You are on page 1of 3

TEKS PENGACARA MAJLIS PERPISAHAN EN.

MUHAMMAD HISSAM SANI

Mengumumkan ketibaan Yang Diraikan Cikgu Saifuldin Bin Hassan diiringi Tuan Guru Besar
masuk ke dalam dewan.

Bismillahirrahmanirrahim ,assalamualaikum wArahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera

Yang Berusaha, Cikgu Mohd Tahir Bin Supian, Guru Besar SKSKP
Yang dihormati Cikgu Sharji a/l Balakrishnan, Guru Penolong Kanan Pentadbiran
Yang Dihormati Cikgu Rosni Binti Bahiki, Guru Penolong Kanan Kokurikulum
Yang diraikan, Cikgu Saifuldin Bin Hassan
Dan Puan _____________________________
Barisan guru, staff sokongan dan murid-murid yang dirahmati sekalian,
                                                                                      
Selamat Datang ke : Majlis ”Perpisahan sempena Pertukaran” Encik Muhammad Hissam bin
Sani

Alhamdulillah dengan izin Allah swt dapat kita bersama-sama berkumpul pada hari ini dalam majlis
perpisahan Cikgu Saifuldin Bin Hassan dan _____________________.

Majlis ini merupakan penghargaan serta ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada Cikgu
Saifuldin dan _________________________di atas komintmen yang tinggi, jasa dan penghargaan
serta segala khidmat bakti dan budi yang telah berikan oleh mereka sepanjang berada di SKSKP.

Bunga mawar cantik tersemat


Dipetik gadis di tepi titi
Doa dibaca memohon Rahmat
Moga Majlis sentiasa diberkati

Bagi menambah keberkatan Majlis kita pada petang berbahagia ini, marilah sama-sama kita
mengaminkan bacaan doa yang akan dibacakan oleh

______________________________________________

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Amin Amin Ya Rabbal `Alamin

Terima kasih diucapkan kepada _______________________________ atas bacaan doa itu tadi.

Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian

Pergi ke kota beli selasih,Sayang si dara buat halwa;Berilah kata simpulan kasih,Sulamkan
mesra satukan jiwa
Hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah sekalian

Majlis kini diteruskan lagi dengan acara ucapan .

Oleh itu, majlis dengan rasa hormat menjemput dan mempersilakan Cikgu Ghazali Bin
____________ selaku wakil KEBIRUS untuk menyampaikan ucapan. Majlis dengan ini
mempersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada Cikgu Ghazali diatas ucapan itu tadi.

Majlis seterusnya ingin menjemput dan mempersilakan Cikgu Sharji a/l Balakrishnan, Guru
Penolong Kanan Pentadbiran untuk menyampaikan ucapan. Majlis dengan ini mempersilakan.
Terima kasih diucapkan kepada Cikgu Sharji diatas ucapan yang telah disampaikan sebentar
tadi.

Majlis diteruskan lagi dengan ucapan daripada Yang Berusaha Cikgu Mohd Tahir Bin Supian
Guru Besar SKSKP. Majlis dengan rasa hormat menjemput dan mempersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada yang Yang Berusaha Cikgu Mohd Tahir Bin Supian atas ucapan
itu tadi.

Majlis diteruskan lagi dengan ucapan daripada Yang Diraikan

_______________________________________
Majlis dengan ini menjemput dan mempersilakan
Majlis merakamkan setingi-tinggi penghargaan dan terima kasih
Yang Diraikan_______________________________ atas ucapan itu tadi.

Seterusnya, majlis menjemput dan mempersilakan Yang Diraikan Cikgu Saifuldin Bin Hassan
untuk menyampaikan ucapan. Majlis dengan segala hormatnya ingin menjemput dan
mempersilakan.

Majlis merakamkan setingi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Yang Diraikan Cikgu
Saifuldin atas ucapan itu tadi.

Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian

Majlis diteruskan dengan upacara penyampaian cenderamata sebagai tanda kenang-kenangan.

Sebelum itu, Majlis dengan segala hormatnya ingin menjemput dan mempersilakan Tuan Guru
Besar untuk mengiringi Yang Diraikan  Cikgu Saifuldin dan _________________________ untuk
menerima cenderamata kenang-kenangan. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Dipersilakan Tuan Guru Besar, Cikgu Mohd Tahir Bin Supian untuk menyampaikan
cenderamata dari pihak pentadbiran
……………Terima Kasih.

Dipersilakan Cikgu Ghazali untuk menyampaikan cenderamata dari pihak KEBIRUS.


…………….Terima Kasih.

Dipersilakan …………………….. untuk menyampaikan sumbangan peribadi


…………….Terima Kasih.

Dipersilakan …………………….. untuk menyampaikan sumbangan peribadi


…………….Terima Kasih.

Itulah tadi upacara penyampaian cenderamata kenang-kenangan khusus buat Yang Diraikan

Majlis turut merakamkan ribuan terima kasih kepada semua penyampai cenderamata sebentar
tadi.

Para hadirin sekalian, kita telah pun berada di hujung acara.

Kuning emas masaknya padi


Mawar merah dalam jambangan
Terima kasih daun keladi
Budi tuan jadi kenangan
Tuai padi antara nampak
Esok jangan layu-layuan
Intai kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan

Dengan itu, berakhirlah sudah Majlis kita pada hari ini. Terima kasih diucapkan kepada Yang
diraikan Cikgu Saifuldin dan _______________________kerana sudi bersama kita pada hari ini
dan kami semua mendoakan agar Cikgu Saifuldin dan _________________________ ceria di
tempat baru.

Pergi ke dusun memetik kelapa


Kelapa muda si kelapa barli
Jari disusun maaf dipinta
Panjang usia bersua kembali

Sekian sahaja, salam hormat, Wa BilLahit Taufiq walHidayah Wassalamu `Alaikum Wa


Rahmatullahi Wa Barakatuh

Majlis dengan ini menjemput dan mempersilakan Yang Diraikan Cikgu Saifuldin untuk
mengambil tempat bagi acara bersalaman bersama murid.
Diminta murid-murid untuk beratur bagi acara seterusnya. Sekian terima kasih.

You might also like