You are on page 1of 23

PENGHARGAAN

Saya mengucapkan ribuan terima


kasih kepada guru mata pelajaran Sejarah
Puan Maimunah Binti Yusof kerana beliau
telah membimbing saya menyiapkan kerja
khusus ini.
Terima kasih juga diucapkan kepada
rakan-rakan sekelas 2 Tekun kerana
sering membantu bersama dalam mencari
maklumat.
Saya juga ingin mengucapkan terima
kasih kepada ibu bapa saya Tiyagarajan
a/l Arumugham dan Puganeswary a/p
Muniandy kerana memberi sokongan dan
semangat kepada saya.
Akhir sekali, tidak lupa juga kepada
semua pihak yang terlibat dalam proses
membantu menyiapkan kerja khusus ini.
PENDAHULUAN
 Pengasas Melayu Melaka ialah
Parameswara pada sekitar tahun 1400.
 Selepas kejatuhan kerajaan Srivijaya
yang berpusat di Palembang, kerajaan
Majapahit telah menguasai kawasan
Srivijaya termasuk Palembang.
 Demi mengembalikan kedaulatan bangsa
dan negara, Parameswara telah berusaha
membebaskan Palembang daripada
Majapahit tetapi tidak berjaya.
 Parameswara terpaksa berundur hingga
sampai ke Temasik yang diperintah oleh
Temagi di bawah naungan Siam telah
menerima kedatangannya.

PENGENALAN
 Sejarah Melaka bermula dengan
pengasasan oleh Parameswara, bangsawan
Srivijaya dari Palembang, keturunan Majapahit
pada tahun 1400-1403.
 Pada awalnya baginda telah lari mencari
perlindungan Temasik (ketika itu dikuasai oleh
Siam)
 Melaka mulanya merupakan perkampungan
kecil-berkembang menjadi pusat perdagangan
(mengambil alih peranan Srivijaya)
 Zaman Keagungan Melaka adalah semasa
Pemerintahan Sultan Mansur Syah dan zaman
kejatuhan pula adalah semasa zaman Sultan
Mahmud Syah.

DEFINISI
Kesultanan Melayu Melaka merupakan
sebuah kesultanan Melayu yang tertua
dalam sejarah Malaysia. Kesultanan
Melayu Melaka merupakan warisan
kerajaan Sriwijaya yang berpusat di
Palembang, Sumatera Tenggara.
Kerajaan ini muncul antara abad ke- 7 ke
ke-13 Masihi, Sriwijaya merupakan
sebuah kerajaan maritim dan
mengendalikan perdagangan dengan
India, Asia Barat dan China. Sriwijaya
merukan pusat anutan dan penyebaran
agama Hindu- Buddha setta pengajian
bahasa Sanskrit. Bahasa Melayu dikenali
sebagai 'Bahasa Melayu Kuno' juga
berkembang dan dipratikkan dengan
meluas pada zaman ini.

OBJEKTIF KAJIAN
Sepanjang saya melakukan kajian ini
beberapa kemahiran saya peroleh terutama
dalam aspek mencari, mengumpul,
menganalisis, mentafsir serta merumus
maklumat dan fakta tentang Kejatuhan
Kesultanan Melayu Melaka.
Melalui kajian ini juga saya dapat
mengkaji sebab-sebab Kejatuhan Kesultanan
Melayu Melaka. Saya juga dapat mengenal
pasti usaha-usaha bagi mengembalikan
Kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka.
Seterusnya, saya juga dapat mengetahui
tentang kepentingan menghargai sumbangan
kerajaan Melaka.
Akhir sekali, nilai-nilai murni dan
semangat patriotism telah saya terangkan
dalam diri saya dan juga rakan-rakan seperti
berkerjasama, bertoleransi, cinta akan tanah
air dan sebaginya.

KAEDAH KAJIAN
Bagi kaedah kajian pula, kaedah penyelidikan
menggunakan sumber internet turut digunakan
dalam menghasilkan kajian ini. Melalui
sumber internet, kajian mengenai Kesultanan
Melayu Melaka dapat diketahui dengan lebih
mendalam serta dapat dipelajari daripada
pelbagai aspek dan sudut. Seterusnya, untuk
menghasilkan kaedah kajian, kaedah
penggunaan buku ilmiah juga turut digunakan
dalam penyelidikan ini. Melalui sumber
rujukan buku ilmiah, pelbagai fakta serta
sejarah yang pernah dilalui oleh Kesultanan
Melayu Melaka dapat diketahui dengan lebih
terperinci.
Akhir sekali, saya juga menggunakan kaedah
penyelidikan perpustakaan di pusat sumber
Sekolah Menengah Kebangsaan Padang Serai
untuk mendapat maklumat berkaitan kajian
ini.
PROSES AWAL
Tajuk: Kesultanan Melayu Melaka
Nama Penulis: Keevaan a/l Tiyagarajan

Buku teks (nama penerbit) :


Dr. Suffian Bin Mansur, Dr.Mardiana Binti
Nordin, Ahmad Salehee Bin Abdul Ishak
Bin Saidoo, 2017, Buku Teks Sejarah
Tingakatan 2, Dewan Bahasa dan Pustaka,
Kuala Lumpur.

Pengenalan:
 Kegemilangan Kesultanan Melayu
Melaka berakhir dengan kedatangan
Portugis pada tahun 1511.
 Peristiwa ini penting kerana tahun
tersebut menandakan bermulanya serangan
dengan penaklukan ke atas Melaka.
FAKTOR
DALAMAN
 Kelemahan Sultan Mahmud Syah dan
pembesar dalam pemerintahan dan
pentadbiran menyebabkan ketidakstabilan
politik.
 Amalan pilih kasih, rasuah dan
penyelewengan dalam pentadbiran.

FAKTOR LUARAN
 Rakyat tidak bersatu padu.
 Berlaku persaingan kuasa antara
pembesar Melaka yang menyebabkan
perpecahan.
 Askar upahan dari luar yang tidak taat
setia kepada Melaka.
PROSES AWAL

Tajuk: Kejatuhan Kesultanan Melayu


Melaka.
Nama Penulis: Keevaan a/l Tiyagarajan

INTERNET (Nama penerbit):


 Nor Izzaty Bt Ahmad
 Shazulaika Banu Bt Shahoobar Ali
 Siti Norshahiera Bt Roslee
1)Keturunan Raja Palembang
 Berdasarkan teks SULALATUS SALATIN,
pemerintah Melaka berasal daripada zuriat
keturunan anak Raja Palembang yang
dikatakan bersusur galur daripada Iskandar
Zulkarnaian.
 Susur galur ini memberikan teraf kedudukan
yang tinggi kepada Sultan Melaka dalam
kalangan kerajaan lain di Alam Melayu.
2)Peranan yang unggul
 Menjadi symbol perpaduan dan kemakmuran.
 Merupakan ketua angkatan tentera.
 Mengetuai hubungan diplomatic.
 Menyelaraskan kegiatan ekonomi.
 Menjadi ketua agama Islam.
 Menegakkan keadilan.
3)Daulat dan Alat Kebesaran
 Kepimpinan raja juga dikaitkan dengan konsep
daulat dan derhaka serta pelbagai institusi
kerajaan seperti adat istiadat istana dan alat
kebesaran diraja.
 Antara alat kebesaran diraja termasuklah cap
mohor,nobat, keris, lembing dan mahkota. Alat
kebesaran digunakan semasa upacara istiadat
pertabalan, perkahwinan dan kemangkatan
raja.

3)Kewibawan
 Raja memiliki ciri kepimpinan seperti adil,
berwibawa dan mengambil berat terhadap
kebajikan rakyat.
 Raja memerintah berdasarkan bidang kuasa
yang ditetapkan mengikut HUKUM KANUN
MELAKA.
Kegemilangan Kesultanan
Melayu Melaka

Kepimpinan raja
Raja merupakan ketua pemerintah dan
ketua yang mempunyai kuasa tertinggi.
Hak kuasa ini berpunca daripada
beberapa sumber.
Politik
1. Negara Malaysia hendaklah menjalankan
hubungan diplomatik bersama negara-negara
lain untuk mengukuhkan kestabilan politik
negara.
- hubungan China-Melaka.
2. Pemerintah hendaklah merancang
penubuhan kerajaan yang strategik dan
teratur agar kerajaan yang dibina kekal lama.
3.Pegawai-pegawai kerajaan perlulah bekerja
dengan bijak dan jujur dalam pemerintahan
agar tiada persengketaan antara rakyat dan
pembesar.
4. Rakyat hendaklah bersatu padu dalam
mewujudkan suasana harmoni dan memberi
sokongan padu kepada pembesar pemerintah
negara.
5 Ahli-ahli politik haruslah sedar tentang
kepentingan menubuhkan sebuah kuasa politik
yang jujur dan sentiasa menjaga amanah yang
diberikan dengan sempurna.
6. Elakkan sikap berpuak-puak dalam
menjalankan pentadbiran negara serta fitnah
melampau seperti zaman Kesultanan Melayu
Melaka yang menjerumus kepada kejatuhan
sesebuah kerajaan.
-Perpecahan dikalangan pembesar Melaka
-Berlaku perebutan pengaruh antara pembesar

Ekonomi
1. Ekonomi negara perlulah dibangunkan dengan
bijak seperti membina institusi-institusi ekonomi
sebagaimana pusat perdagangan yang dibina pada zaman
Kesultanan Melayu Melaka.
2. Bangsa Melayu perlulah bersatu dengan sentiasa
bantu-membantu antara satu sama lain dalam pelbagai
aspek.
3. Kita perlulah memperbaiki setiap kelemahan
dengan menanam nilai-nilai murni dalam diri masyarakat
melayu.
1) Individu
Sejarah sememangnya memainkan peranan yang
penting dalam kehidupan manusia pada masa sekarang
mahupun pada masa hadapan walaupun sesetengah
masyarakat awam berpendapat sejarah itu hanyalah
rangkaian kisah lalu dan tidak perlu diungkit lagi.Malah
menurut mereka iaitu masyarakat awam yang tidak
mempunyai kefahaman mengenai disiplin ilmu sejarah
ini, belajar sejarah itu bukannya kewajipan dan tidak
mempelajarinya bukanlah satu kesalahan. Pandangan ini
sememangnya tidak benar bagi golongan intelek sejarah
kerana menurut mereka sejarah itu merupakan
peristiwa masa lalu yang kita harus terima ia mempunyai
kegunaan, malah nilaian tertentu, dalam kehidupan
manusia. Sedikit sebanyak kita dapat melihat bahawa
sejarah itu suatu proses yang bersambungan; kita dapat
merasakan bahawa sesuatu peristiwa yang kita hadapi
pada hari ini merupakan sebahagian daripada peristiwa
semalam dan kemungkinan besar pula akan menunjang
menjadi sebahagian daripada peristiwa yang akan
berlaku pada masa akan datang.
Sejarah dikatakan penting bagi meningkatkan ilmu
pengetahuan di kalangan masyarakat terutamanya
masyarakat intelek yang beria-ia untuk mendalami
kepelbagaian disiplin ilmu pengetahuan seterusnya
merakamkannya sama ada dalam bentuk bercetak, audio
mahupun visual. Rakaman atau pendokumentasian ini
akan disebarluaskan ke segenap lapisan masyarakat.
Kita sebagai manusia seharusnya mengetahui akan diri
kita dan mengetahui keupayaan diri kita sendiri. Hal ini
dapat kita ketahui melalui sejarah. Menurut
pendefinisian sejarah oleh Carr, menunjukkan bahawa
sejarah berfungsi untuk menyimpan dan meneruskan
pengalaman-pengalaman secara kolektif dari satu
generasi ke satu generasi berikutnya dan dengan itu
berlakunya proses pembudayaan, sosialisasi dan
pendidikan secara terus-menerus.

2) Masyarakat
Timbalan Perdana Menteri, Yang Amat Berhormat
Tan Sri Dato’ Hj Muhyiddin Hj Mohd Yassin berkata
bagi menunjukkan kecintaan terhadap negara, generasi
muda perlu diingatkan mengenai perit jerih pemimpin-
pemimpin terdahulu yang memperjuangkan kemerdekaan
negara. Katanya lagi, penegasan terhadap kepentingan
sejarah dilaksanakan dalam konteks kajian menyeluruh
sistem pendidikan Malaysia melalui Pelan Tindakan
Pendidikan Malaysia 2013-2015 yang mana turut
menekankan aspek peningkatan etika, kerohanian dan
kesedaran mengenai jati diri bangsa dalam projek
pembinaan negara bangsa yang berterusan. “Kenegaraan
adalah projek yang dimulakan setelah negara kita
memperolehi kemerdekaan daripada British pada tahun
1957.Sifat negara yang multietnik menyediakan
perkongsian pengalaman, budaya, kepercayaan bahkan
makanan. Walaupun kita mempunyai struktur dan
kelengkapan untuk menjadi sebuah negara, kita masih
berusaha ke arah membina kenegaraan.“Rasa kekitaan
dan menghargai perbezaan dan persamaan, perlu wujud
dalam jiwa setiap rakyat sebelum kita menjadi sebuah
negara. Pengetahuan dalam matapelajaran kemanusiaan
seperti sejarah, falsafah, kesusasteraan, komunikasi,
seni halus dan matapelajaran sains kemasyarakatan
seperti Sosiologi, Antroplogi, Sains Politik, Ekonomi dan
Geografi antara lain adalah kunci untuk
memperkukuhkan masyarakat kita sebagai rakyat
Malaysia”.“Di antara matapelajaran-matapelajaran ini,
matapelajaran sejarah dan falsafah menyediakan
latarbelakang paling kukuh dan pengetahuan asas dalam
proses pembinaan negara bangsa.”“Universiti misalnya
boleh memasukkan program yang membolehkan pelajar
dan rakyat Malaysia lebih memahami dan menghargai
sejarah negara sama ada dengan memperkukuhkan dan
meningkatkan program sains kemasyarakatan dan
sastera yang sedia ada atau memperkenalkan program
baharu yang berkaitan seperti falsafah”.

3) Negara
Sumbangan dan pengorbanan yang beliau curahkan
bagi kesejahteraan negara ini sewajarnya diambil
ikhtibar dan diabadikan agar dapat dihayati oleh
generasi akan datang. Pengorbanan dan jasa beliau
harus diberi penghargaan yang tinggi sebagai seorang
manusia serta seorang negarawan sepanjang perjuangan
mereka untuk memerdekakan negara.

Kita mestilah sentiasa mengenang dan menghargai


jasa tokoh yang telah banyak memberi sumbangan
kepada negara Malaysia. Tanpa jasa dan pengorbanan
Negara Malaysia pada hari ini tidak akan membangun
menjadi Negara Malaysia yang maju seperti sekarang.
Oleh itu, marilah kita bergandingbahu bersama-sama
berusaha membentuk generasi berilmu untuk
membangunkan bangsa dan Negara dan mengharumkan
nama Negara Malaysia.

Semasa menjalankan kerja khusus ini, saya telah


mendapat banyak pengalaman daripada tempat –tempat
kajian.Sambil membuat kajian, saya juga dapat
mengetahui sejarah Kesultanan Melayu Melaka Ini amat
sesuai dengan pepatah lama yang berbunyi “Jauh
perjalanan, luas pemandangan”. Selain itu, dengan
melakukan kerja khusus ini, saya telah banyak
meluangkan masa untuk menyiapkan daripada membuang
masa melakukan perkara lainyang kurang berfaedah.
Perbincangan yang dilakukan bersama rakan-rakan juga
dapat memudahkan kerja dalam penyusunan maklumat
dan penghasilan kerja kursus ini.Secara
keseluruhannnya, saya berpuas hati dengan hasil ini.
Jika diberi waktu dan masa yang lebih panjang lagi,
mungkin saya akan lebih berpuas hati.
LALUAN PERDAGANGAN
Kedudukan Melaka di laluan perdagangan
utama antara timur dengan barat
membolehkannya mengawal laluan kapal
dagang.

BENTUK MUKA BUMI


Melaka mempunyai bentuk muka bumi yang
berbukit-bakau yang sesuai dijadikan
benteng pertahanan dan menjadi panduan
kapal gdaang.
BENTENG KEAGUNGAN
Pokok bakau dan api-api yang terdapat di
pesisir pantai pula menjadikannya sebagai
benteng pertahanan dan pelindung semula
jadi yang sukar ditembusi oleh musah.

TERLINDUNG ANGIN MONSUN


Muara sungai yang terlrtak di Selat
Melaka terlindung daripada tiupan angina
monsoon. Keadaan ini membolehkan kapal
datang dan berlabuh di pelabuhan Melaka
dengan selamat.
RUMUSAN
Berdasarkan kajian yang telah kami
lakukan, adalah penting untuk kita sebagai
rakyat Malaysia yang merdeka untuk memahami
dan menghayati tentang kewujudkan tentang
kerajaan Melayu di tanah air suatu ketika
dahulu. Melalui pemahaman ini dapat melahirkan
kesedaran tentang wujudnya satu ketamadunan
Melayu yang tinggi pada zaman dahulu. Selain
itu, kemunculan dan kelahiran kerajaan negeri -
negeri Melayu yang lain membuktikan bahawa
setiap negeri ini mempunyai kedaulatan
tersendiri.

Generasi kini makin lupa betapa


pentingnya pengetahuan yang ditinggalkan
kepada kita sejak dari zaman sejarah
kegemilangan Melaka. Memandangkan subjek
sejarah merupakan subjek yang wajib lulus, para
pelajar hanya mempelajari hanya untuk lulus dan
tidak memahami dengan lebih mendalam.
Oleh itu, generasi muda haruslah menghayati
dan menghargai sejarah Negara dan seterusnya
mengukuhkan jati diri terhadap tanah air.

You might also like