You are on page 1of 1

BANGSA Melayu adalah antara bangsa termuda di dunia.

Kamus Dewan (2006)


mendefinisikan Melayu merujuk kepada nama suatu bangsa dan bahasa terutama di
Semenanjung Malaysia.

UNESCO (1972) merumuskan bangsa Melayu adalah satu keluarga bangsa yang mempunyai
satu keluarga bahasa yang sama bentuk fizikal tubuh badan yang hampir sama, berkulit sawo
matang, rambut halus, mempunyai ketinggian sederhana dan penduduk asli di satu kawasan
yang sangat besar iaitu dari Madagaskar di pantai timur benua Afrika di Barat hingga ke
Pulau Paskah (Easter Islands) di Lautan Pasifik berhampiran dengan Republik Chile di Timur
kemudian dari kepulauan Hawaii dan Taiwan di utara hingga ke Pulau New Zealand di
Selatan.

Malaysia merupakan sebuah negara yang didiami oleh masyarakat majmuk iaitu terdiri
daripada pelbagai kaum atau bangsa. Terdapat tiga bangsa majoriti di negara kita yang
terdiri daripada kaum Melayu, Cina dan India. Manakala dalam kepelbagaian bangsa ini pula
terdapat lagi kaum-kaum lain seperti Iban, Melanau, Kadazan dan sebagainya.

Semua kaum di Malaysia sejak dahulu lagi telah menggunakan satu bahasa rasmi iaitu
bahasa Melayu. Namun sedarkah kita akan kelunturan penggunaan bahasa Melayu pada era
globalisasi ini. Masyarakat kini lebih gemar menggunakan bahasa Inggeris dan 'bahasa rojak'.
Di manakah silapnya sehinggakan bahasa Melayu kian dipingirkan oleh masyarakat.

Di Malaysia, penggunaan bahasa asing khususnya bahasa Inggeris dilihat lebih diutamakan
berbanding penggunaan bahasa Melayu sebagai medium bahasa utama di negara ini.
Walaupun undang-undang telah ada namun penguatkuasaan bahasa kebangsaan dalam
pelbagai bidang utama seperti pendidikan, perniagaan, pengiklanan dan komunikasi masih
banyak tidak diendahkan dan kurang diutamakan berbanding penggunaan bahasa Inggeris.

Seperti semua sedia maklum Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) yang diwujudkan merupakan
salah satu platform kerajaan untuk membina dan memperkaya bahasa Melayu dalam semua
bidang termasuk sains dan teknologi. Selain itu, DBP juga berperanan besar untuk
memperkembangkan bakat sastera, khususnya dalam bahasa kebangsaan kepada rakyat-
rakyat di sekitar Pantai Timur khususnya.

DBP berperanan untuk membakukan ejaan dan sebutan, dan membentuk istilah-istilah yang
sesuai dalam bahasa kebangsaan. Bahasa Melayu yang merupakan bahasa rasmi, bahasa
kebangsaan dan sebagai bahasa pengantar utama adalah lambang jati diri warganegara dan
sebagai lambang negara Malaysia di persada dunia.

Bahasa Melayu berperanan sebagai perakuan kejatidirian bangsa Malaysia demi memenuhi
maksud kemajuan mengikut acuan sendiri, seperti yang digariskan dalam Wawasan 2020.

Sebagai rakyat Malaysia, kita seharusnya mengunakan dan memartabatkan bahasa Melayu
di serantau Malaysia. Sebagai pelajar di sekolah dan menara gading pula, kita seharusnya
mengeksploitasikan bahasa Melayu supaya dapat menarik minat mempelajari bahasa
Melayu. Rakyat Malaysia juga harus mengeksploitasikan bahasa Melayu di laman-laman
internet supaya dapat dipelajari oleh rakyat di seantero dunia.

You might also like