You are on page 1of 9

GMGA 1024 – POLITIK DAN PENTADBIRAN

TAJUK : PENCEMARAN ALAM SEKITAR

NAMA SATTERIYANI BINTI MOHAMMAD SALENG

NO. MATRIK 262004

PROGRAM PENGURUSAN AWAM

NAMA PENSYARAH PROF. MADYA DR. MOHD FITRI BIN


ABDUL RAHMAN
ISI KANDUNGAN

1. PENGENALAN.............................................................1
2. PENCEMARAN............................................................2
2.1. Punca Pencemaran……………………..……………………..2-3
2.2. Kesan Pencemaran………………………..…………………..3-4
2.3. Langkah Mengatasi Pencemaran…………………….……….4-5

3. KESIMPULAN..............................................................6
4. RUJUKAN.....................................................................6

i
1. PENDAHULUAN

Dunia kini berhadapan dengan pencemaran alam sekitar yang sangat dahsyat

akibat kemelut yang tidak dapat dielakkan oleh sesebuah negara. Akta Kualiti

Alam Sekitar 1974 menyatakan bahawa pencemaran adalah sebarang

perubahan sama ada secara langsung atau tidak langsung kepada sifat-sifat

fizik, kimia, biologi atau aras-aras radiasi mana-mana bahagian alam

sekeliling dengan melepaskan, mengeluarkan atau meletakkan bahan-bahan

buangan hingga menjejaskan apa-apa kegunaan berfaedah yang menimbulkan

sesuatu keadaan berbahaya kepada kesihatan, keselamatan atau kebajiakan

awam mahupun kepada organisma lain seperti haiwan dan tumbuhan.

Terdapat beberapa jenis pencemaran alam sekitar yang sering berlaku di

negara kita antaranya adalah pencemaran udara, air, tanah dan bunyi. Pada

pendapat saya, isu pencemaran alam sekitar tidak boleh dipandang ringan oleh

masyarakat.

1
2. PENCEMARAN

Dalam usaha mengejar kemajuan Negara dan meningkatkan taraf hidup

penduduk, kegiatan ekonomi dan projek-projek pembangunan sesebuah

Negara tidak dapat dielakkan manusia sering mengabaikan masalah-masalah

alam sekitar yang timbul akibat pelaksanaan aktiviti ekonomi dan projek

pembangunan. Kesan-kesan negatif akibat proses pembangunan dan

modenisasi secara terburu-buru semakin  mendesak ini mengakibatkan kesan

pencemaran. Ksemua kesan negatif pembangunan ke atas alam sekitar, setiap

akitiviti ekonomi dan pembangunan mestilah diseimbangkan dengan usaha

pengurusan dan pemeliharaan alam.

2.1 Punca Pencemaran

Pencemaran alam sekitar dari segi udara berpunca daripada penghasilan

bahan pencemar oleh industri perkilangan. Perkembangan dalam bidang

ini menyebabkan pembebasan gas sulfur dioksida, nitrogen dioksida,

karbon dioksida dan debu ke udara melalui cerobong kilang terutamanya

kilang yang menggunakan bahan api fosil sebagai bahan bakar.

Selain itu, pencemaran dari segi air pula berpunca daripada

pembungan sisa bahan buangan kilang oleh sektor perindustrian. Sisa

bahan buangan seperti sisa toksid dibuang ke dalam sungai oleh pihak

pengilang untuk menjimatkan kos mereka walaupun menyedari perbuatan

tersebut menjejaskan persekitaran. Misalnya, kilang pemprosesan getah

1
dan minyak kelapa sawit yang membuang dan mengalirkan sisa toksik ke

dalam longkang, parit, terusan dan seterusnya ke dalam sungai.

Seterusnya, pencemaran alam sekitar dari segi tanah yang berpunca

daripada aktiviti pertanian. Pertanian moden menuntut penggunaan

pelbagai bahan kimia dalam usaha mencapai produktiviti yang tinggi.

Baja kimia yang digunakan adalah untuk meningkatkan hasil tanaman.

Pencemaran alam sekitar dari segi bunyi berpunca daripada industri

pembinaan. Proses pembangunan yang optimum di dalam negara

menyebabkan berlaku ledakan dalam bidang perindustrian dan

pembinaan. Misalnya, proses pembinaan bangunan baharu, infrastruktur

dan kerja pembinaan jalan raya melibatkan penggunaan jentera dan mesin

yang mengeluarkan bunyi yang kuat.

2.2 Kesan Pencemaran

Pencemaran dari segi udara akan memberi kesan kepada kesihatan

manusia kerana manusia memerlukan udara yang bersih untuk hidup. Jika

udara yang dihirup tercemar, sistem pernafasan akan menyerap pelbagai

bahan pencemar ke dalam paru-paru. Antara penyakit yang boleh dihidapi

adalah kanser paru-paru, kanser hidung dan bagi pesakit asma apabila

menyerap bahan pencemar ke dalam badan berkemungkinan akan

mengakibatkan kematian. Hasil kajian Pertubuhan Kesihatan Sedunia

(WHO) menyatakan sebanyak tiga juta manusia mati setiap tahun

disebabkan oleh pencemaran.

1
Pencemaran air akibat daripada sektor perindustrian akan

menjejaskan hidupan akuatik di dalam sungai atau laut. Sisa-sisa tersebut

juga tidak dapat diuraikan dan mendap di dasar sungai atau laut dalam

tempoh yang sangat lama. Hal ini akan menyebabkan kekurangan

kandungan oksigen di dalam air dan seterusnya mempengaruhi serta

meracuni hidupan-hidupan di dalam sungai dan tasik seperti rumpai, ikan

dan hidupan lain.

Pencemaran tanah berlaku apabila baja kimia digunakan secara

berlebihan yang akan memberi kesan kepada kesuburan tanih sehingga

menjadi rendah serta meningkatkan keasidan dalam tanah. Tanah yang

kurang berkualiti menyebabkan tumbuh-tumbuhan dan sayur-sayuran

yang ditanam tidak hidup dengan sempurna dan tidak subur.

Pencemaran bunyi pula akan menyebabkan gangguan kepada

ketenteraman masyarakat di sekitar kawasan pembinaan. Pendedahan

kepada kebisingan yang melampau boleh menjejaskan keupayaan berfikir

seseorang. Dengan kata lain, kebisingan boleh menyebabkan kemerosotan

prestasi seseorang dan sememangnya keadaan ini amatlah merugikan.

2.3 Langkah Pencemaran

Pencemaran udara boleh dielakkan daripada terus berlaku dengan

memastikan pihak berkuasa mewajibkan pihak kilang meninggikan

cerobong asap dengan 30 meter ke udara dan memastikan cerobong

1
tersebut dipasang alat penapis asap agar asap yang dilepaskan adalah

bersih dan terawat serta tidak mencemarkan udara.

Bagi pencemaran air pula pihak berkuasa perlulah bertegas dan

menguatkuasakan undang-undang yang telah ditetapkan dengan tidak

memberi kompromi kepada pihak pengilang. Antara undang-undang yang

perlu dikuatkuasakan ialah Seksyen 25 (3) Akta Kualiti Alam Sekeliling

1974 iaitu denda tidak melebihi daripada RM 100,000.00 atau penjara

untuk tempoh tidak lebih daripada 5 tahun atau kedua-duanya sekali.

Pencemaran tanah dapat ditangani dengan menyarankan petani-petani

untuk menggunakan baja organik dalam sektor pertanian mereka. Baja

organik atau organik fertilizer adalah baja yang dihasilkan melalui bahan

berasaskan binatang, tumbuhan dan bahan mineral. Penggunaan baja ini

dapat memperbaiki semula keadaan fizikal tanah dan seterusnya

meneutralkan pH tanah.

Langkah menangani pencemaran bunyi adalah kerajaan diharapkan

dapat mewujudkan lebih banyak kawasan perindusrian yang jauh dari

kawasan perumahan penduduk supaya gangguan bunyi bising dapat

dielakkan. Keadaan ini membolehkan zon pencemaran bunyi hanya

berlaku di kawasan tersebut.

1
3. KESIMPULAN

Kesimpulannya, kerjasama dan kesungguhan semua pihak menyelesaikan

masalah ini diharapkan dapat mengatasi gejala pencemaran alam dengan lebih

berkesan kerana kelestarian alam tanggungjawab kita semua. Benarlah

sebahagian daripada kata-kata Chief Seattle yang menjadi salah satu rujukan

yang digunakan di seluruh dunia tentang pentingnya menjaga alam sekitar

iaitu “kita tidak mewarisi bumi kita ini daripada nenek moyang kita, tetapi

sebaliknya kita hanya mampu meminjamnya daripada anak cucu kita”.

4. RUJUKAN

HAMIDI ABDUL AZIZ. (2008). PENCEMARAN BUNYI (Teori, Sumber,


Perundangan dan Kawalan). Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia.

HARLIDA ABDUL WAHAB, & NURLI YAACOB. (2016). PENGURUSAN


SUNGAI mengikut undang-undang. Kedah: UUM Press.

Utusan Online. (2016, Mac 17). Pencemaran Bunyi juga Gangguan Hidup.
Dimuat turun daripada http://www.utusan.com.my/rencana/
forum/pencemaran-bunyi-juga-gangguan-hidup-1.201404

1
1

You might also like