You are on page 1of 7

SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI ULAR

09000 KULIM, KEDAH DARUL AMAN.

MINIT MESYUARAT PANITIA PENDIDIKAN ISLAM DAN BAHASA ARAB


BIL 2 / 2020

Tarikh : 19 /Mei/ 2020

Masa : 10.00 PAGI

Tempat : KEDIAMAN MASING-MASING

Pengerusi : EN. MOHD FAUZI BIN MOHD EFFENDI

Kehadiran (Bilangan) : 21 / 21

Turut Hadir (Jika ada) : PUAN NORZITA BINTI ABDULAH


(GURU BESAR S.K SUNGAI ULAR)

Hadir

1. Guru Besar Puan Norzita Binti Abdulah


2. Penolong Kanan Petang Encik Abdullah Bin Ahmad @ Jamhor
3. Ketua PPI Encik Mohd Fauzi Bin Mohd Effendi
4. Setiausaha PPI Puan Noorul Muhiroh Binti Mad Jazid
5. Ketua PBA Puan Mazlina Binti Othman
6. Setiausaha PBA Puan Syarah Aisyah Binti Sudarma
7. Bendahari PPI Puan Nor Bashirah Binti Abdul Rashid
8. Bendahari PBA Puan Siti Khairul Murni Binti Abd Rahman
9. Ahlijawatankuasa Encik Mahadi Bin Muhamad
10. Ahlijawatankuasa Puan Haryanti Binti Musa
11. Ahlijawatankuasa Puan Zalni Binti Zakaria
12. Ahlijawatankuasa Puan Zarinas Binti Abdullah
13. Ahlijawatankuasa Puan Siti Munirah Binti Mansor
14. Ahlijawatankuasa Puan Normawati Binti Hussain
15. Ahlijawatankuasa Puan Rusmawani Binti Mat Zain
16. Ahlijawatankuasa Puan Mardiah Binti Abd Rahman
17. Ahlijawatankuasa Encik Muhamad Irwan Bin Abd Khadip
18. Ahlijawatankuasa Puan Norziah Binti Yaakob
19. Ahlijawatankuasa Puan Nurul Huda Binti Razali
20. Ahlijawatankuasa Encik Ahmidinaziz Bin Ahmad
21. Ahlijawatankuasa Encik Mohd Fauzi Bin Ismail
1. ALU-ALUAN PENGERUSI

1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua AJK Panitia Pendidikan Islam dan Bahasa
Arab kerana sudi menghadirkan diri bagi menjayakan mesyuarat Panitia Kali Kedua bagi sesi
2020.

1.2 Ucapan terima kasih dan juga selamat datang kepada Pn Norzita Binti Abdulla (Guru Besar) dan
kerana sudi meluangkan masa untuk bermesyuarat pada pagi ini.

1.3 Pengerusi memulakan mesyuarat dengan bacaan Ummul Kitab, Surah Al-Faatihah.

2. UCAPAN GURU BESAR / WAKIL

2.1. Guru Besar mengucapkan syukur kepada Ilahi kerana diberi kesempatan dapat bersama-sama
Ajk Panitia Pendidikan Islam dalam mesyuarat Panitia Pendidikan Islam dan Bahasa Arab Kali
Kedua tahun 2020.

2.2. Beliau mengucapkan terima kasih kepada ustaz dan ustazah di atas kerjasama menjayakan
mesyuarat kali ini dan buat pertama kali bermesyuarat di alam maya. Berikutan Perintah
Kawalan Pergerakan PKP( COVIT 19).

2.3. Beliau menyatakan bahawa, mesyuarat pada kali ini merupakan suatu cabaran bagi semua guru
kerana bermesyuarat dalam musim PKP dan diharapkan semua guru dapat membiasakan diri
dalam hal keadaan baru iaitu (new normal) yang disarankan oleh tuan PPD .

2.4. Beliau menegaskan bahawa, semua guru harus bekerja dari rumah walaupun dalam musim PKP
kerana ianya tertakluk dibawah perkeliling yang ditetapkan oleh KPM.Tempoh waktu untuk
guru bekerja dari rumah yang telah ditetapkan oleh tuan PPD ialah dari jam 8.00 pagi -2.00
petang. Namun ada terdapat budi bicara sekiranya guru ada kekangan waktu.

2.5. Beliau berharap mesyuarat kali ini dapat menjadi medan untuk kita berbincang hala tuju
perancangan dari pihak panitia kepada murid dan sekolah.

3. MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT YANG LALU

3.1 Pengerusi membentangkan minit mesyuarat yang lalu.

3.2 Dicadang untuk disahkan oleh Puan Syarah Aisyah Binti Sudarma .

3.3 Disokong untuk pengesahan oleh Puan Mazlina Binti Othman .


4. PERKARA BERBANGKIT

4.1

5. KURIKULUM 2020

5.1 Pengerusi menjelaskan bahawa objektif perancangan Panitia Pendidikan Islam/Bahasa


Arab adalah selaras dengan objektif sekolah.

5.2 Beliau juga menyatakan Jawatankuasa Panitia Pendidikan Islam 2020 masih kekal dan
tiada perubahan. Guru Pendidikan Islam/Bahasa Arab hendaklah mengajar subjek
Pendidikan Islam dan Bahasa Arab di kelas-kelas yang telah ditetapkan oleh pentadbir
sekolah.

5.3 Surat Pekeliling Ikhtisas (SPI) berkaitan panitia hendaklah digunakan sebagai panduan
guru Pendidikan Islam.

5.4 Pengerusi juga menyatakan Perancangan Strategik Pendidikan Islam 2020-2022 telah
siap sepertimana yang dibincangkan dalam taklimat pada tahun lepas dan ia disimpan
dalam fail panitia untuk rujukan semua GPI/GBA.

5.5 Pengerusi membentangkan perancangan Takwim Panitia Pendidikan Islam 2020 dan ia
akan diedarkan kepada semua GPI dan GBA.

5.6 Pengerusi mengingatkan semua ajk agar merancang dan menetapkan target
pencapaian akademik murid-murid berdasarkan pencapaian tahun lepas. Peperiksaan
(Ujian Sumatif) dan pentaksiran (PBD) akan diadakan mengikut ketetapan pentadbir
sekolah. Oleh itu jadual penggubal soalan ujian akan ditentukan mengikut kesesuaian
guru.

5.7 Pengerusi juga menjelaskan semua GPI/GBA hendaklah memeriksa buku latihan murid
dan latihanmurid hendaklah selaras dengan kontrak latihan yang telah dirancang di awal
tahun.

5.8 Beliau juga berharap penyediaan Dokumen Persediaan Mengajar (RPH) GPI/GBA pada
tahun ini disediakan mengikut ketetapan yang telah diputuskan akhir tahun lepas iaitu
RPH terselaras.
Tindakan: Semua GPI dan BA

6. KOKURIKULUM 2020

6.1 Pengerusi menyatakan aktiviti koakademik ataupun Kokurikulum 2020 adalah Mahrajan
Al-Quran (MQSS), Festival Kesenian Islam (FKISS), Kalam Jamaie dan Bulan-bulan
Islam.

6.2 Pengerusi juga menyatakan perubahan nama bagi MTQ kepada MQSS dan Festival
Nasyid kepada FKISS. Acara dalam MQSS adalah Tilawah Al-Quran, Hafazan dan Daie
Cilik. Manakala bagi FKISS masih menunggu pengumuman dari pihak pengelola
peringkat KPM.
6.3 Pengerusi menyatakan jurulatih bagi MQSS akan dibincang dalam WhatssApp dan
penyertaan nasyid pada tahun ini akan direhatkan atas sebab-sebab tertentu.

7. LAPORAN PANITIA 2019

7.1 Analisis PBD, Ujian Sumatif (PPT &PAT) dan Jqaf 2019

Pengerusi membentangkan laporan analisis PBD, PPT, PAT dan jQAF 2019 untuk
perhatian semua ahlijawatankuasa.( Rujuk lampiran)

7.2 Laporan Aktiviti Panitia

Pengerusi membentangkan aktiviti panitia bagi tahun 2019( Rujuk Lampiran). Beliau
juga menambah aktiviti yang tidak dapat dijalankan adalah Khemah Ibadah Sekolah
Rendah (KISS) memandangkan ia adalah program rintis. Beliau turut menambah
tentang banyak kekangan pelaksanaan aktiviti panitia dengan program sekolah.

7.3 Laporan Kewangan

Pengerusi membentangkan laporan Kewangan Panitia Pendidikan Islam 2019 (Rujuk


Lampiran).

Makluman
8. SURAU

8.1. Ustaz Abdullah Bin Jamhor@Ahmad (Pk petang) mengucapkan terima kasih kepada
semua ustaz dan ustazah di atas kehadiran semua.

8.2. PK Petang mencadangkan JK Surau sekolah ditambah lagi dengan Cikgu Azman dan
Ustaz Ahmidinaziz.

8.3. PK Petang juga mengingatkan semua GPI/GBA yang menggunakan surau untuk
sebarang aktiviti menulis dalam buku rekod penggunaan surau untuk rekod. Contohnya
program majlis agama, tasmik dan sebagainya.

8.4. Pk petang juga menyatakan tentang pembangunan surau iaitu melabelkan pokok-pokok
dalam tulisan Jawi di surau untuk inovasi projek surau. Hal ini akan diputuskan dalam
jawatankuasa yang lain untuk pengurusan.

8.5. Pk Petang juga mencadangkan projek mengecat semula surau, naik taraf bilik wudhu’
dan menukarkan tingkap surau kepada pintu sliding. Projek mengecat ini dijalankan
dengan bantuan guru dalam program gotong royong untuk menjimatkan kos upah. Bagi
projek menukar pintu sliding ia bertujuan menyediakan ruang kepada ruang solat
menjadi luas kerana tingkap sedia ada tidak berfungsi. Manakala naiktaraf bilik wudhu’
pula kerana kayu yang sedia ada telah dimakan anai-anai.

8.6. Guru Besar mencadangkan tempat wudhu’ disediakan tangki air untuk memudahkan
murid berwudhu’ terutamanya ketika program KBS.
8.7. Ustazah Haryanti mencadangkan tempat wudhu untuk murid perempuan di blok pejabat
digantikan dengan tempat yang baru kerana tempat yang sedia ada tidak sesuai untuk
murid perempuan. Guru Besar mencadangkan mesyuarat khas akan diadakan untuk
menyediakan tempat wudhu yang baru.

8.8. Pk Petang mencadangkan untuk membeli almari bari berkaca untuk menyimpan bahan
rujukan guru dan juga kitab Al-Quran yang disumbagkan oleh Ustaz Mutalib (PK
Pentadbiran). Beliau menambah akan melabelkan semua peralatan di surau
termasuklah rehal untuk kekemasan surau agar tidak semak.

8.9. Pk Petang juga berharap agar surau dapat diimarahkan dengan pelbagai aktiviti seperti
solat Dhuha.

8.10. Pk Petang mengingatkan tentang perkongsian En. Suyamin Pegawai HIP Kulim
tentang program #A iaitu Agama, Akhlak dan Akademik agar menjadi teras kepada
kemenjadian murid.

8.11. PK Petang membentangkan Kewangan Surau As-Saadah iaitu baki terkini


Rm3190.00. Beliau menyatakan duit surau adalah derma semata-mata dan bercadang
meminta PIBG sekali lagi untuk membuat surat kepada Pusat Islam PTSBK untuk
pelancaran tabung surau sekolah. Selain itu beliau juga bercadang untuk mewarwarkan
wakaf kepada guru-guru sekolah.

Makluman

9. HAL-HAL LAIN

9.1 Ustazah mardiah mencadangkan program panitia digabungkan menjadi satu program
bagi menjimatkan masa dan kos. Serta tidak berlakunya pertindihan program antara
program panitia dengan program sekolah.

9.2 Ustazah Haryanti mencadangkan agar tempat wudhu murid perempuan di blok pejabat
digantikan dengan tempat wudhu yang baru.

9.3 Ustazah Noorul menjelaskan tentang lantai karpet kelas 3 Dedikasi dan 4 Dedikasi yang
perlu dibersihkan dan mencadangkan supaya dibuang gam karpet tersebut.

9.4 Beliau jugak mencadangkan supaya ada ketua penyelaras program bagi setiap program
yang dijalankan oleh Panitia .

9.5 Ustaz Fauzi (KP) memberitahu bahawa murid tahun 6 dikecualikan bacaan Surah Yasin
pada waktu pagi kerana mereka terlibat program UPSR.

9.6 Ustazah Munirah juga mencadangkan supaya RPH tahun 2019 diguna pakai lagi bagi
sesi tahun 2020 dan ianya mendapat persetujuan dari Ketua Panitia.
Makluman

10. UCAPAN PENANGGUHAN

10.1 Pengerusi mengucapkan jutaan terima kasih kepada Pn Norzita Binti Abdulla
(Guru Besar), Ustaz Abdullah Bin Ahmad@Jamhor (PK Petang) dan juga semua
jawatankuasa Panitia Pendidikan Islam Sesi 2020 kerana sudi bermesyuarat bersama-
sama kali terakhir bagi tahun 2020.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.00 petang

Disediakan oleh, Disemak oleh,

........................................................... ......................................................
(Pn. Noorul Muhiroh Binti Mad Jazid) (En.Mohd Fauzi Bin Mohd Effendi)
Setiausaha Ketua Panitia

Disahkan oleh,

.........................................

You might also like