You are on page 1of 3

Tanggungjawab Guru Penasihat Kelab/Persatuan/Unit Beruniform

1. Mengurus/menjalankan aktiviti persatuan/kelab/unit beruniform/sukan dan permainan pada hari


yang telah ditetapkan.
2. Guru dan pelajar wajib hadir pada waktu aktiviti/latihan yang ditetapkan :
Menghadiri perhimpunan kokurikulum .
Merekod Kehadiran pelajar .
Melengkapkan laporan aktiviti mingguan .
Menjalankan/memantau/mengawasi aktiviti pelajar.
3. Memastikan aktiviti yang dijalankan mengikut takwim/jadual dan rancangan tahunan yang telah
ditetapkan.
4. Memastikan pengurusan kewangan dan harta benda/peralatan diuruskan dengan baik.
5. Menentukan papan kenyataan unit digunakan dengan sepenuhnya dan mempamerkan maklumat
penting untuk tujuan rujukan ahli.
6. Menguruskan penyertaan ahli-ahli dalam kegiatan di peringkat sekolah/zon/daerah /negeri
/kebangsaan /antarabangsa dengan baik.
7. Memilih/melatih/mengiringi pasukan/kumpulan/individu untuk pertandingan dalaman/luaran.
8. Menguruskan surat kebenaran ibu bapa/penjaga dan surat kesihatan untuk sebarang aktiviti yang
diadakan di luar sekolah.
9. Menguruskan pengangkutan/makan/minum/kebajikan untuk pasukan sekolah ke pertandingan
luar.
10. Melaporkan dan merekodkan keputusan-keputusan pertandingan dan pencapaian pelajar dalam
aktiviti yang disertai.
11. Memastikan mematuhi peraturan-peraturan pelancongan yang ditetapkan oleh PPD/JPN/KPM
untuk mengadakan lawatan.
12. Memastikan mematuhi paraturan yang ditetapkan oleh PPD/JPN/KPM jika menjemput
penceramah luar atau tenaga pengajar luar ke sekolah.
13. Mengambil tindakan terhadap pelajar yang tidak hadir aktiviti kokurikulum.
14. Mengawasi keselamatan pelajar sepanjang waktu aktiviti/latihan.
15. Menyemai semangat berpasukan/kesukanan/kerjasama/kecemerlangan dalam kalangan pelajar.
16. Memastikan keselamatan peralatan kokurikulum pada masa yang ditetapkan.
17. Melaporkan peralatan kokurikulum yang rosak, hilang atau tidak selamat digunakan dengan
segera kepada Setiausaha Kokurikulum.
18. Merancang aktiviti tahunan dan serahkan kepada penyelaras.

Kokurikulum2019
19. Menghadiri kursus/mesyuarat/taklimat/seminar yang dianjurkan oleh PPD/JPN/KPM dan
persatuan-persatuan lain.
20. Tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengetua/GPK Kokurikulum/Setiausaha Kokurikulum/Ketua
Penyelaras Unit Kokurikulum dari semasa ke semasa.

Tanggungjawab Guru Penasihat Rumah Sukan

1. Ketua Guru Rumah Sukan mengadakan mesyuarat Agung untuk melantik Ahli Jawatankuasa.
2. Ketua Guru Rumah Sukan akan menyediakan jadual tugas untuk guru-guru penolong untuk latihan
Kejohanan Sukan Tahunan, Sukantara, Pra Sukan, Merentas Desa, Karnival Sukan dan Permainan dan
lain-lain jika perlu.
3. Semua guru penasihat rumah sukan diwajibkan hadir untuk setiap latihan rumah sukan mengikut
tarikh yang ditetapkan.
4. Ketua Guru Rumah Sukan dan guru-guru penolong rumah sukan perlu memastikan :
a) Merekod kehadiran ahli rumah sukan yang hadir untuk latihan.
b) Ahli rumah sukan berpakaian sukan mengikut warna rumah sukan masing- masing.
c) Disiplin ahli rumah sukan terkawal.
d) Peralatan yang digunakan dalam keadaan baik.
e) Kawasan padang bersih selepas tamat latihan.
f) Keselamatan pelajar diawasi semasa latihan.
5. Menggunakan daya usaha untuk menubuhkan pasukan yang terbaik untuk rumah sukan masing-
masing.
6. Menyediakan anggaran perbelanjaan bagi rumah sukan dan memantau akaun perbelanjaan
tersebut.
7. Memastikan guru penasihat sentiasa berada bersama pelajar ketika latihan sukan diadakan.
Pelajar-pelajar tidak dibenarkan mengadakan latihan tanpa kebenaran dan pengetahuan guru
penasihat.
8. Menyimpan senarai nama pelajar dalam fail rumah sukan masing- masing.
9.Menyediakan Laporan Tahunan pada akhir tahun.
10.Membantu Guru Penasihat Kelab Sukan /Permainan mengenalpasti ahli-ahli yang berpotensi
untuk diserapkan ke dalam pasukan sekolah.

Kokurikulum2019
Tanggungjawab Guru Penasihat Pasukan Sekolah (Sukan/Permainan)

1. Berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk menubuhkan pasukan sekolah yang terbaik dengan
mengadakan sistem pemilihan dalam kalangan pelajar yang berpotensi.
2. Menyediakan satu rancangan sepanjang tahun untuk melatih pasukan sekolah dan barisan pelapis
seperti mengadakan perlawanan persahabatan.
3. Memastikan undang-undang dan peraturan MSSD/MSSJ/MSSM untuk permainan dipatuhi.
4. Menentukan kawalan disiplin pemain-pemain sepanjang masa :
a) Kehadiran wajib untuk sesi latihan
b) Pakaian sukan yang lengkap
5. Menghadiri mesyuarat/kursus/seminar/taklimat untuk permainan anjuran PPD/JPN/KPM.
6. Melatih pasukan sekolah mengikut jadual yang ditetapkan.
7. Mengadakan jadual pertandingan di peringkat sekolah – antara rumah sukan.
8. Menyediakan anggaran perbelanjaan bagi setiap permainan dan pertandingan yang dianjurkan.
9. Menghantar laporan dan keputusan pertandingan kepada Setiausaha Sukan sebaik sahaja selesai
pertandingan.
10.Menentukan dan memilih pemain pasukan sekolah mengikut ketetapan umur yang ditetapkan
untuk pertandingan di peringkat MSSD/MSSJ/MSSM.
11. Mendapatkan surat kebenaran ibu bapa/penjaga untuk setiap pemain yang bertanding dan
memaklumkan kepada guru tingkatan.
12. Melengkapkan borang penyertaan pertandingan ( Borang M01 dan M02 – termasuk 2 keping
gambar berukuran pasport ).
13. Menguruskan makan/minum/kebajikan untuk pasukan sekolah ke pertandingan luar.
14.Menempah dan mengatur pengangkutan untuk pasukan sekolah untuk perlawanan di peringkat
MSSD/MSSJ/MSSM.
15. Menjaga keselamatan dan kebajikan pasukan sekolah sepanjang pertandingan berlangsung.
16. Membuat tuntutan kewangan mengikut keperluan dan prosedur yang betul.

Kokurikulum2019

You might also like