You are on page 1of 2

Pengurusan kewangan adalah penting di sekolah kerana tanpa peruntukan kewangan yang mencukupi,

program dan aktiviti sekolah tidak dapat dijalankan secara lebih berkesan. Pengurusan kewangan
merujuk kepada peruntukan yang terdapat dalam Akta Pendidikan (Akaun dan Audit), 1962 yang
dikeluarkan di bawah Akta Pendidikan 1996. Guru besar membuat refleksi bahawa mereka
sememangnya mengurus kewangan sekolah berlandaskan kepada tata cara pengurusan kewangan yang
betul. Pengurus sekolah mendapati masalah dan kelemahan yang wujud dalam pengurusan kewangan
sekolah disebabkan oleh faktor-faktor berikut iaitu kawalan dalaman yang lemah, urusan diserahkan
kepada pembantu tadbir kepercayaan, guru besar tidak faham prosedur kewangan, kurang latihan dan
kepakaran dan tidak cukup masa dalam pengurusan kewangan.

Sebagai seorang pengurus sekolah perlu mengambil beberapa insentif untuk mengatasi masalah dan
cabaran dalam konteks pengurusan kewangan, diantaranya iaitu :

1.Menjual Soalan
Setiap tahun akan ada sekurang-kurangnya 3 kali ujian, dan sekiranya anda menghasilkan
soalan yang lengkap dan sempurna mengikut standardnya, pihak sekolah boleh menjualnya
secara softcopy. Ramai guru di luar sanggup membayar untuk membeli soalan, kerana tidak
sempat untuk menghasikannya sendiri.Pihak sekolah ,boleh menggunakan gguru pakar dalam
setiap matapelajaran untuk menghasilkan soal mengikut ujian yang ditetapkan .Ini dapat
menjana sumber pendapatan sekolah secara langsung.Selain itu,pihak sekolah juga dapat
elakkan membeli soalan dari luar.Fenomena ini,dapat memperkembangkan tahap penguasan
dan pengalama guru dalam professional masing-masing.

2. Membuat Hari Kantin, Keusahawanan atau festival.


Pihak pengurus sekolah juga perlu menganjurkan program seperti Hari Kantin,Keusahawanan
atau festival peringkat sekolah mahupun peringkat daerah.Pihak pengurus sekolah perlu
memberi ruang kepada pihak luar dan masyarakat untuk turut meriahkan program seperti
ini.Program ini memang selalu dianjurkan oleh pihak sekolah untuk mengumpul dana, ia juga
mampu meraih jumlah keuntungan yang besar sehingga lebih RM30,000. Namun ia perlu
dibahagikan kepada kelab-kelab atau unit yang terlibat.Penglibatan pihak luar secara langsung
dapat memberi ruang untuk mendapatkan tumpuan untuk mendapat dana daripada
mereka.Jemputan tetamu selalunya akan memberi sumbangan ikut kemampuan dan keperluan
sekolah.Sikap prihatain mereka dapat mengurus dana kewangan sekolah dengan optimum.

3.Memohon Sumbagan Syarikat Korporat


Seorang pengurus sekolah yang bijak,akan memcari sumbangan daripada syarikat korporat
.Kebiasanya syarikat korporat akan memberi sumbangan yandg diminta dari segi sumber
kewangan atau benda.Pihak pengurus perlu bijak meminta sumbangan daripada syarikat yang
tetentu.Sebagi contoh,untuk elakkan memberi mesin cetak untuk sekolah,pihak pengurus boleh
meminta sumbangan mesin cetak daripada syarikat Canon,Epson yang mengelurkan mesin
cetak.Ini memberi ruang ,pihak sekolah dapat menjimatkan dana pembelian mesin
cetak.Perkara ini selalu dibuat oleh pihak sekolah, Syarikat-syarikat besar kebiasaannya
mempunyai peruntukkan khas untuk memberi sumbangan, mereka juga akan dapat pelepasan
cukai dari kebajikan yang telah mereka buat.
4. Sewa primis sekolah

Bagi sekolah yang mempunyai kawasan yang luas, pihak pengurusan boleh mencari dana tambahan
dengan cara menyewa premis sekolah .Sebagai contoh,segelintir sekolah tidak mempunyai dewan dan
padang.Dengan ini,sekolah berkenaan boleh menyewakan dewan dan padang kepada sekolah yang
diperlukan.NGO luar sering memerlukan kawasan sekolah untuk membuat latihan,motivasi,ceramah
kepada murid .Ini bermaksud hasil yang diperoleh oleh pihak sekolah dalam usaha menjalankan sesuatu
aktiviti . Hasil yang diperoleh daripada sewa premis ini akan dapatkan dana tambahan dan seterusnya
menampung kekurangan sumber kewangan sekolah.

Pengurus kewangan sekolah pengetua atau guru besar perlu mampu menjelaskan dan menerangkan
sumber-sumber kewangan yang diperolehi dan ke arah mana ia dibelanjakan kepada pihak tertentu bagi
memenuhi kehendak pelanggan. Pengetua atau guru besar juga perlu memastikan semua sumber
kewangan sekolah digunakan secara cekap untuk kepentingan pelajar. Menurut Zaidah (2004),
kecekapan ialah mendapatkan output yang optimum dengan menggunakan input yang minimum. Aspek
kecekapan ini mengukur sejauh mana sumber-sumber input digunakan secara optimum bagi
menghasilkan output.

You might also like