You are on page 1of 19

1. Pernyataan di bawah adalah mengenai satu penyiasatan.

Masa gula melarut dipengaruhi oleh suhu air.

Apakah pemboleh ubah yang terlibat dalam penyiasatan ini ?

Pembolehubah dimanipulasi Pembolehubah bergerak balas


A Suhu air Masa gula melarut
B Suhu air Jisim gula
C Masa gula melarut Suhu air
D Masa gula melarut Jisim gula

2. Rajah di bawah menunjukkan sebuah sarang burung di atas pokok.

Mengapakah burung membuat sarang tinggi di atas pokok?

A. Untuk mendapatkan udara segar


B. Mudah untuk mendapatkan makanan
C. Untuk melindungi anaknya daripada pemangsa
D. Untuk mendapatkan pemandangan yang indah

3. Rajah di bawah menunjukkan Aiman sedang meniup sup yang panas.

Beberapa minit kemudian, sup itu menjadi sejuk dan boleh diminum. Apakah tenaga
yang telah hilang

A. Tenaga kimia C. Tenaga keupayaan

B. Tenaga kinetik D. Tenaga haba


4. Jadual di bawah menunjukkan bacaan jisim bagi empat objek, W, X, Y dan Z
daripada satu neraca spring.

Objek Jisim (g)

W 40

X 80

Y 60

Z 20

Carta palang yang manakah mewakili maklumat di atas?

A. C.

B. D.

5. Rajah di bawah menunjukkan serangga R.


Antara berikut, yang manakah merupakan kedudukan yang betul bagi R dalam rantai
makanan berikut?

A. Tumbuhan → R → Katak → Helang


B. Helang → Katak → Tumbuhan → R
C. Tumbuhan → Katak → R → Helang
D. R → Helang → Tumbuhan → Katak

6. Rajah di bawah menunjukkan dua mentol dan tiga suis yang disambung dalam satu
litar elektrik.

Apakah yang boleh dilakukan untuk menjadikan mentol X sahaja yang bernyala?

A. Tutup suis P dan R C. Tutup suis Q dan R


B. Tutup suis P, Q dan R D. Tutup suis P dan Q
7. Rajah di bawah menunjukkan bayang-bayang terbentuk apabila cahaya dipancarkan
kepada objek.

Bayang-bayang terbentuk di atas skrin. Bagaimanakah saiz bayang-bayang itu boleh


dibesarkan?

A. Dekatkan bola ke arah skrin


B. Dekatkan bola ke arah lampu suluh
C. Besarkan saiz skrin
D. Tambah kecerahan lampu suluh

8. Anis mengalami kesukaran untuk membuka penutup botol. Apakah cara yang boleh
dilakukan untuk membuka penutup botol sos tersebut?
A. Merendam penutup botol dalam air panas
B. Merendam penutup botol dalam air sejuk
C. Merendam keseluruhan botol dalam air panas
D. Merendam keseluruhan botol dalam air sejuk

9. Berikut adalah senarai beberapa bahan.

1. Minyak masak
2. Sudu
3. Wang syiling
4. Jus oren

Bagaimanakah bahan di atas boleh dikelaskan?


A. Cecair dan gas
B. Pepejal dan gas
C. Pepejal dan cecair
D. Cecair sahaja
10. Rajah di bawah menunjukkan perubahan aras permukaan air dalam kelalang dasar bulat
yang diletakkan dalam dua bikar yang berbeza.

Antara berikut, yang manakah benar tentang keadaan bahan dalam bikar M dan N?

M N
A Kehilangan haba Kehilangan haba
B Kehilangan haba Menerima haba

C Menerima haba Kehilangan haba


D Menerima haba Menerima haba

11. Rajah di bawah menunjukkan ruang yang terdapat pada sambungan landasan kereta api.

Apakah kepentingan ruang tersebut?

A. Membolehkan landasan kereta api mengecut pada cuaca panas


B. Membolehkan landasan kereta api mengembang pada cuaca panas
C. Membolehkan landasan kereta api mengembang pada cuaca sejuk
D. Membolehkan landasan kereta api mengembang dan mengecut
12. Rajah 20 menunjukkan penyiasatan tentang sifat gas

Apakah sifat gas tersebut?


A Mempunyai bentuk yang tetap
B Mempunyai isi padu tetap
C Memenuhi ruang
D Mempunyai jisim

13. Rajah di bawah menunjukkan panjang bayang-bayang pada masa yang berlainan.

Pole /
Tiang

Manakah antara penerangan berikut benar mengenai panjang bayang-bayang di R?


A Putaran bumi terlalu lambat pada satu-satu masa
B Matahari di langit pada masa itu kelihatan rendah
C Matahari berada pada kedudukan tegak di atas tiang
D Matahari ditutupi awan pada masa tersebut
14. Rajah di bawah menunjukkan bumi berada di paksinya. Antara yang berikut, yang
manakah menunjukkan arah putaran Bumi di atas paksinya?

A Mengikut arah pusingan jam dalam keadaan mendatar


B Melawan arah pusingan jam dalam keadaan condong
C Mengikut arah pusingan jam dalam keadaan menegak
D Melawan arah pusingan jam dalam keadaan menegak

15. Pernyataan di bawah merujuk kepada situasi pada suatu malam.

Malam yang gelap kelihatan terang benderang seperti siang. Bulan kelihatan bulat
dan bersinar

Apakah peringkat fasa bulan pada malam tersebut?

A Bulan sabit
B Anak bulan
C Bulan separa
D Bulan purnama
16. Rajah di bawah menunjukkan bayang-bayang Alif pada masa yang berbeza.

Manakah antara berikut menunjukkan urutan bayang-bayang yang betul dari pagi hingga
petang?

A K, J, L, M C M, J, K, L
B J, M, L, K D K, L, M, J

17. Sesebuah binaan yang kukuh tidak mudah retak, patah atau runtuh.
Pernyataan manakah yang betul tentang faktor yang mempengaruhi kekuatan struktur?

A Bentuk binaan dan jenis bahan yang digunakan.


B Bentuk bangunan dan warna bangunan
C Jenis bahan yang digunakan dan kos membina
D Warna bangunan dan kos membina

18. Apakah faktor yang perlu diutamakan apabila membina sebuah model?

A Jumlah kos dan kekuatan model C Kekuatan dan kestabilan model


B Jumlah kos dan warna model D Kestabilan dan warna model
19. Rajah di bawah menunjukkan tiga bongkah, K, L dan M yang mempunyai luas tapak
yang sama. Antara yang berikut, yang manakah betul tentang kestabilan bongkah-
bongkah itu?

A K lebih stabil daripada L dan L lebih stabil daripada M


B K lebih stabil daripada L dan M lebih stabil daripada K
C L lebih stabil dari K dan M
D M adalah lebih stabil dari K dan L

20. Apakah yang dimaksudkan dengan kestabilan sesuatu struktur?

A Warna struktur
B Reka bentuk struktur.
C Keupayaan struktur untuk bertahan daripada tumbang
D Kos pembinaan struktur
21. Rajah di bawah menunjukkan tiga jenis mikroorganisma.

Apakah yang diwakili oleh R,S dan T.

R S T
A Kulat Bakteria Protozoa
B Virus Kulat Bakteria
C Kulat Virus Bakteria
D Virus Bakteria Protozoa

22. Jadual di bawah menunjukkan saiz koloni kulat di atas roti dari hari keempat hingga hari
kelapan.

Hari Saiz koloni kulat (mm)


4 10
6 15
8 20

Apakah kesimpulan yang paling tepat berdasarkan pemerhatian itu ?

A Mikroorganisma bernafas C Mikroorganisma bergerak

B Mikroorganisma bertumbuh D Mikroorganisma adalah sangat seni

23. AIDS merupakan salah satu penyakit berjangkit. Bagaimanakah penyakit ini boleh
dijangkiti ?

A Melalui sentuhan C Melalui darah

B Melalui perkongsian makanan D Melalui batuk dan bersin

24. Rajah di bawah menunjukkan dua jenis makanan.

Apakah mikroorganisma yang digunakan untuk membuat makanan-makanan itu?

A Kulat C Bakteria

B Virus D Ragi

25. Sepotong kek dibiarkan selama satu minggu. Kulat telah tumbuh pada kek

itu.  Apakah keadaan yang menyebabkan kulat bertumbuh pada kek itu?

A Panas dan kering C Panas dan lembap

B Dingin dan kering D Dingin dan lembap


26. Puan Siti sedang menyediakan makanan di dapur. Antara berikut yang manakah cara
yang berkesan untuk mengelakkan penyebaran bakteria ke atas makanan?

A  Memakai tudung kepala

B Memakai pakaian yang bersih

C  Menghidangkan makanan dalam pinggan plastik

D  Membasuh tangan dengan sabun sebelum mengendalikan makanan

27. Apabila yis dicampur dengan adunan tepung, didapati selepas 10 minit adunan tepung

mengembang. Apakah inferens yang dapat dibuat berdasarkan ujikaji di atas?

A Karbon dioksida masuk ke dalam adunan itu

B Yis membebaskan karbon dioksida

C Yis menyerap karbon dioksida

D Yis membiak dengan cepat

28. Antara haiwan berikut, yang manakah hidup secara berkumpulan.


29. Rajah di bawah menunjukkan sejenis tumbuhan yang mengalami ancaman kepupusan.

Antara haiwan berikut, yang manakah tergolong dalam kumpulan yang sama seperti
tumbuhan di atas ?

A Burung dodo C Badak sumbu

B Dinasour D Monyet

30. Apakah yang dimaksudkan dengan “Komensalisme”?

A Interaksi yang membawa manfaat kepada kedua-dua haiwan

B Interaksi yang tidak memberi manfaat kepada mana-mana spesies

C Interaksi yang membawa manfaat kepada satu spesies tetapi tidak pada yang lain

D Interaksi yang memberi manfaat kepada satu spesies sahaja dan merugikan satu

spesies yang lain


31. Rajah di bawah menunjukkan dua jenis haiwan yang hidup di suatu kawasan yang

sama.

Apakah jenis interaksi antara haiwan tersebut ?

A Simbiosis C Komensalisme

B Mutualisme D Parasitisme

32. Tapir adalah haiwan yang hidup secara bersendirian. Antara yang berikut, yang

manakah menunjukkan kelebihan haiwan yang hidup secara bersendirian?

A Dapat bekerjasama untuk mencari makanan

B Dapat mengelakkan persaingan untuk mendapatkan makanan.

C Dapat mempertahankan diri daripada musuh

D Dapat membantu antara satu sama lain untuk membuat tempat tinggal

33. Apakah maksud pemeliharaan?

A Cabaran untuk mendapatkan keperluan asas yang terhad

B Keadaan di mana spesies pupus dari Bumi

C Mengekalkan keadaan habitat hidupan liar

D Untuk memperbaiki keadaan ke bentuk asalnya untuk mengelakkan kepupusan


34. Rajah di bawah menunjukkan kawasan hutan selepas aktiviti pembalakan.

Antara berikut , yang manakah dapat mengembalikan alam semula jadi di kawasan itu ?

A Penanaman kelapa sawit C Memperkenalkan spesies haiwan yang lain

B Penanaman semula pokok D Membangunkan kawasan perumahan

35. Rajah di bawah menunjukkan satu penyiasatan yang dijalankan oleh Faris.

Apakah kesimpulan terbaik bagi penyiasatan ini ?

A Semakin kurang persaingan, semakin baik tumbesaran tumbuhan

B Bilangan tumbuhan tidak memberi kesan kepada tumbesaran tumbuhan

C Tumbuhan bersaing untuk mendapatkan nutrien dan cahaya Matahari

D Tumbuhan perlukan air dan cahaya Matahari untuk tumbuh


36. Antara yang berikut, yang manakah kesan buruk masalah pembalakan?

I   Hujan asid III Banjir kilat

II  Tanah runtuh IV Pencemaran air

A I dan II C II dan III

B I dan IV D III dan IV

37. Rajah di bawah menunjukkan dua aktiviti yang melibatkan daya

Antara berikut, aktiviti yang manakah melibatkan jenis daya yang sama seperti L dan M.

L M
A Membuka laci Memakai stoking
B Menendang bola Memanah
C Menggergaji Ber main badminton
D Mendail nombor telefon Bermain biola
38. Rajah di bawah menunjukkan dua orang budak lelaki sedang bermain badminton.

Apakah kesan daya yang dapat diperhatikan dalam aktiviti di atas ?

A Menggerakkan objek pegun

B Memberhentikan objek yang bergerak

C Menambah kelajuan pergerakan objek

D Mengubah arah pergerakan sesuatu objek

39. Antara yang berikut, yang manakah merupakan kebaikan daya geseran dalam

kehidupan ?

A Menghasilkan haba dalam mesin

B Menghauskan tapak kasut dan tayar

C Menyebabkan pembaziran tenaga

D Membolehkan objek dipegang


40. Rajah di bawah menunjukkan seorang lelaki yang cuba mengerakkan beban yang berat

di atas permukaan yang kasar.

Antara yang berikut, kaedah yang manakah boleh digunakan untuk menggerakkan beban

tersebut ?

A Menabur pasir pada permukaan lantai

B Membuat corak pada permukaan lantai

C Menggunakan tali yang kasar untuk menarik beban itu

D Menggunakan pengguling atau alas bebola di bawah beban

You might also like