You are on page 1of 5

SEKOLAH SUKAN NEGERI MELAKA

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SERI KOTA


___________________________________________

PEPERIKSAAN PERCUBAAN
SIJIL TINGGI PELAJARAN MALAYSIA 2017
900/2

PENGAJIAN AM
Kertas 2 Penggal 2

(Satu jam setengah)

Arahan kepada calon :

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA ANDA


DIBENARKAN BERBUAT DEMIKIAN
Untuk kegunaan
Kertas ini mengandungi tiga bahagian, iaitu Bahagian A, Bahagian B, dan pemeriksa
Bahagian C. Bahagian A
Calon dikehendaki menjawab semua soalan dalam Bahagian A dan satu soalan
dalam Bahagian B dan Bahagian C. 1
2
Calon dikehendaki menjawab soalan dalam Bagian A pada ruang yang 3
disediakan.
Gunakan helaian jawapan bagi menjawab soalan Bahagaian B dan Bahagian C. 4
Mulakan setiap jawapan anda pada helaian kertas yang baharu dan susun jawapan anda Bahagian B
bersama-sama dengan kertas soalan ini.
Sekiranya bahan yang perlu diperiksa dibuat pada kertas graf pada helaian
halaman 9, helaian berkenaan hendaklah dipisahkan daripada kertas soalan dan Bahagian C
diserahkan bersama-sama dengan kertas jawapan anda.
Markah untuk tiap-tiap bahagian soalan dan soalan diberikann dalam tanda Jumlah
kurung [ ]
BAHAGIAN A (15 Markah)

Jawab semua soalan

1 Rukun Negara merupakan salah satu dasar sosial yang dibentuk oleh Majlis
Perundingan Negara setelah berlakunya rusuhan kaum pada tahun 1969.
Terangkan dua kesan pembentukan Rukun Negara. (4)

a……………………………………………………………………………………………….....

………………………………………………………………………………………………....

b……………………………………………………………………………………………….....

……………………………………………………………………………………………….....

2 Huraikan dua bidang yang diberi tumpuan dalam Program Transformasi Ekonomi.
(4)

a……………………………………………………………………………………………….....

………………………………………………………………………………………………......

b………………………………………………………………………………………………......

...............................................................................................................................................

3 Berikan tiga objektif utama Dasar Persyarikatan Malaysia. (3)

a……………………………………………………………………………………………….....

b…………………………………………………………………………………………….........

c……………………………………………………………………………………………….....

4 Terangkan dua dasar yang dilaksanakan oleh kerajaan untuk memupuk perpaduan dalam
kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum. (4)

a……………………………………………………………………………………………….....

………………………………………………………………………………………………....

b……………………………………………………………………………………………….....

……………………………………………………………………………………………….....
BAHAGIAN B (20 Markah)

Jawab satu soalan sahaja dalam bahagian ini. Jawapan hendaklah dibuat pada kertas graf.

5 Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah ini, sediakan graf yang sesuai
untuk memaparkan jumlah peruntukan perbelanjaan pembangunan kerajaan Malaysia pada tempoh
yang dinyatakan.

Pada tahun 2011, peruntukan bagi perbelanjaan pembangunan berjumlah RM34,160 juta iaitu
36.5% daripada jumlah keseluruhan peruntukan belanjawab negara. Daripada jumlah tersebut,
sebanyak RM5,641 juta diperuntukkan untuk tujuan keselamatan yang digunakan untuk pertahanan
dan keselamatan dalam negeri.Peruntukan belanjawan untuk perkhidmatan sosial ialah sebanyak
RM10,204 juta, manakala peruntukan perbelanjaan yang tertinggi adalah untuk perkhidmatan
ekonomi iaitu sebanyak RM15,171 juta. Peruntukan tersebut digunakan, antara lain, untuk membiayai
projek-projek kemudahan awam, perniagaan dan perindustrian dan komunikasi. Selebihnya adalah
peruntukan perbelanjaan bagi pentadbiran am.

Pada tahun 2012 pula, peruntukan perbelanjaan pembangunan ialah sebanyak 35,315 juta,
iaitu 34,2% daripada daripada keseluruhan peruntukan belanjawan negara. daripada jumlah tersebut,
sebanyak RM4,590 juta untuk tujuan keselamatan. Peruntukan perbelanjaan dalam bidang
perkhidmatan ekonomi pula meningkat sebanyak RM3,455 juta berbanding dengan peruntukan pada
tahun 2011. Perbelanjaan bagi perkhidmatan sosial sebanyak RM9,230 juta, manakala peruntukan
perbelanjaan untuk pentadbiran ialah sebanyak RM2869 juta daripada keseluruhan perbelanjaan
pembangunan negara.

Pada tahun 2013, sebanyak RM40,450 juta atau 36.4% telah diperuntukkan oleh kerajaan
Malaysia untuk perbelanjaan pembangunan negara. Daripada jumlah itu, sebanyak RM 5,366 juta
digunakan untuk tujuan keselamatan dan RM12,577 juta diperuntukkan bagi perkhidmatan sosial.
Peruntukan untuk perkhidmatan ekonomi dan pentadbiran am pula masing-masing berjumlah
RM20,382 juta dan RM2125 juta

Jumlah peruntukan perbelanjaan pembangunan pada tahun 2014 telah berkurangan kepada
RM34,551 juta iaitu 33.2% daripada keseluruhan peruntukan belanjawan negara. Oleh itu,
perbelanjaan yang diperuntukkan untuk tujuan keselamatan hanya RM2,469 juta dan perkhidmatan
sosial berjumlah RM10,318 juta, manakala perbelanjaan untuk perkhidmatan ekonomi dan
pentadbiran am masing-masing ialah RM19,808 juta dan RM1956 juta.

Pada tahun 2015, peruntukan bagi perbelanjaan pembangunan telah meningkat sebanyak
RM2,541 juta iaitu 34.1% daripada keseluruhan peruntukan belanjawan negara. Daripada jumlah
tersebut, peruntukan untuk tujuan keselamatan berjumlah RM3,114 juta dan RM11,478 juta ialah
untuk perkhidmatan sosial, manakala sejumlah RM20,188 juta dan selebihnya adalah untuk
pentadbiran am.

(Dipetik dan diubahsuai daripada Laporan Belanjawan


Negara Malaysia, 2011 - 2015)
6 Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah sediakan graf yang sesuai
untuk menunjukkan peratus perubahan eksport barangan pembuatan terpilih di Malayisa antara tahun
2006 dan 2007.

Eksport barangan pembuatan Malaysia pada tahun 2007 menunjukkan sedikit peningkatan
berbanding eksport pada tahun 2006. Setelah mencatat kejatuhan ketara sebanyak 5.3% pada tahun
2006, eksport barangan elektronik dan jentera elektrik terus merosot daripada RM300,787 juta pada
tahun 2006 kepada RM288,326 juta pada tahun 2007. Kemerosotan ini disebabkan oleh peningkatan
nilai ringgit yang menyebabkan harga barangan keluaran Malaysia menjadi agak tinggi di pasaran
dunia.

Selaras dengan usaha kerajaan untuk terus memelihara sumber perhutanan, eksport produk
kayu tidak banyak berubah, iaitu daripada RM14,791 juta pada tahun 2006 kepada RM14,391 juta
pada tahun 2007. Pada tahun 2007, eksport produk getah pula mengalami perubahan yang agak
sedikit, iaitu daripada RM9,332 juta pada tahun 2006 kepada RM9,588 juta pada tahun 2007. Namun
demikian Malaysia masih mengekalkan kedudukannya sebagai pengeluar utama produk getah dengan
menyumbang sebanyak 47% daripada keperluan dunia.

Usaha untuk mempelbagaikan produk petroleum telah berjaya meningkatkan nilai eksportnya.
Pada tahun 2006,eksport produk petroleum bernilai RM23,930 juta dan telah menokok sebanyak
RM1,859 juta pada tahun 2007. Selain itu, hasil petroleum juga membantu perkembangan dalam
pengeksportan kimia, produk kimia dan plastik. Pada tahun 2006, nilai eksport kimia, produk kimia
dan plastik ialah sebanyak RM37,716 juta dan telah melonjak kepada RM39,572 juta pada tahun
2007.

Eksport kelengkapan pengangkutan seperti alat ganti dan aksesori kenderaan telah mengalami
penyusutan. Keadaan ini berlaku mungkin disebabkan oleh persaingan dengan negara pengeluar lain
yang dapat menawarkan harga yang lebih murah. Pada tahun 2006, nilai eksportnya sebanyak
RM8,559 juta, menyusut kepada RM8,384 juta. Eksport besi dan keluli mengalami peningkatan yang
agak ketara. Negara pengimport utama produk ini ialah China yang membuat persiapan akhir untuk
menjadi tuan rumah Sukan Olimpik Beijing 2008. Eksport besi dan keluli pada tahun ialah sebanyak
RM26, 695 juta setelah mengalami peningkatan sebanyak RM1,774 juta daripada tahun sebelumnya.

(Disesuaikan daripada Laporan Tahunan


Jabatan Perangkaan Malaysia 2008)
BAHAGIAN C (25 Markah)

Pilih satu daripada tajuk di bawah, dan tulis karangan yang panjangnya antara 300 hingga 350 patah
perkataan.

7 Cabaran kelima Wawasan 2020 ialah mewujudkan masyarakat yang matang, liberal dan
toleransi. Bincangkan kepentingan cabaran Wawasan 2020 yang kelima itu dan tindakan yang
boleh dilakukan oleh rakyat bagi menangani cabaran tersebut.

8 Penemuan pelbagai sumber tenaga alternatif telah banyak memberi manfaat kepada manusia.
Namun demikian, terdapat pelbagai cabaran yang perlu dihadapi untuk memajukan sumber
tenaga alternatif. Bincangkan.

You might also like