You are on page 1of 7

KERTAS KERJA

PROGRAM

MINGGU ANTI DADAH

SK SERI BELAHAN

83100 RENGIT, BATU PAHAT, JOHOR.

TARIKH

21 APRIL 2019

HINGGA

25 APRIL 2019

TEMPAT

SK SERI BELAHAN

83100 RENGIT, BATU PAHAT, JOHOR.

TEMA

“KOMUNITI KITA TANGGUNGJAWAB KITA”

1
1.0 PENGENALAN

Sambutan Minggu Anti Dadah diadakan setiap tahun di sekolah selaras

arahan Kementerian Pelajaran Malaysia melalui Unit Pendidikan Pencegahan

Dadah untuk menyokong Sambutan Hari Anti Dadah Peringkat Kebangsaan.

Aspek pendidikan dan pencegahan dadah amat penting memandangkan

generasi pelapis negara khususnya, kini berdepan dengan ancaman gejala

dadah yang sangat serius. Oleh yang demikian kesedaran tentang bahaya

bahana dadah di peringkat lebih awal perlu diterapkan dalam lapisan lapisan

komuniti masyarakat.

Selain itu, menerusi aktiviti-aktiviti yang diatur, murid-murid diharap dapat

memanfaatkan peluang ini sebaik-baiknya untuk memberi impak terhadap

penglibatan murid-murid secara menyeluruh demi melahirkan modal insan yang

berkualiti yang mampu menjadi pemimpin dan menyumbang kepada

pembangunan sosial negara sekaligus memberikan kesejahteraan kepada

komuniti dan masyarakat.

Program ini juga di buat selaras dengan Dasar dan Matlamat Pendidikan

Pencegahan Dadah, Kementerian Pendidikan Malaysia ke arah merealisasikan

“Sekolah Bebas Dadah” menjelang tahun 2019.

2
2. 0 MATLAMAT

2.1 Supaya murid-murid sedar bahawa dadah akan memudaratkan nyawa


dan kesihatan serta membahayakan keselamatan masyarakat.
2.2 Untuk memastikan murid–murid mempunyai pengetahuan dan kemahiran
mengenai gaya hidup sihat dan mengamalkannya;

3. 0 OBJEKTIF

Objektif program ini adalah seperti berikut:

3.1 Untuk memastikan murid-murid mempunyai bahan bagi


mempraktikkan gaya hidup sihat;
3.2 Untuk mendidik murid-murid tentang keburukan dadah seawal
peringkat prasekolah lagi;
3.3 Menyemai dan menanam sikap untuk membenci dan menjauhkan diri
daripada dadah;
3.4 Untuk memberi alternatif program sihat tanpa dadah kepada murid-
murid.

4. 0 KUMPULAN SASAR

4.1 Murid-murid PraSekolah, Tahun 1 – Tahun 6 SK Seri Belahan


4.2 Semua guru dan kakitangan SK Seri Belahan

3
5. 0 JAWATANKUASA PELAKSANA

JAWATANKUASA PELAKSANA
MINGGU ANTI DADAH 2019
SK SERI belahan

Anjuran

UNIT HAL EHWAL MURID

PENGERUSI : ENCIK MOHAMAD NOR BIN MISRAN


(GURU BESAR)

TIMBALAN PENGERUSI : TUAN. HJ. ABD. RAHMAN BIN ISNIN


(GPK KOKURIKULUM )

NAIB PENGERUSI 1 : PUAN SITI FATIMAH BINTI HANAFI


(GPK KOKURIKULUM )

NAIB PENGERUSI 2 : ENCIK MOHAMAD NAWI BIN ABAS


(GPK KOKURIKULUM )

PENYELARAS PROGRAM : PN ASRIYANTI BINTI BACHOK

PENOLONG PENYELARAS : PN WARDATUL HAYATI BT ABU BAKAR

AJK : SEMUA GURU

4
6.0 Strategi Pelaksanaan / Aktiviti yang dirancang:-
6.1 Mesyuarat Jawatankuasa
6.2 Persiapan untuk majlis pelancaran dan aktiviti
6.3 Majlis pelancaran
6.4 Aktiviti Minggu Anti Dadah

Bil Aktiviti Tarikh Guru Penyelaras Sasaran

1. Mesyuarat Jawatankuasa 21 APRIL 2019 GPK HEM Semua AJK

2. Penyediaan kertas kerja, brosur 15 APRIL Pn Asriyanti Semua AJK


Hingga
17 APRIL
2019

3. Majlis Pelancaran 21 APRIL 2019 Pn Asriyanti Semua murid


semasa
perhimpunan

4. Aktiviti sepanjang program:


i) Tayangan video anti 23 APRIL 2019 En Asraf Semua murid
dadah

ii) Pertandingan Mewarna 24 APRIL 2019 Semua guru Tahap 1


Poster Tahap 1

iii) Pertandingan Mewarna 24 APRIL 2019 Semua guru Tahap 2


Poster Tahap 2

iv) Laluan PPPDa 21 APRIL Pn. Wardatul Semua guru


Hingga Hayati Semua murid
25 APRIL
2019

5. Hadiah & Majlis Penutup Perhimpunan Pn Asriyanti Semua murid

7.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

5
7.1 Hadiah
- Pertandingan Mewarna Poster Tahap 1
Tempat pertama (RM 5.00 x 3) RM 15.00
Tempat kedua (RM 3.00 x 3) 9.00
Tempat ketiga (RM 2.00 x 3) 6.00

- Pertandingan Mewarna Poster Tahap 2


Tempat pertama (RM 5.00 x 4) RM 20.00
Tempat kedua (RM 3.00 x 4) 12.00
Tempat ketiga (RM 2.00 x 4) 8.00

Jumlah RM 70.00

7.2 Jumlah Perbelanjaan

BIL PERBELANJAAN JUMLAH


1 Hadiah RM 70.00
2 Belanja peralatan majlis pelancaran RM 20.00
3 JUMLAH RM 90.00

8.0 SUMBER KEWANGAN

BIL SUMBER KEWANGAN JUMLAH


1 Unit Bimbingan dan Kaunseling RM 90.00

9. PENUTUP

Diharapkan aktiviti Minggu Anti Dadah ini dapat dilaksanakan dengan jayanya
dan dapat mencapai objektif yang diingini. Adalah diharapkan aktiviti-aktiviti sihat

6
seperti ini akan terus berkembang dan mendapat sambutan yang baik dari
semua pihak demi kesedaran untuk mencegah dan menghapuskan dadah.
Semoga usaha murni ini mendapat sokongan dari semua pihak dan memberi
manfaat sepenuhnya kepada murid-murid khususnya.

‘KOMUNITI KITA TANGGUNGJAWAB KITA’

Disediakan oleh, Tarikh :

……………………………..........…
(Puan Asriyanti bt Bachok)
Guru Pendidikan Pencegahan Dadah,
SK Seri Belahan,
83100 Rengit.

Disahkan oleh, Tarikh :

………………………………………...
(Encik Mohamad Nor bin Misran)
Guru Besar
SK SERI BELAHAN.

You might also like