You are on page 1of 2

Nama: Mohammad Zariff Hilmie Bin Shukor

No Matriks: A166660
Tugasan: Kuiz 2 Bencana Alam

Bincangkan mekanisma pengurusan bencana di Malaysia. (20 markah)

Pengurusan bencana di kategorikan kepada tiga tahap berdasarkan pada


kawasan terjejas dengan bencana dan jawatankuasa eksekutif. Tahap pertama
ialah di tahap Daerah yang diketuai oleh Jawatankuasa Pengurusan Bantuan dan
Bencana Daerah (JPBBD). Bencana ini berlaku di kejadian setempat, terkawal
dan tidak berpotensi untuk merebak. Tahap kedua ialah di tahap Negeri dan
diketuai oleh Jawatankuasa Pengurusan Bantuan dan Bencana Negeri (JPBBN).
Pihak JPBBN akan membantu dari segi kewangan, aset dan sumber manusia di
kawasan terjejas. Kejadian bencana yang berlaku ini lebih serius yang meliputi
dua daerah dan berpotensi untuk merebak. Tahap ketiga merupakan tahap yang
terakhir yang berlaku di Pusat dan diketuai oleh Jawatankuasa Pengurusan
Bantuan dan Bencana Pusat (JPBBP). Bencana yang berlaku di tahap ini
merupakan yang bersifat kompleks sehinggakan meliputi kawasan yang lebih
luas serta mempunyai durasi bencana pada masa yang lama dan panjang.
Pengemblengan aset, sumber manusia dan kewangan merupakan yang paling
diperlukan untuk mengharungi bencana di tahap ini.

Terdapat empat fasa yang terbahagi kepada dua jenis pengurusan bencana
di Malaysia (Pengurusan Risiko dan Pengurusan Krisisis). Kitaran ini bermula
dengan Pengurusan Risiko yang mengandungi Fasa Penghindaraan, Fasa
Persediaan manakala Pengurusan Krisis pula terdiri daripada Fasa Respon dan
Fasa Pemuliharaan.
Fasa pertama ialah penghindaraan. Dimana dalam fasa ini, langkah-
langkah ini diambil bagi mengelakkan kejadian bencana atau sekurang-
kurangnya mengambil langkah untuk mengurangkan kesan bencana sekiranya
tidak dapat dielakkan. Seterusnya ialah fasa persediaan yang telah merangkakan
Pelan Bencana secara menyeluruh. Tahap penglibatan dari segenap pihak yang
terlibat untuk bertindak ketika bencana ini telah diambil kira. Latihan dan
simulasi sebelum bencana berlaku juga telah dijalankan dengan sewajarnya agar
menjadi lebih bersedia ketika bencana berlaku. Seterusnya ialah fasa respons
dimana petugas bertindak untuk menangani situasi bencana yang berlaku dan
Prosedur Operasi Standard bencana telah dirangka dengan baik yang
membolehkan segala tindakan dan respons yang dilakukan ketika bencana
menjadi lebih teratur, terancang dan berkesan. Fasa yang terakhir ialah fasa
pemuliharaan yang dilakukan sebaik sahaja kejadian bencana telah tamat. Ini
merupakan usaha pihak berwajib untuk mengembalikan semula semua
kerosakan kepada asal. Kitaran ini akan bermula ke fasa penghindaraan apabila
segala langkah-langah ketika fasa pemuliharaan ini telah dilaksanakan
sepenuhnya.

You might also like