You are on page 1of 5

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN (LKTP) KAMPUNG AWAH

28030 TEMERLOH
PAHANG

KERTAS KERJA

MENAIKTARAF PUSAT SUMBER SEKOLAH


2014

“ PUSAT SUMBER SEKOLAH KE ARAH KECEMERLANGAN BUDAYA


ILMU ”

AHLI JAWATANKUASA INDUK & KERJA PSS


SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN (LKTP) KAMPUNG AWAH
TEMRLOH
TAHUN 2014
1.0 PENDAHULUAN

Pusat Sumber Sekolah merupakan gedung ilmu bagi melahirkan masyarakat Malaysia yang
berilmu, beretika, mengamalkan pembelajaran sepanjang hayat, membuat keputusan berasaskan
ilmu pengetahuan dan menyumbang ke arah pembangunan negara. Selain itu menyediakan
maklumat bagi membolehkan warga sekolah berfungsi secara berkesan dalam masyarakat maju
berasaskan maklumat dan pengetahuan. PSS melengkapkan murid dengan kemahiran pembelajaran
sepanjang hayat untuk hidup sebagai rakyat yang bertanggungjawab. Keadaan fizikal bilik PSS
menuntut suasana yang kondusif dan selesa nagi menggalakkan proses pembelajaran yang lebih
berkesan. Justeru itu program menaiktaraf PSS perlu dipertingkatkan selaras dalam menjayakan visi
dan misi sekolah.

2.0 MATLAMAT

2.1 Menggalakkan murid dan guru menjadi pengguna Pusat Sumber Sekolah yang
efektif dan kreatif dalam mendapatkan maklumat
2.2 Menggalakkan sekolah meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran yang
berasaskan PSS / sumber pendidikan
2.3 Menggalakkan warga sekolah mengamalkan budaya ilmu yang berkualiti dan berfungsi
selaras dengan konsep pendidikan bestari serta pembudayaan media dan teknologi
pendidikan masa kini
2.4 Memberi keselesaan kepada guru-guru semasa proses pengajaran dan pembelajaran.
2.5 Aktiviti-aktiviti perpustakaan (NILAM dan Minggu PSS) dapat dijalankan dengan lebih
baik .

3.0 OBJEKTIF

Di antara objektif Program Menaiktaraf PSS ialah :

3.1 Menaiktaraf lantai simen kepada lantai mozek.


3.2 Menaiktaraf tingkap nako kepada tingkap sliding .
3.3 Memasang penghawa dingin di bilik PSS dan Bilik Tayangan.
3.4 Memasang sistem automasi buku.
3.5 Membaik pulih sistem pendawaian elektrik.

4.0 NAMA PROGRAM

”Program menaiktaraf PSS SMK (LKTP) Kampung Awah, Temerloh.”

5.0 VISI

Membudayakan teknologi pendidikan selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara

6.0 MISI

Menjadikan Pusat Sumber Sekolah sebagai pusat penyebaran ilmu dan maklumat
7.0 JAWATANKUASA INDUK PSS

Pengerusi : Pn. Hajah Zaiton bt Che Mat ( Pengetua )


Timb. Pengerusi : En. Kamarudin b Omar ( GPK Pentadbiran )
Naib Pengerusi : Pn. Salmah bt Abd Hamid ( GPK HEM )
En. Meor Ahamad Samsuddin b Meor Mohd Affandi ( GPK Kokurikulum)
Penyelaras : Pn. Nor Hasmawati bt Abu Bakar (GPM )
AJK : Cik Hajah Nor Samsi bt Arshad ( GKMP VOTEK )
: Pn. Hajah Maziah bt Ariffin ( GKMP Kemanusiaan )
: Pn. Siti Rogayah bt Mohd Ali ( GKMP Sains & Matematik )
: Semua ketua panitia

8.0 HURAIAN PROJEK

BIL. PERKARA CADANGAN / MASALAH ANGGARAN


1. Menaiktaraf lantai bilik Pusat 1. Keadaan lantai simen yang dilapik
Sumber dan bilik tikar getah menampakkan suasana RM 10,000.00
Tayangan/Komputer tidak selesa dan cantik kerana telah
banyak yang terkoyak kerana terkena
kaki kerusi atau meja.

2. Binatang seperti tupai dan kucing


sering masuk ke dalam bilik PSS dan
membuang najis. Ini mengundang bau
yang tidak menyenangkan dan kesan
warna yang susah ditanggalkan.

Cadangan : Menggantikan tikar getah


kepada ‘tile-terrazo’

2. Menaiktaraf tingkap 1. Keadaan tingkap yang uzur (pecah


dan berkarat) menyebabkan haiwan- RM 4,000.00
haiwan seperti tupai, kucing dan
burung mudah untuk masuk ke dalam
PSS.

Cadangan : Menggantikan tingkap nako


kepada tingkap sliding

3. Memasang penghawa dingin 1. Keadaan PSS yang kurang


pengudaraan dan pencahayaan sedikit RM 3,500.00
sebanyak mempengaruhi semangat
pelajar untuk belajar dan
mengulangkaji pelajaran.

Cadangan : Memasang penghawa dingin


jenama YORK
4. Memasang sistem 1. Masalah utama sistem manual semasa
pengautomasian PSS. ialah pengkatalogan. Sebelum proses RM 2,000.00
pengkatalogan, PSS menghadapi
masalah pengemaskinian buku rekod
perolehan buku dan bahan bukan
buku. Banyak borang dan butir-butir
terpaksa dicatat dalam buku-buku
tersebut. Selain itu, terdapat masalah
dalam pengkatalogan buku-buku dan
bahan bantu mengajar. Ini kerana
proses pengkatalogan buku dan bahan
bantu mengajar mengambil masa dan
tenaga kerja yang banyak.
Cadangan : Memasang sistem automasi
yang bersesuaian.
5 Membaik pulih dan 1. Terdapat beberapa suis dan plug yang
menyelenggara suis dan plug tidak dapat berfungsi dengan baik. RM 500.00
yang rosak Tambahan pula suis utama di luar
bilik PSS sering dijadikan sasaran
mainan pelajar-pelajar. Ini
menyebabkan kerja-kerja komputer
guru-guru PSS tergendala seketika.

Cadangan : Membaik pulih suis dan plug


yang rosak.

9.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

PERKARA JUMLAH

1 Lantai mozek RM 10,000.00

2 Tingkap “Sliding” RM 4,000.00

3 Penghawa dingin RM 3,500.00

4 Sistem pengautomasian PSS RM 2,000.00

5 Penyelenggaraan suis dan plug RM 500.00

JUMLAH RM 20,000.00
10.0 SUMBER PENDAPATAN

10.1 Memohon sumbangan derma daripada pihak Kementerian Pendidikan Malaysia.


10.2 Memohon sumbangan derma daripada pelbagai agensi kerajaan dan swasta

11.0 PENUTUP

Akhir kalam, dengan sumbangan yang telah diberikan dapat menyediakan suasana yang
kondusif dan memberangsangkan serta meningkatkan penggunaan PSS di kalangan warga sekolah
selaras dengan hasrat Kementerian bagi mewujudkan modal insan yang berdaya saing dan berilmu
pengetahuan tinggi. Juga dengan wujudnya sistem automasi di perpustakaan maka segala urusan
pentadbiran dan juga urusan perkhidmatan kepada pengguna dapat berjalan dengan baik dan
berkesan. Beban kerja yang ditanggung oleh kakitangan perpustakaan di dalam sistem manual dapat
dikurangkan dan kerja-kerja pengendalian bahan-bahan perpustakaan dapat berjalan dengan
sistematik.

Sekian , Wassalam .

Disediakan oleh ,                                                               Disahkan oleh :

…....................................                                                 …..............................  
( PN NOR HASMAWATI BT ABU BAKAR ) ( PN HJH ZAITON BT CHE MAT )
GPM Pengetua

You might also like