You are on page 1of 4

MPU 3113 HUBUNGAN ETNIK

BAB 3: LIMPAHAN KEMAKMURAN MERENTASI ETNIK

EKONOMI SEBELUM MERDEKA

Ekonomi sebelum merdeka dapat dilihat semasa penjajahan British. British telah mengeksploitasi
sumber semulajadi dan sumber manusia. Untuk memastikan pengurusan eknomi di Tanah Melayu,
British telah membawa masuk pekerja yang majoriti dari Tanah Besar China dan India dan
memperkenalkan konsep Pecah dan Perintah.

 Konsep Pecah dan Perintah

British telah memecahkan atau mengasingkan etnik di Tanah melayu berdasarkan sistem pekerjaan
mereka. Keadaan ini telah menyumbang kepada jurang ekonomi yang besar antara etnik. Etnik-etnik ini
diperintah berdasarkan pekerjaan mereka. Majoriti orang Cina telah ditempatkan di kawasan bandar
untuk mengusahakan aktiviti perlombongan dan orang India ditempatkan di kawasan ladanguntuk
mengusahakan aktiviti perladangan getah dan estet. Manakala, orang Melayu terus tinggal di kawasan
pedalaman dan kampung untuk menjalankan aktiviti pertanian dan perikanan.

ISU SOSIOEKONOMI PADA AWAL KEMERDEKAAN

 Isu Kemiskinan: Jumlah besar isi rumah miskin adalah etnik Melayu.
 Isu Hak Milik Kekayaan: Ketidakseimbangan pemilikan modal saham dalam syarikat
berhad antara etnik Melayu dengan etnik yang lain.
 Isu Guna Tenaga & Pekerjaan: Pada 1970, hampir 2/3 guna tenaga dalam sektor
pertama (pertanian dan perikanan) terdiri dari etnik Melayu.

DASAR – DASAR PEMBANGUNAN NEGARA

1. Dasar ekonomi Baru (DEB)

Dasar Ekonomi Baru (DEB) diperkenalkan oleh kerajaan melalui idea Tun Abdul Razak Perdana Menteri
ke-3 pada tahun 1976 di bawah Rangka Rancangan jangka Panjang Pertama –RRJP1 (1971-1990).
Objektifnya ialah memajukan ekonomi dengan membasmi kemiskinan dan berusaha menghapuskan
pengenalan ekonomi berasaskan kaum yang menjadi asas kepada penyusunan semula sosioekonomi
negara. Tindakan kerajaan dalam memperbaiki kedudukan ekonomi selepas tragedi 13 Mei 1969 adalah
berdasarkan strategi ke arah pembentukan perpaduan nasional.

Antara pelan-pelan yang telah dilaksanakan ialah :

 Bagi memastikan matlamat untuk menghapuskan kemiskinan tercapai, strategi ditumpukan


untuk menghapuskan kemiskinan di kawasan luar bandar dan kawasan bandar. Bagi mencapai
matlamat, kerajaan telah melaksanakan pelbagai perkhidmatan dan kemudahan awam melalui
kemudahan pendidikan, kesihatan, bekalan air dan elektrik.
MPU 3113 HUBUNGAN ETNIK

BAB 3: LIMPAHAN KEMAKMURAN MERENTASI ETNIK

 keutamaan juga diberikan kepada golongan miskin untuk mendapatkan bantuan seperti
program bantuan subsidi baja, biasiswa pelajaran dan buku teks, makanan tambahan kepada
kanak-kanak serta program rumah murah.
 Membentuk sebuah masyarakat perdagangan dan per industrian di kalangan orang Melayu dan
kaum Bumiputera supaya dapat membentuk dan memiliki 30% ekonomi dalam tahun 1990 dan
menubuhkan beberapa agensi saperti MARA, Bank Pembangunan,Bank Bumiputera,Amanah
Saham Nasional.
 Petroleum Nasional Berhad (PETRONAS) pula ditubuhkan sebagai salah satu usaha untuk
meningkatkan pemilikan modal dalam sektor korporat oleh kaum Bumiputera.
 Memajukan negeri dan kawasan yang dianggap mundur melalui pembangunan wilayah baru
seperti DARA,KESEDAR, KEJORA dan sebagainya.

2. Dasar Pembangunan Nasional

DPN telah dilancarkan oleh Y.A.B. Tun Dato' Seri Dr. Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia ke -
4. Rangka Rancangan Jangka Panjang Kedua (RRJP 2) 1991 – 2000. Objektif dasar ini adalah untuk
menjadikan Malaysia sebuah negara maju menjelang tahun 2020.

Antara pelan-pelan yang telah dilaksanakan ialah :


 Persaingan Dalam Pasaran Antarabangsa :
Malaysia akan terus mengamalkan dasar liberal yang boleh menggalakkan sektor swasta lebih
bersedia menghadapi risiko berkaitan. Para pengeksport negara juga perlu mengurangk an
pergantungan mereka kepada Sistem Keutamaan Am (GSP) dan menjadi pengeksport yang
mempunyai daya saingan yang tinggi;
 Penubuhan Perbadanan Industri Berat Malayisia.Justeru, kawasan perdagangan bebas telah
dibuka seperti Bayan Lepas di Penang. Selain itu, Perbandaran Industrial Berat Malaysia
(HICOM) telah ditubuhkan mengurus industri berat seperti Kedah Cement Sdn Bhd dan kilang
besi PERWAJA di Kemaman, Terengganu.
 kerajaan telah menekan bidang R&D bagi mengatasi masalah kekurangan guna tenaga dan
meningkatkan produktiviti.Rancangan ini juga bermaklamat untuk menggalakkan sektor
pertanian dan luar bandar.
 Usaha pembangunan sumber manusia dijalankan melalui aspek latihan, kemahiran, pengurusan,
keusahawanan, pembinaan, perhotelan dan perkapalan. Sehubungan dengan itu, Perbadanan
Perlancongan Malaysia di tubuhkan dan turut diperkenalkan tahun melawat Malaysia pada
tahun 1990.
 Amanah Saham Bumiputera (ASB) dan Amanah Saham Nasional (ASN) merupakan sebahagian
daripada strategi keseluruhan PNB untuk meneruskan usaha menggembleng tabungan
Bumiputera sepanjang tempoh DPN. Penswastaan akan digunakan sebagai suatu cara untuk
MPU 3113 HUBUNGAN ETNIK

BAB 3: LIMPAHAN KEMAKMURAN MERENTASI ETNIK

mempercepatkan dan memperluaskan penyertaan Bumiputera dalam sektor swasta serta


mencapai hasrat penyusunan semula modal saham.

3. Dasar Wawasan Negara

Dasar Wawasan Negara telah dilancarkan pada 4 April 2001 oleh bekas Perdana Menteri
Malaysia, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad di Parlimen. Dasar Wawasan Negara meliputi
tempoh masa Rangka Rancangan Jangka Panjang ketiga (RRJP 3), iaitu dari tahun 2001 hingga
2010. Objektif dasar ini ialah peningkatan keutuhan dan daya saing negara, meningkatkan kualiti
pembangunan dan menjana pertumbuhan tinggi yang mapan supaya rakyat dapat menikmati
kemakmuran. Dasar Wawasan Negara bolehlah dikatakan sebagai era Perdana Menteri Dato Sri
Abdullah Badawi meskipun pentadbiran beliau bermula pada penghujung 2003, iaitu dua tahun
selepas DWN diumumkan

Antara pelan yang telah dilaksanakan:


 menjadikan sektor pertanian sebagai salah satu jentera pertumbuhan
ekonomi negara, dan perubahan nama Kementerian Pertanian kepada Kementerian
Pertanian dan Industri Asas Tani pada awal 2004.
 pemangkin kepada pembangunan Industri Kecil dan Sederhana di Malaysia.
 Pengkajian semula nilai ambang pelaburan di bawah Akta Perindustrian
 Mewujudkan masyarakat yang saksama:
a) Meningkatkan pemilikan ekuiti kaum india kepada 35% menjelang tahun 2020.
b) Mewujudkan usahawan Bumiputera yang lebih mapan, berdikari dan bertaraf
dunia.
 Mengukuhkan pembangunan sumber manusia :
a) Keupayaan Negara bagi mendapatkan maklumat dan teknologi adalah
ditentukan oleh sumber mnusia yang ada. Sistem pendidikan dan latihan
diorientasikan semula bagi memenuhi keperluan ekonomi berasaskan
pengetahuan atau K-Ekonomi.
b) Tumpuan diberikan kepada usaha meningkatkan tahap pengajaran dan
pembelajaran matapelajaran matematik, Sains dan bahasa asing. Sektor swasta
juga diberikan peranan untuk membantu sektor awam dalam pendidikan
tertiari.
 Meneruskan pembangunan alam sekitar yang mapan:
a) Memastikan persekitaran yang bersih, sihat dan produktif serta mampu
memenuhi keperluan dan aspirasi Negara.
MPU 3113 HUBUNGAN ETNIK

BAB 3: LIMPAHAN KEMAKMURAN MERENTASI ETNIK

4. Model Ekonomi Baru


Model Ekonomi Baru (NEM) diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia ke -5,Datuk Seri Najib
Tun Razak pada 30 Mac 2010 dibawah RRJP ke-4. Ia terbahagi kepada 2 fasa . Fasa 1 bermula
pada 30 Mac 2010. Sementara Fasa 2 selepas pembentangan Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-
10). Onjektif utama ialah menjadikan Negara Malaysia sebuah Negara yang berjaya dan tinggi
pendapatannya bagi menjelang wawasan 2020. Berlandasan 4 tonggak utama iaitu Rakyat
didahulukan, Pencapaian diutamakan , Program Transformasi Kerajaan, Program Transformasi
Ekonomi, Rancangan Malaysia kesepuluh.

Antara pelan yang telah dilaksanakan ialah:

1. Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan : Dilaksanakan melalui Dasar 1 Malaysia Program


iaitu pemeliharaan dan peningkatan perpaduan dalam kepelbagaian.
2. Program Transformasi Kerajaan; melaui penyampain berkesan perkhidmatan kerajaan melalui 6
bidang kenberhasilan utama
3. Program Transformasi Ekonomi: melalaui dasar berpendapatan tinggi, terangkum (kongsi hasil
ekonomi)dan mampan (sustainability)
4. Rancangan Malaysia kesepuluh : sasaran pertumbuhan makroekonomi dan peruntukan
perbelanjaan .

You might also like