You are on page 1of 16

Soalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) 1 Kertas Bahasa Melayu (011) – Bahagian ‘B’

Latihan 1 - Soalan 25
Baca jadual sumber zat pemakanan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan
berikutnya menggunakan ayat yang lengkap.

Zat makanan merupakan bahan-bahan yang diperlukan oleh tubuh supaya kita dapat terus hidup.
Ada dua jenis zat makanan, iaitu zat makanan makro seperti karbohidrat, lemak, protein dan air
manakala zat makanan mikro pula seperti vitamin dan mineral.

ZAT SUMBER FUNGSI

Karbohidrat roti, ubi, nasi, kentang merupakan sumber utama pembekal
tenaga kepada manusia
Protein susu, ikan, daging, ayam, kekacang membina tisu badan dan membaiki
tisu badan yang rosak
Vitamin buah-buahan dan sayur-sayuran menjauhkan penyakit, mengelakkan
mata rabun, memberi kecergasan
Garam mineral susu, telur, kerang, ayam membina tulang dan gigi kita serta
boleh menjauhkan penyakit
Lemak minyak masak, mentega, keju dapat melindungi organ terpenting
seperti jantung dan buah pinggang
Pelawas buah-buahan seperti limau, jagung, mengelakkan sembelit serta dapat
betik, nanas, tembikai, tomato membantu penghadaman

Tubuh badan menerima semua keperluan zat yang diperlukan untuk membina tubuh badan yang
kuat daripada keperluan fizikal seharian manusia. Keupayaan fizikal yang ketara ini menjadikan
seseorang individu itu boleh menjalankan tugasannya dengan begitu baik dan sangat sempurna.
Jelaslah, pemakanan seimbang menjadikan fizikal seseorang individu itu lebih baik berbanding
individu atau insan lain yang kurang menjaga aspek pemakanannya.

(a) Berpandukan maklumat di atas, terdapat empat jenis makanan yang boleh membina tulang
dan gigi yang sihat serta kuat, makanan tersebut ialah
susu, telur, kerang, dan ayam.
_________________________________________________________________________________________

[1 markah]

(b) Sumber daripada minyak masak, mentega, dan keju dapat melindungi organ utama seperti
jantung dan buah pinggang.
_________________________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________________________
[1 markah]

Disediakan Oleh : Haji Md. Ramli bin Haji Sabran – Guru Cemerlang Bahasa Melayu, (mdramlisabran@ymail.com), (019-5758131)
Hakcipta Terpelihara © Kem Akademik “Unggul Prestasi Semarak Realiti” (UPSR) Bahasa Melayu (Kertas 011) – Format Baharu 2016
Soalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) 2 Kertas Bahasa Melayu (011) – Bahagian ‘B’

(c) Ada dua jenis zat makanan, iaitu zat makanan makro seperti karbohidrat, lemak, protein dan
air manakala zat makanan mikro pula seperti
vitamin dan mineral.
_________________________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________________________
[1 markah]

(d) Mengapakah seseorang itu sering mengalami sembelit dan mudah pula dijangkiti penyakit?
Apakah sumber makanan yang boleh mengatasi masalah sembelit tersebut?
Seseorang itu sering mengalami sembelit dan mudah pula dijangkiti penyakit kerana dia
_________________________________________________________________________________________
kekurangan sajian makanan yang mengandungi vitamin dan pelawas. Sumber makanan
_________________________________________________________________________________________
yang boleh mengatasi masalah sembelit ini adalah seperti limau, jagung, betik, tembikai,
_________________________________________________________________________________________
nanas, dan tomato.
_________________________________________________________________________________________
[3 markah]

KERTAS PEPERIKSAAN TAMAT

Disediakan Oleh : Haji Md. Ramli bin Haji Sabran – Guru Cemerlang Bahasa Melayu, (mdramlisabran@ymail.com), (019-5758131)
Hakcipta Terpelihara © Kem Akademik “Unggul Prestasi Semarak Realiti” (UPSR) Bahasa Melayu (Kertas 011) – Format Baharu 2016
Soalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) 3 Kertas Bahasa Melayu (011) – Bahagian ‘B’

Latihan 2 - Soalan 25
Baca jadual di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya menggunakan
ayat yang lengkap.

Jadual di bawah menunjukkan rutin harian Nur Azerah. Jadual seumpama ini dapat membantu
Nur Azerah mendisiplinkan diri daripada segi pengurusan masa yang berkualiti.

WAKTU AKTIVITI
5:30 pagi Bangun tidur, senaman ringan dan mengemaskan tempat tidur.
5:45 pagi Mandi, menunaikan solat dan memakai uniform pengawas sekolah.
6:30 pagi Menikmati sarapan bersama-sama ahli keluarga yang tersayang.
7:00 pagi Menunggu bas untuk pergi ke sekolah bersama-sama rakan.
7:30 pagi Rutin tugasan harian, membersihkan dan menceriakan bilik darjah.
7:45 pagi Sesi pengajaran guru dan sesi pembelajaran murid bermula.
1:35 tengah hari Balik ke rumah, mandi, solat Zohor dan makan tengah hari.
2:15 petang Ke sekolah agama atau melakukan aktiviti kokurikulum di sekolah.
5:00 petang Balik ke rumah, berehat dan beriadah, mandi serta minum petang.
6:00 petang Bermain-main dengan kucing peliharaan atau menonton televisyen.
6:45 petang Membantu ibu di dapur, menyediakan hidangan makan petang.
7:30 malam Solat Maghrib dan mengaji (membaca ayat-ayat suci Al-Quran).
8:30 malam Solat Isyak, ulang kaji pelajaran dan menyiapkan tugasan sekolah.
10:30 malam Merujuk jadual harian, mengemaskan beg sekolah, dan tidur.

(a) Nur Azerah menyediakan jadual aktiviti rutin harian bagi membantu mendisiplinkan dirinya
daripada segi
pengurusan masa yang berkualiti.
_________________________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________________________
[1 markah]

(b) Nur Azerah mesti keluar daripada rumahnya sebelum pukul tujuh pagi kerana dia risau
ketinggan bas sekolah.
_________________________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________________________
[1 markah]

Disediakan Oleh : Haji Md. Ramli bin Haji Sabran – Guru Cemerlang Bahasa Melayu, (mdramlisabran@ymail.com), (019-5758131)
Hakcipta Terpelihara © Kem Akademik “Unggul Prestasi Semarak Realiti” (UPSR) Bahasa Melayu (Kertas 011) – Format Baharu 2016
Soalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) 4 Kertas Bahasa Melayu (011) – Bahagian ‘B’

(c) Nur Azerah mempunyai masa untuk mengulang kaji pelajaran dan menyiapkan kerja rumah
serta tugasan sekolah yang diberi oleh gurunya dalam masa
lebih kurang dua jam sahaja.
_________________________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________________________
[1 markah]

(d) Setelah kamu membaca catatan dalam jadual aktiviti rutin harian Nur Azerah, ceritakan tiga
watak atau keperibadian (personaliti) yang dimilikinya?
Setelah saya membaca catatan dalam jadual aktiviti rutin harian Nur Azerah, saya dapat
_________________________________________________________________________________________
menyatakan tiga keperibadian yang dimiliknya. Peratama, dia seorang pengawas sekolah
_________________________________________________________________________________________
yang rajin, prihatin, dan bertanggungjawab. Kedua, sikap penyayang terhadap haiwan
_________________________________________________________________________________________
peliharaan seperti kucing. Ketiga, hormat ibu bapa serta taat akan suruhan Allah.
_________________________________________________________________________________________
[3 markah]

KERTAS PEPERIKSAAN TAMAT

Disediakan Oleh : Haji Md. Ramli bin Haji Sabran – Guru Cemerlang Bahasa Melayu, (mdramlisabran@ymail.com), (019-5758131)
Hakcipta Terpelihara © Kem Akademik “Unggul Prestasi Semarak Realiti” (UPSR) Bahasa Melayu (Kertas 011) – Format Baharu 2016
Soalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) 5 Kertas Bahasa Melayu (011) – Bahagian ‘B’

Latihan 3 - Soalan 25
Baca iklan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya menggunakan
ayat yang lengkap.

SEMINAR SKOR ‘6A’ UPSR 2017

Bahasa Melayu / Bahasa Inggeris / Matematik / Sains
KEISTIMEWAAN PENCERAMAH / FASILITATOR
Kami membariskan penceramah yang pakar dan berwibawa dalam setiap mata pelajaran.
Kriteria pakar termasuklah pengalaman semua atau sebahagian daripada berikut:
(a) Mengajar atau Guru Tahun Enam (Guru UPSR)
(b) Bergiat dalam Bidang Penulisan Buku-buku UPSR
(c) Penceramah / Fasilitator dalam Pelbagai Peringkat
(d) Membimbing Murid-murid Teknik Memperoleh Markah
(e) Pembabitan Aktif, Pakar dalam Mata Pelajaran UPSR DAFTAR
SEGERA!
INFO / PERTANYAAN TEMPAT
Telefon: 05-6883666 sambungan 3333/6636
TERHAD!
Faks: 05-6886333
PENGANJUR PROGRAM
Asuhan Minda (Terbitan Berita Cakna Sdn. Bhd.)
TARIKH DAN TEMPAT SEMINAR
Tarikh Tempat Tarikh Tempat
4 - 5 Mac Ipoh 11 - 12 Mac Johor Bahru
1 - 2 April Shah Alam 8 - 9 April Seremban
15 - 16 April Kota Bharu 29 - 30 April Kuantan
6 - 7 Mei Kuala Terengganu 13 - 14 Mei Butterworth
20 - 21 Mei Kuala Lumpur 1 - 2 Julai Melaka
15 - 16 Julai Putrajaya 29 - 30 Julai Pulau Langkawi
Nota:
 Yuran Penyertaan RM110.00 sahaja. Makanan dan minuman peserta disediakan.
 Borang penyertaan boleh didapati dalam ruang Cakna UPSR, Akhbar Asuhan Minda.

(a) Seminar Skor ‘6A’ UPSR 2017 anjuran Asuhan Minda, Akhbar Berita Cakna bermula pada
4 Mac 2017 dan program ini akan berakhir pada
30 Julai 2017.
_________________________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________________________
[1 markah]

Disediakan Oleh : Haji Md. Ramli bin Haji Sabran – Guru Cemerlang Bahasa Melayu, (mdramlisabran@ymail.com), (019-5758131)
Hakcipta Terpelihara © Kem Akademik “Unggul Prestasi Semarak Realiti” (UPSR) Bahasa Melayu (Kertas 011) – Format Baharu 2016
Soalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) 6 Kertas Bahasa Melayu (011) – Bahagian ‘B’

(b) Siri jelajah Seminar Skor ‘6A’ UPSR 2017, Akhbar Berita Cakna kali keenam diadakan di
Kuantan, Pahang pada 29 - 30 April 2017.
_________________________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________________________
[1 markah]

(c) Jika Shahrul dan adik kembarnya ingin mengikuti Seminar Skor ‘6A’ UPSR 2017 tersebut,
yuran penyertaan yang akan dikenakan adalah sebanyak
RM210.00 sahaja.
_________________________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________________________
[1 markah]

(d) Nyatakan tiga ciri fasilitator Seminar Skor ‘6A’ UPSR 2017 yang mampu mendorong dan
meyakinkan ibu bapa untuk menghantar anak mereka mengikuti program tersebut?
Tiga ciri fasilitator Seminar Skor ‘6A’ UPSR 2017 yang mendorong dan meyakinkan ibu
_________________________________________________________________________________________
bapa untuk menghantar anak mereka mengikuti program itu adalah kerana penceramah
_________________________________________________________________________________________
seorang penulis buku UPSR, mengajar murid-murid tahun enam dan pakar rujuk bagi mata
_________________________________________________________________________________________
pelajaran yang beliau ajarkan atau ceramahkan.
_________________________________________________________________________________________
[3 markah]

KERTAS PEPERIKSAAN TAMAT

Disediakan Oleh : Haji Md. Ramli bin Haji Sabran – Guru Cemerlang Bahasa Melayu, (mdramlisabran@ymail.com), (019-5758131)
Hakcipta Terpelihara © Kem Akademik “Unggul Prestasi Semarak Realiti” (UPSR) Bahasa Melayu (Kertas 011) – Format Baharu 2016
Soalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) 7 Kertas Bahasa Melayu (011) – Bahagian ‘B’

Latihan 4 - Soalan 25
Baca iklan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya menggunakan
ayat yang lengkap.

PROGRAM PENDUDUK SIHAT – PEJABAT KESIHATAN HILIR PERAK

Tujuan Kempen:
Untuk meningkatkan kesedaran tentang kepentingan penjagaan kesihatan dalam kalangan
penduduk Kampung Durian Sebatang, Teluk Intan, Perak Darul Ridzuan.

Aktiviti / Program Penduduk Sihat:

1. Pemeriksaan Kesihatan Percuma
Tarikh: 22 - 23 April 2017
Penyertaan: Dewasa
2. Larian Muhibah - 1000 Langkah
Tarikh: 22 April 2017
Penyertaan: Dewasa dan Kanak-kanak
3. Memasak Makanan Sihat
Tarikh: 23 April 2017
Penyertaan: Dewasa dan Kanak-kanak
Sila datang beramai-ramai pada tarikh dan hari yang ditetapkan.
Untuk maklumat lanjut hubungi:
Encik Muhammad Syahmi bin Md. Ramli
(05-6227793 / 019-5753181)
Cik Nur Azimah binti Ahmad Radzuan
(05-6231007 / 013-4883636)

(a) Program Penduduk Sihat ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran tentang kepentingan
penjagaan kesihatan dalam kalangan penduduk akan diadakan di
Kampung Durian Sebatang, Teluk Intan, Perak.
_________________________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________________________
[1 markah]

(b) Aktiviti dan Program Penduduk Sihat ini akan diadakan pada bulan April selama
dua hari sahaja iaitu pada 22 - 23 April 2017.
_________________________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________________________
[1 markah]

Disediakan Oleh : Haji Md. Ramli bin Haji Sabran – Guru Cemerlang Bahasa Melayu, (mdramlisabran@ymail.com), (019-5758131)
Hakcipta Terpelihara © Kem Akademik “Unggul Prestasi Semarak Realiti” (UPSR) Bahasa Melayu (Kertas 011) – Format Baharu 2016
Soalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) 8 Kertas Bahasa Melayu (011) – Bahagian ‘B’

(c) Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang Program Penduduk Sihat, Pejabat Kesihatan
Hilir Perak ini, anda boleh menghubungi
sama ada Encik Muhammad Syahmi bin Md. Ramli atau Cik Nur Azimah binti Ahmad
_________________________________________________________________________________________
Radzuan di talian tertera.
_________________________________________________________________________________________
[1 markah]

(d) Sepanjang Program Penduduk Sihat, Pejabat Kesihatan Hilir Perak berlangsung. Apakah tiga
aktiviti atau program yang boleh disertai oleh penduduk setempat?
Sepanjang Program Penduduk Sihat, Pejabat Kesihatan Hilir Perak diadakan, penduduk
_________________________________________________________________________________________
setempat boleh mendapatkan pemeriksaan kesihatan percuma, menyertai Larian Muhibah,
_________________________________________________________________________________________
1000 langkah dan mempelajari cara menyediakan atau memasak makanan sihat.
_________________________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________________________
[3 markah]

KERTAS PEPERIKSAAN TAMAT

Disediakan Oleh : Haji Md. Ramli bin Haji Sabran – Guru Cemerlang Bahasa Melayu, (mdramlisabran@ymail.com), (019-5758131)
Hakcipta Terpelihara © Kem Akademik “Unggul Prestasi Semarak Realiti” (UPSR) Bahasa Melayu (Kertas 011) – Format Baharu 2016
Soalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) 9 Kertas Bahasa Melayu (011) – Bahagian ‘B’

Latihan 5 - Soalan 25
Baca iklan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya menggunakan
ayat yang lengkap.

SEKOLAH KEBANGSAAN SERI KANDI

PERTANDINGAN
MENGARANG CERITA
SEMPENA HARI GURU 2016
Anjuran : Panitia Bahasa Melayu
Penyertaan : Terbuka kepada Murid Tahap Dua
Tema : Guru Pembina Negara Bangsa
Tarikh tutup : 12 Mei 2016 (Khamis)

Hasil karangan hendaklah dihantar kepada:

Cikgu Roziah binti Ibrahim (Ketua Panitia Bahasa Melayu)
Jumlah perkataan hendaklah antara 250 hingga 300 patah perkataan

HADIAH LUMAYAN MENANTI ANDA!

Pertama Kedua Ketiga 10 Sagu Hati

Borang Penyertaan Pertandingan Mengarang Cerita Sempena Hari Guru 2016 Boleh
Didapati daripada Penolong Kanan Hal Ehwal Murid dan Guru Kelas Masing-masing

(a) Panitia Bahasa Melayu Sekolah Kebangsaan Seri Kandi mempelawa murid tahap dua untuk
menyertai pertandingan mengarang cerita bersempena
sambutan Hari Guru 2016.
_________________________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________________________
[1 markah]

(b) Sambutan Hari Guru diraikan pada 16 Mei 2016, tajuk tema Hari Guru tahun ini ialah
Guru Pembina Negara Bangsa.
_________________________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________________________
[1 markah]

Disediakan Oleh : Haji Md. Ramli bin Haji Sabran – Guru Cemerlang Bahasa Melayu, (mdramlisabran@ymail.com), (019-5758131)
Hakcipta Terpelihara © Kem Akademik “Unggul Prestasi Semarak Realiti” (UPSR) Bahasa Melayu (Kertas 011) – Format Baharu 2016
Soalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) 10 Kertas Bahasa Melayu (011) – Bahagian ‘B’

(c) Borang penyertaan pertandingan mengarang cerita sempena sambutan Hari Guru 2016 boleh
didapati daripada Penolong Kanan Hal Ehwal Murid dan
guru kelas masing-masing.
_________________________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________________________
[1 markah]

(d) Apakah hadiah utama pertandingan mengarang cerita sempena sambutan Hari Guru 2016?
Dan, berapakah jumlah hadiah yang ditawarkan kepada murid-murid yang bertanding?
Hadiah utama pertandingan mengarang cerita sempena sambutan Hari Guru 2016 ialah
_________________________________________________________________________________________
sebuah komputer riba manakala jumlah hadiah yang ditawarkan pula adalah sebanyak tiga
_________________________________________________________________________________________
belas hadiah sahaja.
_________________________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________________________
[3 markah]

KERTAS PEPERIKSAAN TAMAT

Disediakan Oleh : Haji Md. Ramli bin Haji Sabran – Guru Cemerlang Bahasa Melayu, (mdramlisabran@ymail.com), (019-5758131)
Hakcipta Terpelihara © Kem Akademik “Unggul Prestasi Semarak Realiti” (UPSR) Bahasa Melayu (Kertas 011) – Format Baharu 2016
Soalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) 11 Kertas Bahasa Melayu (011) – Bahagian ‘B’

Latihan 6 - Soalan 25
Baca jadual di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya menggunakan
ayat yang lengkap.

JADUAL PESTA KRAF TANGAN PERINGKAT NEGERI PERAK

DI PERBADANAN KEMAJUAN KRAFTANGAN MALAYSIA CAWANGAN PERAK
KILOMETER 40, JALAN IPOH, 33600 ENGGOR, PERAK DARUL RIDZUAN

TARIKH MASA ACARA / PROGRAM

Jualan Kraf Tangan:

24 Dis 2016 8:30 pagi
Songket, kain batik, tenunan, ukiran, tekatan, barangan
hingga hingga
tembaga dan perak, produk rotan dan produk buluh. Jualan
28 Dis 2016 10:30 malam
berterusan sepanjang pesta diadakan.

Demonstrasi:
25 Dis 2016 8.00 malam
Mencanting batik, menenun songket dan menenun sutera.
hingga hingga
Para pengunjung berpeluang mencanting batik, menenun
28 Dis 2016 10:30 malam
songket dan menenun sutera dengan bimbingan pakar.

Tayangan Layar:
26 Dis 2016 10:00 pagi
Filem dokumentari hasil kraf tangan Malaysia. Beberapa
hingga hingga
jenis hasil kraf tangan tradisional yang diusahakan oleh
28 Dis 2016 10:30 malam
suku kaum Melayu Nusantara.

Persembahan Kebudayaan:
27 Dis 2016 8:30 pagi
Muzikal kraf tangan kaum Melayu yang amat unik, iaitu
hingga hingga
muzik kertuk dan angklung oleh kakitangan Perbadanan
28 Dis 2016 10:00 malam
Kemajuan Kraftangan Malaysia Cawangan Perak.

(a) Pesta Kraf Tangan anjuran Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Cawangan Perak
dalam musim cuti sekolah, pesta ini di adakan selama
lima hari sahaja.
_________________________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________________________
[1 markah]

(b) Pembukaan rasmi Pesta kraf tangan peringkat negeri Perak akan diadakan pada
24 Disember 2016.
_________________________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________________________
[1 markah]

Disediakan Oleh : Haji Md. Ramli bin Haji Sabran – Guru Cemerlang Bahasa Melayu, (mdramlisabran@ymail.com), (019-5758131)
Hakcipta Terpelihara © Kem Akademik “Unggul Prestasi Semarak Realiti” (UPSR) Bahasa Melayu (Kertas 011) – Format Baharu 2016
Soalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) 12 Kertas Bahasa Melayu (011) – Bahagian ‘B’

(c) Para pengunjung ke pesta kraf tangan berpeluang menyaksikan pertunjukan kebudayaan
muzikal kraf tangan kaum Melayu yang amat unik iaitu persembahan
muzik kertuk dan muzik angklung.
_________________________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________________________
[1 markah]

(d) Pelbagai program telah diatur bagi melahirkan lebih ramai usahawan seni kraf tangan dalam
bidang masing-masing. Apakah aktiviti-aktiviti yang telah dirancang oleh pihak penganjur?
Pihak penganjur pesta kraf tangan melaksanakan empat aktiviti selama pesta berlangsung
_________________________________________________________________________________________
untuk tontonan orang ramai antaranya ialah jualan barangan kraf tangan, demonstrasi
_________________________________________________________________________________________
hasil kraf tangan, tayangan filem dokumentari dan persembahan kebudayaan menggunakan
_________________________________________________________________________________________
peralatan ciptaan kraf tangan Melayu yang unik.
_________________________________________________________________________________________
[3 markah]

KERTAS PEPERIKSAAN TAMAT

Disediakan Oleh : Haji Md. Ramli bin Haji Sabran – Guru Cemerlang Bahasa Melayu, (mdramlisabran@ymail.com), (019-5758131)
Hakcipta Terpelihara © Kem Akademik “Unggul Prestasi Semarak Realiti” (UPSR) Bahasa Melayu (Kertas 011) – Format Baharu 2016
Soalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) 13 Kertas Bahasa Melayu (011) – Bahagian ‘B’

Latihan 7 - Soalan 25
Baca jadual di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya menggunakan
ayat yang lengkap.

Sekolah Muhammad Shahril akan menyertai “Pertandingan Pendidikan Lalu Lintas Keselamatan
Jalan Raya”. Baca maklumat tentang pertandingan tersebut.

PERTANDINGAN PENDIDIKAN LALU LINTAS

KESELAMATAN JALAN RAYA PERINGKAT NEGERI SEMBILAN

Tarikh : 15 April 2017 (Sabtu)

Masa : 8:00 pagi
Tempat : Stadium Paroi, Seremban, Negeri Sembilan.
Pelancaran dan penyampaian hadiah pertandingan akhir ini akan
disempurnakan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Negeri Sembilan.

ATUR CARA MAJLIS

MASA ACARA / PROGRAM

8:00 pagi Pendaftaran peserta
8:30 pagi Taklimat kepada peserta
8:45 pagi Taklimat kepada panel hakim
9:00 pagi Ketibaan para jemputan dan tetamu
9:15 pagi Pertandingan Akhir Pendidikan Lalu Lintas Peringkat Sekolah Rendah
10:00 pagi Pertandingan Akhir Pendidikan Lalu Lintas Peringkat Sekolah Menengah
11:00 pagi Ucapan Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan
Ucapan Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya, Negeri Sembilan
Ucapan Yang Amat Berhormat Menteri Besar Negeri Sembilan
Penyampaian hadiah, sijil penghargaan dan sijil penyertaan
12:30 tengah hari Jamuan makan tengah hari dan bersurai

(a) Jarak masa antara pendaftaran peserta dengan Pertandingan Akhir Pendidikan Lalu Lintas
Peringkat Sekolah Rendah adalah selama
satu jam suku / satu jam lima belas minit.
_________________________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________________________
[1 markah]

Disediakan Oleh : Haji Md. Ramli bin Haji Sabran – Guru Cemerlang Bahasa Melayu, (mdramlisabran@ymail.com), (019-5758131)
Hakcipta Terpelihara © Kem Akademik “Unggul Prestasi Semarak Realiti” (UPSR) Bahasa Melayu (Kertas 011) – Format Baharu 2016
Soalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) 14 Kertas Bahasa Melayu (011) – Bahagian ‘B’

(b) Pertandingan Pendidikan Lalu Lintas Keselamatan Jalan Raya tersebut diadakan di
Stadium Paroi, Seremban, Negeri Sembilan.
_________________________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________________________
[1 markah]

(c) Jika masa penyampaian hadiah bermula tepat pada pukul 12:00 tengah hari, purata masa bagi
setiap ucapan adalah selama
dua puluh minit sahaja.
_________________________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________________________
[1 markah]

(d) Pihak penganjur pertandingan menyediakan dua jenis sijil, jelaskan apakah perbezaan antara
sijil penghargaan dengan sijil penyertaan?
Memang terdapat perbezaan ketara antara sijil penghargaan dengan sijil penyertaan. Sijil
_________________________________________________________________________________________
penghargaan dianugerahi kepada pemenang tempat pertama, kedua dan ketiga manakala
_________________________________________________________________________________________
sijil penyertaan pula diberikan kepada semua yang menyertai pertandingan tersebut.
_________________________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________________________
[3 markah]

KERTAS PEPERIKSAAN TAMAT

Disediakan Oleh : Haji Md. Ramli bin Haji Sabran – Guru Cemerlang Bahasa Melayu, (mdramlisabran@ymail.com), (019-5758131)
Hakcipta Terpelihara © Kem Akademik “Unggul Prestasi Semarak Realiti” (UPSR) Bahasa Melayu (Kertas 011) – Format Baharu 2016
Soalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) 15 Kertas Bahasa Melayu (011) – Bahagian ‘B’

Latihan 8 - Soalan 25
Baca catatan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya menggunakan
ayat yang lengkap.

Fahmi dan kawan-kawannya telah pergi ke Perpustakaan Kuala Lumpur. Mereka ingin merujuki
ensiklopedia di perpustakaan itu. Fahmi telah membuat catatan aktiviti yang dilakukannya pada
hari tersebut. Mari kita baca catatan Fahmi.

8:15 pagi
Ravichandran, Shahrul dan Lim Swee Kwang berkumpul di rumah saya. Kami merancang untuk
pergi ke Perpustakaan Kuala Lumpur. Kami memilih untuk menaiki monorel ke Stesen Sentral
Kuala Lumpur. Ramai penumpang yang menaiki monorel pada pagi itu.

9:00 pagi
Kami tiba di Stesen Sentral Kuala Lumpur. Sebaik sahaja selesai sarapan, kami ke stesen teksi
dan menaiki teksi ke Perpustakaan Kuala Lumpur.

10:00 pagi
Kami sampai di Perpustakaan Kuala Lumpur. Sesampainya kami di sana, kami dihampiri oleh
dua orang pelancong asing. Mereka bertanya tentang arah ke Muzium Kesenian Islam. Kami
memberikan tunjuk arah yang betul kepada pelancong tersebut.

10:30 pagi
Kami masuk ke dalam perpustakaan mencari buku yang dikehendaki. Mencatat segala maklumat
yang diperoleh dalam buku berkenaan. Kami leka dan seronok membuat rujukan kerana segala
bahan yang kami inginkan dapat ditemukan di sini.

12:30 tengah hari

Segala pencarian maklumat dapat dijayakan dengan begitu sukses sekali. Kami mula melangkah
meninggalkan Perpustakaan Kuala Lumpur pulang ke rumah masing-masing. Selepas ini, kami
perlu menyiapkan tugasan yang diberikan oleh Cikgu Solehin.

(a) Fahmi, Ravichandran, Shahrul dan Lim Swee Kwang pergi ke Perpustakaan Kuala Lumpur
menaiki dua jenis pengangkutan awam iaitu
monorel dan teksi.
_________________________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________________________
[1 markah]

(b) Mereka ke Perpustakaan Kuala Lumpur untuk menyiapkan kerja sekolah yang diberi oleh
Cikgu Solehin.
_________________________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________________________
[1 markah]

Disediakan Oleh : Haji Md. Ramli bin Haji Sabran – Guru Cemerlang Bahasa Melayu, (mdramlisabran@ymail.com), (019-5758131)
Hakcipta Terpelihara © Kem Akademik “Unggul Prestasi Semarak Realiti” (UPSR) Bahasa Melayu (Kertas 011) – Format Baharu 2016
Soalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) 16 Kertas Bahasa Melayu (011) – Bahagian ‘B’

(c) Ketika sampai di Perpustakaan Kuala Lumpur, Fahmi dan kawan-kawannya menghulurkan
bantuan menunjukkan arah kepada dua orang pelancong asing yang hendak ke
Muzium Kesenian Islam.
_________________________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________________________
[1 markah]

(d) Berpandukan catatan Fahmi dan rakan-rakannya, apakah media utama yang menjadi rujukan
mereka? Berapa lamakah masa mereka membuat rujukan di perpustakaan tersebut?
Merujuk catatan Fahmi dan rakan-rakannya, media utama yang menjadi rujukan mereka
_________________________________________________________________________________________
ialah ensiklopedia manakala masa yang mereka ambil untuk membuat rujukan dan mencari
_________________________________________________________________________________________
maklumat yang berkaitan adalah selama dua jam atau seratus dua puluh minit sahaja.
_________________________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________________________
[3 markah]

KERTAS PEPERIKSAAN TAMAT

Disediakan Oleh : Haji Md. Ramli bin Haji Sabran – Guru Cemerlang Bahasa Melayu, (mdramlisabran@ymail.com), (019-5758131)
Hakcipta Terpelihara © Kem Akademik “Unggul Prestasi Semarak Realiti” (UPSR) Bahasa Melayu (Kertas 011) – Format Baharu 2016

You might also like