You are on page 1of 7

1.

Sabun ialah garam natrium atau garam kalium bagi asid


lemak
2. Asid lemak merupakan asid karboksilik berantai panjang yang
mempunyai 12–18 atom carbon per molekul.
3. Formula am bagi sabun ialah RCOO(-)Na(+) / RCOO(-)K(+).
4. Proses saponifikasi ialah proses menyediaan sabun.
5. Sabun dapat dihasilkan dgn mendidihkan satu campuran lemak /
minyak sayuran dengan larutan alkali pekat(Na / K)
6. Dalam proses ini, ester asid lemak akan dihidrolisiskan dalam
larutan beralkali kepada asid lemak dan gliserol.(natrium klorida juga
ditambah untuk utk mengurangkan keterlarutan sabun dalam air)
7. Asid lemak akan berpadu dengan ion Na / ion K untuk membentuk
garam asid lemak iaitu sabun dan gliserol ialah bahan sampingan.

8. Apabila sabun dilarutkan dalam air, sabun akan terion untuk


membentuk ion natrium dan ion sabun.
9. Ion palmitat(sabun) mempunyai bahagian hidrokarbon berantai
panjang yang bersifat hidrofobik dan bahagian berion yang hidrofilik.
10. Sabun juga berfungsi untuk mengurangkan tegangan permukaan
air bagi membantu membasahi permukaan
11. Gris yang ditanggalkan oleh sabun bercas negatif dan saling
menolak. Jadi, titisan gris tdk dapat bergabung dan diapungkan oleh
buih yang dibentuk oleh sabun.
12. Detergen ialah garam natrium bagi asid organik yang dinamakan
asid sulfonik yang mempunyai 12–18 atom karbon.

13. Terdapat dua jenis detergen iaitu garam natrium alkil sulfat dan
garam natrium alkil benzena sulfonat.
14. Penghasilan garam natrium alkilbenzena sulfonat:
• Pengalkilan : alkena + benzena → alkilbenzena
• Pensulfonan : alkilbenzena + asid sulfurik pekat → asid
alkilbenzena sulfonik.
• Peneutralan : asid alkilbenzena sulfonik + natrium hidroksida →
garam natrium alkilbenzena sulfonat
15. Penghasilan garam natrium alkil sulfat:
• Pensulfonan : alkohol alifatik + asid sulfurik pekat → asid alkil
sulfonik
• Peneutralan : asid alkil sulfonik + NaOH → garam natrium alkil
sulfat
16. Tindakan pencucian detergen sama dengan sabun. Detergen
akan terion kpd ion dedokanil sulfat / ion 4–dedokanilbenzena
sulfonat  dan ion Natrium. 
17. Bahan tambah detergen :

18. Kelebihan dan kelemahan sabun dan detergen:


19. Bahan yang terbiodegradasi ialah sebatian kompleks yg dpt
diurai dan direputkan kepada bahan yang lebih ringkas oleh bakteria
di alam sekitar.
22. Air liat mengandungi ion Kalsium dan ion Magnesium yang akan
bergabung dgn ion sabun utk membentuk kekat iaitu pepejal putih.
Kekat akan melekat pada kain dan sukar utk ditanggalkan. Dalam
detergen, Ca dan Mg juga akan berpadu dgn ion detergen ttp
sebatian ion ini adalah larut dalam air.
23. Pengawet merupakan bahan kimia yang dicampurkan ke dalam
makanan untuk menghalang pertumbuhan dan pembiakan
mikroorganisma seperti bakteria dan kulat dalam makanan dan
membuat makanan tahan lebih lama.
24.
25. Antipengoksidaan ialah bahan kimia yang dicampurkan ke dalam
makanan berminyak utk mencegah minyak dalam makanan
dioksidakana oleh oksigen di udara. Contoh antipengoksidaan ialah
asid (askorbik,sitrik) & askobil palmitat & isopropil sitrat.
26. Perisa ialah bahan kimia yang dicampurkan pada makanan
untuk memberi atau meningkatkan rasa makanan.
27. 

28. Penstabil ialah bahan kimia yang dicampurkan kepada makanan


utk membantu air dan minyak dalam makanan bercampur dgn sebati
dan kekal dalam keadaan emulsi sepanjang masa.
*gam acacia dan agar-agar
29. Pemekat ialah bahan kimia yang dicampurkan pada makanan
untuk mengubah struktur asal bahan makanan kepada sesuatu yang
mempunyai tekstur yang halus dan licin
*pektin
30. Pewarna ialah bahan kimia yang dicampurkan kepada makanan
utk memberikan warna tertentu kepada makanan.
*tartrazina–kuning ; brilliant blue FCF–biru ; sebatian azo–kuning
merah perang hitam; sebatian trifenil–hijau biru lembayung
31. Kesan bahan tambah makanan terhadap kesihatan:
32. Ubat tradisional ialah ubat yang diperoleh daripada bahan
semula jadi dan tidak diproses melalui tindak balas kimia.
33. kegunaan ubat tradisional:

34. Ubat moden dapat disediakan menyediakan sebatian kimia yang


mempunyai struktur yang hampir sama atau sama dgn struktur
molekul bahan aktif dalam ubat tradisional tertentu.

35. Analgesik ialah ubat yang dapat menghilangkan kesakitan


walaupun pesakit masih berada dalam keadaan sedar.
• Aspirin(asid asetil salisilik) disediakan daripada asid salisilik. Dpt
meredakan sakit, demam, artritis dan mencegah sakit jantung.
Merupakan kump asid dan tidak boleh dimbil oleh pesakit gastrik.
• Parasetamol untuk meredakan sakit kepala dan demam. Dapat
menggantikan aspirin.
• Kodeina untuk ubat sakit kepala dan ubat batuk.
36. Antibiotik ialah satu kumpulan ubat yang digunakan utk
membunuh atau menghalang pertumbuhan bakteria dan dapat
diperoleh daripada mikroorganisma.
• Penisilin diperoleh daripada penisilium notatum dan digunakan
untuk merawat penyakit gonorea,sifilis,antraks,pneumonia dan
meningtis.
• Streptomisin digunakan unutk merawat penyakit batuk kering,
jangkitan urinari, penyakit tibi, pneumonia dan disentri.
47. Ubat psikoteraputik ialah ubat yang digunakan utk merawat
penyakit psikoteraputik. Terbahagi kpd stimulant, antidepresan dan
antipsikotik.
48. Stimulant ialah ubat yang digunakan untuk menambahkan
kegiatan otakdan badan pesakit psikiatrik utk menambahkan
keyakinan dan kecergasan pesakit.
49. Antidepersan ialah ubat yang digunakan utk mengawal keadaan
kemasygulan (depresen) pasakit.
• Barbiturat–ubat tidur ; bersifat sedatif / hipnotik
• Trankuilizer –ubat penenang ; menghilangkan rasa resah,cemas
dan menenangkan fikiran
49. Antipsikotik merupakan ubat yang digunakan utk merawat
gejala-gejala penyakit skizofrenia. 
50. Skizofrenia ialah penyakit mental yang mengganggu kebolehan
seseorang utk menginterpretasikan realiti dgn betul.
51. Hormon ialah sejenis bahan kimia yang dihasilkan oleh kelenjar
endokrin manusia untuk mengawal proses fisiologi dan homeostasis.
Hormon berfungsi utk mengarahkan sel-sel di organ menjalankan
fungsinya.
• Hormon insulin diambil oleh pesakit diabetes melitus.
52. Steroid ialah sebatian lipid semula jadi
• Steroid anabolik : berfungsi membantu pertumbuhan dan
pembinaan tisu, mencegah kehilangan otot pesakit.
• Kortikosteroid : cth ialah kortison dan predison ; bersifat
antiinflamasi utk merawat penyakit spt asma, artritis reumatoid,
kebengkakan,kesakitan dan kekejangan sendi-sendi tulang.
53. Kesan sampingan ubat:

You might also like