You are on page 1of 2

Tarikh : 20 Julai 2020

YBrs. En. Iskandar Zulkar Ibrahim


Pengurus Besar
Kesedar Holding Sdn. Bhd,
BZ-13, Bazar Hentian Kesedar,
Bandar Baru Gua Musang,
18300 Gua Musang, Kelantan.

Tuan,

MOHON SOKONGAN BANTAHAN KELULUSAN SYARIKAT DUTAMAS HIJAU SDN. BHD.


DENGAN KESEDAR HOLDING SDN. BHD. UNTUK KERJA-KERJA MELOMBONG DI ATAS TANAH
MILIK LEMBAGA KEMAJUAN KELANTAN SELATAN (KESEDAR) DI ATAS LOT 2280 MUKIM
RELAI, DAERAH CHIKU, JAJAHAN GUA MUSANG.

Tuan,
Merujuk perkara di atas kami memohon jasa baik dan kebijaksanaan Tuan untuk campur
tangan dalam urusan tersebut kerana kami yakin dan ada bukti-bukti telah berlaku
penyelewengan dalam pemilihan tersebut oleh segelintir pegawai KESEDAR.

Tuan,
Untuk makluman YB Datuk, kami telah membuat kajian di atas tanah tersebut pada awal
tahun 2017.

KRONOLOGI

Tuan,
Kami telah membuat permohonan rasmi pada 12 Oktober 2017 melalui KESEDAR Holding Sdn.
Bhd. dan merupakan permohonan tunggal pada ketika itu. Dutamas Hijau Sdn. Bhd. telah
membuat permohonan pada 17 Disember 2018.

Kami yakin mereka telah mencetak pelan permohonan kami dengan KESEDAR Holding Sdn.
Bhd. (Berlaku penyelewengan dan salahguna kuasa).

Tuan,
Pada 8 Mei 2019, kami menerima kebenaran carigali daripada KESEDAR Holding Sdn. Bhd.
(KHSB/300/2019(3)) dan kami hanya diberi masa Dua (2) hari sahaja untuk melakukan carigali
iaitu pada 20 dan 21 Mei 2019.
2 Jun 2019, kami telah menghantar laporan kepada KESEDAR Holding Sdn. Bhd. berpandukan
dengan Dua (2) hari masa yang diberikan kepada kami.
8 Julai 2019, KESEDAR Holding Sdn. Bhd. fail no. KHSB/300/2019(12) meminta maklumat
tambahan. Tarikh tutup pada 14 Julai 2019 selewat-lewatnya jam 12.00 tengahari.

14 Julai 2019 jam 11.45 pagi, kami telah menghantar laporan dan sebutharga baru. Pada
ketika itu hanya terdapat Tiga (3) syarikat sahaja yang menghantarnya:

1. Aras Kuasa Sdn. Bhd.


2. S.A.H Mining & Timber Sdn. Bhd. (Permohonan di tempat lain)
3. Kualiti Kagum Sdn. Bhd.

Kami berada di hadapan pintu pejabat KESEDAR Holding Sdn. Bhd. sehingga jam 12.05
tengahari dan telah disahkan oleh pegawai KESEDAR Holding Sdn. Bhd. (melalui telefon)
hanya Tiga (3) syarikat yang disebut di atas sahaja yang telah diterima. (Rakaman suara telah
dibuat pada hari tersebut 14 Julai 2019 jam 12.01 tengahari)

Tuan,
Pada 25 September 2019, kami telah membuat tinjauan di tapak Lot 2280 setelah mendapat
maklumat kerja-kerja sedang dijalankan oleh syarikat tersebut dan kami telah membuat
bantahan secara lisan kepada pihak pengurusan KESEDAR Holding Sdn. Bhd. namun mereka
begitu kebal.

Pada 21 Januari 2020, sekali lagi kami membuat tinjauan dan didapati jentera-jentera mereka
telah terletak disitu.

Tuan,
Besar harapan kami agar dengan ketegasan dan kebijaksanaan Tuan dan YB Pengerusi
KESEDAR dapat menilai kembali kelulusan tersebut.

Semoga kita sentiasa mendapat petunjuk dan hidayah dari Allah.

Sekian, terima kasih.

Yang Benar,

………………………………………………….
(NIK MOHD YUSDI B. CHE YUSOFF)
PENGARAH URUSAN

s.k :
1.Timbalan Menteri
2. Ketua Setiausaha
3. Pengarah Pejabat Tanah dan Galian Negeri Kelantan
4. Pengurus Besar KESEDAR ☚
5. Timbalan Menteri Besar Kelantan

You might also like