You are on page 1of 6

MAY 2020 SEMESTER/

SEMESTER MEI 2020

KOD KURSUS : MPU3412

NAMA KURSUS : SOCIAL RESPONSIBILITY PROJECT/


PROJEK KHIDMAT MASYARAKAT
PERINGKAT : SARJANA MUDA/BACHELOR

NAMA PELAJAR :

NOMBOR MATRIK :

PROGRAM :

FASILITATOR AKADEMIK :

PUSAT PEMBELAJARAN :

Asurion_Internal_Use_Only
ISI KANDUNGAN

BIL TAJUK HALAMAN

.
1. Pengenalan 3
2. Tema 3
3. Nama Projek 3
4. Tempoh Pelaksanaan 4
5. Sumber Personel Yang Terlibat 4
6. Matlamat Dan Objektif Projek 4
7. Pelaksanaan Projek
8. Perancangan

7.1 Pelaksanaan Aktiviti

7.2 Refleksi
9. Cadangan
10. Penghargaan
11. Lampiran

LAPORAN PROJEK KHIDMAT MASYARAKAT


MEMBERSIHKAN KAWASAN REKREASI.

1.0 PENGENALAN

Khidmat masyarakat adalah salah satu usaha-usaha yang dilakukan untuk


mengembalikan sesuatu keadaan agar mencapai kesejahteraan hidup. Selain itu,
khidmat masyarakat juga merupakan kerja-kerja kemasyarakatan yang dilaksanakan
secara berkumpulan atau secara individu dan mempunyai matlamat serta tujuan
tertentu. Tambahan, kerja-kerja kemasyarakatan adalah untuk meringankan bebanan,
memberi manfaat, dan kesejahteraan kepada komuniti tertentu.

2
Aktiviti ini amat digalakkan dilakukan sama ada secara berkumpulan atau
secara individu dan berkala untuk memberi hasil dan impak kepada komuniti. Di
samping itu, khidmat masyarakat adalah suatu aktiviti yang amat penting untuk
memupuk perasaan menjaga kebersihan alam dan tanggungjawab bersama dalam
menjaga keindahan alam serta kawasan di sekitar dan disekeliling komuniti.

2.0 TEMA

Tema bagi projek ini ialah “Bersama menjaga keindahan alam maha pencipta.”
Penulis memilih tema ini kerana, kita sebagai manusia perlulah menjaga sebaiknya
yang telah diciptakan oleh maha pencipta bagi mensyukuri nikmat yang telah
diberikan. Untuk mendapatkan nikmat di dunia, kita perlulah bersatu dalam menjaga
keindahan alam sekali gus dapat memberi perhatian kepada masyarakat tentang
kepentingan menjaga kebersihan.

3.0 NAMA PROJEK

Nama projek ini ialah “Projek membersihkan kawasan rekreasi tumpuan ramai di
sekitar Taping, Perak.” Penulis memilih nama projek ini sempena nama kawasan
tempat tinggal penulis sendiri. Tambahan, penulis juga telah memilih beberapa
kawasan rekreasi yang menjadi tumpuan ramai pelancong untuk melakukan projek
khidmat masyarakat.

4.0 TARIKH/ TEMPOH PELAKSANAAN

Projek ini telah dijalankan seperti ketetapan berikut:

Tarikh: 12 Julai 2020

Hari: Ahad

Masa: 8.00 pagi hingga 12 tengah hari

5.0 SUMBER PERSONEL YANG TERLIBAT

3
Personel yang terlibat di dalam projek ini hanya penulis sendiri iaitu secara
perseorangan.

6.0 MATLAMAT DAN OBJEKTIF PROJEK

I. Matlamat khidmat masyarakat ini adalah untuk memberikan kesedaran


terhadap komuniti sekeliling tentang kepentingan menjaga kebersihan alam
sekitar dan menjaga keindahan alam semula jadi.

II. Projek ini juga ingin memberi perhatian kepada komuniti agar bersatu dalam
membersihkan kawasan rekreasi dengan secara sukarela.

III. Objektif projek ini juga supaya dapat memupuk perasaan bertimbang rasa dan
keprihatinan terhadap komuniti di persekitaran.

IV. Dapat memberikan sumbangan dalam bentuk tenaga, pengetahuan serta


kemahiran kepada alam semula jadi.

V. Khidmat masyarakat ini juga dapt memupuk semangat hidup bersama dalam
suatu komuniti tanpa mengira agama, bangsa, kepercayaan dan ideologi.

VI. Dapat mengamalkan gaya hidup yang sihat dan amalan sentiasa ringan tulang
membantu orang lain yang memerlukan bantuan.

7.0 PELAKSANAAN PROJEK

Projek Khidmat Masyarakat ini telah dijalankan secara berseorangan. Oleh itu, tiada
jawatankuasa dibina. Saya memulakan pelaksanaan projek ini dengan memilih tema
bagi projek khidmat masyrakat ini. Setelah mengambil kira beberapa aspek, saya telah
memilih tema yang berkaitan dengan kebersihan masjid. Setelah mempunyai tema
bagi projek ini, saya telah meninjau beberapa masjid yang sering dilawati untuk
memilih tempat dijalankan projek khidmat masyarakat ini. Setelah menimbangkan
beberapa aspek, saya telah memilih Masjid Kampung Padang Nenas sebagai lokasi
projek khidmat masyarakat ini. Ini memandangkan saya sering ke sana untuk

4
menunaikan solat Zuhur dan Asar, semasa dalam perjalanan pergi dan pulang
melawat anak kedua saya yang belajar di Unizal, Gong Badak, Kuala Terengganu.

8.0 (4)

Setelah selesai memilih lokasi, saya menyediakan satu kertas kerja yang akan
ditunjukkan kepada jawatankuasa Masjid Kampung Padang Nenas. Kertas kerja ini
adalah penting untuk memaklumkan kepada mereka mengenai projek ini serta
meminta kebenaran daripada pihak pengurusan masjid untuk melaksanakannya.

Setelah pihak masjid tersebut meluluskan kertas kerja tersebut, saya


menyenaraikan kesemua barang keperluan yang diperlukan semasa menjalankan
projek khidmat masyarakat ini. Walaupun pihak masjid telah bersetuju untuk
menyediakan segala kelengkapan, saya tetap menyediakan kelengkapan saya sendiri
sebagai persediaan sekiranya kelengkapan yang disediakan tidak mengcukupi.

9.0 PERANCANGAN

Projek ini telah dirancang sebaik sahaja telah menerima tugasan. Perancangan awal
dibuat agar projek ini dapat berjalan dengan lancar. Pemilihan projek ini daripada
tema, nama projek serta pelaksanaan projek semuanya telah dicadangkan penulis
sendiri. Selain itu, terdapat juga komuniti yang terlibat dalam menjayakan projek ini
dengan membantu turut serta dalam membersihkan kawasan sekitar rekreasi secara
tidak langusung.

Di samping itu, dengan keberadaan masyarakat di sekitar kawasan rekreasi


tersebut telah membuatkan lagi penulis rasa bersemangat untuk meneruskan projek
khidmat masyarakat untuk membersihkan kawasan-kawasan rekreasi yang menjadi
tumpuan ramai ini hingga terlaksana. Selain itu, sepanjang melakukan projek ini, tiada

5
sebarang perbelanjaan dilakukan oleh penulis. Hanya berbekalkan tenaga untuk
menjalankan projek khidmat masyarakat ini sehingga selesai.

9.1 PELAKSANAAN AKTIVITI

9.2 REFLEKSI

10.0 CADANGAN

11.0 PENGHARGAAN

LAMPIRAN

You might also like