam
e-buku ini. Pihak penerbit dan penulis tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kesilapan
ataupun maklumat yang tidak dimasukkan walaupun langkah berjaga-jaga sudah diambil. Pihak
penerbit dan penulis juga tidak bertanggungjawab ke atas sebarang maklumat yang
disalahgunakan.

PENAFIAN
Penerbitan ini mengandungi pandangan penulis. Ia bertujuan membantu dan menyediakan
maklumat berkenaan perkara yang dibincangkan. E-buku ini diniagakan dengan memahami
penulis dan penerbit tidak terlibat dengan khidmat professional yang terkandung di dalam buku
ini. Pembaca perlu mendapatkan khidmat nasihat daripada ahli professional sekiranya
memerlukan bantuan.

Penulis dan penerbit tidak bertanggungjawab ke atas mana-mana kerugian, kehilangan atau
risiko yang ditanggung oleh perseorangan atau sebagainya, yang timbul akibat daripada
penggunaan mana-mana kandungan e-buku ini sama ada secara langsung ataupun tidak
langsung.

www.LamanWeb.com 2
Julai 2010 [Rahsia Bisnes Printing]

ISI KANDUNGAN
Pengenalan
Bahagian 1

- Servis ‘PRINTING’?
- Potensi Pasaran
- Mengkaji Pesaing
- Kenal Pasti Produk

Bahagian 2

- Jenis – Jenis Produk

Bahagian 3

- Pembekal
- Kualiti vs Harga
- Keuntungan

Bahagian 4

- Iklan & Promosi


- Pengurusan Tempahan
- Penghantaran
- Bantuan Selepas Jualan

RUMUSAN

www.LamanWeb.com 3
Julai 2010 [Rahsia Bisnes Printing]

Pengenalan

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Adakah anda berminat memulakan perniagaan berbentuk perkhidmatan? Jika ya, perkhidmatan
‘PRINTING’ adalah salah satu cabang perniagaan yang sedang meningkat naik.

Jika dulu, perniagaan jenis ini memerlukan modal yang besar, pejabat, mungkin juga sebuah
kilang, tetapi dengan kecanggihan teknologi, anda kini mampu memulakan perniagaan
‘PRINTING’ hanya dari rumah.

Ya, anda tidak perlukan pekerja, mesin dan sebagainya!

Saya masih ingat ketika memulakan perkhidmatan printing ini kira – kira 3 tahun lepas. Modal
saya sangat rendah, mungkin sekitar RM100 – RM300 sahaja.

Bagaimana saya bermula?

Saya hanya menjadi AGEN, atau orang tengah untuk perkhidmatan printing ini. Tugas saya
hanya promosi, ambil tempahan, dan hantar. Pulangannya sungguh berbaloi jika kena dengan
caranya.

Mesti ramai yang beranggapan, ala… dah ramai buat servis ni…

Ya saya tidak nafikan, tetapi pasaran terlalu besar, dan sememangnya masih banyak ruang untuk
kita buat duit dengan servis printing ini.

Di dalam ebook ini nanti saya akan tunjukkan langkah demi langkah bagaimana anda boleh
bermula dengan modal serendah RM ‘0’. Ya, tanpa modal, bukan temberang!

www.LamanWeb.com 4
Julai 2010 [Rahsia Bisnes Printing]

Ebook ini hasil pengalaman saya, bukan dicedok daripada mana – mana informasi. Ianya
berdasarkan pengalaman dan pengetahuan saya sendiri semasa menjalankan perniagaan printing.

Jadi saya harap anda bakal mendapat sesuatu, dan mungkin juga mula menjana pendapatan
melalui perkhidmatan printing.

Ianya tidak susah, tetapi tidak juga mudah. Yang pastinya ianya sangat berbaloi!

Mari kita lihat peluang hebat ini!

Nama Anda

www.LamanWeb.com

Bahagian 1

Servis PRINTING?

www.LamanWeb.com 5
Julai 2010 [Rahsia Bisnes Printing]

Saya pasti anda tahu apa itu servis printing. Printing bermaksud percetakan. Jadi kita
menawarkan perkhidmatan percetakan kepada sesiapa sahaja yang memerlukannya. Sebenarnya
pasaran untuk produk ini sangat besar dan lumayan pulangannya.

Kenapa?

Saya pasti semua syarikat atau orang perseorangan memerlukan khidmat percetakan. Cuma kita
perlu kenal pasti apakah produk yang mereka perlukan.

Saya beri contoh paling mudah, kad raya, kad kahwin, kad nama dan sebagainya. Semua ini
adalah produk percetakan. Tetapi tahukah anda, anda sebenarnya boleh buat untung puluhan
ringgit, ratusan ringgit malah ribuan ringgit dengan servis ini walaupun anda tiada mesin
percetakan.

Bagaimana?

Anda boleh jadi agen atau orang tengah!

Konsepnya mudah, anda tawarkan perkhidmatan ini, ambil tempahan, cari supplier dan
kemudian hantar!

Modal anda?

KOSONG!

Biar saya tunjukkan, katakanlah anda menawarkan servis print kad nama (Namecard).
Katakanlah harga pasaran adalah RM30 satu kotak. Tahukah anda berapa kos yang diperlukan
untuk membuatnya?

Ianya sekitar RM13 – RM20. Jadi anda masih untung RM10. Itu jika 1 kotak, bagaimana jika 5
kotak,10 kotak mungkin?

www.LamanWeb.com 6
Julai 2010 [Rahsia Bisnes Printing]

Yang penting sekali, produk untuk servis printing begitu banyak, lebih 20 produk dan semuanya
memang mendapat tempat. Maknanya mempunyai pasaran yang tersendiri.

Semua orang atau semua syarikat perlukan servis printing!

Potensi Pasaran

Ramai yang takut untuk bermula kerana bimbang dan takut tidak dapat mencari pelanggan.
Jangan bimbang, seperti yang saya katakan sebelum ini, pasaran sangat luas. Ianya tidak terhad
kepada syarikat besar sahaja, ada juga orang perseorangan yang perlukan servis tersebut.

Saya berikan beberapa contoh produk printing, dan pasarannya sekali.

Kad nama – syarikat perlukannya, orang perseorangan juga perlukannya.


Flyer – syarikat biasa membelanjakan puluhan ribu ringgit untuk produk ini.
Banner – syarikat besar, syarikat kecil, individu pun turut perlukannya.

www.LamanWeb.com 7
Julai 2010 [Rahsia Bisnes Printing]

Jadi mengapa begitu bimbang tentang pasaran?

Mengkaji Pesaing

Baiklah, setiap perniagaan pasti mempunyai pesaing. Begitu juga dengan servis printing. Anda
pasti berjumpa dengan pesaing anda. Yang pasti, anda mesti lebih cepat, lebih bijak, lebih
pantas, lebih kreatif daripada pesaing anda.

Ini penting, bagi memastikan pelanggan memilih anda bukan pesaing anda!

Biasanya pesaing akan bersaing dari segi harga & kualiti produk. Jadi saya sarankan anda beri
harga yang terbaik, kualiti produk yang hebat serta mutu perkhidmatan bertaraf 5 bintang!

Saya pasti pelanggan tidak akan lari! 

www.LamanWeb.com 8
Julai 2010 [Rahsia Bisnes Printing]

Kenal Pasti Produk

Ini adalah perkara paling penting. Iaitu mengenal pasti produk jenis apa yang anda mahu
tawarkan. Di dalam servis printing terdapat puluhan produk yang mampu memberikan anda
keuntungan lumayan.

Walau bagaimanapun, saya sarankan anda menumpukan beberapa produk sahaja. Sebaiknya
tidak lebih 10 produk dalam satu masa. Tetapi jika anda mahu menawarkan semua produk
sekaligus, tiada masalah selagi anda mampu menguruskannya.

Produk yang terbaik adalah produk yang mempunyai ‘demand’!

www.LamanWeb.com 9
Julai 2010 [Rahsia Bisnes Printing]

Bahagian 2
Jenis Produk

Seperti yang saya nyatakan sebelum ini, terdapat berpuluh – puluh malah mungkin juga beratus –
ratus produk yang boleh kita tawarkan untuk khidmat percetakan. Semuanya mempunyai pasaran
yang tersendiri.

Berdasarkan pengalaman saya, saya mengkaji pasaran dan mengkaji harga. Harga adalah perkara
paling penting kerana ianya penentu samada kita akan berjaya atau tidak.

Selain itu, kualiti juga memainkan peranan penting. Harga + Kualiti, jika 2 perkara ini dijaga
dengan baik, saya pasti anda tidak akan ketandusan pelanggan.

Baik sekarang mari kita lihat jenis – jenis produk hot yang boleh anda tawarkan.

1. Banner & bunting

www.LamanWeb.com 10
Julai 2010 [Rahsia Bisnes Printing]

Ini adalah produk paling laris sewaktu saya menjalankan perniagaan printing. Pasaran
yang luas, harga pasaran yang agak tinggi tetapi harga supplier sangat rendah. Saya boleh
buat keuntungan 50% hingga 500%!

Bunting dan banner ini seringkali kita lihat di tepi jalan. Pada tiang lampu khususnya.
Jadi anda tahu berapa besar pasarannya bukan. Saya pasti hampir 70% tiang di negeri
Selangor dan Kuala Lumpur mempunyai bunting atau banner.

Yang paling penting, biasanya tempahan tidak kurang dari 10 unit bunting atau banner.
Margin keuntungan yang tinggi dan modal yang rendah!

Harga Kos: RM0.40 – RM1.00 sekaki


Harga Jualan: RM1.00 – RM4.00 sekaki

2. Kad Nama (Name Card / Business Card)


Ini adalah salah satu produk yang sangat hot. Selain itu modal yang diperlukan adalah
zero. Walaupun modal zero, tidak bermakna keuntungan anda adalah rendah.

Percaya atau tidak, anda boleh dapat untung 50% hingga 100% dengan hanya menjual
servis printing kad nama. Berdasarkan pengalaman saya, pelanggan akan menempah
sekurang – kurangnya 2 kotak kad nama.

Harga Kos: RM14 – RM40 sekotak (100pcs)


Harga Jualan: RM30 – RM80 sekotak (berdasarkan gred dan kualiti kertas)

3. Car Sticker
Ini adalah produk yang sering mendapat tempat. Sasaran pasaran adalah forum, persatuan
kereta dan sebagainya. Ini adalah sticker yang ditampal pada cermin kereta.

Biasanya sticker yang bersaiz ‘road tax’ dijual dengan harga RM2. Anda tahu berapa kos
untuk membuatnya? 40 sen hingga 80 sen sahaja!

www.LamanWeb.com 11
Julai 2010 [Rahsia Bisnes Printing]

Harga Kos: RM0.40 – RM20.00 (harga mengikut saiz)


Harga Jualan: RM2.00 – RM80.00 (harga mengikut saiz)

4. Greeting Card
Produk seperti ini sangat laris bila tibanya musim tertentu seperti Hari Raya, Krismas,
Deepavali dan Tahun Baru Cina. Anda boleh jual kepada orang perseorangan dan juga
kepada syarikat.

Saya lebih suka menjual pada syarikat. Kerana keuntungan lebih banyak dan biasanya
mereka menempah dalam kuantiti yang banyak.

Minimum tempahan adalah sekitar 100 keping sahaja.

Harga Kos: RM60 – RM145 (100 keping – harga berdasarkan saiz)


Harga Jualan: RM1.20 – RM500 (100 keping – harga berdasarkan saiz)

5. Paper Bag
Ini adalah salah satu produk yang saya kira mempunyai keuntungan yang tinggi. Banyak
syarikat membuat ‘branding’ menggunakan paper bag. Selain itu, kini kita lihat banyak
majlis perkahwinan juga menggunakan paper bag sebagai ‘free gift’ kepada jemputan
yang hadir.

Minimum tempahan adalah sekitar 500 keping.

Harga Kos: RM580 – RM1,200 (500 keping, harga berdasarkan kualiti)


Harga Jualan: RM800 – RM3,000 (500 keping, harga berdasarkan kualiti)

6. Ang pow atau sampul duit raya

www.LamanWeb.com 12
Julai 2010 [Rahsia Bisnes Printing]

Ini adalah produk bermusim, bila tiba musim raya, pastinya produk ini menjadi kegilaan
ramai. Yang pastinya untung untuk produk ini juga cukup tinggi. Sekitar 30% hingga
70%.

Minimum tempahan antara 100 – 500 keping

Harga Kos: RM180 – RM210 (500 keping)


Harga Jualan: RM200 – RM500 (500 keping)

7. Flyer
Saya pasti anda tahu apa itu flyer. Ini adalah produk paling hot sepanjang saya
menjalankan perniagaan printing. Flyer sentiasa bertaburan dimana sahaja anda pergi.
Paling banyak ialah semasa pameran.

Selain itu, banyak syarikat memerlukan flyer untuk mempromosikan produk mereka.
Yang menariknya, lebih banyak kuantiti tempahan, lebih murahlah harga kos flyer.

Contohhnya anda buat tempahan sehingga 20,000 keping. Harga sekeping flyer boleh
jatuh sehingga 24 sen sekeping untuk saiz A5. Jadi keuntungan memang sangat tinggi.

Minimum tempahan sekitar 500 – 1000 keping.

Harga Kos: RM420 – RM1000 (500 keping, harga mengikut kualiti kertas)
Harga Jualan: RM500 – RM1500 (500 keping, harga mengikut kualiti kertas)

8. Brochure
Brochure hampir sama dengan flyer, cuma bezanya mungkin saiz dan helaiannya. Jika
flyer hanyalah sehelai kertas tanpa lipatan, manakala brochure pula ialah kertas besar
yang dilipat – lipat. Contohnya kertas A4 yang dilipat 3. Itu dipanggil brochure.

www.LamanWeb.com 13
Julai 2010 [Rahsia Bisnes Printing]

Saiz brochure sekitar saiz A5 hingga 4a4. Juga terdapat pelbagai jenis kualiti kertas. Ada
simili paper seperti A4 paper biasa dan ada juga kertas yang licin dipanggil art paper &
art card.

Minimum tempahan sekitar 500 – 1000 keping.

Harga Kos: RM195 – RM1,200 (500 keping – harga mengikut jenis kertas)
Harga Jualan: RM250 – RM2500 (500 keping –harga mengikut jenis kertas)

9. Letterhead
Letterhead kebiasaannya digunakan oleh syarikat. Ini adalah surat rasmi mereka.
Biasanya bersaiz A4, dan mempunyai logo serta alamat syarikat lengkap dengan nombor
telefon.

Jadi sasaran pasaran anda adalah syarikat. Minimum tempahan adalah 500 – 1000 keping.

Harga Kos: RM175 – RM325 (500 keping – harga mengikut jenis kertas)
Harga Jualan: RM250 – RM500 (500 keping – harga mengikut jenis kertas)

10. Booklet
Booklet lebih kurang buku, cuma bezanya booklet lebih nipis, paling maksimum adalah
setebal 50 – 60 page untuk 1 booklet.
Minimum tempahan adalah sekitar 500 buku.

Harga Kos: RM500 – RM7,000 (500 buku – mengikut jenis kertas dan jumlah muka
surat)
Harga Jualan: RM700 – RM15,000 (500 buku – mengikut jenis kertas dan jumlah muka
surat)

Itulah antara 10 produk printing paling laris yang pernah saya tawarkan. Sebenarnya terdapat
banyak lagi produk. Jika anda pandai mencari pasaran, semua itu tiada masalah.
www.LamanWeb.com 14
Julai 2010 [Rahsia Bisnes Printing]

Apa yang dapat saya rumuskan, kebiasaannya setiap produk mempunyai pasaran yang berbeza.
Jadi kenal pasti dulu pasaran anda sebelum menjual.

Bahagian 3
Bagaimana Mendapatkan Pembekal?

Setelah bertahun menjalankan perniagaan printing, saya telah mencuba pelbagai jenis pembekal.
Ada yang bagus dan ada juga yang tidak bagus langsung.

Biasanya saya menetapkan 2 kriteria dalam mencari pembekal;

1. Kualiti
2. Harga

www.LamanWeb.com 15
Julai 2010 [Rahsia Bisnes Printing]

Kualiti vs Harga

Pertama sekali, anda perlu pastikan pembekal mempunyai kualiti yang baik terhadap produk –
produk mereka. Ini adalah rahsia untuk kita bertahan lama dalam perniagaan printing.

Yang kedua ialah harga. Harga memainkan peranan penting kerana kini ramai pelanggan akan
mencari harga yang murah, tetapi mahukan kualiti yang tinggi.

Ramai kata susah untuk memiliki kedua – duanya!

Sebenarnya mudah jika anda tahu siapa pembekal anda, siapa pesaing anda. Ini adalah pembekal
yang biasa saya gunakan untuk servis printing.

www.Xprint.com.my

Bagi saya xprint adalah yang terbaik pernah saya jumpa. Dengan harga yang murah berbanding
pembekal lain, ia juga menawarkan kualiti gred A . Selain itu ianya mudah untuk kita
berurusan dengan mereka.

Anda boleh buat tempahan secara online, bayar secara automatik dan servis mereka sangat
pantas dan bersistematik.

Apa yang anda perlu lakukan ialah sign up sahaja akaun untuk menjadi agen mereka. RM200
adalah modal permulaan. RM200 tersebut akan dijadikan sebagai kredit.

Setiap kali anda buat tempahan, kredit tersebut akan ditolak serta merta. Tetapi jangan bimbang,
jika anda berniat membatalkan akaun anda, mereka akan pulangkan semula baki wang anda.

Bagaimana untuk bermula?

Langkah 1: Sign Up.

Langkah 2: Buat pembayaran RM200 ke akaun syarikat.

Langkah 3: Hantar pengesahan pembayaran menerusi emel atau fax.

Langkah 4: Akaun anda akan diaktifkan.

www.LamanWeb.com 16
Julai 2010 [Rahsia Bisnes Printing]

Langkah 5: Anda sudah boleh mula membuat tempahan melalui akaun anda.

Ya, semudah itu sahaja.

Ketika sign up, saya sarankan anda menggunakan nama syarikat anda. Jadi daftar syarikat
terlebih dahulu di SSM. Tetapi tiada halangan untuk anda buat akaun individu. Ianya turut
disediakan.

Selepas akaun anda diaktifkan, minta mereka pos atau anda boleh datang sendiri ke pejabat
mereka untuk mengambil ‘Business Kit’ anda.

Apa yang pentingya business kit tersebut?

Di dalam business kit tersebut, anda akan mendapat satu buku harga dan banyak sample kertas.
Jadi anda mesti ambil sedikit masa mengenal jenis kertas dalam servis printing.

Percayalah ianya sangat penting untuk mengetahui tentang produk anda sebelum membuat
sebarang promosi.

Berikut adalah beberapa perkara penting yang wajib anda tahu;

1. Jenis kertas
2. Saiz kertas
3. Minimum order

Pertama ialah jenis kertas. Terdapat pelbagai jenis kertas, walau bagaimanapun hanya terdapat 4
– 6 jenis yang biasa digunakan dalam servis printing.

Antaranya ialah, simili paper, art paper, art card & conqueror paper. Jenis kertas ini biasanya
ditentukan melalui berat.

Untuk simili paper, biasanya terdapat 3 jenis yang biasa digunakan. 80gsm, 100gsm dan 120gsm.

Untuk art paper, 105gsm, 128gsm dan 157gsm.

Bagi art card pula, ada 260gsm.

Semua jenis kertas ini ada dalam business kit anda 

www.LamanWeb.com 17
Julai 2010 [Rahsia Bisnes Printing]

Yang kedua ialah saiz kertas. Ianya sekecil A5 dan sebesar A0. Macam mana nak tahu saiz
tersebut?

Mudah sahaja, saya yakin anda biasa lihat kertas saiz A4. A5 adalah separuh A4. Manakala A3
adalah 2 kali ganda A4. A2 pula ialah 2 kali ganda A3. A1 pula 2 kali ganda A2. Manakala A0
ialah 2 kali ganda A1.

Saya faham anda pening, tidak mengapa, lama kelamaan anda pasti tahu!

Keuntungan

Ini adalah bahagian penting dalam ebook ini. Jika berniaga tanpa untung, maka terkuburlah
perniagaan kita. Jadi bagaimana menetapkan keuntungan anda?

Kebiasaannya saya menetapkan sekurang – kurangnya 30% untung. Tetapi terpulang pada anda,
perniagaan anda, anda sendiri tentukan!

Selalunya kadar keuntungan dilihat pada jenis pelanggan yang kita dapat. Saya biasanya
mensasarkan pada syarikat korporat supaya keuntungan yang saya perolehi lebih tinggi.

Tetapi tidak semudah itu, lebih tinggi keuntungan anda, lebih perit juga cabaran anda. Biasanya
syarikat korporat agak banyak kerenah. Maklumlah mereka membelanjakan kos yang agak besar
untuk servis begini.

Jadi tidak hairanlah perkara sebegini terjadi.

Seperti yang saya katakan, anda sendiri tentukan keuntungan yang anda mahu dalam perniagaan
anda.

www.LamanWeb.com 18
Julai 2010 [Rahsia Bisnes Printing]

Bahagian 4
Iklan & Promosi

Semasa menjalankan perniagaan printing, saya tidak menggunakan laman web langsung.
Promosi yang saya lakukan adalah melalui;

1. Business card
2. Flyer
3. Iklan di forum
4. Iklan di laman web tertentu (PERCUMA)
5. Emel kepada bakal pelanggan

Seperti yang saya nyatakan di awal ebook ini tadi, pertama sekali anda wajib tahu siapa sasaran
pasaran anda. Kenal pasti pasaran terlebih dahulu, kemudian baru mulakan promosi.

Bagaimana saya menggunakan business card?

Saya mula memperkenalkan perniagaan printing ini kepada rakan saya. Saya akan berikan
mereka 2 atau 3 business card, tujuannya untuk mereka edarkan jika sahabat mereka yang
mungkin saya tidak kenal mahukan servis printing.

Selain itu saya turut menggunakan flyer. Edar sahaja flyer tentang servis anda, saya pasti anda
akan mendapat pelanggan. Biasanya saya meminta syarikat yang menawarkan servis mengedar
flyer. Bayaran sekitar 3 – 5 sen untuk sekeping.

Pastikan tempat yang mahu diedarkan ialah kawasan pejabat. Bukannya taman perumahan 

Cara yang ketiga yang biasa saya gunakan ialah mengiklankan servis saya di forum – forum
tempatan. Terdapat beratus – ratus forum yang aktif. Antaranya carigold.com dan lowyat.net.

Saya akan membuka thread baru untuk servis saya. Letakkan gambar serta harga yang
ditawarkan. Lakukan update sekali sehari sekiranya thread anda kurang mendapat sambutan.

www.LamanWeb.com 19
Julai 2010 [Rahsia Bisnes Printing]

Yang ke empat pula, saya akan buat iklan di mudah.my dan klue.com.my. sama caranya dengan
forum, anda hanya perlu pos iklan anda di laman web tersebut. Masukkan gambar dan harga
serta no untuk dihubungi jika sesiapa yang berminat untuk membuat tempahan.

Cara terakhir ialah saya menghantar emel kepada syarikat – syarikat tertentu.

Bagaimana?

Saya menggunakan Jobstreet!

Di dalam Jobstreet terdapat puluhan, ratusan malah ribuan syarikat yang pastinya memerlukan
servis printing. Tugas anda, dapatkan emel mereka, hantar emel promosi dan tunggu panggilan
mereka.

Tidak dinafikan kerja ini agak rumit, tetapi ianya sangat berbaloi. Kerana tempahan daripada
syarikat biasanya agak besar berbanding individu biasa.

Pengurusan Tempahan

Bagaimana menguruskan tempahan? Sebaiknya anda menyediakan beberapa dokumen seperti,


dokumen sebutharga, invois dan resit. Ini penting bagi menjamin keselamatan perniagaan anda.

Kebiasaannya saya akan menghantar satu dokumen sebutharga, selepas dipersetujui, pelanggan
perlulah membayar jumlah tertentu sebelum meneruskan tempahan.

Saya sarankan anda mengenakan 50% bayaran jika tempahan dilakukan. Selain itu, untuk lebih
selamat, saya sarankan anda kenakan bayaran 100% jika tempahan dibuat.

www.LamanWeb.com 20
Julai 2010 [Rahsia Bisnes Printing]

Ini bagi mengelakkan anda mengeluarkan modal yang tinggi untuk membuat tempahan dengan
pembekal anda. Sebaiknya dapatkan dahulu daripada pelanggan anda…nama, alamat lengkap, no
untuk dihubungi dan sebagainya.

Ini memudahkan urusan anda jika berlaku sesuatu. Selepas menerima bayaran daripada
pelanggan barulah anda buat tempahan pada pembekal anda.

Gunakan wang pendahuluan daripada pelanggan anda tadi. Berurus niaga seperti ini lebih mudah
kerana anda tidak perlu keluarkan modal yang tinggi.

Penghantaran

Saya sarankan anda menjaga ‘dateline’ penghantaran produk kepada pelanggan anda. Jangan
lewat daripada tarikh yang dijanjikan. Ini penting untuk membina kredibiliti anda sebagai
peniaga.

Pastikan produk dihantar dengan tepat.

Selain itu, pastikan semua produk cukup, dan berada di dalam keadaan yang baik. Sebaiknya
anda buat satu ‘checklist’ untuk setiap produk sebelum dihantar kepada pelanggan. Pastikan
semuanya berada dalam keadaan yang memuaskan, barulah buat penghantaran.

Sediakan resit dan delivery order semasa penghantaran dilakukan. Minta pelanggan menurunkan
tanda tangan jika berpuas hati dengan penghantaran produk yang kita lakukan.

Ini bagi mengelakkan masalah berlaku di kemudian hari!

www.LamanWeb.com 21
Julai 2010 [Rahsia Bisnes Printing]

Bantuan Selepas Jualan

Bantuan selepas jualan adalah penting jika anda mahu perniagaan anda lebih maju dalam tempoh
masa yang lama. Jaga pelanggan anda sebaik mungkin, pastinya mereka akan mencari anda.

Berikut antara beberapa tips untuk mendapatkan tempahan kedua daripada pelanggan yang sama.

1. Hantar segala update produk terbaru anda


2. SMS atau emel pelanggan anda
3. Tawarkan harga istimewa
4. Tawarkan diskaun istimewa
5. Sentiasa kemaskini segala promosi yang anda buat
6. Hubungi pelanggan untuk bertanya jika mereka perlukan servis anda

Sebenarnya banyak lagi teknik promosi yang anda boleh lakukan seperti member kupon dan
sebagainya. Tujuan berniaga adalah untuk membuatkan pelanggan berasa berpuas hati dengan
khidmat kita.

Jadi layanlah pelanggan sebaik mungkin.

Mereka adalah sumber pendapatan kita!

www.LamanWeb.com 22
Julai 2010 [Rahsia Bisnes Printing]

Rumusan
Tahniah, dengan adanya panduan ringkas ini, anda kini mampu menjana pendapatan tambahan
melalui bisnes printing. Yang penting sekali adalah modal permulaan adalah sangat rendah.

Apa yang menariknya, anda mampu memperolehi keuntungan lumayan dengan kerja mudah ini.

Pasaran yang luas dan permintaan yang tinggi, itulah yang diperlukan jika ingin memulakan
sesuatu perniagaan. Pada awalnya mungkin anda boleh bermula secara part time sehingga anda
betul – betul mahir selok belok perniagaan ini.

Kemudian, mungkin boleh teruskan secara full time dan menjana pendapatan lumayan darinya.
Semuanya terpulang kepada anda. Apa yang penting adalah kemahuan dan kesabaran yang
diperlukan untuk anda terus menjadikan perniagaan printing sebagai sumber pendapatan utama
anda.

Jadi tunggu apa lagi, jom buat duit dengan bisnes printing!

Ikhlas,

Gambar Anda

www.LamanWeb.com 23
Julai 2010 [Rahsia Bisnes Printing]

Nama Anda
www.LamanWeb.com

TAMAT

www.LamanWeb.com 24

You might also like