You are on page 1of 6

JABATAN KEMAJUAN MASYARAKAT

KEMENTERIAN PEMBANGUNAN LUAR BANDAR

KERTAS KERJA

KURSUS PENGURUSAN
TATATERTIB KAKITANGAN
JABATAN KEMAJUAN
MASYARAKAT (KEMAS) NEGERI
PAHANG
TAHUN 2020

Unit Khidmat Pengurusan


Jabatan Kemajuan Masyarakat
Negeri Pahang
KERTAS KERJA
KURSUS PENGURUSAN TATERTIB KAKITANGAN KEMAS
NEGERI PAHANG

1. PENGENALAN

1.1 Kertas kerja ini adalah bertujuan untuk memohon pertimbangan


dan kelulusan Ketua Pengarah KEMAS untuk melaksanakan
KURSUS PENGURUSAN TATATERTIB KAKITANGAN KEMAS
NEGERI PAHANG

2. LATAR BELAKANG

2.1 Dalam perkhidmatan awam, tidak dapat dinafikan bahawa tidak


semua kakitangan yang boleh akur dengan peraturan dan arahan
yang diamanahkan kepadanya. Oleh itu, sentiasa berlaku
kakitangan yang cuba melanggar peraturan secara sengaja atau
tidak atas sebab peribadi atau sekadar suka-suka disebabkan
tabiat buruk yang telah menjadi kebiasaan dalam menjalankan
tugas dalam perkhidmatan awam.

2.2 Sehubungan itu, Bahagian Latihan dan Pembangunan


Profesional bercadang mengadakan kursus di atas bertujuan
untuk memberi pendedahan dan kefahaman tentang peraturan
tatatertib dan prosuder yang betul dalam menguruskan tindakan
tatatertib yang akan dikenakan kepada kakitangan yang
melanggar peraturan.

3. OBJEKTIF
3.1 Mendedahkan peserta kepada Peraturan dan Perlanggaran
Tatatertib Pegawai Awam.

3.2 Memberi kefahaman tentang peraturan tatatertib; dan jenis


hukuman yang dikenakan.

3.3 Menjelaskan kepada peserta mengenai keperluan dan


kepentingan pengurusan prosedur Tatatertib dalam perkhidmatan
awam.

4. BUTIRAN PELAKSAAN KURSUS


Cadangan tarikh dan tempat pelaksanaan kursus ini ialah:

4.1 Tarikh : 26 hingga 28 Ogos 2020


4.2 Tempat : Institut Latihan KEMAS, Kuala Lumpur

5. PELAKSANAAN KURSUS

Jadual dan pengisian kursus adalah seperti di Lampiran 1;

6. CADANGAN PESERTA

6.1 Peserta bagi kursus ini adalah terdiri daripada kakitangan


Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Negeri Pahang.
Senarai nama seperti di Lampiran 2.

6.2 Pecahan agihan peserta,urusetia dan penyedia latihan


adalah seperti berikut:
Bil. Perkara Jawatan Jumlah

1. Ketua Urusetia Penolong Pengarah Kanan Latihan 1

2. Urusetia Kakitangan Bahagian Latihan 1

i. Nama penuh
3. Penceramah ii. Jawatan 2
iii. Tempat bertugas

4. Peserta Kakitangan KEMAS 25

Jumlah 29

7. PENGISIAN DAN METODOLOGI

7.1 Kaedah pengisian dan pengendalian bengkel ini adalah seperti


berikut:-

i. Pembelajaran 2 hala secara interaktif;


ii. Latihan Simulasi
iii. Teori, teknik dan praktikal

8. IMPLIKASI KEWANGAN
8.1 Perincian dan jumlah anggaran kos jabatan bagi kursus ini adalah
seperti jadual 1;

Kiraan
Kadar Jumlah
Bil Perkara Bil Bil Kod OS
Gred Kelayakan (RM)
Peserta Hari
(RM)

41-44 5 2 10 230.00
1. Penginapan 29000
19-28 24 2 10 10.00

Jumlah 24 240.00

41-44 5 2 36 1,656.00
Makan
2. 29000
minum
19-28 24 2 36 72.00

Jumlah 24 1,728.00

Penceramah
(sekiranya
3. RM 120.00 x 20 jam 2,400.00
menggunakan
penceramah)

JUMLAH ANGGARAN KOS JABATAN 4,368.00

Jadual 1: Pengiraan Anggaran Kos Perbelanjaan Jabatan

9. JANGKAAN IMPAK PROGRAM


9.1 Program ini dijangka mampu untuk menambah ilmu pengetahuan
dan kemahiran berkenaan pengurusan dan prosuder tindakan
tatatertib dalam perkidmatan awam bagi kakitangan KEMAS
Negeri Pahang.

9.2 Ia juga mampu menambah hubungan yang akrap antara anggota


KEMAS Negeri Pahang

10. PENUTUP

Secara umumnya kursus ini adalah untuk memberikan pendedahan dan


pemahaman kepada peserta mengenai pengurusan dan prosedur tindakan
disiplin dan tatatertib dalam perkhidmatan awam. Pelaksanaan Kursus
Pengurusan Tatatertib Kakitangan KEMAS Negeri Pahang ini adalah kursus
yang perlu agar segala pengurusan prosuder tatatertib dapat dijalankan
dengan baik dan sempurna.

You might also like