You are on page 1of 7

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TAMBUN

31400 IPOH

PERANCANGAN STRATEGIK
2005-2010

PENGAKAP
OLEH :
CHONG SWEE FAH
RASIONAL

Aktiviti kokurikulum merupakan pelengkap kepada pendidikan formal. Aktiviti


seumpama ini menekankan aspek-aspek luaran bilik darjah seperti ilmu
bepersatuan,ilmu kemahiran hidup dalam sumber yang terhad,ilmu
perkhemahan,pertolongan cemas,kawad dan sebagainya.Melalui aktiviti-aktiviti
yang dijalankan ini mampu membina sahsiah yang baik serta sifat kepimpinan di
kalangan pelajar. Justeru itu Pengakap ditubuhkan untuk mencapai hasrat
tersebut

VISI

SMK Tambun menjadi sekolah gemilang di daerah Kinta menjelang 2020

MISI

Melahirkan warga SMK Tambun yang berhemah,berakhlak dan berwawasan serta


berilmu, inovatif dan kreatif bagi memenuhi aspirasi agama,bangsa dan negara
melalui pengajaran dan pembelajaran berkualiti dalam iklim sekolah yang kondusif
dan permuafakatan setempat.

OBJEKTIF

1. Merancang aktiviti untuk mencapai matlamat berpersatuan dan


pembelajaran di luar bilik darjah selari dengan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan
2. Menumpukan kepada konsep pertolongan cemas yang asas dan
keperluannya dalam kehidupan seharian.
3. Menanam minat pelajar terhadap PENGAKAP
4. Merangsang pelajar agar mengaplikasikan pengetahuan dan informasi
PENGAKAP yang diperolehi dalam kehidupan seharian.
ANALISIS SWOT

KEKUATAN

1. Tenaga pengajar yang mencukupi untuk merancang dan melaksanakan


aktiviti
2. Kerjasama dari semua pihak untuk melaksanakan semua aktiviti
3. Prasarana yang baik seperti bilik-bilik khas, asrama dan sebagainya.

KELEMAHAN

1. Kekurangan guru-guru yang benar-benar mahir dalam ilmu pertolongan


cemas dan kawad
2. Kekangan kewangan.

PELUANG

1. Yuran pelajar
2. Kerjasama pihak luar dan bekas murid yang komited

ANCAMAN

1. Kesungguhan dan komitmen kurang daripada ahli Pengakap


2. Sumber kewangan pelajar agak terhad.

PENILAIAN IMPAK

1. Kehadiran dalam perjumpaan


2. Ujian bertulis peringkat dalaman.
PERANCANGAN STRATEGIK PENGAKAP
SMK TAMBUN

TEMPOH MASA : Tahun 2005 – 2010

BIDANG : Kokurikulum

MATLAMAT : Untuk meningkatkan pengetahuan berkaitan Pengakap

STRATEGI/ PROGRAM TEMPOH SASARAN TJWB TOV 2005 2010

1 Perkhemahan Peringkat 5 Tahun Ahli Pengakap Guru Pengakap 30% 100%


Sekolah

2 Perkhemahan Peringkat 5 Tahun Ahli Pengakap Guru Pengakap 10% 70%


Daerah

3 Perkhemahan Peringkat 5 Tahun Ahli Pengakap Guru Pengakap 1% 20%


Negeri
PELAN TAKTIKAL

TAHUN PELAKSANAAN : Tahun 2006

BIDANG : Kokurikulum

Bil Aktiviti Objektif Sasaran Pelaksanaan Tindakan Catatan


J F M A M J J O S O
Menguji 7 perkara untuk
1. Lencana memberi pengetahuan asas Ahli x x x Guru
Keahlian yang mudah serta Pengakap Pengakap
pengalaman berpengakap Ting 1

2. Lencana Usaha Mengakui minat Ahli x x x x x Guru


dankegemaran luar seperti Pengakap Pengakap
berkhemah,masak- Ting 1
memasak, dan sebagainya.
Mengakui berbagai-bagai Ahli Guru
3. Lencana Maju kemahiran kegemaran luar Pengakap x x x x Pengakap
dengan memperkenalkan Ting 2
asas berdikari dan
perkhidmatan
mengakui Kebolehan dan Ahli
4. Lencana Jaya keberanian serta Pengakap x x x x x x
penghargaan diri dalam Ting 3
menjalankan
tanggungjawab dan
kepimpinan.
PELAN OPERASI PENGAKAP

PERKARA PERINCIAN

Nama Program
Lencana Keahlian

Objektif Program Menguji 7 perkara untuk memberi


pengetahuan asas yang mudah serta
pengalan berpengakap

Aktiviti 1.Peraturan Pakaian Seragam Pengakap


2.Prinsip Rukun Negara
3.Lambang Pengakap Malaysia & Dunia
4.Persetiaan Pengakap & Undang-
undang Pengakap
5.Sejarah Pengakap Malaysia & Sejarah
Lord Baden Powell
6.Hormat Pengakap & Cogankata
Pengakap Muda
7.Simpulan
Kumpulan Sasaran Semua ahli Pengakap Ting 1

Tempoh masa 3 bulan

Pelaksana Guru Pengakap

Penilaian
Lencana Keahlian

Penilaian Impak Pelajar mendapat asas kepengakapan

You might also like