You are on page 1of 4

SEKOLAH KEBANGSAAN LEMBAH JAYA

68000 AMPANG, SELANGOR

MINIT MESYUARAT PANITIA MATEMATIK


BIL 2/2020

Tarikh : 10 MAC 2020

Masa : 12.30 TGH – 2.35 PTG

Hari : ISNIN

Tempat : BILIK LENTERA MUSTIKA SKLJ

Kehadiran :

1. En. Khairul Anuar Bin Nordin (Guru Besar)


2. Pn. Fairuz Binti Ahmad (GPK 1)
3. Pn. Anapoornam A/P Mahaletchimy (Pengerusi)
4. Cik.Kalaiarasi A/P Rajendran (Setiausaha)
5. En. Muhammad Fikrilhafiz Bin Abdullah
6. Pn. Radzida Binti MD Radzi
7. Pn. Azmah Binti Mohd. Yusoff
8. En. Kalaivanan A/L Loganathan
9. En. Fariduzuan Bin Ghani
10. En. Mohd Akmal Arif Bin MD Yusop
11. Cik. Durgga A/P Perienpam

1. PERUTUSAN PENGERUSI
1.1 Mesyuarat dimulakan dengan doa.
1.2 Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih kepada En. Khairul Anuar, Pn. Fairuz
dan guru-guru kerana hadir ke mesyuarat panitia matematik kali kedua tahun
2020.
Tindakan : Makluman

2. PENGESAHAN MINIT MESYUARAT


2.1 Cik Kalaiarasi mencadangkan agar minit mesyuarat yang lepas disahkan dan
disokong oleh Cik Durgga.

3. UCAPAN GURU BESAR


3.1 En. Khairul Anuar membincangkan perkara-perkara berikut:
3.1.1 Penurunan peratus matapelajaran Matematik dalam peperiksaan
diagnostik tahun 6 2020. Beliau mencadangkan beberapa cadangan untuk
menangani
masalah ini. Antaranya:
- Mengenalpasti murid-murid yang lemah dalam matapelajaran matematik

1
- Memberi fokus yang lebih kepada murid-murid ini supaya membantu
mereka dapat melonjak dari kumpulan gagal ke lulus.
- Mengadakan kelas tambahan Matematik khas untuk murid ini.
- Fokuskan kepada penguasaan sifir untuk semua tahap murid.
Tindakan : Makluman

4. PERKARA BERBANGKIT
4.1 Tiada Perkara Berbangkit

5. PEMBENTANGAN KERTAS KERJA/ ISU /LAPORAN


5.1 Post Mortem Keputusan Matapelajaran Matematik Diagnostik Tahun 6 2020
5.1.1 Pengerusi membentangkan Analisa Mata Pelajaran Mengikut Kelas Ujian
Diagnostik 2020 Tahun 6

5.2 Program Aritmetik.


5.2.1 Pengerusi membentangkan kertas kerja Program Aritmetik.

a) Pendahuluan - Program ini dilaksanakan untuk membantu murid-murid meningkatkan


prestasi dalam mata pelajaran Matematik. Pemerhatian mendapati muri-murid masih
mempunyai kelemahan yang ketara untuk menjawab soalan peperiksaan. Justeru, program ini
dirancang menjurus kepada penumpuan terhadap kemahiran menjawab soalan sebagaimana
yang dikehendaki oleh skema pemarkahan. Tumpuan akan diberikan kepada aspek memahami
kehendak soalan dan menjawab soalan.

b) Maksud Program Aritmetik - Aritmetik permulaan ialah jenis matematik yang paling asas. Ia
melibatkan operasi penambahan, penolakan, pendaraban dan pembahagian. Aritmetik
permulaan biasanya diajar di sekolah rendah.

c) Rasional - Program ini diharap dapt meningkatkan kuantiti lulus. Program ini memberi
tumpuan sepenuhnya kepada murid yang berpotensi lulus.
⮚ Selain itu, program ini dapat membantu mengeratkan hubungan antara guru dan murid
bagi menimbulkan rasa selesa kepada murid.
⮚ Program ini juga, memudahkan guru untuk memberi tumpuan kepada aspek-aspek
kelemahan murid dengan lebih terperinci setelah komunikasi dua hala yang berkesan
antara kedua-duanya wujud dalam suasana kumpulan murid yang lebih kecil.

d) Objektif -
⮚ Mengukuhkan pemahaman murid tentang konsep nombor.
⮚  Penguasaan fakta asas terutamanya dalam empat operasi.

2
⮚ Mengeratkan hubungan antara guru dan murid-murid.
⮚ Mengesan kelemahan murid supaya dapat mengambil tindakan awal untuk memperbaiki
prestasi mereka.
⮚ Mengesan kesilapan yang sering dilakukan oleh murid-murid.
⮚ Meningkatkan kualiti dan pencapaian dalam mata pelajaran Matematik.

e) Tempat - Kelas Tahun 4, 5 dan 6

f) Sasaran - Murid tahun 6 iaitu calon UPSR 2020 seramai 170 orang

g) Tempoh Pelaksanaan   
⮚ Program ini dijalankan sepanjang bulan March – Mei
⮚ Pada setiap hari Rabu iaitu pukul 11.10am – 1.10pm

h) Isu / Masalah  
⮚ Murid masih tidak boleh menguasai fakta asas.
⮚  Lemah dalam penguasaan sifir.
⮚ Lemah dalam pendaraban yang melibatkan dua nombor empat digit dan dua
atau tiga digit.
⮚ Sukar menyelesaikan operasi bahagi yang melibatkan pembahagi dua digit.
⮚ Murid mengalami kesulitan dalam soalan penyelesaian masalah.

i) Proses Kerja / Strategi 


1) Ujian Diagnostik
⮚ Ujian diagnostik dijalankan supaya dapat mengesan kelemahan/pengetahuan sedia
ada pada murid.
⮚ Menyediakan senarai nama murid yang akan mengikuti program ini.

2)   Perancangan Program
⮚ Penyelarasan peringkat sekolah.
⮚ Pembahagian kumpulan dan jadual waktu pelaksanaan program.
⮚ Taklimat pengendalian program ini diberikan kepada guru-guru matematik dengan
mengadakan mesyuarat panitia matematik sebelum melaksanakan program.
⮚ Pengajaran Dan Pembelajaran
⮚ Modul dan lembaran kerja yang sesuai dengan tahap murid diberikan.

3) Ujian Pertengahan Tahun


⮚ Ujian Pertengahan Tahun dijalankan untuk menguji kebekesanan program ini.

j) Bahan Digunakan - Modul Program Aritmetik

k) Pembahagian kumpulan murid dan guru -10 kumpulan dengan seorang guru di setiap
kumpulan.

l) Penutup - Objektif program ini sungguh murni dan rasional. Semoga segala aktiviti yang
dijalankan ini akan dimanfaatkan oleh murid-murid dengan sebaik mungkin. Pihak sekolah
sedaya upaya mungkin cuba untuk membantu murid-murid membuat persediaan bagi
menghadapi peperiksaan. Adalah menjadi harapan warga pendidik yang terlibat agar program
yang dijalankan akan membantu murid-murid semasa peperiksaan UPSR nanti.
Tindakan: Semua Guru Matematik

3
6. Hal-Hal Lain
6.1 Pengerusi memaklumkan pelancaran Program Aritmetik akan dibuat selepas cuti
sekolah pertengahan penggal pertama selesai.
Tindakan : Semua guru Matematik

7. Ucapan Penagguhan
7.1 Pengerusi berharap semua ahli panitia dapat bekerjasama dan berganding bahu
untuk membantu murid-murid dalam mata pelajaran Matematik dan seterusnya
meningkatkan pencapaian Matematik dikalangan murid-murid pada tahun ini.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 2.10 petang.

Urus Setia
Setiausaha Panitia Matematik
SK Lembah Jaya
Tarikh: 19/5/2020

You might also like