You are on page 1of 2

EMBARGO : Hanya boleh diterbit atau disebarkan pada jam 1700, Isnin, 6 November 2017

JABATAN PERANGKAAN MALAYSIA

SIARAN AKHBAR

BANCI EKONOMI 2016:


PENGGUNAAN ICT OLEH PERNIAGAAN DAN e-DAGANG
PENGENALAN

Penerbitan ini membentangkan perangkaan bagi penggunaan Teknologi Maklumat & Komunikasi (ICT) oleh perniagaan dan
statistik e-Dagang berdasarkan maklumat yang diperoleh melalui Banci Ekonomi yang dijalankan pada tahun 2016 bagi tahun
rujukan 2015. Ia merangkumi lima sektor utama iaitu iaitu Pertanian, Perlombongan & pengkuarian, Pembuatan, Pembinaan dan
Perkhidmatan.

PENGGUNAAN ICT OLEH PERNIAGAAN

Penemuan banci menunjukkan sejumlah 920,624 pertubuhan beroperasi pada tahun 2015. Sebanyak 73.5 peratus pertubuhan
menggunakan komputer, manakala 61.5 peratus pertubuhan menggunakan internet dan 28.4 peratus mempunyai web presence
dalam perniagaan.

Infrastruktur rangkaian komputer tertinggi yang digunakan oleh perniagaan adalah Rangkaian Kawasan Setempat (LAN) iaitu
sebanyak 54.2 peratus, diikuti oleh Rangkaian Kawasan Luas (WAN), 26.1 peratus dan intranet, 24.1 peratus. Capaian internet
melalui jalur lebar tetap adalah yang tertinggi iaitu 74.8 peratus diikuti oleh jalur lebar mudah alih (28.5%) dan jalur sempit
(5.5%).

STATISTIK e-DAGANG

Sebanyak 47,556 pertubuhan yang menjalankan transaksi e-Dagang direkodkan iaitu 5.2 peratus daripada keseluruhan 920,624
pertubuhan pada tahun 2015. Bilangan pertubuhan yang menjalankan transaksi e-Dagang didominasi oleh sektor Perkhidmatan
iaitu sebanyak 43,294 pertubuhan dengan sumbangan 91.0 peratus.

Sumber pendapatan e-Dagang di Malaysia pada tahun 2015 didominasi oleh pasaran tempatan RM356.9 bilion (89.6%)
berbanding pasaran antarabangsa sebanyak RM41.3 bilion. Sektor Pembuatan merupakan penyumbang utama bagi kedua-dua
kategori pasaran ini dengan nilai RM255.7 bilion bagi pasaran tempatan dan RM20.2 bilion bagi pasaran antarabangsa.

Pendapatan e-Dagang mengikut jenis pelanggan paling tinggi diperoleh melalui Business to Business (B2B) iaitu RM315.2 bilion
dengan sumbangan 79.2 peratus. Ini diikuti oleh Business to Consumer (B2C) sebanyak RM73.8 bilion (18.5%) dan Business to
Government (B2G) RM9.2 bilion (2.3%).

Dikeluarkan Oleh:

PEJABAT KETUA PERANGKAWAN MALAYSIA


JABATAN PERANGKAAN MALAYSIA
6 November 2017

Pegawai dihubungi:
Ho Mei Kei
Pegawai Perhubungan Awam
Bahagian Korporat & Khidmat Pengguna
Jabatan Perangkaan Malaysia
Tel : +603-8885 7942
Faks : +603-8888 9248
Emel : mkho[at]stats.gov.my

You might also like