You are on page 1of 20

JABATAN SEJARAH

FAKULTI SASTERA DAN SAINS SOSIAL

AIL3005

ISLAM DAN POLITIK DI ASIA BARAT

SEMESTER 2 SESI 2019/2020

NAMA AIMAN NURBAYA BINTI ASRI

NO. MATRIK 17160946/1

TUTORIAL DR. ABU HANIFAH HARIS

MASA 12PM HINGGA 1PM (RABU)

NOMBOR SOALAN 8 : KEGAGALAN MEWUJUDKAN

SOALAN PEMERINTAHAN DEMOKRASI MERUPAKAN ANTARA

FAKTOR KEBANGKITAN ARAB (ARAB SPRING) PADA

TAHUN 2011 GAGAL MENGUBAH LANDSKAP POLITIK

NEGARA ARAB. NILAIKAN.

1
Pengenalan

Negara-negara Arab yang terletak di bumi Asia Barat pada suatu ketika dahulu

merupakan sebuah line up negara yang terdiri daripada Mesir, Jordan, Syria, Tunisia,

Libya dan lain-lain lagi merupakan antara negara-negara Arab yang boleh dikatakan

berada di bumi yang sangat bertuah. Manakan tidaknya, kekayaan bahan mentah

seumpama minyak merupakan salah sebuah punca ekonomi yang begitu terjamin

yang boleh dikatakan sebagai rebutan para kuasa asing di luar. Namun begitu,

kegemilangan yang dipunyai ini tidak kekal begitu lama jika terdapatnya pergolakan

dan peperangan yang sering menimpa sesebuah negara itu. Itulah yang boleh

digambarkan terjadi di negara-negara Arab ini. Umpama nasi sudah menjadi bubur,

negara Arab yang kita lihat pada hari ini adalah hasil daripada kekacauan yang timbul

sejak beberapa tahun belakangan yang telah menjadikan negara ini berpecah-belah.

Hatta, pegangan Islam merupakan suatu kunci namun ianya tidak lagi dipedulikan

oleh kebanyakan pihak. Salah sebuah fenomenan yang menjadi tumpuan dunia pada

suatu ketika dahulu adalah peristiwa Kebangkitan Arab atau lebih popular dikenali

sebagai Arab Spring.

Arab Spring merupakan salah sebuah revolusi kebangkitan rakyat yang boleh

dikategorikan sebagai yang terbesar di dunia. Hal ini kerana, peristiwa ini bukan

sahaja melibatkan sebuah negara, malah sebahagian bumi Arab di Asia Barat terpalit

dengan kebangkitan ini. Menurut beberapa pandangan, kebangkita Arab ini juga

adalah salah sebuah titik tolak bermulanya suatu era perubahan yang lebih bersifat

demokratik.1 Dalam pada itu, perkara ini muncul juga adalah ekoran daripada

ketidakpuasan hati rakyat sendiri yang mahukan perubahan dalam pentadbiran di

negara mereka. Fenomena ini seharusnya mendatangkan kesan yang amat baik kerana
1
Kartini Aboo Talib @ Khalid dan Nidzam Sulaiman dalam Wan Kamal Mujani dan Siti Nurulizah
Mus (editor),‘Arab Spring’ dalam Revolusi Libya dan Peranan Organisasi Antarabangsa, Bangi:
Universiti Kebangsaan Malaysia, 2015, hlm. 14.

1
mengikut pada gelaran Spring yang diperoleh itu, Spring yang membawa erti musim

bunga yang mana ianya dikaitkan dengan keindahan bunga, warna-warni bunga dan

juga kesegaran ekoran daripada musim sejuk yang beralih kepada musim bunga itu.2

Namun begitu, hal ini sangat berbeza dengan apa yang terjadi di negar-negara Arab

yang mana, peristiwa yang jauh lebih buruk tidak disangka-sangka terjadi dan

menimpa penduduk di negara tersebut. Arab Spring ini telah bermula apabila seorang

lelaki yang mempunyai gerai kecil di Tunisia telah melakukan pemberontakan. Pada

tarikh 17 Disember 2010, Muhammad Bouazizi telah membakar dirinya di hadapan

pejabat kerajaan Tunisia sebagai tanda beliau protes terhadap kekasaran pegawai

penguatkuasa yang telah menyita gerai milik beliau. Beliau telah dipercayai

meninggal dunia tiga minggu selepas peristiwa itu akibat daripada 90% badannya

melecur teruk akibat terbakar.3

Rentetan daripada peristiwa tersebut, telah tercetusnya sebuah gelombang rakyat

yang menuntuk supaya pihak pemerintah di Tunisia untuk meletakkan jawatan dan

menjalankan pemerintahan bercorak demokrasi. Perjuangan yang dibawa oleh rakyat

Tunisia ini bukan sahaja diketahui oleh bumi Arab sahaja, bahkan seluruh dunia

mengetahui tentang peristiwa ini. Pergolakan yang berlaku ekoran daripada kematian

Bouazizi menyebabkan sebuah revolusi yang turut dikenali sebagai Revolusi Tunisia.

Apa yang lebih menariknya adalah peristiwa ini telah menular dengan begitu cepat di

Asia Barat. Dalam tahun 2011 pada bulan Januari sahaja, negara-negara Arab yang

lain seperti Mesir yang telah memulakan revolusi mereka pada 25 Januari 2011,

Yaman pada 27 Januari 2011 dan diikuti pada bulan Februari iaitu 14 Februari protes

yang telah berlaku di Bahrain dan Iran, 15 Feb.2011 di Libya dan akhir sekali pada

tanggal 25 Februari 2011 di Iraq, Jordan dan Iran.


2
Ibid.
3
Mohd Irwan Syazli Saidin, Persepsi dan Pengaruh Arab Spring Terhadap Gerakan Angkatan Belia
Islam Malaysia, Akademika, Jil. 88, No. 1, April 2018, hlm.92.

2
Pemberontakan ini berlaku adalah disebabkan oleh pelbagai faktor dalaman dan

luaran. Salah sebuah faktor yang sangat berkait rapat dengan peristiwa Kebangkitan

Arab ini adalah rakyat yang ingin menuntut pemerintahan bercorak demokrasi. Dalam

masa yang sama, pemerintah yang memerintah juga dirasakan terlampau lama

memerintah menyebabkan rakyat berpendapat bahawa pemerintah di negara Arab ini

adalah yang bersifat diktator. Sebagai contohnya, Muammar Gaddafi di Libya yang

telah mentadbir selama 41 tahun bermula daripada 1969 sehingga tahun 2011. Hosni

Mubarak di Mesir mentadbir selama 30 tahun (1981-2011) setelah Anwar Sadat

terbunuh. Di Tunisia, Ben Ali berkuasa sejak tahun 1987 melalui kudeta tidak

berdarah. Manakala, di Suriah, Bashar al-Assad telah menggantikan ayahandanya

yang mangkat iaitu Hafez al-Assad. Hosni Mubarak pula dikatakan seorang pemimpin

yang otoriter, korup dan gagal membangunkan Mesir sepanjang 30 tahun

pimpinannya. Rakyat di Mesir merasakan bahawa Hosni Mubarak sudah terlalu lama

memerintah dan perlu diganti.

Rajah 1.0: Negara-negara Arab dalam Arab Spring.

Sumber: Internet.

3
Selain itu, krisis ekonomi yang semakin meningkat yang mana harga barang

meningkat, kadar pengangguran yang semakin tinggi dalam kalangan anak muda dan

graduan menyebabkan mereka bangkit dalam melakukan pemberontakan terhadap

pemerintah semasa. Kesemua faktor yang mencetus peristiwa Arab Spring ini berlaku

telah menyebabkan rakyat di negara-negara Arab ini melakukan pergolakan dengan

cara memberontak golongan pemerintah. Namun begitu, pemberontakan yang berlaku

ini akhirnya menyebabkan suatu keadaan yang lebih pedih dilalui oleh rakyat di bumi

Arab. Siapa sangka, keadaan selepas Arab Spring adalah jauh lebih teruk berbanding

sebelumnya. Hal ini dapat dilihat bahawa peristiwa ini berlaku sehingga ke hari ini

dan tiada kesudahannya. Penuntutan demokrasi yang diinginkan oleh rakyat jauh

ssekali dikecapi kerana didorong oleh beberapa asbab yang dapat dilihat berlaku.

Kegagalan mewujudkan pemerintahan demokrasi merupakan antara faktor

Kebangkitan Arab (Arab Spring) pada tahun 2011 gagal mengubah landskap

politik negara Arab.

1) Kegagalan Membentuk Demokrasi Dalam Negara.

Setelah kejatuhan pemimpin-pemimpin di negara Arab ini yang dirasakan sebuah

peluang yang amat cerah untuk rakyat memperoleh pemerintahan demokrasi adalah

tidak terlaksana. Rakyat menyangka bahawa dengan kejatuhan pemimpin yang

bersifat diktator dan lama memerintah ini, pemimpin yang berjiwa besar akan

menjalankan amalan demokrasi seperti yang diinginkan oleh rakyat. Satu hal yang

perlu difahami adalah sekalipun Mubarak, Ben Ali, dan pemimpin lainnya dijatuhkan

dari pucuk pemerintahan, demokrasi memerlukan waktu untuk dijalankan.4

4
Shafira Elnanda Yasmine, Arab Spring: Islam Dalam Gerakan Sosial dan Demokrasi Timur Tengah,
Masyarakat, Kebudayaan dan Politik, Jil. 28, No. 2, 2015, hlm. 111.

4
Walaupun Arab Spring dilakukan dengan bertujuan untuk mendapatkan demokrasi di

negara-negara Arab, namun selepas berlakunya Arab Spring, pentadbiran bercorak

demokrasi tidak kelihatan. Di Mesir contohnya, kejatuhan Hosni Mubarak merupakan

suatu pencapaian bagi mereka yang menyertai revolusi ini. Walhal, mereka tidak

merancang siapa yang akan mentadbir negara dan bagaimana untuk melakukan

organisasi politik yang sebenar.

Di Syria, pemerintahan bercorak autokratik telah muncul semula. Dalam masa

yang sama, di Yaman semasa Abd Rabbuh Mansur al-Hadi menjadi pemerintah,

beliau telah gagal melaksanakan demokrasi di negara tersebut. Selain tu, Laporan

Pesuruhjaya Antarabangsa atau The International Commission Report 2011

memperlihatkan keadaan Libya yang masih kucar-kacir dan tidak aman walaupun

kuasa telah berada dalam tangan puak pro-demokrasi.5 Mayat-mayat yang dijumpai

di jalan raya menunjukkan bahawa layanan buruk pemberontak menjadikan Libya

masih berdepan dengan isu pelanggaran hak asasi manusia.6 Sebagai contoh di

Yaman, presiden baru mereka iaitu Abd Rabbuh Mansur al-Hadi yang telah

menggantikan Ali Abdullah Saleh dilihat telah gagal melaksanakan demokrasi.

Meskipun peralihan kuasa ini adalah untuk mencari kestabilan negara namun pelbagai

perkara yang lebih teruk berlaku. Setelah menjadi Presiden Yaman, Mansur al-Hadi

dikatakan begitu sibuk dalam menguruskan beberapa masalah dan juga isu yang berat

ini termasuklah serangan militan, korupsi, masalah rakyat yang kelaparan dan juga

sokongan berterusan daripada segelintir pegawai tentera terhadap Saleh menyebabkan

beliau tidak dapat melaksanakan pemerintahan bercorak demokrasi yang dituntut oleh

rakyat.

5
Kartini Aboo Talib @ Khalid dan Nidzam Sulaiman dalam Wan Kamal Mujani dan Siti Nurulizah
Musa (Editor), ‘Arab Spring’ Dalam Revolusi Libya dan Peranan Organisasi Antarabangsa, Bangi:
Universiti Kebangsaan Malaysia, 2015, hlm. 25-26.
6
Ibid.

5
Dalam keadaan yang tidak stabil ini, golongan Houthi iaitu pendukung rejim

yang lama telah bangkit memberontak bermula pada tahun 2014 dan telah pun

menguasai wilayah utara Saada. Seterusnya beliau telah melakukan penguasaan ke

atas ibu negara Sanaa. Disebabkan beliau ini adalah salah seorang yang datang

daripada rejim lama, demokrasi yang ingin diwujudkan semakin susah untuk

direalisasikan. Pada Januari 2015, Houthi telah menguasai istana presiden dan ekoran

daripada ini pada Mac 2016, Mansur al-Hadi telah melarikan diri ke luar negara.

Pergelutan yang berlaku di Yaman ini tidak pernah berhenti sehingga ke hari ini.

Malah ianya dilihat menjadi semakin teruk sehingga terdapat kajian yang mengatakan

bahawa Yaman pada masa kini dilihat seakan padang jarak, padang tekukur.

Memperlihatkan kepada masalah yang ditimpa oleh beberapa negara Arab ini,

rakayt semakin menderita. Ribuan malah mencecah kepada ratusan rakyat yang telah

meninggal dunia akibat daripada Arab Spring ini. Pergolakan yang berlaku tidak

begitu mudah berakhir kerana didorong oleh beberapa faktor lainnya juga. Dalam

masa yang sama, turut terkorban adalah mereka yang terdiri daripada kalangan wanita

dan kanak-kanak. Negara yang dulu dilihat begitu kaya, kini seperti tidak punyai

harapan lagi dalam menjalankan pentadbiran.

2) Campur Tangan Tentera Dalam Pentadbiran Negara.

Dalam masa yang sama, Arab Spring dilihat gagal untuk membentuk demokrasi

adalah disebabkan oleh campur tangan pihak tentera dalam pentadbiran negara.

Semasa zaman pemerintah yang terdahulunya lagi, kelibat tentera dalam mencampuri

urusan negara telah kelihatan di sebahagian negara-negara Arab. Perkara ini seakan

tidak dilihat oleh rakyat-rakyat negara Arab ini kerana jika tentera sudah mencampuri

urusan pentadbiran negara, sukar untuk dihapuskan semula. Antara contoh negara

6
yang pada awalnya dapat dilihat telah timbul campur tangan tentera dalam

pentadbiran adalah seperti di Mesir. Pemimpin di Mesir pada awalnya adalah Hosni

Mubarak yang dikenali sebagai pemimpin yang otoriter, korup, dan gagal membangun

selama 30 tahun pemerintahannya.7 Beliau kemudiannya digantikan pula dengan

Mohamad Morsi yang kemudiannya telah digulingkan oleh Abd al-Fattah al-Sisi.

Mohamad Morsi tidak memegang tampuk pemerintahan di Mesir dalam masa yang

lama iaitu hanya selama satu tahun sahaja iaitu bermula daripada 30 Jun 2012

sehingga 3 Julai 2013. Setelah kejatuhan Morsi, didapati bahawa Abd al-Fattah al-Sisi

mempunyai pengikut tentera yang sangat ramai.

Sepanjang dalam proses untuk menggulingkan Mohamad Morsi, pelbagai taktik

dan perkara yang telah dilakukan bagi bertujuan untuk menjatuhkan Morsi pada tahun

2013. Hal ini dapat dilihat apabila turut berlakunya demonstrasi di Mesir semasa

Morsi di tampuk pemerintahan lagi. Pada 1 Julai 2013, Abd al-Fattah al-Sisi telah

menggunakan kekerasan dengan cara mengeluarkan satu bentuk amaran terhadap

Morsi dengan menuntut supaya dalam tempoh 48 jam beliau harus menyelesaikan

krisis yang melanda negara Mesir. Jika beliau didapati gagal untuk melaksanakan

perkara ini, maka campur tangan tentera akan dilakukan. Hal ini didapati begitu

mustahil untuk dilaksanakan kerana dalam tempoh 48 jam dengan keadaan negara

yang kucar-kacir disebabkan oleh masalah krisis ekonomi yang begitu banyak,

masakan Morsi dapat menyelesaikannya. Jelas dilihat disini bahawa ianya adalah

salah sebuah alasan yang seolah direka oleh Sisi yang sememangnya yakin bahawa

Morsi tidak mampu untuk melakukannya. Dalam masa yang sama, perkara ini juga

didapati sebagai langkah Sisi untuk melibatkan ketenteraan dalam pentadbiran di

Mesir. Sungguhpun Morsi mula tergugat akan perkara ini, namun beliau enggan

7
Muhammad Zahrul Anam, The Arab Spring: Membaca Kronologi dan Faktor Penyebabnya, Jurnal
Hubungan Internasional, Jil. 4, No. 2, Oktober 2015, hlm. 123.

7
meletakkan jawatan beliau sebaliknya menawarkan beberapa bentuk rundingan dan

ini termasuklah bersetuju untuk menjalankan pilihan raya. Abd al-Fattah al-Sisi juga

tidak mahu memberikan sebarang kompromi terhadap Morsi dengan menerima

rundingan beliau. Al-Sis yang dapat dilihat sebagai seorang yang bersikap keras telah

meneruskan langkah beliau untuk menggulingkan Morsi pada 3 Julai 2013.

Abd al-Fattah al-Sisi juga turut mempunyai angakatan tentera yang dikenali

sebagai Egypt’s de facto leader yang telah diisytiharkan pada sekitar Julai 2013

setelah Sisi menggulingkan Mohamad Morsi. Akhirnya dengan bantuan yang

diperoleh daripada pihak tentera, Sisi telah secara rasminya dilantik menjadi Presiden

Mesir pada tahun berikutnya iaitu pada Mei 2014. Menurut penulisan sejarawan, ada

yang menyatakan bahawa campur tangan kuasa tentera dalam aspek politik di Mesir

ini telah dikatakan memang akan terus wujud dan dominan.8 Hal ini disebabkan oleh

Mesir sebelum ini juga telah menghadapi masalah yang sama iaitu berlakunya

rampasan pentadbiran negara oleh pihak tentera. Jadi tidak hairanlah bahawa dari

sudut pandang beberapa sejarawan bahawa perkara ini jelas dan terang akan berlaku

semula. Perkara ini telah terbukti benar-benar terjadi apabila pada Julai 2013, Mesir di

bawah pengaruh Sisi dan pihak tentera telah pun menjatuhkan Morsi. Tambahan lagi,

pihak Barat juga dikatakan sudah mula campur tangan dengan mencari alasan bahawa

penguasaan ini adalah sebagai coup d’etat yang kononnya rampasan kuasa ini adalah

mendapat majoriti daripada rakyat. Selain itu, pihak tentera juga tidak berpuas hati

kerana semasa pemerintahan Morsi, beliau bertindak dalam menghapuskan

Undang-undang Darurat. Undang-undang Darurat ini adalah sebuah perundangan

yang akhirnya akan merugikan pihak tentera dan menguntungkan rakyat tempatan

8
John R. Bradley, Inside Egypt: The Road to Revolution in the Land of Pharaohs, St. Martin’s Press,
2012, hlm.

8
Mesir. Makanya, pihak tentera berasa tidak puas hati soal perkara ini dan ianya juga

menjadi faktor campur tangan kuasa tentera dalam pentadbiran.

Sejak kematian Gaddafi di Libya, ada pendapat mengatakan bahawa terdapat

kerajaan yang menerajui pemerintahan di Libya. Namun begitu, kerajaan masih gagal

untuk menyediakan kemudahan asas kepada rakyat di negara itu terutamanya soal

keselamatan rakyat apabila pengaruh militan Daesh telah mula menular. Dalam masa

yang sama, semasa pemerintahan Gaddafi, demi mengatasi kumpulan pemberontak,

beliau juga telah menggunakan khidmat bantuan tentera demi mengatasi gerakkan

pemberontak dan untuk memutuskan jalur komunikasi.9

3) Tercetusnya Perang Saudara.

Salah sebuah perkara yang didapati berlaku amat drastik di negara-negara Arab

ini adalah apabila berlakunya Arab Spring, tidak semua perkara yang diinginkan

terjadi. Ya, memang tidak dapat dinafikan bahawa ianya boleh dikategorikan sebagai

salah sebuah langkah awal yang berjaya untuk menjatuhkan pemimpin yang

sebelumnya yang dipercayai pemimpin yang diktator dan terlalu lama di tampuk

pemerintahan. Namun begitu, selepas berlakunya Kebangkitan Arab ini, perang

saudara meletus di beberapa negara. Malah hal ini telah berpanjangan sehingga ke

hari ini. Seperti di Libya, Yaman, dan juga Syria sebagai contohnya, negara-negara

Arab inilah yang telah jatuh disebabkan oleh perang saudara yang berlaku di negara

mereka. Di Syria dan Yaman, perang sivil telah berlaku di antara kumpulan penentang

dan penyokong kerajaan yang telah dikeruhkan lagi dengan tindakan agresif pihak

tentera yang memihak kepada kumpulan pro-regim.

9
Jerry Indrawan, Legalitas dan Motivasi NATO (North Atlantic Treaty Organization dalam
Melakukan Intervensi Kemanusiaan di Libya, Jurnal Kajian Wilayah, Jil. 4, No. 2, 2013, hlm. 128.

9
Perang Saudara di Syria yang telah bermula sejak pada Mac 2011, berlanjutan

sehingga ke hari ini, malah ianya turut disaksikan oleh mata dunia. Perang yang

berlaku yang telah mencatatkan angka korban yang begitu ramai namun ianya masih

tidak dapat dihentikan. Perang Saudara Syria ini telah bermula apabila sekumpulan

pelajar lelaki yang dipercayai telah terlibat dalam revolusi Arab Spring. Sebelum

ditangkap, mereka ini dipercayai telah melakukan protes terhadap kerajaan Syria

menyebabkan pemimpin Syria pada ketika itu iaitu Bashar al-Assad tidak mempunyai

pilihan selain menangkap mereka dan ada pendapat yang mengatakan bahawa mereka

ini telah diseksa. Bashar al-Assad kemudiannya telah mengambil langkah untuk

memenjarakan dan membunuh sesiapa sahaja yang didapati terlibat dan juga

menyokong Arab Spring. Disebabkan tindakan Bashar al-Assad yang kejam ini, ianya

telah menaikkan kemarahan rakyat untuk terus memberontak pemerintahan beliau.

Sebuah gerakan telah ditubuhkan pada ketika itu yang dikenali sebagai Free Syrian

Army (FSA). FSA adalah terdiri daripada mereka yang pernah terlibat sebagai anggota

keselamatan seperti polis dan juga tentera yang belot terhadap kerajaan pimpinan

Bashar. Tujuan FSA ini ditubuhkan adalah untuk menentang dan menjatuhkan

kerajaan pimpinan Bashar. Hal ini telah terjerumus kepada Perang Saudara Syria.

Lain pula ceritanya di Libya, pemimpin sebelumnya iaitu Muammar Gaddafi

yang sangat dikenali sebagai pemimpin yang diktator telah terbunuh semasa

pemberontakan berlaku di Libya semasa Kebangkitan Arab berlaku. Semasa beliau

memerintah lagi, tercetusnya beberapa perang sivil diantara pasukan pro Gaddafi dan

anti Gaddafi yang berlangsung disejumlah wilayah di Libya.10 Namun begitu,

menurut kata-kata sejarawan, harapan penduduk Libya mati sekali dengan Gaddafi.

Muammar Gaddafi telah dibunuh ketika beliau berada di kubu persembunyian beliau
10
Nuruddin Al-Akbar, Mewaspadai Pembajakan Operasi Perdamaian: Telaah Krisis Intervensi Asing
dalam Konflik Libya, Indonesian Journal of International Studies (IJIS), Jil. 2, No. 1, Jun 2015, hlm.
31.

10
oleh golongan pemberontak yang menyerbu masuk ke sana. Perkara ini dapat dilihat

apabila setelah kematian Gaddafi, keadaan di Libya menjadi lebih teruk daripada

sebelumnya. Malah, kebanyakan penduduk di Libya menyatakan penyesalan mereka

yang lebih menyukai pemerintahan Gaddafi berbanding keadaan yang berlaku

selepasnya. Ada juga pendapat yang menggambarkan bahawa keadaan di Libya

sangat teruk sehingga boleh diibaratkan seperti padang jarak padang tekukur.

Pemimpin yang seterusnya menggantikan Gaddafi dikatakan tidak layak untuk

menjadi pemimpin negara. Oleh itu, rakyat tempatan mula melakukan tunjuk perasaan

dan protes agar pemimpin tersebut diganti semula dengan pemimpin yang lainnya.

Melihat kepada protes yang dilakukan oleh rakyat Libya, pemimpin Libya berasa

tergugat dengan kedudukan beliau lalu menunjukkan tanggapan keras beliau terhadap

tindakan rakyat dengan cara membalas tindakan melalui serangan udara di negara

tersebut. Bom daripada pesawat-pesawat milik pemerintah Libya telah dijatuhkan di

beberapa daerah yang berlakunya penunjuk perasaan. Akibat daripada tindakan ini,

maka bermulalah perang saudara di Libya diantara pemerintah dan golongan

pemberontak.

4) Kurang Pengalaman Mentadbir Negara.

Antara sebab yang boleh dilihat gagalnya Arab Spring adalah kurang pengalaman

pemerintah yang baharu dalam mentadbir negara. Hal ini dapat dilihat apabila

jatuhnya seseorang pemimpin itu, tiada yang mampu untuk menandingi kepandaian

pemerintah yang terdahulu dalam menguruskan hal mengenai negara. Landskap

politik negara Arab dilihat amat sukar untuk diubah disebabkan hal sebegini berlaku.

Sebagai contoh dapat dilihat perkara yang berlaku di negara Mesir. Sebelum

kejatuhan Presiden Hosni Mubarak, beliau dikatakan sangat berdedikasi dan

11
berdisiplin dalam memerintah Mesir. Hal ini dapat dilihat bahawa semasa

pemerintahan beliau, negara Mesir berada dalam keadaan yang baik jika

dibandingkan dengan pemerintah selepas Mubarak.

Dalam tiga dekad pemerintahannya, Hosni Mubarak telah melakukan

penyelarasan yang sistematik untuk memastikan bahawa tiada parti pembangkang

atau institusi masyarakat sivil yang cukup kuat untuk mengamcam kedudukan beliau.

Disebabkan hal itu, Mubarak akan sentiasa memastikan bahawa mereka yang

mencuba untuk menjatuhkan beliau berada dalam keadaan yang lemah supaya

keinginan untuk mendapatkan pemerintahan di Mesir itu adalah suatu usaha yang

gagal. Mubarak juga telah mengisi kementeriannya dengan ahli politik yang setia

padanya dan bukannya mereka yang bekerja di sebagai penjawat awam yang akhirnya

hanya akan membuka ruang kepada rasuah dan kekejaman dalam merosakkan

keselamatan ramai. Dapat dilihat dengan jelas di sini bahawa, Mubarak sangat serius

dalam menjalankan pemerintahan di Mesir dan bukannya mudah untuk menggugat

beliau. Pemimpin yang menggantikan beliau adalah ekoran daripada tercetusnya

Kebangkitan Arab. Jika peristiwa ini tidak berlaku, ramai golongan sejarawan yakin

bahawa Hosni Mubarak akan memerintah lebih lama daripada itu.

Presiden yang baharu iaitu Mohamad Morsi dikatakan mempunyai kurang

pengalaman dalam mentadbir negara tersebut. Parti milik beliau juga dilihat seakan

sama seperti beliau iaitu Freedom and Justice (FJP) dilihat mempunyai kurang

pengalaman dalam membantu Morsi untuk mentadbir Mesir pada saat Morsi dilantik

menjadi presiden. Tepat pada 3 Julai 2013, al-Sisi telah mengumumkan bahawa

tampuk pemerintahan Morsi telah digantikan dengan golongan tentera.11 Disebabkan

hal ini, kedudukan Morsi begitu mudah diganggu-gugat oleh pihak tentera dan juga

11
Azhiim Pontoh, Studi Institusionalisme: Analisis Kejatuhan Pemerintahan Muhammad Mursi di
Mesir Pada Tahun 2013, Latihan Ilmiah, Universitas Islam Negeri, Jakarta, 2018, hlm. 57.

12
Abd al-Fattah al-Sisi. Akhirnya beliau telah digulingkan yang hanya sempat

memegang tampuk pemerintahan dalam tempoh setahun iaitu pada 2012 sehingga

2013.

Dalam masa yang sama, keadaan negara juga tidak begitu dapat dipulihkan

semasa Morsi menjadi presiden. Morsi dikatakan terpaksa meminta simpati daripada

dunia supaya membantu beliau dalam memulihkan ekonomi negara yang

terumbang-ambing ketika itu. Beliau juga yang begitu terdesak sanggup meminjam

daripada Tabung Pinjaman Dunia (IMF) demi untuk menyelamatkan revolusi yang

terjadi daripada jatuh ke tangan pihak sekular liberal dan juga tentera.

5) Campur Tangan Kuasa Asing Barat.

Jika diperhatikan dengan lebih teliti, negara-negara Arab ini telah jatuh dan gagal

untuk mendapatkan demokrasi adalah disebabkan oleh campur tangan kuasa asing

dalam pentadbiran negara. Hal ini berlaku disebabkan oleh pemerintah yang begitu

mudah dalam memberikan laluan buat kuasa asing untuk menggunakan alasan

membantu mereka dalam mencapai kestabilan negara. Penglibatan kuasa asing juga

adalah penyebab kepada berlakunya perang saudara yang sudah pun dimulai menjadi

semakin parah. Perang Saudara di Syria yang berlaku pada 15 Mac 2011 telah

berlarutan sehingga kelihatan kelibat Amerika Syarikat mula menyibukkan diri di

negara tersebut. Amerika Syarikat telah mengetuai serangan ke atas Syria bermula

pada tahun 2014 yang menyasarkan kumpulan militan Daesh pada awalnya. Bagi

Amerika Syarikat, kekacauan politik di Syria ini akan mengganggu kedudukan dan

kepentingan Amerika Syarikat di kawasan Timur Tengah. Amerika Syarikat yang

mula gusar akan perkara ini telah melancarkan serangan ke atas Syria. Dapat dilihat

apabila tahun sebelumnya, penentangan daripada regim Assad telah berlaku. Mereka

13
telah menggunakan senjata kimia kepada golongan pemberontakan. Hal ini telah

menyebabkan Amerika Syarikat memberikan amaran kepada regim tersebut agar

menghentikan perkara ini kerana mereka tidak akan teragak-agak untuk menyerang

regim ini jika mereka enggan. Amerika Syarikat juga turut menghantar ejen Central

Intelligence Agency (CIA) mereka untuk bertemu dengan FSA supaya dapat

memberikan laluan kepada AS untuk menjadi sebahagian daripada peperangan di

Syria. Perkara ini dapat dilihat bahawa tidak kira seberapa banyak penafian daripada

pihak AS, mereka yang telah memilih untuk mencampuri urusan negara lain.

Dalam masa yang sama, campur tangan Rusia juga dapat dilihat apabila mereka

telah melancarkan serangan bom dengan menyasarkan kumpulan pengganas termasuk

Militan Daesh pada 30 September 2015. Dalam masa yang sama, Rusia turut

menghantar sejumlah jet pejuang untuk menyerang beberapa kota di Syria ini

termasuklah Hammah dan Latakia.12 Untuk memperlihatkan lagi peranan Rusia yang

campur tangan dalam pemerintahan di negara Arab adalah beliau sentiasa menyatakan

sokongan kepada pemimpin di Syria iaitu Bashar. Bashar sendiri secara sukarela telah

meminta pertolongan daripada pihak tentera Rusia untuk menentang kumpulan

pemberontak di negara tersebut. Di samping itu, Rusia juga telah menghantar

penasihat ketenteraan beliau ke Syria bagi membantu Assad untuk mempertahankan

kerajaan pimpinan beliau. Atas bantuan yang diperoleh ini, sekitar tahun 2016,

bersama dengan kerjasama Militan Iran, Asad telah berjaya merampas semula ibu

kota Syria yang merupakan satu-satunya kubu kuat tentera FSA di kawasan bandar

12
A. Muchaddam Fahham, Konflik Suriah: Akar Masalah dan Dampaknya, Politica, Jil. 5, No. 1, Jun
2014, hlm. 42.

14
Rajah 2.0: Presiden Rusia Vladimir Putin dan Presiden Syria Basyar al-Assad.

Sumber: Internet.

Seterusnya, campur tangan kuasa asing masih dapat dilihat melalui kemasukan

pejuang Hizbullah daripada Lubnan serta pejuang Iran dan Afghanistan yang dilihat

berjuang bersama Assad di Syria bagi memerangi pihak pemberontak.

Hal yang sama berlaku di Libya apabila campur tangan NATO iaitu Pakatan

Atlantik Utara dibawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) melancarkan

Operation Unified Protector untuk mengawal keadaan di Libya. Ini berpunca

daripada Amerika Syarikah yang menyerahkan Libya kepada NATO untuk kononnya

menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh Libya pada ketika itu.13 Perkara ini

hanyalah sebagai alasan yang digunakan oleh NATO untuk menggulingkan Gaddafi.14

Menurut bekas diplomat Libya, Abdulsaelm menyatakan bahawa “ini bukan revolusi

Libya tetapi revolusi NATO yang mahu menghapuskan Gaddafi”.

13
Adinda Afriyenti dan Humaidi, Muammar Khadafi: Kepimpinannya Dari Awal Kudeta Tidak
Berdarah Hingga Revolusi Berdarah di Libya (1969-2011), PERIODE: Jurnal Sejarah dan Pendidikan
Sejarah, Jil. 1, No. 1, Mac 2019, hlm. 51.
14
Abdul Qadir Mushtaq dan Muhammad Afzal, arab Spring: Its Causes and Consequences, JPUHS, Jil.
30, No. 1, Januari-Jun 2017, hlm.9.

15
Rajah 2.0: Keadaan Sebelum dan Selepas Campur Tangan NATO ke atas Libya.

Sumber: Internet.

Kesimpulan

Walaupun Kebangkitan Arab (Arab Spring) dilihat berjaya pada awalnya namun

kesannya dapat dilihat selepas kejatuhan kerajaan yang sebelumnya di negara-negara

Arab. Masalah yang lebih besar muncul daripada yang sebelumnya yang mana dapat

dilihat bahawa ianya tidak dapat dikawal sehingga ke hari ini.Tambahan lagi, apa

yang diperjuangkan semasa revolusi gagal dilaksanakan oleh pemerintah kerana

rata-ratanya tidak mempunyai pengalaman dalam pentadbiran negara. Menurut kajian,

hanya Tunisia yang dijadikan produk Arab Spring yang berjaya membawa harapan

positif ke arah perubahan politik, ekonomi dan sosial.

16
Campur tangan kuasa asing juga telah menyebabkan pertelingkahan di antara

pemerintah dan juga pemberontak semakin besar. Perang Saudara yang telah meletus

juga dilihat menjadi semakin teruk malah berpanjangan sehingga ke hari ini. Hal ini

dapat dilihat terhadap beberapa negara contoh seperti di Syria, Yaman dan juga Libya

yang sehingga kini jumlah angka korban mencecah hampir ratusan ribu orang.

Disebabkan hal ini, pentingnya agar urusan negara adalah untuk negara tersebut

sahaja dan bukannya termakan atau terlibat dalam menggunakan pertolongan kuasa

asing. Mereka ini tidak pernah menolong, hanya menggunakan alasan tersebut untuk

kepentingan diri sendiri sahaja. Akhirnya yang mendapat susah adalah negara tersebut

sendiri. Corak pemerintahan yang diamalkan oleh sesetengah pemerintah itu adalah

atas dasar untuk menunjukkan kekerasan kepada pihak luar agar negara mereka tidak

mudah untuk dimasuki. Jatuhnya seseorang pemimpin yang berkaliber itu adalah

gelak-tawa bagi pihak asing.

Rakyat pula seharusnya mengamalkan sokongan penuh ke atas golongan

pemerintah negara sendiri kerana hanya mereka ini sahaja yang tahu dan pasti apa

yang terbaik buat negara. Sungguhpun negara Arab ini tidak memperoleh pelaksanaan

demokrasi di negara mereka tetapi ketahuilah, bahawa demokrasi itu milik semua.

Namun ianya juga turut bergantung pada kehendak pemimpin yang memerintah.

Faktor utama yang begitu jelas mencerminkan mengapa demokrasi gagal diperoleh

adalah termakan hasutan dan bantuan kuasa asing.

17
Bibliografi

A. Muchaddam Fahham, Konflik Suriah: Akar Masalah dan Dampaknya, Politica, Jil.

5, No. 1, Jun 2014.

Abdul Qadir Mushtaq dan Muhammad Afzal, Arab Spring: Its Causes and

Consequences, JPUHS, Jil. 30, No. 1, Januari-Jun 2017.

Adinda Afriyenti ddan Humaidi, Muammar Khadafi: Kepimpinannya Dari Awal

Kudeta Tidak Berdarah Hingga Revolusi Berdarah di Libya (1969-2011),

PERIODE: Jurnal Sejarah dan Pendidikan Sejarah, Jil. 1, No. 1, Mac. 2019.

Azhiim Pontoh, Studi Institusionalisme: Analisis Kejatuhan Pemerintahan

Muhammad Mursi di Mesir Pada Tahun 2013, Latihan Ilmiah, Universitas Islam

Negeri, Jakarta, 2018.

Jerry Indrawan, Legalitas dan Motivasi NATO (North Atlantic Treaty Organization)

Dalam Melakukan Intervensi Kemanusiaan di Libya, Jurnal Kajian Wilayah, Jil.

4, No. 2, 2013.

John R. Bradley, Inside Egypt: The Road to Revolution in the Land of Pharaohs, St.

Martin’s Press, 2012.

Kartini Aboo Talib @ Khalid dan Nidzam Sulaiman dalam Wan Kamal Mujani dan

Siti Nurulizah Musa (Editor), ‘Arab Spring’ Dalam Revolusi Libya dan Peranan

Organisasi Antarabangsa, Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia, 2015.

Mohd Irwan Syazli Saidin, Persepsi dan Pengaruh Arab Spring Terhadap Gerakan

Angkatan Belia Islam Malaysia, Akademika, Jil. 88, No. 1, April 2018.

Muhammad Zahrul Anam, The Arab Spring: Membaca Kronologi dan Faktor

Penyebabnya, Jurnal Hubungan Internasional, Jil. 4, No. 2, Oktober 2015.

18
Nuruddin Al Akbar, Mewaspadai Pembajakan Operasi Perdamaian: Telaah Krisis

Intervensi Asing dan Konflik Libya, Indonesian Journal of International Studies

(IJIS), Jil. 2, No.1, Jun 2015.

Shafira Elnanda Yasmine, Arab Spring: Islam Dalam Gerakan Sosial dan Demokrasi

Timur Tengah, Masyarakat, Kebudayaan dan Politik, Jil. 28, No. 2, 2015.

19

You might also like