You are on page 1of 67

PREPARING YOUR MANUSCRIPT

SUMBER:
DR. HAYROL AZRIL MOHAMED SHAFFRIL
PEGAWAI PENYELIDIK SOSIAL
INSTITUT PENGAJIAN SAINS SOSIAL
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
LIMITASI PEMBENTANGAN
TIDAK BOLEH DINAFIKAN, BIDANG PENULISAN MEMPUNYAI BANYAK ‘MAZHAB’..
DALAM PEMBENTANGAN INI APA YANG PROF, DR, TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN
AKAN DENGAR HANYALAH BERDASARKAN PENGALAMAN KECIL SAYA DALAM
BIDANG PENULISAN.. APA-APA PERBEZAAN DAN PERSAMAAN YANG WUJUD INSYA
ALLAH KITA BOLEH MANFAATKAN BERSAMA..
RESEARCH ARTICLE
ABSTRAK
ABSTRAK – TIPS
Bahagian abstrak selalunya mempunyai di antara 100 hingga 300 patah perkataan.
Abstrak adalah satu bahagian yang ringkas, tapi menceritakan segalanya tentang
kajian kita.

Salah satu tips untuk menghasilkan abstrak yang padat dan direct to the point ialah
menerangkan info dalam abstrak secara general sahaja.

Abstrak adalah bahagian pertama yang akan dibaca editor dan reviewer untuk
menentukan sama ada artikel anda sesuai atau tidak untuk jurnal mereka
ABSTRAK – TIPS
Abstrak kebiasaannya mempunyai enam bahagian utama iaitu
1) Introduction
2) Problem statement and gap
3) Objectives
4) Methodology
5) Results
6) Recommendations
ABSTRAK – TIPS DAN CONTOH PENULISAN
INTRODUCTION (Sedikit pengenalan berkaitan isu dikaji; tiada citation dalam bahagian abstrak)
Untuk meningkatkan penggunaan ICT dalam kalangan pelajar luar bandar adalah salah satu agenda utama
kerajaan

PROBLEM STATEMENT (apa yang menyebabkan isu ini dikaji)


Sungguhpun isu ini penting, namun, bilangan kajian yang berkaitan dengan penggunaan ICT dalam kalangan
pelajar luar bandar masih berkurangan di negara ini

OBJECTIVE (apa tujuan utama kajian ini)


Untuk mengatasi masalah ini, matlamat utama kajian ini adalah untuk mengkaji tahap penggunaan dan
mengenalpasti faktor-faktor yang boleh mempengaruhi tahap penggunaan ICT dalam kalangan pelajar luar
bandar di Malaysia.
ABSTRAK – TIPS DAN CONTOH PENULISAN
METHODOLOGY (be selective, jangan masukkan semua info, anda sebagai penulis determine,
which part yang penting, kebiasaannya saya akan masukkan research design, sampling
method, number of respondents)
Kajian ini berbentuk kuantitatif di mana melalui kaedah persampelan rawak mudah, sejumlah
400 pelajar sekolah menengah luar bandar telah dipilih sebagai responden.

RESULTS (masukkan hanya dapatan yang berkaitan dengan objektif, tidak perlu demografi
data)
Analisis yang dilakukan telah mengesahkan bahawa tahap penggunaan ICT pelajar luar
bandar adalah tinggi manakala faktor umur dan pendapatan isi rumah mempunyai perkaitan
yang signifikan dengan penggunaan ICT. Analisis lanjut menggunakan ujian -T bebas
menunjukkan perbezaan yang signifikan di antara pelajar perempuan dan pelajar lelaki
dalam konteks penggunaan ICT.
ABSTRAK – TIPS DAN CONTOH PENULISAN
RECOMMENDATION (explain recommendations secara spesifik ataupun secara general sahaja)

SPESIFIK
Dicadangkan supaya kursus ICT secara berkala dan subsidi ICT boleh diperkenalkan dan inisiatif
ini harus diberikan kepada pelajar yang berumur di antara 17-18 tahun dan keluarga yang
berpendapatan rendah. Cadangan ini diharap dapat membantu agensi berkenaan bagi
meningkatkan lagi penggunaan ICT dalam kalangan pelajar luar bandar di Malaysia.

GENERAL
Beberapa cadangan telah diutarakan dan ia diharap dapat membantu pihak berkenaan dalam
merangka strategi yang bersesuaian bagi meningkatkan penggunaan ICT dalam kalangan pelajar
luar bandar.
SOME JOURNALS HAVE THEIR OWN STYLE OF ABSTRACT
PENGENALAN
PENGENALAN – TIPS
Kebiasaannya bahagian ini mempunyai empat sub-bahagian yang utama iaitu

1- Pengenalan general
2- The need for the current study
PENGENALAN – TEKNIK DAN CONTOH PENULISAN
Pengenalan general

General information on siapa yang kita kaji; ATAU

General information on apa yang kita kaji; ATAU

Kedua-duanya sekali
PENGENALAN – TEKNIK DAN CONTOH PENULISAN
The need for the current study

Penekanan kepada mengapa kajian anda perlu dilakukan, di mana dalam bahagian
ini ia menekankan kepada

Statement of problem
Research gap
Research questions
Research objectives
SUB-BAHAGIAN PENGENALAN – SIGNIFIKAN
KAJIAN (OPTIONAL)
Ada juga reviewer yang mencadangkan supaya kita sertakan penulisan Significance
of the study dalam bahagian introduction.

Penulisan bahagian ini boleh diletakkan selepas objektif kajian dan ia boleh ditulis
dalam bentuk sumbangan utama kajian kita

- Sumbangan kepada bidang ilmu


- Sumbangan kepada bidang polisi
- Sumbangan kepada praktis
SUB-BAHAGIAN PENGENALAN – SIGNIFIKAN
KAJIAN (OPTIONAL)
CTH AYAT
Kajian ini mempunyai beberapa signifikan kajian. Pertamanya, oleh kerana kajian
berkenaan dengan penggunaan GPS dalam kalangan nelayan skala kecil di
Malaysia masih berkurangan, maka hasil kajian ini dapat menyumbang kepada
bidang ilmu dan seterusnya diharap dapat meningkatkan lagi pemahaman komuniti
akademik tentang bagaimana masyarakat terutamanya nelayan skala kecil
menggunakan teknologi untuk membantu rutin harian mereka. Kedua, data kajian ini
boleh dijadikan asas kepada penambahbaikan dasar dan program sedia ada dan
ini selari dengan hasrat kerajaan untuk meningkatkan taraf hidup nelayan dan salah
satunya adalah penambahbaikan Program Transformasi Nelayan. Ketiga, faktor-
faktor yang sudah dikenalpasti dapat mempengaruhi penggunaan GPS boleh
ditekankan oleh agensi berkenaan dalam usaha mereka untuk meningkatkan lagi
penggunaan teknologi perikanan seperti GPS dalam kalangan nelayan skala kecil.
SOROTAN LITERATUR
SOROTAN LITERATUR
Salah satu cara yang memudahkan penulisan artikel jurnal di bahagian Literature Review (LR)
adalah dengan membentuk Jadual LR.

Jadual LR membolehkan kita menyusun penulisan bahagian LR dengan lebih sistematik dan
seterusnya memudahkan proses penulisan kita

LR memaklumkan kepada anda tentang apa yang telah dikaji pada masa lalu dan apa yang
mereka temui

LR meletakkan dapatan kajian lepas dalam satu susunan yang teratur dan sistematik

LR menganalisis maklumat yang dikumpul dengan kritikal dan mengenal pasti jurang dalam
pengetahuan semasa; dengan menunjukkan batasan teori dan pandangan; dan dengan merangka
ruang untuk penyelidikan dan mengkaji bidang kontroversi

Cuba bina satu aliran pemikiran yang baik dengan memastikan setiap perenggan dalam
bahagian LR ini adalah berkait..
APA TUJUAN KITA BUAT LITERATURE REVIEW
1- UNTUK MEMBANGUNKAN PROBLEM STATEMENT DAN SETERUSNYA
MENGENALPASTI APA LAGI YANG PERLU DITAMBAHBAIK (GAP KAJIAN)

2- PENULISAN CHAPTER 2 – UNTUK MENUNJUKKAN PEMAHAMAN KITA TENTANG


SITUASI TERKINI ISU YANG KITA INGIN KAJI (KRITIS – MENGHURAI, MENCARI
PERSAMAAN DAN PERBEZAAN, MENCARI KEKUATAN DAN KELEMAHAN KAJIAN-
KAJIAN LEPAS)

Cth…
Perkaitan antara variables.
Mediating variables
Moderating variables
3- PENULISAN KRITIS
1) Menjustifkasi what else need to be done
Sebelum ini banyak kajian melibatkan penggunaan telefon pintar dalam kalangan
pelajar luar hanya melibatkan kesannya ke atas aktiviti sosial mereka (Ali, 2018; Abu
2017; Ahmad, 2017)

2) Mengupas dan menganalisis


Penyelidik terdahulu (Siti, 2018; Aminah, 2016; Khadijah, 2015) telah mengaitkan
penggunaan telefon pintar dengan kemerosotan penglibatan dalam aktiviti sosial
dalam kalangan pelajar luar bandar, bukannya dari aspek kesannya ke atas prestasi
pembelajaran mereka.
3) Menyokong idea anda
Keperluan untuk menjalankan kajian berkenaan dengan impak penggunaan telefon
pintar ke atas prestasi pembelajaran pelajar luar bandar telah ditekankan oleh
Asmah (2016), apabila mencadangkan lebih banyak kajian tentang isu ini dilakukan
supaya pemahaman yang lebih menyeluruh dapat diperoleh.

4) Elakkan penyataan ‘According to” dan sewaktu dengannya


5- Tulis dengan jelas

Ramai penyelidik berpendapat (pendapat siapa?) bahawa penggunaan telefon


pintar yang kerap akan mendatangkan kesan buruk kepada penglibatan dalam
aktiviti sosial tertentu (aktiviti apa?).
JADUAL LITERATURE REVIEW
Penulis Mengapa kajian ini penting? Sebab utama kajian dilakukan Metodologi Teori/Model Dapatan kajian Apa lagi yang perlu
dilakukan

Kenapa?
What if?
Ali (2018) ICT dapat meningkatkan Dapatan kajian lepas yang kuantitatif (cross sectional survey) UTAUT Perhubungan signifikan dan
pencapaian pembelajaran pelajar tidak konsisten positif di antara kesemua Kenapa semua kajian
sekolah luar bandar SPSS – pearson product moment faktor penggunaan ICT sedia ada hanya guna satu
correlation (UTAUT) dengan prestasi teori/model?
pembelajaran
Instrumen – 5 likert scale What if teori/model ini
Abu (2017) ICT memberikan peluang kepada Keperluan untuk kuantitatif (cross sectional survey) ABC Dua faktor baru (Faktor digabungkan? ---
pelajar sekolah luar bandar untuk menambahbaik Teori ABC attitude dan self-efficacy) theoretical gap
seiring dengan arus pemodenan CB-SEM yang disertakan dalam teori
ABC ‘fit’ ke dalam model yang
Instrumen – 5 likert scale dibentuk Kenapa kajian Siti (2016)
Aisyah ICT memastikan setiap maklumat Kekurangan kajian yang kuantitatif (cross sectional survey) TAM kesemua faktor penggunaan guna 7 likert scale?
(2017) terkini akan sampai kepada pelajar menggunakan TAM sebagai ICT (TAM) menyumbang Sedangkan majoriti yang
luar bandar secara cepat dan tepat model asas dalam kajian SPSS – pearson product moment kepada prestasi lain guna 5?
penggunaan ICT pelajar correlation pembelajaran pelajar sekolah
sekolah luar bandar luar bandar What if kajian saya guna 7
Instrumen – 5 likert scale juga? – Methodological
gap
Fatimah ICT dapat meningkatkan Keperluan untuk kuantitatif (cross sectional survey) UTAUT Satu faktor mediator baru
(2018) pencapaian pembelajaran pelajar menambahbaik model UTAUT (self-confident) yang
sekolah luar bandar CB-SEM diperkenalkan dapat
‘mediate’ kesemua faktor
Instrumen – 5 likert scale UTAUT dengan penggunaan
ICT
Siti (2016) ICT mendedahkan pelajar luar Kekurangan kajian yang kuantitatif (cross sectional survey) ETAM kesemua faktor penggunaan
bandar kepada perkembangan menggunakan ETAM sebagai ICT (ETAM) menyumbang
terkini, informasi dan isu semasa model asas dalam kajian SPSS – pearson product moment kepada prestasi
penggunaan ICT pelajar correlation pembelajaran pelajar sekolah
sekolah luar bandar luar bandar
Instrumen – 7 likert scale
BEBERAPA SUMBER ATAS TALIAN UNTUK MENCARI
BAHAN SOROTAN LITERATUR
Sumber atas talian percuma Sumber atas talian - subscribed

Science Direct
Directory of Open Access Journal (jurnal)
Taylor Francis
Sci-Hub (jurnal) Emerald
PDFDRIVE.NET (buku) Sage
Wiley
libgen.io (buku) Oxford
b-ok.org (buku)
en.bookfi.net (buku)
oatd.org (thesis)
OPEN ACCESS – ESTABLISHED JOURNALS

u Oxford
u https://academic.oup.com/journals/pages/open_access

u Wiley
u http://www.wileyopenaccess.com/details/content/136630f898d/Society-Journals.html

u Taylor Francis
u http://www.tandfonline.com/openaccess/openjournals

u Emerald
u http://www.emeraldgrouppublishing.com/openaccess/oa_journals.htm
u Sage
u http://journals.sagepub.com/home/sgo

u Springer
u https://www.springeropen.com

u Elsevier
u https://www.elsevier.com/about/open-science/open-access/open-access-journals
PERSOALAN KAJIAN/HIPOTESIS DITULIS DI
BAHAGIAN MANA?
Satu gaya penulisan menekankan bahawa cukup dengan kenyataan yang menimbulkan
persoalan di bahagian introduction (selepas menulis bahagian permasalahan kajian)

CTH AYAT
Sungguhpun banyak kajian lepas berkaitan fenomena perubahan cuaca telah dilakukan,
namun begitu, kebanyakkannya menumpukan kepada dapatan saintifik seperti peningkatan
suhu (Masrizan, 2016, Mas Erna, 2014), ketidakstabilan musim monsun (Shamsul, 2015),
peningkatan kejadian cuaca ekstrem (Farah, 2015) serta peningkatan paras air laut (Aisyah,
2013) dan ini menyebabkan ruang bagi dapatan kajian berkaitan isu sosial masih banyak
perlu diisi. Kekurangan ini seterusya, telah menimbulkan persoalan seperti 1) adakah nelayan
skala kecil di Malaysia bersedia untuk menghadapi perubahan cuaca? Kajian berkaitan
dengan adaptasi sosial terhadap perubahan cuaca khususnya mereka yang bergantung
harap kepada kestabilan cuaca seperti nelayan skala kecil harus diperbanyakkan. Ini kerana
perubahan cuaca dijangka akan memberikan kesan yang besar kepada kehidupan serta rutin
sosio-ekonomi mereka.
PERSOALAN KAJIAN/HIPOTESIS DITULIS DI BAHAGIAN MANA?

Ada lagi satu gaya penulisan yang menekankan bahawa persoalan kajian/hipotesis boleh ditulis setelah selesai
menghurai setiap bahagian dalam literature review

Haiyan Kong, Catherine Cheung and Haiyan Song (2012) Hotel Career Management to Employees’ Career
Satisfaction: The Mediating Effect of Career Competency. International Journal of Hospitality Management, 31, 76-
85.

CTH AYAT
Satu kajian kuantitatif yang dilakukan oleh Hassan dan Ali (2015) ke atas 400 orang penduduk di luar bandar di
negeri Selangor merumuskan perbezaan signifikan di antara penduduk lelaki dan perempuan dalam konteks
penggunaan internet di kawasan luar bandar. Hasil analisis merumuskan penduduk perempuan kurang menggunakan
internet dan salah satu faktor yang membataskan penggunaan internet mereka ialah komitmen terhadap keluarga.
Dapatan Hassan dan Ali (2015) disokong oleh kajian yang dilakukan oleh Zulaikha dan Ahmad Faris (2016) di mana
kajian kuantitatif mereka ke atas 400 orang penduduk Kampung Gerakan Daya Wawasan telah menemukan
perbezaan signifikan di antara penduduk lelaki dan perempuan. Kajian mereka menjelaskan kemahiran dan tahap
pengetahuan ICT lebih baik yang dimiliki penduduk lelaki menyebabkan mereka menggunakan internet dengan lebih
kerap dan meluas. Dapatan kedua-dua kajian ini walaubagaimanapun tidak disokong kajian Siti Fatimah dan Norani
(2014) di mana kajian kuantitatif mereka ke atas 300 orang penduduk luar bandar di Melaka tidak menemukan
sebarang perbezaan signifikan. Kajian mereka mendapati akses yang baik dan luas kepada perkhidmatan
Kampung Tanpa Wayar telah menyebabkan kesemua penduduk sama ada lelaki atau perempuan, menggunakan
internet pada tahap yang baik.
H1 - Terdapat perbezaan yang signifikan di antara lelaki dan perempuan dalam konteks penggunaan internet di
kawasan luar bandar
PERSOALAN KAJIAN/HIPOTESIS DITULIS DI
BAHAGIAN MANA?
Ada satu lagi gaya penulisan yang menggalakkan persoalan kajian/hipotesis ditulis
secara point by point selepas bahagian literature review…

CTH AYAT
METHODOLOGY
METHODOLOGY – TIPS
Selalunya pada bahagian ini penulisan akan tertumpu pada bahagian
1. research design (rekabentuk kajian),
2. population and sampling (populasi dan persampelan),
3. instrument development process (proses pembentukan instrumen),
4. data collection (pengumpulan data)
5. data analysis (analisis data)
METHODOLOGY – TEKNIK PENULISAN
Research design (rekabentuk kajian)
Maklumkan research design apa yang kita guna - Kuantitatif (correlational,
descriptive, ex-post facto, experimental, etc.)? Kualitatif?

CTH AYAT
Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif (korelasi deskriptif)
METHODOLOGY – TEKNIK PENULISAN
Population and sampling (populasi dan persampelan)
Nyatakan population kita siapa, jumlahnya berapa. Berdasarkan jumlah populasi
kita, berapa jumlah sampel yang sesuai? pengiraan sampel mana yang kita rujuk
(Krejcie and Morgan (1970); Yamane (1967)?; G-Power? etc.

CTH AYAT
Populasi kajian ini adalah pelajar sekolah menengah di kawasan luar bandar di
Malaysia. Jumlah populasi adalah 150,000 dan berdasarkan jadual persampelan
Krejcie dan Morgan (1970), jumlah sampel yang sesuai ialah 384.
METHODOLOGY – TEKNIK PENULISAN
Instrument development process (proses pembentukan instrumen)
Nyatakan sama ada kita membangunkan instrumen sendiri atau menggunakan instrumen yang
established. Maklumkan item yang kita sertakan dalam instrumen, apa pilihan jawapan yang ada untuk
respondent, apa contoh soalan yang ada, ceritakan juga proses dan result pilot test.

CTH AYAT
Instrumen (Borang kaji selidik) telah dibangunkan penyelidik bagi tujuan pengumpulan data. Ia telah
dibangunkan berdasarkan proses sorotan literatur dan dokumen analisis. Draf akhir instrumen kajian ini
mempunyai dua bahagian iaitu demografi (6 item) dan penggunaan ICT (20 item). Bahagian demografi
mengandungi soalan berkaitan dengan umur, jantina, pendapatan isi rumah, jarak dari rumah ke
sekolah, jarak dari rumah ke pusat ICT yang terdekat dan bilangan isi rumah. Dalam bahagian ini
responden diberikan opsyen jawapan open-ended atau closed-ended. Item dalam bahagian ICT pula
adalah berkait dengan tujuan penggunaan ICT dalam kalangan pelajar dan contoh item adalah seperti
'saya menggunakan ICT untuk berkomunikasi dengan rakan' dan 'saya menggunakan ICT untuk
mendapatkan maklumat berkenaan dengan tugasan sekolah saya'. Dalam bahagian ini, responden
diberikan pilihan jawapan skala likert lima di mana satu mewakili sangat tidak setuju dan lima mewakili
sangat setuju. Kajian rintis (pilot test) telah dilakukan bagi menguji kebolehpercayaan dan kesahan
instrumen kajian dan ia telah dilakukan dalam kalangan 30 orang pelajar sekolah menengah luar
bandar di Hulu Selangor, Selangor. Nilai yang terhasil ialah .796 dan ia melepasi had minimum .700
yang disyorkan oleh Nunally (1978). Untuk mengukuhkan kesahan instrumen kajian, instrumen tersebut
telah diberikan kepada dua pakar dalam bidang penggunaan teknologi untuk dinilai dan
ditambahbaik.
METHODOLOGY – TEKNIK PENULISAN
Data collection (pengumpulan data)
Boleh masukkan info seperti persediaan yang dibuat, bila dibuat, di mana kita melakukan
proses pengumpulan data, berapa lama dibuat, siapa yang melakukan proses pengumpulan
data, apa teknik pengumpulan data yang kita gunakan (survey ke self administer ke etc)

CTH AYAT
Sebelum melakukan pengumpulan data sebenar, penyelidik telah pergi ke kawasan kajian
untuk berjumpa dengan ketua kampung, ketua jeti dan beberapa pegawai dari agensi yang
berkenaan. Ia dilakukan bagi meminta kebenaran untuk melakukan pengumpulan data di
kawasan pentadbiran mereka. Enumerator berpengalaman telah dilantik untuk membantu
proses pengumpulan data dan mereka ini telah diberikan taklimat tentang instrumen kajian,
kawasan kajian dan responden kajian. Kaedah pengumpulan data utama yang digunakan
ialah survei dan untuk setiap responden, enumerator mengambil di antara 20 ke 25 minit untuk
melengkapkan proses survei. Kebanyakan proses pengumpulan data di lakukan di kawasan
tumpuan nelayan iaitu wakaf dan kedai kopi. Proses pengumpulan data kajian ini telah
berjaya dilengkapkan dalam masa empat bulan (Januari 2016 hingga April 2016)
METHODOLOGY – TEKNIK PENULISAN
Data analysis (Analisis data)
Apa analysis yang kita guna dan untuk tujuan apa? perisian analisis apa yang kita
guna?

CTH AYAT
Data kajian ini dianalisis menggunakan perisian SPSS. Analisis deskriptif seperti
frekuensi, peratusan, min skor dan sisihan piawai telah digunakan bagi mendapatkan
data demografi. Analisis Korelasi Pearson telah digunakan bagi menguji sebarang
perkaitan yang wujud di antara faktor terpilih dengan penggunaan ICT manakala
Ujian-t bebas telah digunakan bagi menguji sebarang perbandingan bagi
penggunaan ICT di antara pelajar lelaki dan perempuan
METHODOLOGY (ALTERNATIF) – TIPS
Terdapat penulisan bahagian methodology dalam rangka yang berbeza di mana
penulis menekankan kepada empat bahagian

1. Participants
2. Procedures
3. Measures
4. Data analytic strategy
METHODOLOGY (ALTERNATIF) – TEKNIK
PENULISAN
Participants
Dalam bahagian ini, penulis menulis data berkenaan demografi responden, uniknya kaedah
penulisan sebegini tidak memerlukan data demografi ditulis di bahagian hasil kajian.
Mengapa? Kerana di bahagian results, mereka hanya mahukan data berkenaan objektif,
melainkan kita membuat kajian berkenaan dengan profiling responden, maka data
demografi bukanlah objektif yang ingin dicapai.

CTH AYAT
Purata umur responden adalah 43 tahun dan kesemua mereka adalah lelaki. Boleh dikatakan
kebanyakan responden berpendidikan rendah di mana hasil kajian mendapati hanya 4.1%
daripada mereka mempunyai pendidikan di peringkat universiti (diploma dan ke atas).
Purata pendapatan dalam sebulan yang diperoleh responden ialah RM1,231.60 dengan
22.2% daripada mereka memperoleh kurang dari RM1,501.00 dalam sebulan. Seterusnya,
kajian juga mendapati kebanyakan responden (74.6%) mempunyai 4 orang isi rumah atau
lebih.
METHODOLOGY (ALTERNATIF) – TEKNIK PENULISAN
Procedures
Di sini, anda boleh memasukkan data berkenaan dengan
Proses persampelan – apa teknik persampelan yang digunakan? Ceritakan secara
terperinci proses persampelan tersebut.

Pengumpulan data – apa yang dilakukan sebelum pengumpulan data sebenar?


Siapa yang membantu pengumpulan data? Apa kaedah pengumpulan data utama
yang digunakan? Berapa lama masa yang diambil untuk enumerator/responden
melengkapkan borang kajian?, pengumpulan data dilakukan dalam bahasa apa? Di
mana pengumpulan data dilakukan? Berapa lama pengumpulan data dapat
dilengkapkan?
METHODOLOGY (ALTERNATIF) – TEKNIK PENULISAN
CTH AYAT (PROSES PERSAMPELAN)
Persampelan kluster berperingkat telah digunakan. Pada peringkat pertama, 11 negeri
di Semenanjung Malaysia telah dipecahkan kepada empat zon iaitu Zon Selatan
(Negeri Sembilan, Melaka, Johor), Zon Utara (Perlis, Kedah, P.Pinang), Zon Pantai Timur
(Pahang, Terengganu, Kelantan) dan Zon Tengah (Selangor, Perak). Seterusnya, satu
negeri telah dipilih secara rawak bagi mewakili zon tersebut dan negeri yang terpilih
ialah Kelantan (Zon Pantai Timur), Johor (Zon Selatan), Kedah (Zon Utara) dan Selangor
(Zon Tengah). Pada peringkat kedua persampelan, satu daerah perikanan telah dipilih
secara rawak bagi mewakili negeri yang terpilih dan daerah perikanan tersebut ialah
Bachok (Kelantan), Muar (Johor), Kedah Utara (Kedah) dan Sepang (Selangor). Pada
peringkat akhir persampelan, berdasarkan senarai yang diperoleh dari Persatuan
Nelayan Kawasan (PNK) yang berkenaan, sejumlah 100 orang nelayan akan dipilih
secara rawak sebagai responden.
METHODOLOGY (ALTERNATIF) – TEKNIK PENULISAN
CTH AYAT (PENGUMPULAN DATA)
Sebelum melakukan pengumpulan data sebenar, penyelidik telah pergi ke kawasan
kajian untuk berjumpa dengan ketua kampung, ketua jeti dan beberapa pegawai
dari agensi yang berkenaan. Ia dilakukan bagi meminta kebenaran untuk melakukan
pengumpulan data di kawasan pentadbiran mereka. Enumerator berpengalaman
telah dilantik untuk membantu proses pengumpulan data dan mereka ini telah
diberikan taklimat tentang instrumen kajian, kawasan kajian dan responden kajian.
Kaedah pengumpulan data utama yang digunakan ialah survei dan untuk setiap
responden, enumerator mengambil di antara 20 ke 25 minit untuk melengkapkan
proses survei. Enumerator membacakan soalan di dalam dalam bahasa Melayu dan
kemudiannya menerangkan tentang opsyen jawapan yang mereka ada bagi setiap
soalan yang ditanya. Kebanyakan proses pengumpulan data di lakukan di kawasan
tumpuan nelayan iaitu wakaf dan kedai kopi. Proses pengumpulan data kajian ini
telah berjaya dilengkapkan dalam masa empat bulan (Januari 2016 hingga April
2016)
METHODOLOGY (ALTERNATIF) – TEKNIK PENULISAN
Measures
Di sini anda boleh menceritakan tentang instrumen, anda boleh menceritakan tentang
:-
1. Proses pembentukan
2. Proses ujian pilot (apa penambahbaikan yang dilakukan selepas proses ujian
pilot selesai?)
3. Jumlah item bagi setiap bahagian,
4. Operational definition bagi faktor yang dikaji boleh disertakan
5. Contoh item
6. Apa jenis pengukuran yang digunakan (likert scale?)
METHODOLOGY (ALTERNATIF) – TEKNIK PENULISAN
CTH AYAT (MEASURES – proses pembentukan instrumen dan ujian pilot)
Instrumen kajian mengandungi 63 item yang telah dipecahkan kepada tiga bahagian utama iaitu
1) profil demografi; 2) Penggunaan GPS dan 3) Faktor Tingkahlaku. Item yang disertakan di
dalam instrumen dibina berdasarkan operational definition setiap faktor, walaubagaimanapun, di
mana yang sesuai, item dari kajian lepas yang dirasakan sesuai dengan konteks dan objektif
kajian turut dipertimbangkan. Selepas draf instrumen lengkap dibina, beberapa mesyuarat
pembentukan instrumen dilakukan dan ia bertujuan untuk mengukuh instrumen yang telah dibina.
Instrumen yang dibina kemudian telah melalui ujian pilot dalam kalangan 30 orang nelayan di
Port Dickson. Analisis telah menunjukkan nilai Cronbach Alpha yang rendah dari nilai yang
dicadangkan Nunally (1978) (.700) bagi tiga faktor tingkahlaku iaitu budaya pembelajaran
(.565), tanggapan kebergunaan (.555) dan tanggapan mudah guna (.545). Bagi mengatasi
masalah ini, berdasarakan analisis ‘if item deleted’ beberapa item seperti C2 dan C3 (budaya
pembelajaran), D2 dan D6 (tanggapan kebergunaan) dan E1 dan E10 (tanggapan mudah guna)
telah dikeluarkan. Usaha ini telah berjaya meningkatkan nilai Cronbach Alpha bagi budaya
pembelajaran kepada .789, tanggapan kebergunaan kepada .777 dan tanggapan mudah guna
kepada .801. Selain itu, maklumbalas dari responden dan enumerator juga diambil kira dan
beberapa item telah distruktur semula bagi memudahkan pemahaman enumerator dan
responden. Instrumen yang telah ditambahbaik kemudiannya telah diberikan kepada dua orang
pakar bagi penggunaan teknologi komuniti bagi dinilai kesesuaiannya.
METHODOLOGY (ALTERNATIF) – TEKNIK PENULISAN
CTH AYAT [MEASURES – SAMBUNGAN -Jumlah item bagi setiap bahagian;
Operational definition bagi faktor yang dikaji boleh disertakan; Contoh item dan Apa
jenis pengukuran yang digunakan (likert scale?)]

Perincian bagi setiap bahagian dalam instrumen ini adalah seperti berikut.
Tanggapan kebergunaan – Faktor ini diwakili oleh 9 item dan ia merujuk kepada
kepercayaan nelayan bahawa penggunaan GPS akan memanfaatkan mereka dalam
operasi perikanan. Contoh item yang disertakan dalam bahagian ini ialah
“menggunakan GPS dapat menjimatkan masa operasi perikanan saya’ dan
‘menggunakan GPS memudahkan saya untuk mencari kawasan perikanan yang telah
ditanda’. Opsyen jawapan yang diberikan kepada responden adalah dalam bentuk
skala likert 5 di mana 1 mewakili sangat tidak setuju dan 5 mewakili sangat setuju.
METHODOLOGY (ALTERNATIF) – TEKNIK PENULISAN
Data analytic strategy
Di sini boleh diceritakan apa perisian yang digunakan dan apa analisis serta tujuan kita
menggunakan analisis tersebut. Dalam sesetengah penulisan, mereka cuba menjelaskan
keperluan yang perlu dipenuhi bagi analisis yang dilakukan. Terdapat juga penulisan yang
menjelaskan perbandingan di antara analisis yang mereka gunakan dengan analisis lain
(yang hampir sama fungsinya dengan analisis yang mereka gunakan).

CTH AYAT
Kajian ini menggunakan perisian SPSS bagi tujuan analisis. Oleh kerana kajian menggunakan
probability sampling (persampelan kluster) dan ujian normality menunjukkan bahawa data
kajian adalah normal maka analisis inferensi seperti Korelasi Pearson dan ANOVA boleh
digunakan. Korelasi Pearson sesuai digunakan bagi mengetahui perkaitan di antara faktor
dan dalam kajian ini ia digunakan bagi mengenalpasti sebarang perkaitan di antara faktor
demografi terpilih (umur, pendapatan, pengalaman) dengan penggunaan GPS. Analisis
ANOVA pula digunakan bagi mengetahui perbandingan penggunan GPS di antara kumpulan
pendidikan responden (Sekolah Rendah, PMR, SPM)
RESULTS
RESULTS – TIPS
Dalam bahagian results (kalau diasingkan dari discussion), hasil kajian boleh diulas
secara deskriptif.. tidak perlu dibincangkan dulu…

Tapi kalau digabungkan results dan discussion, maka boleh lah di ulas results kajian
dan seterusnya kita membincangkan hasil kajian
RESULTS –TEKNIK PENULISAN
CTH AYAT DALAM BAHAGIAN RESULTS
Jadual di bawah menunjukkan perbandingan penggunaan GPS di antara kumpulan
tahap pendidikan. Berdasarkan F value (3, 400) = 3.944, p <.005, menunjukkan
perbezaan yang signifikan di antara tiga kumpulan pendidikan yang dikaji. Analisis
Post Hoc menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan dalam
penggunaan GPS di antara kumpulan pendidikan SPM dengan kumpulan pendidikan
PMR dan Sekolah Rendah.

Jadual Perbandingan Penggunaan GPS bagi Faktor Pendidikan

Mean SD f P
Tahap Pendidikan 3.994 .010
Sekolah Rendah 3.15 .30
PMR 3.25 .45
SPM 4.36 .28
DISCUSSION
DISCUSSION – TIPS
Cuba tulis Depth Reasoning (DR) dalam bahagian discussion. Kita perlu beri reasoning –
kenapa hasil kajian kita tidak selari ataupun selari dengan hasil kajian lepas.. Kalau dia
A, kenapa dia jadi A?

Untuk reasoning di bahagian discussion ni juga ada juga beberapa cara penulisan dan
saya kongsikan beberapa cara berdasarkan pengalaman saya.

1. Ada satu gaya penulisan yang menekankan, bila kita buat reasoning, kita perlu
disokong dengan rujukan/penemuan kajian lepas yang membuktikan bahawa
reasoning kita tu betul dan pernah dilakukan.
2. Ada satu lagi gaya penulisan yg mana bila kita buat reasoning, tidak memerlukan
sokongan rujukan/penemuan kajian lepas. Justifikasi mereka, kajian itu adalah kajian
kita dan kita mesti hasilkan reasoning sendiri... jadi, tidak ada keperluan untuk rujuk
kajian org lain lagi.. ini adalah satu bentuk sumbangan signifikan kita kepada
literatur/ilmu sedia ada.. satu penemuan baru.. tidak perlu sokongan
rujukan/penemuan kajian lepas.
DISCUSSION – TEKNIK PENULISAN
CTH AYAT
Didapati bahawa tiada perbezaan signifikan di antara belia luar bandar
berpendapatan rendah dan belia luar bandar berpendapatan tinggi dan ini adalah
tidak selari dengan dapatan Maria (2015) dan Mariana (2016). Kajian mendapati
bahawa kewujudan projek ICT luar bandar seperti Pusat Jalur Lebar Komuniti,
Kampung Tanpa Wayar, Perpustakaan Digital dan program pemberian komputer
riba percuma telah membolehkan belia luar bandar yang berpendapatan rendah
mempunyai akses dan peluang yang luas kepada penggunaan internet dan
seterusnya membolehkan mereka menggunakan internet pada tahap yang sama
seperti belia yang berpendapatan tinggi..
RECOMMENDATIONS
RECOMMENDATIONS – TIPS
Penulisan bahagian ini boleh mengambil kira aspek berikut

1- Mengapa cadangan tersebut diutarakan? (kaitkan dengan dapatan kajian kita)?

2- Siapa/agensi mana yang boleh laksanakan cadangan itu?

3- Potensi halangan yang akan dihadapi untuk melaksanakan cadangan itu?


RECOMMENDATIONS – TEKNIK PENULISAN
1- Mengapa cadangan tersebut diutarakan? (kaitkan dengan dapatan kajian kita)

CTH AYAT
Oleh kerana skil keusahawanan nelayan skala kecil di Pantai Timur mencatatkan min
skor tahap rendah, dicadangkan supaya mereka diberikan latihan dan sokongan
teknikal berkaitan dengan bidang keusahawanan.
RECOMMENDATIONS – TEKNIK PENULISAN
2- Siapa/agensi mana yang boleh laksanakan cadangan itu?

CTH AYAT
Bagi merealisasikan cadangan ini, Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) dan Lembaga
Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) boleh memainkan peranan penting dengan
mengadakan kursus atau bengkel keusahawanan.
RECOMMENDATIONS – TEKNIK PENULISAN
3- Halangan yang akan dihadapi untuk melaksanakan cadangan itu

CTH AYAT
Salah satu halangan yang bakal dihadapi oleh kedua agensi ini ialah mendapatkan
masa yang bersesuaian oleh kerana jadual aktiviti penangkapan ikan nelayan yang
padat.
RECOMMENDATIONS – TEKNIK PENULISAN
4- Langkah yang boleh diambil untuk mengatasi masalah itu

CTH AYAT
Namun begitu, ia dijangka dapat diatasi sekiranya kursus atau bengkel
keusahawanan berkenaan diadakan pada musim monsun. Ini kerana, majoriti besar
nelayan Pantai Timur tidak akan turun ke laut pada waktu ini kerana halangan
cuaca.
LIMITATION AND FUTURE STUDIES
LIMITATION AND FUTURE STUDIES – TIPS
Apa limitasi kajian anda dan cuba kaitkan ia dengan kajian akan datang

Cth limitasi
Sorotan literatur – tidak semua pengkalan data digunakan

Kawasan kajian dan jumlah responden

Methodology – teknik persampelan, jumlah responden, kawasan kajian, teknik


pengumpulan data, jenis analisis yang digunakan
LIMITATION AND FUTURE STUDIES – TEKNIK
PENULISAN
CTH AYAT
Kajian ini mempunyai beberapa limitasi. Pertamanya, dari segi bilangan responden,
ia hanya dilakukan dalam kalangan 250 nelayan skala kecil dan keduanya dari segi
bilangan kawasan di mana ia hanya dilakukan di dua buah daerah perikanan di
Pantai Timur Semenanjung Malaysia, iaitu Kuala Terengganu dan Bachok.
Dicaddangkan agar kajian akan datang menambah bilangan responden kepada
384, selari dengan jumlah yang dicadangkan Krejcie dan Morgan (1970) bagi
populasi yang melebihi 100,000. Kajian akan datang juga harus memperluas
kawasan kajian kepada zon Sabah/Sarawak bagi memberikan gambaran yang
lebih jelas dan menyeluruh akan penggunaan teknologi perikanan dalam kalangan
nelayan skala kecil di Malaysia.
CONCLUSION
CONCLUSION – TIPS
Conclusion adalah satu bahagian yang cuba 'mengingatkan' kembali pembaca
tentang kajian kita

Maklumkan kepada pembaca tentang apa yang telah kajian kita hasilkan

Conclusion tidak seharusnya ditulis terlalu panjang, satu ke dua perenggan


(maksimum tiga suku muka surat) sudah mencukupi
CONCLUSION – TEKNIK PENULISAN
Introduction
Penggunaan ICT secara meluas oleh masyarakat luar bandar merupakan sasaran utama kerajaan dan
pelajar luar bandar merupakan salah satu kumpulan sasaran.

Apa yang kajian ini temui?


Kajian mendapati bahawa sungguhpun kumpulan pelajar luar bandar ini tinggal jauh dari arus kemodenan,
namun penggunaan ICT mereka berada di tahap yang tinggi dan ini merupakan satu maklumbalas yang
positif kepada usaha dan program pembangunan ICT luar bandar yang giat dijalankan beberapa agensi
berkenaan. Seperti yang dijangka, faktor umur dan pendapatan isi rumah telah terbukti dapat
mempengaruhi tahap penggunaan ICT dalam kalangan pelajar luar bandar.

Cadangan penambahbaikan
Kursus berkala dan subsidi ICT merupakan dua perkara yang dilihat dapat membantu meningkatkan
penggunaan ICT pelajar luar bandar

Cadangan kajian akan datang


Kajian akan datang yang menumpukan kepada kawasan luar bandar yang lebih luas dijangka akan dapat
menambah bilangan kajian berkenaan dan mempelbagaikan lagi dapatan bagi rujukan penyelidik/pelajar
di masa hadapan
REFERENCES
REFERENCES – TIPS
Pastikan references anda selari dengan format jurnal - setiap jurnal mungkin
menggunakan format yang berbeza

Reference Manager seperti Mendeley dan EndNote sangat membantu bagi


membentuk bahagian references

You might also like