You are on page 1of 7

1

UJIAN PERTENGAHAN PENGGAL PERTAMA 2017


TAHUN 6
BAHASA MELAYU - PEMAHAMAN 011

Mac
1 ¼ jam Satu jam lima belas minit

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1 Kertas soalan ini mengandungi dua bahagian: Bahagian A dan Bahagian B.

2 Kamu dikehendaki menjawab semua soalan dalam kedua-dua bahagian ini.

3 Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan, iaitu A, B, C, dan D. Bagi
setiap soalan pilih satu jawapan sahaja. Hitamkan jawapan kamu pada kertas
jawapan objektif yang disediakan. Jika kamu hendak menukar jawapan, padamkan
tanda yang telah dibuat. Kemudian hitamkan jawapan yang baharu.

4 Ceraikan Bahagian B daripada kertas soalan ini.

___________________________________________________________________________

Kertas soalan ini mengandungi 7 halaman.

[ Lihat halaman sebelah ]

011 SULIT
2

BAHAGIAN A
[ 20 markah ]

Soalan 1 hingga 16
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1 “ Tuan Pengarah ada di pejabat? Saya ingin berjumpa dengan _________________,”


kata Fazil kepada kerani itu.

A dia
B anda
C kamu
D beliau

2 Ayah ________ lilin yang terletak di atas kek hari jadi kakak menggunakan pemetik
api.

A meniup
B menyalakan
C memasangkan
D menghembuskan

3 Penyambut tetamu itu tidak mempedulikan saya,_______________ saya telah lama


berdiri di situ.

A walhal
B sebaliknya
C oleh sebab itu
D tambahan pula

4 “__________________ mahu bersiar-siar di taman larangan,” titah Tuan Puteri


Germala Sari kepada dayang-dayang.

A Beta
B Saya
C Patik
D Hamba

011 SULIT
3

Soalan 5 berdasarkan gambar di bawah.

5 Nabil dimarahi ibunya kerana _____________ lantai rumah yang baru sahaja selesai
dibersihkan.

A mengotori
B dikotorkan
C kekotoran
D mengotorkan

6 Fairul ___________ pergi ke luar negara bersama-sama keluarganya pada akhir tahun
lepas.

A akan
B telah
C belum
D sedang

7 Rakan-rakan sering menghina kemiskinannya. ______________, dia tidak pernah


berdendam.

A Justeru
B Akibatnya
C Namun begitu
D Selain itu

011 SULIT
4

Soalan 8 berdasarkan gambar di bawah.

8 Di tepi tangga rumah Pak Long ada _____________ tempayan yang digunakan untuk
menadah air hujan.

A sebiji
B sebuah
C seketul
D setongkol

9 Safri bekerja sebagai _______________ di sebuah kilang elektronik.

A jurujual
B jurulatih
C juruteknik
D juruterbang

10
Setelah Sultan Alaudin dimakamkan, seluruh rakyat perlu berkabung selama
empat puluh hari, empat puluh malam.

Apakah yang berlaku ke atas Sultan Alauddin?

A murka
B gering
C mangkat
D semayam

011 SULIT
5

11 “______________ saya yang membasuh pinggan,” rungut Anita.

A Bila-bila
B Asyik-asyik
C Jarang-jarang
D Senang-senang

12 Penduduk kampung tidak senang hati kerana ada _____________________ tentang


pembinaan kilang di kampung mereka.

A angin-angin
B desas-desus
C cereka
D kusut-masai

13 Dewi sangat bertuah kerana mempunyai ibu bapa yang sangat memahami dirinya.
Pilih perkataan sinonim yang sesuai bagi soalan yang bergaris.

A menyayangi
B mengasihi
C mengerti
D merasai

14 Fawizah tidak dapat menjawab soalan Matematik yang sukar itu.


Pilih perkataan antonim yang sesuai bagi soalan yang bergaris.

A rumit
B mudah
C payah
D cerewat

Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.

15 Adam telah didenda oleh Cikgu Tajul kerana tidak menyiapkan kerja sekolah.

A Adam mendenda gurunya yang tidak menyiapkan kerja sekolah.


B Cikgu Tajul didenda oleh Adam kerana tidak menyiapkan kerja sekolah.
C Kerja sekolah Adam tidak disiapkan oleh Cikgu Tajul yang mendendanya.
D Cikgu Tajul mendenda Adam kerana dia tidak menyiapkan kerja sekolahnya.

011 SULIT
6

Pilih ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.

16 I Oleh sebab dia kuat makan, badannya semakin kembang.


II Adunan kuih itu dibiarkan beberapa jam supaya kembang.
III Bunga seri pagi biasanya akan kembang pada waktu pagi.
IV Encik Razak telah kembang perniagaannya ke luar negara.

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

Soalan 17 hingga 20

Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya

Tok Wan menjinjing sabit. Di tangan kanannya ada sebotol air. Di pinggangnya pula
terselit sebilah parang panjang. Sekali pandang, seperti langkah seorang pahlawan.
Zakuan yang sedang duduk di bangku balkoni bingkas daripada santainya. Dia
melaung ibunya sambil mengejar Tok Wan. Ibunya menurut di belakang dengan pantas.
“Hendak diapakan sabit dan parang itu, Tok Wan?” Zakuan bersuara.
“Tok Wan hendak menyabit rumput di situ. Sudah panjang benar nampaknya.
Lalang pun dah setinggi lutut kamu. “Tok Wan bersuara sambil langkahnya tetap dihayun
menuju kawasan semak-samun itu.
“Ayah tidak boleh buat begini, mari kita balik. Ibu Zakuan bersuara.
“Eh, mengapa pula? Kalau kamu hendak balik, baliklah sendiri,” Tok Wan bersuara.
“Tok Wan tak boleh bersihkan kawasan ini. Kawasan ini kawasan larangan. Malah
di papan tanda yang tercacak di situ ditulis “Harta Persendirian. Penceroboh Akan
Didakwa”. Tok Wan terdiam. Mungkin dia agak keliru ketika itu.
“Tok Wan hanya ingin bersihkan kawasan ini. Bukankah elok kalau kawasan ini
bersih dan terang? Tidaklah nanti jadi sarang ular atau binatang lain. Silap-silap nanti,
ular yang bermain buaian dan papan gelongsor di taman permainan sebelah itu.” Tok Wan
mempertahankan tindakannya.

Ibu Zakuan memandang taman permainan yang terletak kira-kira 60 meter dari situ.

011 SULIT
7

Memang di situlah Zakuan dan kanak-kanak di kawasan perumahan elit itu bermain.
Terdetik juga di hati ibu Zakuan akan kebenaran kata-kata ayahnya.
“Ayah, ini kawasan larangan. Nanti, akan ada orang yang membersihkan kawasan ini.
Lagipun, menjadi satu kesalahan kalau kita berada di sini. Hidup di bandar tidak sama
seperti hidup di kampung. Kita tidak boleh berbuat sesuka hati.” Penuh sopan ibu Zakuan
bersuara.

17 Apakah lagaknya Tok Wan yang seperti dikatakan seperti pahlawan?

A menjinjing sebilah sabit


B membawa sebotol air
C gerak langkahnya
D Parang panjang terselit di pinggangnya

18 Mengapakah Zakuan dan ibunya mengejar Tok Wan?

A menemani Tok Wan


B menghalang tindakan Tok Wan
C menyelamatkan Tok Wan
D membantu Tok Wan

19 Rangkaian kata-kata Penceroboh Akan Didakwa bermaksud

A orang yang melalui kawasan itu akan ditembak.


B orang yang memasuki kawasan itu dihalau.
C orang yang membersihkan kawasan itu akan diberikan penghargaan.
D orang yang memasuki kawasan itu akan dihadapkan ke mahkamah.

20 Pilih pernyataan yang benar tentang petikan.

A Tok Wan seorang yang rajin


B Zakuan cucu angkat Tok Wan
C Tok Wan mahu membersihkan taman permainan
D ibu Zakuan tidak mempedulikan perasaan Tok Wan

KERTAS SOALAN TAMAT

011 SULIT

You might also like