You are on page 1of 12

Seminar Keusahawanan Islam II Peringkat Kebangsaan

Pembangunan Usahawan Muslim Berteraskan Paradigma


Tauhid: Satu Pendekatan

Yon Noor Haniza Samsudin


Dr. Nor `Azzah Kamri
Jabatan Syariah dan Pengurusan
Akademi Pengajian Islam,
Universiti Malaya.

Abstrak

U sahawan memainkan peranan yang besar terhadap pembangunan


individu, organisasi, masyarakat dan negara keseluruhannya. Peranan
besar ini memperlihatkan perlunya golongan usahawan dibangunkan,
khususnya di kalangan usahawan muslim. Sebagai usahawan muslim, pola
pemikiran, tindakan dan amalan perniagaan mereka mestilah
bertunjangkan paradigma tauhid itu sendiri. Kertas kerja ini akan
membincangkan perihal pembangunan usahawan muslim berteraskan
paradigma tauhid. Ia meliputi tiga komponen utama iaitu iman, ilmu dan
amal yang menjadi asas kepada kerangka kerja usahawan muslim.
Kerangka kerja sebegini berupaya melahirkan usahawan muslim yang
tidak sekadar memperoleh keuntungan material semata-mata, bahkan juga
mampu menyumbang kepada kemaslahatan ummah dan mendapat
keredhaan Allah s.w.t.

Katakunci: Keusahawanan Islam, Pembangunan Usahawan.

1
Seminar Keusahawanan Islam II Peringkat Kebangsaan

1.0 Pendahuluan

Bidang pekerjaan begitu luas. Islam membenarkan umatnya


menceburi apa sahaja bidang yang tidak bercanggah dengan syarak
mengikut minat, kemampuan dan kemahiran yang dimiliki.
Keusahawanan merupakan salah satu bidang pekerjaan yang amat
digalakkan dan dituntut dalam Islam. Sabda Rasulullah s.a.w.:

“Sebaik-baik pekerjaan ialah yang dilakukan dengan tangan


sendiri (kerja sendiri) dan sembilan persepuluh daripada rezeki itu
datangnya daripada perniagaan”.

Keusahawanan terbentuk apabila wujudnya muamalat atau urusniaga


sesama manusia bagi memenuhi kehendak serta permintaan yang
berbeza. Apabila berlaku lebihan dalam kegunaan peribadi, manusia
berusaha untuk menukarkan lebihan tersebut dengan keperluan lain
yang masih belum dimiliki. Bermula dengan pertukaran menerusi
system barter, manusia terus meneroka bidang ini sehinggalah
terciptanya matawang sebagai medium perantaraan. Dengan
terciptanya wang, bidang keusahawanan semakin berkembang
sehingga terciptanya pelbagai konsep dan instrumen baru.

Usahawan ditakrifkan sebagai individu yang mengenal pasti peluang


di mana orang lain melihatnya sebagai sesuatu kekeliruan.1 Mereka
inilah yang memulakan sebuah syarikat serta mencipta pekerjaan.
Keusahawanan pula lebih daripada mencipta perniagaan. Antara ciri-
ciri keusahawanan adalah mencari peluang, mengambil risiko,
menterjemahkan idea kepada realiti dengan menggabungkan pelbagai
perspektif dalam melahirkan individu usahawan itu sendiri.

1
Kuratko, D. F., & Hodgetts, R. M. (2004). Entreprenuership: A Contemporary
Approach, 6th edition. Harcourt College Publishers, h. 3.

2
Seminar Keusahawanan Islam II Peringkat Kebangsaan

Usahawan muslim pula boleh ditakrifkan sebagai individu yang


menjalankan aktiviti pekerjaan dengan cara diusahakan secara
perniagaan sama ada menghasilkan barangan atau memberi sesuatu
perkhidmatan bagi memperolehi rezeki yang halal iaitu dengan cara
yang tidak bertentangan dengan syariat Islam.2

Islam mengiktiraf kegiatan perniagaan dan perdagangan sesama


manusia. Tidak ada manusia yang mampu melakukan segala perkara
untuk memenuhi keperluan hidup, apatah lagi di zaman moden ini.
Rasulullah s.a.w. sendiri adalah seorang ahli perniagaan yang berjaya
dan perkembangan Islam ke serata dunia banyak berlaku disebabkan
oleh faktor perniagaan dan perdagangan.

“Tidak ada dosa bagi kamu untuk mencari kurnia (rezeki hasil
perniagaan) dari Tuhanmu”.
Surah al-Baqarah, (2):198

2.0 Konsep Tauhid

Secara umumnya, konsep tauhid didefinisikan sebagai mengakui dan


mempercayai keesaan Allah s.w.t. Namun hakikatnya, tauhid bukan
sahaja mengakui dan mempercayai keesaan Allah, tetapi meyakini
kekuasaanNya yang merangkumi adanya Tuhan langit dan bumi,
Pencipta keduanya dan segala yang ada di alam ini, Pemberi rezeki
kepada setiap yang hidup, Pentadbir setiap perkara, mengesakan
Allah s.w.t. dengan ibadat, taat sepenuhnya dan tunduk kepadanya

2
Mohd. Hafiz Hassan (2007), “Kepentingan Usahawan Islam dalam Tuntutan Era
Globalisasi” (Latihan Ilmiah, Jabatan Syariah dan Pengurusan, Akademi Pengajian Islam
Universiti Malaya), h. 21.

3
Seminar Keusahawanan Islam II Peringkat Kebangsaan

serta tidak menyembah kecuali kepada Dia sahaja, melaksanakan


perintahNya dalam segala aspek kehidupan.3

Menurut M. Nejatullah Siddiqi, tauhid membawa maksud berikut:

As the word in its literal sense signifies, it is a relationship with the


Only One that excludes a similar relationship with anyone else.
Tawhid is man’s commitment to Allah, the focus of all his
reverence and gratitude, the only source of value. What Allah
desires of man becomes value for him, the end of human
endeavour.4

Konsep tauhid ditunjangi tiga komponen asas iaitu iman, ilmu dan
amal.

• Hakikat Iman
Iman ialah kepercayaan yang meresap di hati, dengan penuh
keyakinan, tidak bercampur syak dan ragu, serta memberi pengaruh
kepada pandangan hidup, tingkah laku dan perbuatan sehari-hari.
Yakin kepada kewujudan dan keesaan Allah s.w.t. serta komitmen
kepada ajaran wahyu yang disampaikanNya melalui para nabi dan
rasul.

• Hakikat Ilmu
“Dan janganlah kamu ambil sikap atau pendirian yang
(mengikuti) tentang sesuatu yang kamu tidak tahu (tidak berilmu)

3
Hisham Sabri & Zulkifli Hasan (2005), “Konsep Tawhidik dan Etika Usahawan Menurut
Perspektif Syariah” (Kertas Kerja Yang Dibentangkan di Seminar Keusahawan Islam
Peringkat Kebangsaan, di Universiti Malaya, Kuala Lumpur, 6 September 2005).
4
Mohd Affandi Hassan (1992), The Tawhidic Approach In Management and Public
Administration, Kuala Lumpur: National Institute of Public Administration, h. 24.

4
Seminar Keusahawanan Islam II Peringkat Kebangsaan

tentangnya kerana sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan


hati nurani itu semuanya akan ditanya tentangnya.”
Surah al-Isra’ (17):36

Menurut al-Ghazali, ilmu yang sesungguhnya itu ialah tersingkapnya


sesuatu dengan jelas, sehingga tiada lagi ruangan untuk ragu-ragu,
tidak mungkin salah atau keliru, tiada tempat untuk itu. Keamanan
dari bahaya salah atau keliru harus diperkuat dengan keyakinan
sedemikian rupa sehinggakan andai disangkal oleh seorang sakti yang
misalnya dapat merubah tongkat menjadi ular, namun demikian itu
tidak akan menimbulkan sedikit ragu-ragu terhadap keyakinan tadi.
Apa yang diketahui apabila tidak berlaku seperti di atas; dan apapun
yang diyakini, apabila tidak seyakin itu, maka yang demikian
bukanlah “ilmu” yang patut menjadi pegangan dan tiada rasa aman di
dalamnya. Dan setiap ilmu yang tidak memberikan rasa aman
demikian, bukanlah ilmu yang yakin.5

Ilmu yang berasaskan kepada keyakinan atau iman iaitu lebih jelas
tentang bagaimana ilmu itu harus dicari, dikumpul, diajar dan
dipergunakan.

Terdapat tiga sumber ilmu iaitu wahyu, akal dan pengalaman. Ketiga-
tiga sumber ilmu ini membawa manusia kepada mengenal Allah s.w.t.
dan rasulNya serta segala yang dikehendaki oleh syarak serta
memandu manusia ke jalan yang benar. Oleh itu, manusia dapat
menunaikan tanggungjawabnya sebagai hamba dan khalifah Allah
dengan beribadat kepada Allah dan memakmurkan alam berasaskan
konsep tauhid.

5
Ibid, h. 21.

5
Seminar Keusahawanan Islam II Peringkat Kebangsaan

• Hakikat Amal
Amal merupakan natijah kepada ilmu yang benar dan diyakini.

“Sesungguhnya yang takut kepada Allah dari kalangan hambaNya


ialah orang-orang yang berilmu”.
Surah al- Fathir (35):28

Kekuatan iman dan ilmu yang lengkap akan mendorong manusia


mengerjakan amal soleh iaitu perbuatan-perbuatan baik dengan
matlamat untuk mendapat keredhaan Allah s.w.t. Amalan sedemikian
dikira sebagai suatu ibadah. Kekuatan iman dan ilmu juga
menghindari manusia daripada melakukan al-fasad iaitu perbuatan
yang membawa kerosakan. Malah, ia turut berfungsi untuk
menyelamatkan manusia dan membawa manusia kepada kejayaan di
dunia dan akhirat yakni al-falah.

3.0 Pembangunan Usahawan Berteraskan Paradigma Tauhid

Pembangunan usahawan muslim yang merupakan agen ekonomi


memerlukan kepada pemahaman Islam secara hikmah dan syumul
serta suasana persekitaran yang mampu menyokong segala kegiatan
yang dijalankan oleh setiap individu tersebut.

Berpandukan kepada pendekatan hidup yang berasaskan tauhid ini,


pendekatan Islam dilaksanakan dalam kesemua kegiatan aktiviti
manusia termasuk dalam bidang keusahawanan, menepati fitrah dan
kehendak semula jadi manusia. Untuk itu, usahawan dimestikan
mencorak kehidupan perekonomian diri, masyarakat dan negara
mengikut semangat tauhid. Pengabdian kepada Allah s.w.t. dalam

6
Seminar Keusahawanan Islam II Peringkat Kebangsaan

urusan perekonomian bertujuan untuk memandu usahawan ke arah


mencapai kecemerlangan yang mutlak dan berkekalan.

Paradigma tauhid mengikat usahawan muslim dengan hakikat iman,


ilmu dan amal. Tauhid menekankan kesetiaan kepada Allah dan Rasul
s.a.w. sebagai nilai utama yang mengatasi segala nilai lain
diwujudkan dalam sistem organisasi. Ia memberikan implikasi
bahawa setiap pekerjaan adalah untuk kebaikan manusia dengan
matlamat mendapat keredhaan Allah s.w.t., bukan untuk matlamat
kebendaan. Dalam diri dan jiwa setiap usahawan muslim diyakini
bahawa Allah s.w.t. itu adalah pemilik mutlak segala ciptaanNya.
Segala hasil kekayaan, harta dan sumber-sumber di bumi adalah
hanya milikNya. Usahawan merupakan khalifah di muka bumi
dengan diamanahkan atau dipertanggungjawabkan untuk menjaga,
mengurus semua hasil di bumi ini secara baik dan hak, dan mereka
akan dipersoalkanNya di akhirat kelak kerana pemilik mutlak itu
adalah Allah s.w.t bukannya manusia.

Sebagai pemegang amanah Allah, manusia perlu menggunakan segala


ilmu, harta, kemahiran dan keseluruhan dirinya untuk kepentingan
ummah. Kerja dan kegiatan adalah sebagai satu proses ibadah,
motivasinya bukan ganjaran dunia tetapi pengharapan balasan di
akhirat. Dengan berasaskan paradigma tauhid, satu matlamat hidup
yang jelas dapat dipupuk dan dipraktikkan termasuk memainkan
peranan sebagai pemimpin, pengurus dan usahawan. Setiap individu
menyedari bahawa kehidupan di dunia mempunyai tujuan lebih jauh
dan tinggi daripada kesenangan di dunia untuk mencapai keredhaan
Allah. Firman Allah s.w.t.:

7
Seminar Keusahawanan Islam II Peringkat Kebangsaan

“Dan carilah dengan apa yang diberikan Allah kepada engkau


(keselamatan kampung akhirat, jangan engkau lupa bahagian
engkau di dunia ini, buatlah kebaikan (hasan) sebagaimana Allah
telah berbuat kebaikan kepada engkau dan janganlah engkau
membuat bencana di muka bumi; sesungguhnya Allah tiada
mencintai orang-orang yang membuat bencana”.
Surah al-Qasas (28):77

Dalam menunaikan tanggungjawab ini, usahawan muslim mesti


memperlengkapkan diri dengan ilmu fardhu ain dan fardhu kifayah.
Kedua-dua ilmu ini perlu dikuasai secara seimbang dengan
kefahaman yang sebenarnya kerana ilmu yang benar menjadi asas
kepada amal manusia. Usahawan muslim yang mengambilkira
paradigma tauhid akan memastikan ilmu perniagaan yang dimiliki
dapat meningkatkan kualiti ibadah dan menjadi hamba yang
bersyukur dan diredhai Allah s.w.t.

Keyakinan dan ilmu sebegini seterusnya membawa kepada amal


soleh. Ia diterjemahkan ke dalam hubungan manusia dengan Allah
(hab min Allah), hubungan sesama manusia (habl min al-nas) dan
juga hubungan dengan alam semesta. Nilai-nilai ketuhanan dan
kemanusiaan yang bersifat intrinsik (dalaman) mahupun ekstrinsik
(luaran) seperti beriman, takwa, berilmu, adil dan amanah yang
terkandung dalam akhlak Islam6 akan mendasari perlakuan usahawan
muslim dan tindak-tanduk mereka dalam aktiviti perniagaan. Segala
perlakuan dan aktiviti keusahawanan diikat dengan hukum 'pahala-

6
Nor `Azzah Kamri (2002), “Etika Pengurusan Islam Dan Konvensional: Suatu Analisis
Perbandingan”, Jurnal Syariah, Jil. 10, Kuala Lumpur: Akademi Pengajian Islam
Universiti Malaya, h. 48.

8
Seminar Keusahawanan Islam II Peringkat Kebangsaan

dosa'. Dengan kata lain, konsep “ubudiyyah” menjadi teras kepada


perlakuan dan aktiviti usahawan muslim.

4.0 Implikasi Paradigma Tauhid Terhadap Pembangunan


Usahawan Muslim

Implikasi daripada paradigma tauhid yang menunjangi pembangunan


usahawan muslim dapat dilihat dalam empat aspek berikut:

• Akhlak
Paradigma tauhid yang menunjangi pembangunan usahawan muslim
berperanan sebagai ikatan atau garis panduan kepada tingkah laku dan
segala tindakan yang bakal dilakukan. Antara lain usahawan muslim
meyakini hakikat penciptaan manusia sebagai khalifah di muka bumi
dan mempunyai tugas besar untuk dilaksanakan. Wujud rasa
tanggungjawab dalam diri untuk menyempurnakan amanah yang telah
diberikan. Oleh itu, ia menjadi suatu pendinding yang teguh dalam
diri agar tidak melakukan sesuatu yang bertentangan dengan syarak.
Misalnya, usahawan muslim tidak akan memilih bentuk perniagaan
yang bertentangan dengan syariah seperti terlibat dengan aktiviti
riba, perjudian, arak dan segala aktiviti yang jelas diharamkan dalam
al-Quran dan al-Sunnah.

Prinsip-prinsip yang terkandung dalam paradigma tauhid juga dapat


membimbing usahawan muslim daripada melakukan penyelewengan,
penindasan dan penipuan dalam usaha untuk mencapai matlamat atau
keuntungan yang diingini. Nilai-nilai dan akhlak mahmudah seperti
kepimpinan, murah hati, prihatin, berdikari, berkeyakinan tinggi
adalah antara sikap yang positif yang wujud dalam diri usahawan
muslim hasil daripada pemahaman tauhid yang sempurna.

9
Seminar Keusahawanan Islam II Peringkat Kebangsaan

• Rohani
Islam sebagai agama yang syumul tidak memisahkan segala urusan
perniagaan dengan nilai-nilai agama. Paradigma tauhid berupaya
mengharmonisasikan tuntutan rohani dan spiritual usahawan muslim.
Objektif akhir difokuskan ke arah mencapai keredhaan Allah s.w.t.
sepertimana firmanNya:

“Katakanlah, sesungguhnya sembahyangku, ibadahku, hidupku


dan matiku, semuanya kerana Allah, Tuhan semesta alam. Tiada
baginya sekutu dan dengan demikian aku disuruh dan aku orang
yang mula-mula Islam (tunduk kepada Alllah)”.
Surah al-An’am (6):162-163

• Intelek
Pembangunan usahawan muslim berteraskan paradigma tauhid juga
mampu melahirkan usahawan yang berilmu dan beriman kepada
Allah s.w.t. Usahawan muslim yang mendalami ilmu fardhu ain dan
fardhu kifayah mampu menjadikannya seorang usahawan yang bukan
sahaja mengetahui selok-belok hukum-hakam yang berkaitan dengan
ibadah malah segala yang berkaitan dengan aktiviti perniagaan seperti
perkara-perkara yang dibenarkan dan diharamkan dalam Islam.

• Jasmani
Pembangunan usahawan muslim berteraskan paradigma tauhid
berupaya melahirkan usahawan yang berjaya di dunia dan akhirat.
Sumber-sumber perniagaan diuruskan secara cekap dan berkesan
demi mengelak pembaziran dan memperoleh keuntungan.

10
Seminar Keusahawanan Islam II Peringkat Kebangsaan

Tauhid mengajar manusia pendekatan berharmoni dalam


perhubungan mereka dengan segala kejadian Allah yang lain seperti
sumber bumi, tumbuh-tumbuhan dan sebagainya.7 Meskipun semua
kejadian di bumi dicipta untuk keperluan dan kegunaan manusia,
namun manusia mesti menggunakannya dengan sempurna supaya ia
tidak mendatangkan akibat buruk kepada kebajikan manusia sendiri.

Natijah daripada kefahaman terhadap paradigma tauhid juga akan


lahirlah satu masyarakat yang mempunyai satu matlamat yang jelas
dalam urusan ekonomi mereka iaitu ke arah usaha mentaati perintah
agama dan bukan ke arah mengeksploitasi di antara satu sama lain
untuk kepentingan diri.

5.0 Kesimpulan

Pembangunan usahawan muslim berteraskan paradigma tauhid


menjanjikan seribu satu manfaat yang tidak ternilai. Namun, ia
bukanlah suatu tugas yang mudah. Pembangunan usahawan muslim
berteraskan paradigma tauhid memerlukan kerjasama semua pihak
dalam menjayakannya. Ini termasuklah peranan pemerintah,
masyarakat dan individu usahawan itu sendiri. Ini amat penting dalam
melahirkan usahawan muslim yang benar-benar menghayati Islam
dengan sebenarnya serta berperibadi dan berakhlak dengan akhlak
seorang muslim. Dengan demikian, hasrat negara untuk mewujudkan
masyarakat komersial dan pengindustrian Bumiputera dapat
direalisasikan dan mampu berperanan secara efektif, mampu bersaing
dan menjadi penentu kepada kejayaan ekonomi negara berpanjangan.8

7
Nik Mustapha Nik Hassan (2007), Berita Harian, 13 Februari 2007.
8
Nik Mustapha Nik Hassan (2006), “Pendekatan Kepada Budaya Niaga”, Berita Harian 7
Mac 2006.

11
Seminar Keusahawanan Islam II Peringkat Kebangsaan

Rujukan
Abu Bakar Hamed & Muhammad Ahmad (2005), “Kerangka Usahawan
dari Perspektif Islam” (Kertas Kerja yang Dibentangkan di Seminar
Keusahawan Islam Peringkat Kebangsaan, di Universiti Malaya Kuala
Lumpur, 6 September 2005).
Hisham Sabri & Zulkifli Hasan (2005), “Konsep Tawhidik dan Etika
Usahawan Menurut Perspektif Syariah” (Kertas Kerja yang Dibentangkan
di Seminar Keusahawan Islam Peringkat Kebangsaan, di Universiti
Malaya Kuala Lumpur, 6 September 2005).
Kuratko, D. F., & Hodgetts, R. M. (2004). Entreprenuership: A
Contemporary Approach, 6th edition. Harcourt College Publishers.
Mohd. Hafiz Hassan (2007), “Kepentingan Usahawan Islam dalam
Tuntutan Era Globalisasi” (Latihan Ilmiah, Jabatan Syariah dan
Pengurusan, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya).
Mohd. Affandi Hassan (1992), The Tawhidic Approach In Management
And Public Administration. Kuala Lumpur: National Institute Of Public
Administration.
Nik Mustapha Nik Hassan (2006), “Pendekatan kepada Budaya Niaga”,
http://www.ikim.gov.my, 7 Mac 2006.
Nik Mustapha Nik Hassan (2007), Berita Harian, 13 Februari 2007.
Nik Mustapha Nik Hassan (t.t.), “Pemikiran Ibn Khaldun Terhadap
Penjanaan Ekonomi Melalui Penyusunan Negara”,
http://www.ikim.gov.my, tarikh akses Oktober 2008.
Nor `Azzah Kamri (2002), “Etika Pengurusan Islam dan Konvensional:
Suatu Analisis Perbandingan”, Jurnal Syariah, Jil. 10, Kuala Lumpur:
Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya.

12

You might also like