You are on page 1of 4

Minit Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-41

SJKT JALAN MERU, 41050 KLANG

Tarikh : 31 Mac 2019


Hari : Ahad
Masa : 8.30 pagi
Tempat : Dewan Sekolah, SJKT Jalan Meru
Kehadiran : Ibu Bapa : orang
Guru : orang
Jumlah : orang

1.0 Kata-kata Aluan Pengerusi

1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih dan setinggi-tinggi tahniah dan


penghargaan kepada En.K.Chethraselvan, Guru Besar, barisan
pentadbir sekolah, guru-guru serta para ibu bapa kerana dapat sama-
sama berkumpul untuk berbincang dan mencapai kata sepakat dalam
melancarkan proses kemenjadian murid .

1.2 Beliau juga mengucapkan terima kasih kerana dengan kerjasama


semua pihak, PIBG telah berjaya melaksanakan pelbagai aktiviti
sepanjang tahun 2018 dan harapan agar ibu bapa terus memberikan
komitmen yang tinggi, saranan dan sokongan kepada pihak sekolah
untuk mencapai ke satu tanda aras yang lebih baik pada masa akan
datang.

2.0 Ucapan Guru Besar

2.1 Guru besar mengucapkan ribuan terima kasih kepada ibu bapa dan
para tetamu kera sudi hari ke mesyuarat walaupun diadakan pada hari
rabu.
2.2 Beliau juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada ibu bapa kerana
terus memberikan sokongan kepada beliau sepanjang 8 tahun beliau
berkhidmat sebagai guru besar di sekolah ini. Hal ini kerana, bilangan
masalah yang diberikan oleh ibu bapa sangat kurang berbanding
dengan sekolah – sekolah lain.
2.3 Beliau juga memuji ibu bapa kerana sangat komited dan memberikan
sokongan sepenuhnya untuk meningkatkan kualiti sekolah dan
kemenjadian murid.
2.4 Beliau memberitahu bahawa segala arahan yang diberikan oleh KPM,
JPN serta PPD sentiasa dipatuhi oleh sekolah untuk menjalankan
sekolah dengan baik.
2.5 Beliau turut menerangkan PPPM, Gelombang 1,2 dan 3, 5 Aspirasi
Sistem dan 6 Aspirasi Murid kepada ibu bapa.
2.6 Guru besar memberitahu bahawa Pendidikan bukan sahaja
berpusatkan bilangan A sahaja tetapi harus diberikan kepentingan
kepada bakat murid (kemenjadian murid).
2.7 Guru besar menerangkan tentang aktiviti-aktiviti UPSR pada tahun
2018.Pelbagai aktiviti telah dijalankan seperti kelas petang, kelas hari
sabtu, kelas cuti sekolah, dan sebagainya. Beliau mengambil
kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada guru-guru
yang sudi mengadakan kelas tambahan semasa cuti.
2.8 Beliau juga menerang maklumat -maklumat berikut kepada ibu bapa :
 Program HIP
 Penggunaan SAPS – tahun 4 -6 boleh semak slip keputusan
 Tahap 1 tiada Peperiksaan akan dijalankan.
 VLE FROG
 PBD
 Naratif Baharu – kemenjadiaan murid secara menyeluruh
 Sarana Ibu Bapa – membantu menceriakan kelas
 Ziarah Cakna – lawat murid-murid bermasalah, miskin
 Program Jom Baca – minimum 20 buku setahun
 Program Nilam
 Kasut Hitam – diamalkan mulai tahun 2021
 Buku latihan tambahan – akan diberikan surat
 Cuti Peristiwa – Sukan dan Saraswathy Poojai

2.9 Beliau turut menegaskan bahawa tiada streaming akan dijalankan


untuk meningkatkan silaturahim antara murid. Nama kelas juga telah
ditukar kepada MALLIGAI, MARUTHAM, dan MULLAI.
2.10 Beliau juga meminta ibu bpa agar memberikan kebenaran kepada
murid-murid untuk menyertai aktiviti luar dan kokurikulum.
2.11 Beliau mengatakan bahawa bantuan BKP sebanyak RM100 akan
diberikan kepada murid.
2.12 Pendaftaran Tahun 1 dan prasekolah perlu dilakukan secara online.
2.13 Beliau juga mengatakan bahawa kehadiran murid akan diisi secara
online dan tiada lagi buku kedatangan digunakan.
2.14 Guru besar menerangkan tentang sistem PAJSK.
2.15 Beliau menekankan pelbagai aktiviti dijalankan pada hari sabtu dan
Ahad serta meminta ibu bapa memastikan anak-anak mengambil
bahagian dalam aktiviti-aktiviti tersebut.
2.16 Guru besar memberitahu bahawa Dewan Terbuka sekolah dalam
proses pembinaan. Beliau mengucapkan hterima kasih kepada tokong
jiran sekolah kerana memberikan sumbangan sebanyak RM3000
selama 2 tahun.
2.17 Beliau juga mengatakan bahawa tandas baharu telah siap dibina dan
boleh digunakan. Bilik-bilik khas seperti Bilik Kossan, Bilik VLE, Bilik
Abad 21 sudah siap digunakan.
3.0 Ucapan YDP PIBG

3.1 YDP PIBG telah mengucapkan terima kasih kepada semua guru.
Beliau berharap semua pihak terutamanya ibu bapa dan guru- guru
terus memberikan sokongan.
3.2 Beliau mengatakan bahawa sekolah mengalami kekurangan kewangan
untuk melengkapkan dewan.
3.3 Beliau merakamkan setinggi-setinggi syabas kepada murid-murid yang
telah mengambil keputusan cemerlang dalam peperiksaan UPSR.
3.4 Beliau juga meminta ibu bapa dan guru-guru perlu lebih berkorban
demi genarsi akan datang.
3.5 Beliau juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak
sebelum berundur diri sebagai YDP PIBG. Beliau juga berkata,
walaupun berundur tetapi masih akan menaburkan bakti kepada
pembangunan sekolah .

4.0 Ucapan Khas Penyelia SJKT Selangor

4.1 Beliau mengucapkan terima kasih keran menjemput beliau. Beliau juga
mengucapkan tahniah kepada murid-murid UPSR atas pencapaian
cemerlang mereka.
4.2 Beliau juga mengucapkan tahniah kepada guru-guru atas kejayaan
yang memberangsangkan itu.

5.0 Pembentangan dan Pengesahan Minit Mesyuarat PIBG kali Ke-41

5.1 Pn. Sarojeny selaku Setiausaha PIBG telah membaca penyata kira-
kira.
Dicadangkan oleh : En Kumaresan A/L Ramasamy
Disokong oleh : Pn. Chitra A/P Tangavelu
5.2 Beliau juga membacakan Laporan Tahunan Mesyuarat Agong 2018/
2019.
Dicadangkan oleh : Anbarasan A/L INIYAN
Disokong oleh: Ravi A/L CHITTHIRAI
5.3 Mohan Balakrishnan dipilih sebagai YDP PIBG baharu tanpa lawan.
Dicadangkan oleh : PRABAKARAN A/L ARUMUGAM
Disokong oleh : RAVI A/L CHITHIRAI

6.0 Hal – hal Berbangkit

6.1 Tiada soalan daripada ibu-bapa


7.0 Ucapan Pengerusi Baharu

7.1 YDP PIBG mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa dan guru-guru
kerana memberikan mandat kepada beliau untuk menerajui
kepimpinan PIBG.
7.2 Beliau juga mengalu-alukan AJK lama untuk turut serta dalam
kemajuan sekolah.
7.3 Beliau juga berjanji memajukan kemanjadian murid dan
kecemerlangan sekolah, murid dan guru.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 10.58 am.

Dicatat oleh :
1. Pn. Latha A/P Rajagopal
2. En. Arasu a/l Sekar

Disediakan oleh : Disahkan oleh :

…………………………………… …………………………………………
(ARASU A/L SEKAR ) (EN.CHETHRASELVAN A/L KATHAN )
Pencatat Minit Mesyuarat Guru Besar
SJKT Jalan Meru SJKT Jalan Meru

You might also like