You are on page 1of 3

Kesan Sampingan

Berikut merupakan kesan sampingan yang biasa:


 Ruam
 Gatal-gatal
 Kulit kering atau merekah
 Perubahan warna pada kuku
 Pening
 Cirit-birit
 Mual/Loya
 Muntah
 Sakit perut
 Pengurangan berat badan
 Lemah
 Jangkitan pada pernafasan, kulit dan mulut

ERBITUX juga boleh menyebabkan magnesium, potassium dan calcium pada darah
menjadi rendah. Pesakit yang mengambil ERBITUX harus menghadkan pendedahan
mereka kepada matahari. Jarang berlaku tetapi kesan sampingan yang serius dalam
pengambilan ERBITUX termasuklah:
 Tindak balas alergik yang boleh mengancam nyawa
 Serangan sakit jantung, terutamanya jika pesakit juga mendapatkan rawatan
kemoterapi atau radioterapi.

Simptom pengambilan Cetuximab yang berlebihan susah untuk dijangka kerana belum ada
laporan mengenai pengambilan yang berlebihan. Pengambilan yang berlebihan boleh
mengakibatkan peningkatan risiko kesan sampingan Cetuximab yang biasa.
Bagaimanapun, tiada kesan sampingan dilaporkan jika pengambilan dos dua setengah kali
lebih daripada dos yang biasa/normal.
Langkah berjaga-jaga:
a. Reaksi Infusi
 Gred 3/4 reaksi infusi berlaku kepada kira-kira 3% pesakit yang menerima
ERBITUX dalam percubaan klinikal, yang mengakibatkan kematian
dilaporkan kurang 1 daripada 1000.
 Reaksi infuse yang serius memerlukan intervensi/Tindakan perubatan
dengan segera, memberhentikan pengambilan ERBITUX secara kekal,
termasuk apabila terjadi sekatan pada saluran pernafasan
(Bronkospasme/Kejang Bronkial, berterusan selama 28 hari)
 Memantau pesakit yang menerima ERBITUX untuk kesan ketoksikan
dermatologi dan jangkitan susulan.
 Kesan boleh menjadi lebih buruk jika terdedah kepada matahari./
Pendedahan kepada matahari boleh memburukkan lagi kesan ini.

b. Ketoksikan Pulmonari
 Penyakit paru Interstisial (ILD), yang maut dalam sat ukes, berlaku dalam 4
daripada 1570 (>0.5%) pesakit menerima ERBITUX dalam percubaan
klinikal.
 Jika pengunaan ERBITUX terganggu secara tiba-tiba juga boleh
mengakibatkan keterukan symptom pulmonari.
 Pengambilan ERBITUX perlu dihentikan secara kekal jika disahkan ILD.

c. Ketoksikan dermatologi
 Kajian klinikal dalam pengunaan ERBITUX, ketoksikan dermatologi
termasuklah ruam acneform, kulit mongering dan merekah, inflamasi
paranokia, jangkitan susulan(seperti: Sepsi aireus, kehadiran abses, Selulitis,
Blepharitis, Conjugvitis, Keratitis) dan hipetrikosis, berlaku kepada pesakit
yang menerima terapi ERBITUX. . Ruam acneform terjadi dalam 78-88%
daripada 1373 pesakit yang menerima ERBITUX dalam percubaan klinikal.
Sebanyak 1-17% pesakit mengalami ruam acneform yang teruk.
 Pembentukan ruam acneform selalunya terjadi diantara 1 atau 2 minggu
semasa menerima terapi dan sembuh apabila rawatan diberhentikan,
walaupun untuk sesetengah, kejadian akan itu berterusan melebihi 28 hari.
 Memantau pesakit yang menerima ERBITUX untuk ketoksikan/kerosakan
dermatologi dan jangkitan susulan.
 Kesan boleh menjadi lebih buruk jika terdedah kepada matahari./
Pendedahan kepada matahari boleh memburukkan lagi kesan ini.

d. Electrolyte Depletion
 Kekurangan magnesium dalam darah (Hipomagnesemia) berlaku sebanyak
55% (199/365) kepada pesakit yang menerima ERBITUX dan pada kadar
yang sangat teruk sebanyak 6-17%. Permulaan hypomagnesemia berserta
ketidaknormalan elektrolit boleh berlaku selama sehari atau berbulan
setelah menerima rawatan ERBITUX.
 Memantau pesakit secara berkala untuk penyakit hipomagnesia,
hipokalsemia(kadar kalsium rendah dalam darah) dan hipokalaemia (kadar
kalium rendah dalam darah) semasa menerima rawatan ERBITUX dan
sekurang kurangnya 8 minggu selepas terapi selesai.
 Meningkatkan elektrolit jika perlu.

e. Kehamilan
 Pada wanita yang berpotensi melahirkan anak, alat pencegah kehamilan
yang sesuai mesti digunakan semasa menerima rawatan ERBITUX dan 6
bulan selepas pengambilan dos ERBITUX yang terakhir.
 ERBITUX boleh disebarkan daripada ibu kepada anak yang dikandung dan
anak yang dikandung berpotensi untuk mati melalui pelaksanaan kepada
orang mengandung.
 Pengunaan ERBITUX hanya boleh digunakan sekiranya kandungan
berpotensi terhadap kandungan yang berisiko.

f. Neutropenia dan komplikasi jangkitan yang berkaitan


 Pesakit yang menerima ERBITUX Bersama kemoterapi yang berasaskan
platinum adalah berisiko tinggi untuk mengalami neutropenia yang teruk
yang boleh mengakibatkan komplikasi jangkitan seperti febrile neutropenia,
pneumonia atau sepsis.
 Pesakit perlu dipantau secara teliti terutamanya yang mengalami perubahan
berbahaya pada kulit (skin lesion), keradangan mukosa (Mukositis) atau
cirit birit yang boleh menyebabkan terjadinya jangkitan.

e. Gangguan kardiovaskular
 Kadar keterukan semakin meningkat dan menyebabkan kematian
disebabkan kardiovaskular (penyakit jantung) telah dikenal pasti dalam
rawatan seperti ‘non-small cell lung cancer’(kanser paru), karsinoma sel
skuomasa pada kepada dan leher, dan kanser kolekteral (kanser usus besar).
Dalam kajian yang kebanyakkan umur ≥65 atau yang mempunyai
pemerhatian rawatan. Semasa pemberian ERBITUX, keadaan jantung dan
tahap prestasi pesakit dan serta masalah pada beberapa bahagian jantung
seperti fluoropyrimidines perlu diberi perhatian.

f. Kanak-kanak
 Keberkesanan ERBITUX kepada pesakit kanak-kanak di bawah umur 18
tahun belum diketahui. Tiada maklumat mengenai tindakbalas yang
dikenalpasti dalam pesakit kanak kanak seperti yang dilaporkan pada kajian
fasa-l.

You might also like