You are on page 1of 6

TAKRIF DAN CIRI-CIRI TAMADUN

Perkataan ‘tamadun’ digunakan bagi menggambarkan kemajuan sesebuah masyarakat


khausunya dari sudut ilmu pengetahuan dan fizikal. Dari perspektif semasa, perkataan ‘tamadun’
merujuk kepada pencapaian yang tinggi dalam sains dan teknologi (S&T) selari dengan
penonjolannya dalam tamadun Barat. Perkataan tamadun itu sendiri adalah dari bahasa Arab
yang telah diterima pakai dalam bahasa Melayu (dalam bahasa Indonesia istilah peradaban lebih
popular penggunaannya). Dari sudut etimologinya ia berasal daripada kalimah maddana iaitu
kata kerja merujuk kepada perbuatan membuka bandar atau kota serta perbuatan memperhalus
budi pekerti. Daripada perkataan ini diterbitkan perkataan madaniyang merupakan sifat
nama. Madani merujuk kepada sifat sesuatu yang berkaitan dengan pembangunan perbandaran
serta kehalusan budi pekerti yang terpuji. Kedua-dua perkataan maddana dan madanisendiri
sebenarnya berasal daripada deen yang bermaksud agama, iaitu menggambarkan kehidupan
beragama.

Secara tidak langsung, pengertian tamadun menekankan dua perkara yang penting iaitu
kehalusan budi pekerti dan pembangunan perbandaran atau penempatan. Secara lebih sempurna,
tamadun boleh ditakrifkan sebagai sejumlah pencapaian dan pembangunan dalam segala
perlakuan, pemikiran dan kemajuan (seperti S&T, kesenian, kesusasteraan dan lain-lain) yang
tinggi, baik, halus dan sopan ke arah pembentukan peribadi dan komuniti yang memiliki
personaliti, tatasusila dan budi pekerti yang terpuji untuk membentuk sebuah masyarakat atau
negara bangsa.

Selain daripada itu, perkataan yang sering digunakan dalam bahasa Inggeris untuk
memberi maksud tamadun ialah civilization.Perkataan ini berasal daripada
perkataan civitas dalam bahasa Latin yang bermaksud bandar atau kota. Seperti hadarah dan
peradaban,civilization  juga membawa maksud yang menekankan penggabungan antara
ketinggian budaya dan kemajuan kebendaan.

Di antara penulis yang boleh dianggap pelopor dalam bidang pengajian ini antaranya
adalah Jurji Zaydan dan Farid Wajdi, di samping beberapa tokoh lain seperti Muhammad Abduh
dan Malik Bennabi. Bagaimana pun penulis yang lebih awal mengupas dan mengenengahkan
idea pengajian ketamasunan ini adalah Ibn Khaldun. Ibn Khaldun menggunakan
istilah ‘umran bagi menjelaskan makna dan maksud tamadun yang merangkumi organisasi sosial
dan budaya. Istilah tamadun diperkenalkan secara khusus bagi pengajian ini oleh Jurji Zaydan
apabila beliau menerbitkan karyanya yang masyhur Tarikh al-Tamaddun al-Islami. Muhammad
Abduh menggunakan istilah madaniyyah (daripada akar perkataan yang sama
dengan tamaddun).

Dalam korpus berbahasa Melayu pula, sekurang-kurangnya dua istilah yang sering
digunakan iaitu “tamadun” dan “peradaban”. Kedua-dua istilah itu juga bukanlah kata asal
bahasa Melayu. Kedua-duanya adalah pinjaman perkataan Arab. Dalam korpus penulisan
berbahasa Melayu, sebelum kedatangan Islam perkataan yang dugunakan bagi maksud
peradaban adalah budaya yang bertunjang kepada ketinggian nilai dan kehalusan budi. Hal ini
dicerminkan dalam adat resam dan tradisi bangsa Melayu zaman berzaman. Pada ketika ini
kalimah Melayu yang sering digunakan bagi menggambarkan peningkatan kehidupan
masyarakat ini adalah kemajuan atau pembangunan. Namun begitu perkataan maju dan
kemajuan ternyata mempunyai konotasi yang jauh lebih sempit daripada tamadun. Sesudah
kedatangan Islam istilah-istilah bahasa Arab diguna dengan meluas dan kemudiannya
diiktirafkan dan diterima pakai sebagai perkataan atau istilah Bahasa Melayu.

didikan Seni Pengumuman pj Seni dalam pembelajaran Tazkirah Teknologi Dalam Pendidikan


14 APRIL 2009

Tamadun Islam Dan Tamadun Asia

1.0 PENGENALAN
Perkataan tamadun berasal daripada bahasa Arab, iaitu daripada perkataan mudun dan madain. Satu lagi perkataan
Arab yang mempunyai kaitan dengan perkataan tamadun madana yang mempunyai dua maksud, iaitu tinggi budi
bahasa dan pembukaan bandar. Perkataan daripada bahasa Inggeris yang mempunyai persamaan makna dengan
tamadun ialah civilization yang berasal daripada bahasa Greek, iaitu civitas yang bermaksud bandar. Tamadun juga
boleh dieertikan sebagai peradaban.

Setiap masyarakat di dunia mempunyai definisi yang tersendiri tentang konsep tamadun. Bagi masyarakat Barat,
tamadun dikaitkan dengan pembangunan lahiriah terutamanya dalam hal-hal kebudayaan seperti penulisan,
undang-undang, kesenian dan pembandaran. Menurut pandangan beberapa sarjana Barat, misalnya, Gordon Childe,
pencapaian lahiriah merupakan kayu ukur kemajuan tamadun dalam sesebuah masyarakat.Darcy Riberio dan R.A.
Buchanan pula menolak unsur rohaniah sebaliknya hanya menekankan kepentingan dan pembangunan lahiriah
dalam proses perkembangan tamadun.

Menurut Islam, tamadun mestilah merangkumi pembangunan lahiriah dan rohaniah. Oleh itu, Islam menekankan
pembangunan lahiriah dan rohaniah. Kedua-dua unsur ini penting untuk mengukur tahap ketamadunan sesebuah
masyarakat. Mengikut pandangan Syed Naquib al-Attas, tamadun ialah pencapaian tahap tatasusila yang tinggi dan
kebudayaan yang luhur oleh sesebuah masyarakat.Pandangan sarjana Islam ini turut disokong oleh sarjana Barat
seperti Richard Sullivan yang mengakui bahawa unsur rohaniah sangat penting dalam konsep tamadun.

Secara umumnya, konsep tamadun tidak hanya mementingkan pencapaian berbentuk lahiriah seperti kesenian dan
pembinaan kota semata-mata tetapi juga mestilah diiringi dengan pencapaian dalam aspek rohaniah, tatasusila dan
moral.
2.0 CIRI-CIRI TAMADUN
Usaha manusia untuk menyesuaikan kehidupan mereka dengan alam sekeliling telah menjadikan manusia lebih
kreatif dan inovatif. Kreativiti dan inovasi manusia bergantung kepada pencapaian pemikiran dan kekuatan rohaniah
mereka. Oleh itu, proses pembentukan tamadun merupakan manifestasi kepada pencapaian manusia dalam kedua-
dua aspek ini.

Kewujudan petempatan kekal merupakan salah satu ciri utama kemunculan tamadun. Kehidupan secara menetap
membawa kepada corak hidup yang lebih sistematik.

Peningkatan jumlah penduduk membawa kepada sebuah kehidupan berorganisasi yang merangkumi aspek sosial,
ekonomi dan politik. Kehidupan secara berorganisasi ini mampu mengatur cara hidup manusia untuk memastikan
kestabilan dan kemakmuran kehidupan mereka.

Bagi mengendalikan masyarakat yang lebih besar, sistem pemerintahan mula dibentuk untuk menjalankan
pentadbiran. Kewujudan sistem pemerintahan membawa kepada kelahiran sistem perundangan yang menjadi
panduan kepada masyarakat demi menjaga keamanan dan kemakmuran sesebuah tamadun.

Pembentukan organisasi sosial dan politik membawa kepada pengkhususan pekerjaan dalam tamadun awal.
Peningkatan dalam produktiviti manusia menyebabkan pengkhususan pekerjaan menjadi lebih penting.

Agama dan kepercayaan memainkan peranan yang penting dalam perkembangan tamadun. Ini adalah kerana kedua-
duanya amat berkait dengan pengiktirafan terhadap golongan pemerintah, pembahagian sosial masyarakat,
perkembangan ilmu pengetahuan, kesenian dan pembinaan dalam proses pembentukan tamadun awal.

3.0 KESAN INTERAKSI ANTARA TAMADUN


Setiap tamadun manusia yang wujud di dunia ini dari dahulu hingga sekarang saling berinteraksi antara satu sama
lain. Interaksi berlaku sama ada menerusi jalan peperangan atau keamanan. Menerusi interaksi, tamadun-tamadun
ini belajar serta memindahkan ilmu pengetahuan, bahasa dan kebudayaan antara satu sama lain. Sesuatu tamadun
perlu mengenali antara satu sama lain merupakan asas kepada persefahaman dan akhirnya membawa kepada
kerjasama. Usaha untuk mengenali antara satu sama lain perlu dipertingkatkan khususnya mengenali kepercayaan,
bahasa dan kebudayaan tamadun. Tamadun Islam, Tamadun India dan Tamadun China merupakan antara tamadun
yang saling berinteraksi antara satu sama lain.

Interaksi-interaksi yang wujud di antara tamadun-tamadun ini meninggalkan pelbagai bentuk kesan samaada positif
mahupun negatif. Interaksi tamadun Islam dengan tamadun China memperlihatkan kesan positif melalui
perdagangan. Pedagang-pedagang Arab dan Parsi memainkan peranan penting dalam interaksi ini. Sebagai contoh,
berlaku perkahwinan campur antara pedagang-pedagang ini dengan wanita-wanita tempatan. Hasil daripada
interaksi ini, wujud penyebaran agama Islam di Negara China yang akhirnya mewujudkan komuniti Islam tempatan
China.

Interaksi antara tamadun India dan tamadun Cina juga meninggalkan kesan yang positif kepada masyarakat. Dari
segi kepercayaan, agama Buddha berjaya disebarkan ke Negara China melalui interaksi ini. Selain itu, berlaku juga
pemindahan dan perkongsian ilmu dalam bidang sains dan teknologi. Apa yang dimaksudkan disini ialah, kemahiran
membuat gula daripada tebu dengan menggunakan teknik dari India telah diperkembangkan kepada orang-orang
China. Selain itu, dalam aspek matematik pula, India turut memperkembangkan bidang astronominya di negara
China melalui ahli-ahli astronominya.

Interaksi antara tamadun Islam dan tamadun Melayu turut memberi impak yang positif. Kesan yang ditinggalkan
melalui aktiviti perdagangan dapat dilihat dengan begitu ketara. Kesan positif yang paling penting ialah tersebarnya
agama Islam di Kepulauan Melayu serta munculnya kerajaan-kerajaan Islam tempatan di Pasai, Melaka, Acheh,
Johor-Riau, Brunei, Pattani, Sulu, Banten, Demak, Tuban, Mataram dan lain-lain lagi. Tamadun Islam telah
mengubah pandangan hidup orang-orang Melayu. Ia juga turut membawa tulisan Jawi yang berperanan penting
dalam perkembangan ilmu pengetahuan di Kepulauan Melayu. Tamadun Islam juga meninggalkan pengaruh yang
besar dari segi perundangan, kesusateraan, kesenian, kebendaan seperti pakaian, makanan dan istilah-istilah Arab
yang digunakan dalam bahasa Melayu.

Interaksi tamadun China dan tamadun Melayu pula banyak memberi kesan dalam bidang kemahiran, teknologi serta
kebendaan. Tamadun China membawa teknologi membuat tebu (yang dipelajari dari India) ke Kepulauan Melayu.
Selain itu, tamadun China juga bertanggungjawab memperkenalkan perusahaan sutera di Kepulauan Melayu. Dalam
aspek kemahiran, tamadun China membawa kemahiran membuat tembikar serta pertukangan logam. Interaksi
antara tamadun China dengan tamadun Melayu berlaku melalui dua cara iaitu secara aman dan secara konflik
peperangan. Interaksi secara aman berlaku melalui aktiviti perdagangan, emigrasi dan hubungan diplomatik.
Contohnya, kemuncak hubungan diplomatik negara China dengan Kepulauan Melayu ialah zaman Kesultanan
Melayu Melaka.

4.0 PERSAMAAN DAN PERBEZAAN ANTARA TAMADUN


Persamaan dan perbezaan di antara tamadun Islam, tamadun Cina dan tamadun India dapat dilihat melalui beberapa
aspek seperti ciri-ciri agama, budaya dan juga budaya.

Dalam aspek agama, Islam percaya wujudnya satu kuasa pencipta. Berbeza dengan agama Buddha (tamadun China),
mereka menolak konsep tuhan tetapi mahu pengikutnya menghindar kemewahan dunia. Bagi agama Hindu
(tamadun India) pula, mereka percaya kepada pelbagai dewa seperti Brahman, Vishnu dan Siva.

Dalam aspek kebudayaan pula, terdapat beberapa persamaan dalam budaya makan. Misalnya, masyarakat tamadun
Islam, China dan juga India menjadikan gandum sebagai makanan ruji mereka. Hal ini berlaku apabila setiap
tamadun terpaksa menerima pengubahsuaian apabila berlaku emigrasi dan perluasan empayar.
Walaubagaimanapun, terdapat juga perbezaan yang ketara dalam aspek budaya makan ini. Contohnya, dalam
tamadun Islam ada konsep halal dan haram. Tamadun Islam membenarkan memakan apa saja selagi bukan
makanan dan minuman yang haram seperti daging khinzir dan arak. Begitu juga dengan tamadun India, penganut
agama Hindu tidak dibenarkan untuk memakan daging lembu.

Dalam aspek etika, hampir semua perkara mempunyai persamaan antara tamadun. Sebagai salah satu contoh, semua
tamadun mempunyai persamaan dalam hal yang berkaitan dengan alam sekitar. Mereka percaya bahawa alam sekitar
perlu dijaga dan dipelihara dengan baik kerana itu adalah tanggungjawab mereka sebagai manusia. Bagi masyarakat
primitif pula, mereka memelihara alam sekitar kerana percaya setiap benda yang terdapat di dunia ini mempunyai
semangat dan harus dijaga dengan baik.

Dalam aspek pemerintahan pula, rakyat disuruh untuk mentaati pemerintah. Kung Fu Tze ( tokoh tamadun China)
memberi panduan kepada pemerintah untuk menjalankan pemerintahan dengan baik dan mengutamakan kebajikan
rakyat. Ini juga disarankan oleh ahli falsafah dari tamadun lain seperti Al-Ghazali, Kautilya dan ajaran Buddha. Di
Asia Tenggara juga menekankan raja itu harus berkelakuan baik dan bertanggungjawab. Muncul konsep Devaraja
dan daulat di mana raja diberi taraf suci dan tertinggi dan dijelmakan sebagai wakil tuhan. Ini memberi penegasan
kepada rakyat supaya dapat menumpahkan taat dan setia kepada raja.

Aspek yang berikutnya ialah kemasyrakatan. Setiap tamadun menyatakan bahawa adalah menjadi tanggungjawab
bersama untuk menghormati setiap anggota masyarakatnya. Setiap ahli masyarakat perlu menjaga kebajikan dan
memberi sokongan samaada berbentuk moral atau fizikal. Dalam tamadun Islam, perkara penting ialah perpaduan
ummah. Walaubagaimanapun, ada juga yang tidak bersetuju. Contohnya, ahli falsafah China, Loa – Tzu menentang
ajaran Kung Fu Tze yang menganjurkan hubungan antara masyarakat.

Aspek yang terakhir iaitu bidang ekonomi pula, setiap tamadun menekankan pentingnya etika dalam menjalankan
perniagaan. Tamadun Islam menggalakkan perniagaan tetapi ada peraturan halal dan haramnya. Contohnya haram
mengambil riba. Tetapi Kung Fu Tzu, perniagaan ditegah sama sekali kerana taraf peniaga diletakkan paling bawah
keran amenindas golongan lain.

Kesimpulannya, interaksi antara tamadun meninggalkan pelbagai kesan ke atas masyarakat. Terdapat banyak kesan
positif dan ada juga kesan-kesan yang negatif. Walaubagaimanapun, apa yang dapat dirumuskan ialah,
pertembungan interaksi antara tamadun ini mewujudkan banyak perkara-perkara baru seperti percambahan ilmu
pengetahuan, hubungan perdagangan dan banyak lagi. Tamadun-tamadun ini juga mempunyai persamaan dan
perbezaan yang tertentu meliputi aspek teologi dan juga etika. Kita harus menghormati setiap persamaan yang ada
dan menerima perbezaan yang wujud supaya keadaan kekal harmoni dan aman.

You might also like