You are on page 1of 6

a) Bincangkan tindakan yang boleh diambil oleh guru untuk membentuk iklim dan budaya

sekolah yang kondusif dan mesra budaya. Sertakan contoh-contoh relevan untuk
menyokong hujah-hujah anda

1.0 Pendahuluan

Bilik darjah merupakan tempat yang memberikan ruang kepada para pelajar untuk
menerima ilmu pengetahuan daripada guru. Dengan adanya bilik darjah yang kondusif
pelajar-pelajar boleh menimba ilmu pengetahuan dengan tenang dan secara efektif.
Disebabkan itu, pihak sekolah juga menekankan aspek tersebut bagi kepentingan akademik
murid. Murid- murid tidak dapat menimba ilmu dengan tenteram jika persekitaran sekolah
kotor, berbau dan bising. Menurut Dziauddin (1999) Susana persekitaran pendidikan yang
menekankan kepada perkembangan akal dan fizikal serta pemurnian dan pemantapan
rohani serta iman sebagau satu pakej yang mantap. Dengan itu, suasana persekitaran yang
baik akan memberikan ruang untuk perkembangan akal dan fizikal. Menurut Banks dan
Banks (1993), Deal dan Peterson(1998) ialah sistem sosial yang mempunyai budaya yang
tersendiri. Ia terdiri dari kebiasaan institusi, struktur social, kepercayaan, nilai, symbol,
tradisi, matlamat dan tujuan yang tersendiri untuk membentuk organisasi tersendiri. Aspek-
aspek tersebut diterima dan dipraktikkan dalam sesebuah sekolah

Guru memainkan peranan penting bagi membentuk iklim dan budaya sekolah yang
kondusif. Pada masa kini terdapat pelbagai kekangan bagi membentuk iklim dan budaya
sekolah yang kondusif. Antara sebabnya ialah kepelbagaian etnik dalam sebuah kelas.
Setiap pelajar mempunyai sikap yang tersendiri. Jadi pelbagai masalah akan timbul dalam
kelas tersebut. Guru merupakan penaung bagi kelas dan perlu bertindak bagi mengelakkan
berlakunya sebarang kemusykilan dan mewujudkan suasana kelas yang kondusif.

2.0 Tindakan yang boleh diambil oleh guru untuk membentuk iklim dan budaya sekolah yang
kondusif dan mesra budaya.

2.1 Saling hormat-menghormati antara guru dengan pelajar

Antara tindakan yang boleh diambil oleh guru ialah, saling hormat-menghormati di
antara guru dengan pelajar-pelajar. Dengan itu pelajar akan melibatkan diri dalam kelas
secara aktif dan akan memberikan kerjasama semasa P&P berlaku. Jika seseorang guru
menghormati pelajar, pelajar tersebut akan menghormati gurunya dan akan memberikan
perhatian semasa gurunya menjalankan kelas. Pelajar akan berasa dirinya diterima oleh
gurunya jika guru tersebut menghormati pelajar. Pelajar berpendapat bahawa jika gurunya
memberikan hormat pada diri murid tersebut, maka gurunya mementingkan perkembangan
pelajar dan percaya pada kebolehan murid tersebut. Jadi guru perlu memberikan hormat
kepada pelajarnya. Pelajar yang mempunyai sifat yang baik merupakan pelajar yang
mempunyai hubungan yang baik dengan guru dan murid yang bermasalah pula tidak
mempunyai hubungan yang baik dengan guru. Disebabkan itu, guru harus mementingkan
perkembangan murid-murid yang bermasalah. Murid yang cemerlang sering mendapat
perhatian daripada guru dan pentadbiran sekolah. Kebanyakkan guru tidak akan mengambil
berat tentang perkembangan emosi dan akdemik pelajar yang bermasalah. Dengan itu, guru
perlu memberikan perhatian kepada perkembangan emosi dan akademik pelajar yang
bermasalah. Guru perlu melibatkan murid-murid bermasalah dalam kelas dan aktivtiti
sekolah.

2.2 Motivasi dan penerapan nilai-nilai murni

Seterusnya, motivasi dan penerapan nilai-nilai murni merupakan antara cara yang
efektif bagi membentuk iklim dan budaya sekolah yang kondusif. Penerapan nilai murni
dalam kalangan murid adalah penting kerana dalam sebuah kelas murid-muridnya terdiri
daripada pelbagai etnik. Jadi budaya mereka juga berbeza. Bagi mengeratkan lagi
hubungan antara murid, guru perlu menerapkan nilai-nilai murni supaya mereka saling
faham-memahami dan bertolak ansur semasa berada dalam kelas. Menurut Woolfolk
(1990), motivasi atau kuasa dalaman akan membangkit, mengarah dan mengawal tingkah
laku murid. Tanggungjawab seorang guru bukan hanya memberikan ilmu kepada pelajar-
pelajar tanggungjawab guru merangkumi pelbagai aspek. Tanggungjawab utama seorang
guru ialah, memotivasikan pelajar supaya mereka berketerampilan dalam kelas. Dengan itu,
potensi pelajar tersebut akan berkembang dan berpeluang untuk menjadi seorang pelajar
yang berjaya dalam akademik dan juga dalam kehidupan mereka.

2.3 Pengurusan fizikal bilik darjah yang efektif

Menurut Glenn (2001) enviromen bilik darjah yang ceria dan gembira akan
mendorong kearah pembelajaran yang lebih memberangsangkan. Persekitaran bilik darjah
yang ceria dan gembira berhasil daripada pengurusan fizikal bilik darjah yang efektif.
Persekitaran fizikal bilik darjah yang efektif merangkumi aspek pencahayaan, pengudaraan,
ruang, bahan pembelajaran dan perabot. Jika sesebuah kelas merangkumi aspek-aspek
tersebut maka kelas tersebut merupakan kelas yang kondusif dan efektif. Pelajar juga akan
berasa selesa dan akan melibatkan diri mereka dalam pembelajaran. Seorang guru
bertanggungjawab untuk mengurangkan jurang antara pelajar-pelajar multienik. Dengan
adanya kelas kondusif maka tugas guru untuk merapatkan pelajar-pelajar multietnik tidak
menjadi berat. Sebagai contoh guru mengubah kedudukan pelajar yang duduk dengan
kawan dari kaum yang sama. Selain itu, guru juga boleh menyediakan bahan bacaan yang
berkaitan dengan perpaduan dan budaya masyarakat Malaysia yang unik.

2.4 Rumusan

Pendidikan merupakan salah satu elemen yang penting untuk sesebuah negara
mencapai status negara maju. Negara kita sedang menuju ke status negara maju. Bagi
merealisasikan hasrat tersebut guru iaitu insan yang bertanggungjawab untuk memberikan
ilmu pengetahuan kepada murid, perlu bersiap sedia untuk mengaplikasi dan mencipta
pelbagai pendekatan dalam pengajaran. Pengajaran dan pembelajaran yang efektif hanya
berlaku jika suasana bilik darjah yang kondusif dan mesra budaya. Jadi pihak sekolah perlu
berganding bahu dengan guru bagi memastikan murid-murid menimba ilmu dalam kelas
yang kondusif dan mesra budaya. Dengan adanya sistem pendidikan yang mesra budaya
maka “wawasan 2020” tidak menjadi perkara yang rumit untuk dicapai.
b) Cadangkan kaedah pengajaran dan pembelajaran(PdP) yang sesuai untuk digunakan
oleh guru di dalam bilik darjah yang menempatkan murid orang asli dan peribumi.

3.0 Pengenalan

Istilah orang asli digunakan untuk menunjuk kumpulan peribumi yang diberikan
gelaran orang asli setelah Malaysia mencapai kemerdekaan. Orang asli didefinisikan
dengan kumpulan masyarakat awal yang menduduki negara ataupun orang asal. Istilah
tersebut merangkumi semua etnik orang asli. Kebanyakan orang asli tidak hidup di kawasan
bandar. Kebanyakan masyarakat orang asli tinggal di luar bandar dan kurang berinteraksi
dengan dunia luar. Kawasan mereka juga jauh di pedalaman dan perkhidmatan seperti
sekolah, hospital, balai polis adalah kurang. Disebabkan itu, kebanyakan masyarakat orang
asli tidak mendapat pendidikan yang sewajarnya. Ada juga masyarakat orang asli yang
menghantar anak mereka ke sekolah dan mereka faham akan kepentingan pendidikan.
Walaubagaimanapun, ada beberapa kekangan yang dihadapi oleh guru semasa
menjalankan kelas. Antaranya ialah, pelajar tidak faham bahasa yang digunakan oleh guru,
tidak memberikan perhatian semasa berada dalam kelas, ingin balik ke rumah semasa
waktu persekolahan. Bagi mengatasi masalah tersebut guru perlu menggunakan pelbagai
pendekatan untuk mengajar murid orang asli dan peribumi.

3.1 Kaedah bermain

Kanak-kanak gemar untuk bermain kerana permainan menenangkan minda mereka


dan melibatkan pergerakan badan dan dapat melibatkan diri dalam aktiviti luar. Kanak-kanak
belajar dengan meneroka semasa bermain kerana daya imaginasi kanak-kanak akan
meningkat. Murid orang asli selalu melibatkan diri dalam aktiviti luaran maka tidak hairan
teknik “chalk and talk” tidak sesuai bagi mereka. Bagi melicinkan prose p&p kaedah bermain
boleh diaplikasi oleh guru. Menurut Gill et.al (2010) anak-anak orang asli menyukai
pendidikan yang tidak formal khasnya yang kebebasan dengan melakukan aktiviti yang lebih
mencabar dengan alam sekililing. Jadi guru perlu menggunakan permainan kecil dalam
kelas. Sebagai contoh, menggunakan aspek pergerakan dalam pengajaran abjad.
Permainannya ialah, tampalkan abjad di lantai dan mengarahkan mereka untuk melompat
kearah abjad yang disebut oleh guru. Selain itu, guru juga boleh menjalankan aktiviti lontar
bola kearah perkataan. Sebagai persediaan guru perlu menyediakan kad-kad yang
mengandungi perkataan dan perlu ditampal di papan putih dan guru juga perlu menyediakan
gambar. Selepas persediaan guru perlu memilh seorang pelajar dan berikan satu gambar
kepada pelajar tersebut. Arahkan pelajar tersebut untuk melihat gambar dan lontarkan bola
kearah perkataan yang menunjukkan gambar tersebut.
3.2 Kaedah drama

Kaedah drama merupakan kaedah yang digunakan dalam pengajaran dan


pembelajaran dimana murid-murid akan melakon dan mengeluakan isi pelajaran yang
dipelajarinya. Menurut Abdul Rahman Napiah (1982) drama ialah bentuk karya fiksyen atau
cereka yang mementingkan dialog dan aksi watak. Bagi murid-murid asli mereka lebih
gemar untuk membuat sesuatu aksi. Jadi teknik drama merupakan kaedah yang berkesan
bagi pelajar orang asli untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran. Semasa guru
mengaplikasikan teknik tersebut guru perlu menyediakan skrip yang mengandungi isi
pelajaran dan mengarahkan murid untuk menghafal skrip tersebut untuk melakon tanpa
skrip. Selepas pementasan, guru perlu menanya soalan tentang isi pelajaran yang
terkandung dalam skrip tersebut. Guru perlu memberikan dorongan kepada murid-murid
supaya melakon dengan gaya dan intonansi yang betul. Jika pelajar melakon dengan gaya
dan intonansi pelajar akan menumpukan perhatian dan aktiviti tersebut tidak menjadi aktiviti
yang bosan kepada mereka. Dengan melaksanakan teknik tersebut guru boleh mengawal
kelas dan pelajar orang asli juga tidak tertinggal dalam akademiknya.

3.3 Kaedah nyanyian

Menurut Kamarudin Husin (1999), aktiviti nyanyian merupakan satu aktiviti yang
berlaku dalam kehidupan sebenar dan boleh dibawa ke bilik darjah sebagai satu aktiviti lisan
yang menarik minat pelajar. Unsur muzik perlu diselitkan dalam pengajaran dan
pembelajaran kerana muzik mampu mengaktifkan seseorang pelajar. Menurut Zulkifli bin
yaakob (2007) dunia pelajar akan menjadi kosong jika muzik tidak ada dalam kehidupan
mereka. Bagi menyempurnakan alam kanak-kanak seseorang unsur muzik perlu
dimasukkan dalam pengajaran mahupun dalam kehidupan mereka. Pelajar akan
memberikan respons kepada muzik. Sebagai contoh, apabila guru memainkan muzik secara
automatik, murid akan memberikan respons seperti nyanyi ikut lagu tersebut, ataupun
menunjukkan ekspresi diri. Aktiviti yang boleh diadakan oleh guru, menghasilkan sebuah
lagu yang menyeronokkan pelajar dan memberikan input tentang subjek yang diajar oleh
guru. Contoh aktiviti ialah, nyanyian sifir. Guru menyediakan lagu yang mengandungi sifir
dan guru perlu memberikan teks nyanyian kepada murid-murid supaya mereka nyanyi dan
dapat menghafal sifir dengan kaedah yang mudah. Bagi kanak-kanak mereka tidak suka
akan teknik hafalan jadi teknik nyanyian akan menjadi cara yang senang untuk menghafal
sifir bagi kanak-kanak. Dengan itu, tugas guru akan menjadi senang dan tahap akademik
pelajar juga akan meningkat..
3.4 Rumusan

Semua kanak-kanak berhak untuk mendapat pendidikan. Golongan orang asli juga
tidak tertinggal dalam isu tersebut. Guru perlu berfungsi sebagai pemimpin yang
memberikan hala tuju kepada golongan asli supaya mereka tidak tertinggal dalam
pembangunan negara kita. Guru mempunyai kuasa untuk transformasikan golongan yang
tidak ada pendidikan ke golongan elit yang berpendidikan tinggi. Jadi guru harus menjadi
idola kepada setiap pelajar dan perlu berketrampilan. Dengan itu, pelajar-pelajar orang asli
akan berusaha untuk menjadi seorang yang berjaya dalam kehidupan mereka. Maka
wawasan 2020 tidak menjadi satu hala tuju yang sukar bagi penduduk negara kita.

You might also like