You are on page 1of 12

AMALAN PENTAKSIRAN DALAM MATEMATIK

MTE
3123

PENGENALAN

Pengujian, pengukuran dan penilaian adalah antara beberapa konsep penting dalam
dunia pendidikan. Sering kali istilah ini bertukar ganti digunakan. Misalnya, sesetengah
guru apabila mengedarkan kertas ujian, mereka mungkin mengatakan mereka mengukur 
prestasi pelajar atau menilai prestasi pelajar dalam sesebuah bilik darjah tanpa mengambil
hirau maksud sebenar atau maksud khusus yang mendukung istilah berkenaan. Akan tetapi
secara khususnya, ketiga-tiga istilah berkenaan mempunyai  makna yang lebih spesifik dan
ketiga-tiganya mempunyai perbezaan.

Dalam dunia pendidikan, penilaian yang sistematik ialah dengan mengambil kira
semua faktor yang boleh mempengaruhi maklumat atau dapatan yang diperolehi supaya
dapat membantu guru dalam membuat sebarang keputusan yang tepat. Dan apa yang ingin
diterangkan secara ringkas di bawah ini ialah tentang tujuan-tujuan pengujian dan penilaian
itu sendiri.

Pengujian

Menurut Cronbach (1970), ujian  ialah satu prosedur yang sistematik  untuk


memerhati  perlakuan atau tingkah laku seseorang individu  dan menghuraikan  dengan
bantuan skala bernombor, atau satu sistem yang berkategori. Misalnya, skala bernombor
seperti angka 30/100 untuk  ujian penglihatan, 100 untuk ujian darjah kecerdasan (IQ Test) 
dan 80/100 bagi ujian pencapaian bagi sesuatu mata pelajaran seperti Sains. Manakala
contoh sistem berkategori pula seperti ‘ekstrovert’ atau ‘introvert’ bagi ujian personaliti, atau
rabun warna bagi ujian penglihatan.

Kepentingan  pengujian  bagi mengukur perubahan tingkah laku  pelajar seperti yang
dinyatakan di atas, dikukuhkan oleh Milagros (1981) seperti yang dipetik dalam Raminah
Haji Sabran (1991)  yang menegaskan bahawa:

“Ujian adalah suatu cara untuk mendapatkan contohan perlakuan  yang diperlihatkan oleh
murid  di dalam keadaan yang dikawal atau ditentukan. Maklumat yang diperolehi
daripadanya  akan dijadikan dasar untuk membuat penilaian atau pengadilan. (Raminah
1991:2)”
AMALAN PENTAKSIRAN DALAM MATEMATIK
MTE
3123

Hasil daripada  jawapan yang diberikan yang diberikan oleh pelajar, satu ukuran 
yang disebut sebagai markah akan diberikan kepada individu berkenaan. Pengujian
menjelaskan keadaan berapa baguskah prestasi murid yang diuji.

Secara ringkas Pengujian ialah : Satu prosedur yang sistematik bagi mengukur perubahan
tingkah laku. Tujuan  ialah menentukan pencapaian murid dalam sesuatu pembelajaran.
Boleh dalam bentuk pemerhatian, ujian lisan mahupun bertulis.

Penilaian

Penilaian  adalah suatu istilah yang boleh didefinisikan  dengan banyak cara,
Stufflebeam et al. (1971:xxv) menyatakan penilaian sebagai  “the process of delineating,
obtaining, and providing useful information for judging decision alternatives”. Definisi ini 
menjangkau melepasi daripada maksud pengujian dan pengukuran.

Gay (1985) berpendapat bahawa penilaian ialah satu proses yang dianggap
sistematik semasa mengumpul dan menganalisis data bagi menentukan sama ada  sesuatu
objektif  yang telah ditetapkan itu telah tercapai. Hal ini seterusnya bagi membolehkan guru
dapat membuat pertimbangan atau keputusan yang tepat berhubung pengajaran dan
pembelajaran.

Dalam sesuatu bilik darjah, apabila guru memberikan ujian, adakah guru
berkenaan mengukur pencapaian pelajar atau guru menilai pencapaian pelajar. Dalam
keadaan ini kita boleh mengatakan bahawa  guru sebenarnya mengukur pencapaian pelajar
melalui  ujian yang dijalankan. Dalam sesetengah keadaan penilaian dibuat tanpa sebarang
pengukuran yang melibatkan ujian terlebih dahulu; tetapi hanya melibatkan pertimbangan
nilai semata-mata.

Secara ringkasnya Penilaian ialah : Satu proses membuat pertimbangan dalam mentafsir
hasil pengukuran. Bertujuan memberikan maklumat tentang pencapaian murid, objektif
pelajaran, kaedah mengajar dan kurikulum.
AMALAN PENTAKSIRAN DALAM MATEMATIK
MTE
3123

KEPENTINGAN PENGUJIAN DAN PENILAIAN

Secara khusus, dalam konteks pembelajaran di kelas, penilaian dilakukan untuk mengetahui
kemajuan dan hasil belajar peserta didik, mendiagnosa kesulitan belajar, memberikan
umpan balik/perbaikan proses belajar mengajar, dan penentuan kenaikan kelas. Melalui
penilaian dapat diperoleh informasi yang tepat tentang penyelenggaraan pembelajaran dan
keberhasilan belajar peserta didik, guru, serta proses pembelajaran itu sendiri. Berdasarkan
informasi itu, dapat dibuat keputusan tentang pembelajaran, kesulitan peserta didik dan
upaya bimbingan yang diperlukan serta keberadaan kurikukulum itu sendiri. Selain itu
tujuan-tujuan lainnya ialah :

 Sebagai penggerak / motivasi

Ujian juga memainkan peranan sebagai penggerak bagi murid-murid. Dengan adanya ujian,
murid-murid cenderung untuk memberi perhatian kapada pelajaran yang disampaikan oleh
guru. Sebahagian besar murid akan hanya mula mengulang kaji bahan-bahan pelajaran
lampau apabila diberitahu akan diadakan ujian. Begitu juga keadaan murid-murid di kelas
yang akan menempuh peperiksaan mendesak mereka belajar bersungguh-sungguh untuk
lulus peperiksaan. Pengujian yang berdasarkan objektif-objektif pendidikan dapat memaksa
guru dan murid berusaha mencapai terhadap objektif-objektif itu, juga memberi kesedaran
kepada kanak-kanak bahawa manusia perlu hidup dalam keadaan berharmoni dengan alam
sekitarnya dan membina serta memupuk kemahiran murid-murid untuk menyelesaikan
masalah yang berbangkit dari semasa ke semasa seterusnya untuk merangsangkan murid
supaya terus memperbaiki pembelajarannya melalui tunjuk ajar dan bimbingan guru secara
berterusan di bawah aktiviti PKBS (penilaian kemajuan berasaskan sekolah).

 Sebagai alat mencari punca kelemahan

Pengujian diagnostik dapat mengesan punca kelemahan murid dalam pembelajaran.


Maklumat pengujian ini membolehkan guru menyediakan program pemulihan. Untuk
mengetahui kekuatan dan kelemahan pembelajaran murid supaya tindakan susulan yang
sesuai dapat dijalankan untuk membantu mereka mengatasi kelemahan yang telah dikenal
AMALAN PENTAKSIRAN DALAM MATEMATIK
MTE
3123

pasti. Dan seterusnya untuk memperbaiki pembelajaran murid dengan mengubahsuai aktiviti
pengajaran dan pembelajaran berasaskan maklumat yang deperolehi dari PKBS.

 Bagi mendapatkan maklumbalas (feedback)

Meninjau setakat mana objektif pelajaran telah dicapai oleh murid. Menentukan kemajuan
dan pencapaian murid dalam pembelajaran. Memahami daya penyerapan murid dalam
pembelajaran. Memberi penjelasan kepada guru sama ada pengajarannya berkesan atau
tidak. Memberi gambaran kepada guru supaya mengambil tindakan untuk memperbaiki
pengajaran selanjutnya.

Pengujian dan penilaian yang dijalankan oleh guru dalam bilik darjah akan dapat 
memberikan maklum balas  kepada guru berhubung  tahap penguasaan pelajar terhadap
sesuatu kemahiran yang telah disentuh dalam bilik darjah serta meninjau masalah yang
timbul dalam sesi pengajaran pembelajaran yang berlangsung. Dengan itu guru dapat
mengenal pasti tahap kemajuan seseorang murid dalam bilik darjah tersebut sama ada 
pada tahap yang sangat memuaskan, sederhana, lemah atau tidak ada sebarang kemajuan
langsung.  Daripada penilaian yang dijalankan juga guru dapat mengenal pasti  murid yang
cergas, yang memerlukan aktiviti pengayaan dan murid yang lemah yang memerlukan
aktiviti pengayaan. Guru juga akan membuat keputusan sama ada untuk mengubah strategi
pengajaran agar lebih bersesuaian dengan keperluan murid atau mengulang menggunakan
strategi sama dan sebagainya.

Bagi murid-murid pula, hasil ujian mungkin merupakan suatu perangsang bagi mereka
sekiranya keputusan yang diterima adalah baik. Prestasi mereka yang baik seterusnya akan
mendorong mereka belajar dengan lebih tekun lagi. Sebaliknya, keputusan yang kurang baik
mungkin akan mencabar murid berkenaan untuk berusaha dengan lebih kuat. Setengah-
setengah ibu bapa, setelah mendapat maklum balas tentang hasil ujian anak-anak mereka
akan berikhtiar untuk mendapatkan bimbingan tambahan bagi anak-anak mereka.

 Menilai prestasi / pencapaian / kemajuan murid-murid.

Proses penilaian dan pengujian yang dijalankan  pada peringkat akhir sesi pengajaran dan
pembelajaran dapat memberikan maklumat tentang setakat mana penguasaan murid-murid
tentang sesuatu kemahiran yang telah diajar. Selain penilaian yang dijalankan pada akhir
AMALAN PENTAKSIRAN DALAM MATEMATIK
MTE
3123

sesi pengajaran dan pembelajaran, proses penilaian yang dijalankan pada akhir sesuatu
tempoh pengajian yang ditetapkan, misalnya  pada akhir tahun sesi persekolahan atau
kepada pelajar Tahun 6 (PSR), Tingkatan 3 (PMB) dan Tingkatan 5 (‘O’ Level) adalah
bertujuan untuk  menentukan gred yang memperlihatkan tahap pencapaian secara
keseluruhan  yang telah murid-murid atau pelajar-pelajar  kuasai. Penilaian pada peringkat
ini lebih bercorak formal dengan memfokuskan kepada pemberian anugerah atau
pengiktirafan (hadiah Bruneishell) kepada pelajar hasil daripada pencapaian yang
ditunjukkan oleh mereka dalam peperiksaan.

Hasil penilaian yang dijalankan akan memperlihatkan pencapaian pelajar mengikut gred
yang telah ditetapkan sama ada cemerlang, sederhana atau gagal.  Guru akan dapat
membezakan murid-murid yang  cemerlang, sederhana dan lemah berdasarkan
keseluruhan prestasi pencapaian yang ditunjukkan dalam peperiksaan yang diduduki.

 Untuk mengenalpasti pengetahuan pembelajaran lampau pelajar-pelajar

Penilaian dan pengujian penting bermula sebelum memulakan pengajaran dan


pembelajaran. Sebelum guru memulakan pengajarannya dalam bilik darjah, perlu baginya 
mengadakan penilaian  dan menguji murid-muridnya bagi meninjau sejauh manakah  murid-
muridnya telah menguasai  sesuatu kemahiran atau ingin mendapatkan aspek-aspek yang
akan dipelajari. Misalnya, seseorang guru Bahasa Melayu  yang akan mengajar  kepada
penutur bukan asli bahasa Melayu, guru perlu  mengetahui aspek kemahiran manakah yang
telah dikuasai oleh pelajar dari aspek tatabahasa, perbendaharaan kata dan sebagainya.
Maklumat ini penting bagi guru  membuat keputusan dalam menentukan  peringkat yang
bersesuaian  untuk memulakan pengajaran.

Penilaian dan pengujian yang dijalankan sepanjang tempoh pengajaran dan


pembelajaran yang berlangsung pula akan memperlihatkan  kemajuan pelajar dalam jangka
masa tertentu. Pengesanan tahap kemajuan yang berterusan ini akan memungkinkan guru
mengetahui masalah yang dihadapi oleh pelajar. Adakah murid mempunyai masalah dalam
mempelajari dan menguasai sesuatu kemahiran yang telah diajar sebelumnya di dalam bilik
darjah? Sekiranya menghadapi masalah, guru akan menyelidiki aspek atau kemahiran  yang
menimbulkan masalah kepada murid-murid dan mengenal pasti punca masalah tersebut
berlaku.
AMALAN PENTAKSIRAN DALAM MATEMATIK
MTE
3123

Maklumat berkenaan amat perlu kepada guru bagi menyediakan latihan yang khusus
atau pemerhatian yang lebih kepada murid-murid berkenaan supaya masalah yang dihadapi
dapat diatasi, seterusnya guru akan merancang isi pelajaran serta menggunakan
pendekatan atau kaedah yang sejajar dengan pengetahuan sedia ada murid. Dengan cara
ini aktiviti serta isi pelajaran yang disediakan dapat menampung keperluan murid
berkenaan.. Tanpa penilaian dan pengujian yang dijalankan,  murid-murid yang menghadapi
masalah sukar dibantu dan akibatnya mereka akan terus ketinggalan dari arus perdana
persekolahan.

 Bagi pensijilan atau pengkelasan

Murid-murid di peringkat PSR, PMB dan peringkat ‘O’ akan menerima sijil-sijil yang
berkenaan setelah lulus peperiksaan-peperiksaan tersebut. Dalam situasi sekolah, adalah
jelas satu lagi peranan pengujian ialah untuk pensijilan. Gred-gred pada sijil-sijil tersebut
bergantung kepada pencapaian murid-murid dalam peperiksaan tersebut.

Selain daripada sekolah, ujian-ujian yang dijalankan dimaktab, politeknik dan universiti
juga memainkan peranan pensijilan. Para pelajar serta siswa-siswi akan dianugerahkan
diploma atau ijazah kerana telah lulus ujian-ujian tertentu. Diploma dan ijazah juga
merupakan satu bentuk sijil yang diberi sijil kepada mereka yang berjaya dalam peperiksaan
mengikut prestasinya.

 Bagi membuat ramalan

Untuk meramalkan kejayaan murid pada masa akan dating atau sebagai alat prediksi.
Penilaian bertujuan untuk mendapatkan informasi yang dapat memprediksi bagaimana kerja
peserta didik pada jenjang pendidikan berikutnya atau dalam pekerjaan yang sesuai.

Ujian seperti ini biasanya dijalankan oleh pihak berkuasa semasa memilih calon-
calon bagi sesuatu kursus atau latihan atau ujian yang bertujuan membuat ramalan seperti
Ujian Kelayakan Latihan Perguruan, ujian yang dijalankan oleh pihak politeknik setempat,
ujian kelayakan yang dijalankan oleh Jabatan Penerbangan Awam untuk memilih para
jurutera (penerbangan) pelatih, ujian yang dijalankan oleh Angkatan Tentera semasa
memilih para pelatih juruteknik dan sebagainya.
AMALAN PENTAKSIRAN DALAM MATEMATIK
MTE
3123

Di dalam bilik darjah, guru mungkin menjalankan ujian prognostik untuk membuat
ramalan tentang kecenderungan dan kebolehan murid. Contoh dari penilaian ini adalah ujian
bakat skolastik atau ujian potensi akademik. Hasil daripada ujian prognostik  akan
digunakan oleh guru dalam perancangan kaedah, bahan-bahan pengajaran dan alat-alat
bantu mengajar.

 Bagi membuat klasifikasi

Sebagai grading, penilaian ditujukan untuk menentukan atau membezakan kedudukan hasil
kerja peserta didik dibandingkan dengan peserta didik lain. Kerana itu, fungsi penilaian
untuk grading ini cenderung membandingkan anak dengan anak yang lain sehingga lebih
mengacu kepada penilaian acuan norma (norm-referenced assessment), prestasi yang
paling baik dikumpulkan dalam Kumpulan A, prestasi yang sederhana baik dalam Kumpulan
B dan Kumpulan C dan yang lemah dalam Kumpulan D atau untuk memilih dan
menempatkan pelajar mengikut aliran tertentu misalnya, keputusan pelajar yang cemerlang
dalam mata pelajaran sains memungkinkan ditempatkan dalam aliran sains atau mengikut
kecenderungan seseorang murid berkenaan.. Pengumpulan seperti ini akan membantu guru
menjalankan aktiviti-aktiviti pengayaan dan pemulihan. Oleh itu guru boleh menggunakan
kriteria kebolehan untuk membahagikan murid-murid mengikut prestasi masing-masing.

 Pemilihan

Keputusan penilaian sering digunakan sebagai asas dan panduan untuk memilih murid-
murid ke jurusan-jurusan pendidikan yang sesuai dan sebagai asas untuk murid memilih
pekerjaan kelak mengikut jurusan pendidikan yang telah dipilihnya atau mengikut
kepandaiannya, juga sebagai alat seleksi, penilaian ditujukan untuk memisahkan antara
peserta didik yang masuk dalam kategori tertentu dan yang tidak. Peserta didik yang boleh
masuk sekolah tertentu atau yang tidak boleh. Dalam hal ini, fungsi penilaian untuk
menentukan seseorang dapat masuk atau tidak di sekolah tertentu.

Di samping itu, guru juga dapat  menentukan adakah semua murid  dapat dipilih serta
dikelompokkan  dalam satu kumpulan yang besar berasaskan tahap penguasaan yang
berbeza atau di kelompokan dalam kumpulan yang sama. Dalam suasana penguasaan
AMALAN PENTAKSIRAN DALAM MATEMATIK
MTE
3123

yang berbeza, wajar bagi guru  menempatkan murid mengikut  tahap penguasaan masing-
masing dan menumpukan pengajaran mengikut keperluan murid yang berbeza-beza.
Keadaan ini menunjukkan tujuan penilaian dan pengujian yang dijalankan adalah  untuk
memilih dan menempatkan pelajar mengikut tahap penguasaan sesuatu kemahiran.

 Penyelidikan

Dalam satu-satu  penyelidikan, maklumat diperlukan daripada berbagai-bagai sumber.


Dalam penyelidikan yang berkaitan dengan pendidikan, maklumat dapat diperoleh dari ujian,
pemerhatian, penggunaan soal selidik, biografi dan sebagainya. Keputusan pelbagai jenis
ujian seperti ujian tara, ujian kepantasan, ujian daya dan ujian perlakuan sentiasa digunakan
oleh parapenyelidik dalam menjalankan kajian-kajian mereka.
AMALAN PENTAKSIRAN DALAM MATEMATIK
MTE
3123

LIMA GARIS PANDUAN PENTING DALAM PENGGUBALAN SOALAN OBJEKTIF


BERANEKA PILIHAN.

1. Soalan (Item)
Secara amnya, setiap item aneka pilihan mesti sah iaitu mematuhi Jadual Spesifikasi Ujian
(JSU) yang telah digariskan. Selain itu, setiap item yang dibina seharusnya tepat yakni
bertumpu secara khusus pada sesuatu perkara. Item juga seharusnya berdiri sendiri yang
bermakna item tersebut tidak menjadi kata kunci atau clue kepada soalan yang lain dalam
kertas ujian yang sama.

Seterusnya, soalan yang digubal seharusnya terang dan jelas di mana maksudnya
difahami dan tidak membawa kepada keraguan kepada penjawab soalan. Lebih daripada
itu, item seharusnya terpelihara aspek teknik dan bahasanya agar mudah difahami. Selain
itu, item perlulah berkecuali iaitu tidak berat sebelah dari sudut kaum wilayah dan
sebagainya. Hal ini bagi mengelakkan tercetusnya perkara yang tidak sepatutnya. Sesuatu
item itu seeloknya merangkumi keseluruhan tajuk yang dipelajari. Item perlu dijaga
penggubalannya agar adil kepada semua yang menjawab soalan tersebut.

2. Pokok Soalan (Stem)


Pokok soalan harus ditulis dalam bahasa yang mudah difahami . Bentuknya boleh ditulis
dalam ayat soalan atau ayat yang tidak lengkap. Kesukarannya hendaklah mengikut aras
kemahiran yang ditentukan dalam JSU. Pokok soalan yang berbentuk negatif haruslah
dikurangkan atau dielakkan langsung. Jika bentuk negatif terpaksa digunakan, perkataan
seperti ‘bukan’ atau ‘tidak’ harus ditulis dalam huruf besar atau digariskan. Rajah dan carta
dalam pokok soalan mesti disertakan dengan tajuk yang berkaitan.

Setiap pokok soalan perlu mengandungi tugasan khusus dan jelas. Pokok soalan
juga perlu mengandungi maklumat yang mencukupi untuk calon membuat pilihan. Sebaik-
AMALAN PENTAKSIRAN DALAM MATEMATIK
MTE
3123

baiknya, jumlah perkataan yang terdapat dalam stem lebih banyak daripada
perkataan-perkataan dalam pilihan. Jikalau diperlukan garisan bagi pernyataan yang belum
selesai, jangan letakkan garis itu pada pangkal tugasan. Jika terdapat lebih daripada satu
garisan seperti pada soalan kloz, panjang tiap-tiap garisan itu hendaklah sama.

3. Pilihan Jawapan
Pilihan jawapan atau gerak balas hendaklah ditulis sejajar dengan pokok soalan. Misalnya,
jika calon dikehendaki memberi satu angka dalam jawapan, maka semua pilihan jawapan
harus ditulis dalam bentuk angka sahaja. Elakkan ulangan perkataan yang sama dalam
setiap pilhan jawapan. Pastikan pilihan jawapan mencukupi dan terdapat hanya satu
jawapan pilihan sahaja. Pilihan jawapan seharusnya ditulis dengan bersistem di mana ia
disusun mengikut panjang pendek abajad atau besar kecil nombor. Selain itu, pilihan
jawapan perlu disusun dalam bentuk menegak dan bukannya mendatar.

Pilihan jawapan seharusnya bersifat homogen iaitu setara iaitu sama jenis dan yang
seumpama dengannya. Pilihan jawapan juga perlu selaras dengan stem soalan misalnya
jawapan untuk pernyataan yang tidak lengkap. Sebaiknya, pilihan jawapan mempunyai satu
petunjuk sahaja dan mempunyai perbezaan minimum antara jawapan.

4. Pengganggu
Bagaimanapun, untuk mengelak tekaan, pengganggu-pengganggu boleh memainkan
peranan yang berpatutan. Ini boleh dilakukan dengan pelbagai cara seperti menulis
pengganggu-pengganggu serupa dengan pilihan jawapan yang betul. Jawapan pengganggu
hendak dibentuk seolah-olah diterima sebagai jawapan betul, angka dalam pilihan-pilihan
jawapan disusun mengikut turutan menaik atau menurun, dan menyebarkan pilihan jawapan
yang betul di antara pilihan A, B, C atau D. Pengganggu seperti ‘tidak ada jawapan’ atau
‘semua yang di atas’ harus dielakkan atau dikurangkan.

Pengganggu juga perlualah munasabah dan bukannya hanya untuk ada dandibuang
begitu sahaja oleh calon. Sebaiknya, pengganggu mampu menarik perhatian calon yang
tidak mengetahui jawapan sebenar. Pengganggu yang mantap adalah yang hampi-hampir
betul tetapi bukan jawapan yang tepat.

5. Petunjuk
AMALAN PENTAKSIRAN DALAM MATEMATIK
MTE
3123

Petunjuk semestinya hanya satu dan sememangnya jawapan yang dikehendaki. Petunjuk
seharusnya tidak terlalu bertentangan dengan pengganggu dan tidak mempunyai kata kunci
atau clue yang sama dengan jawapan sebenar. Penaipan soalan juga perlu diberi perhatian
iaitu terdapat jarak yang sesuai di antara arahan dengan item, stem dengan pilihan,
rangsangan dengan tugasan, cantuman dengan pilihan, dan baris dengan baris.
Pembinaan soalan objektif aneka pilihan memang rumit tetapi pemarkahannya cukup mudah
dan mengambil masa yang pendek sahaja. Pemarkahannya bertambah pantas lagi dengan
menggunakan komputer. Analisis item juga boleh dilakukan dengan komputer. Banyak lagi
kelebihannya jika ditinjau dari sudut lain seperti kebolehan mengukur butiran khusus,
kesahan dan kebolehpercayaan.

KESIMPULAN

Dari tujuan penilaian yang telah disenaraikan tadi, tujuan untuk melihat tingkat
penguasaan kompetensi, bimbingan, dan diagnostik merupakan peranan utama dalam
penilaian. Sesuai dengan tujuan tersebut, penilaian menuntut guru agar secara langsung
atau tak langsung mampu melaksanakan penilaian dalam keseluruhan proses
pembelajaran. Untuk menilai sejauhmana siswa telah menguasai beragam kompetensi,
tentu saja berbagai jenis penilaian perlu diberikan sesuai dengan kompetensi yang akan
dinilai, seperti unjuk kerja (performance), penugasan (projek), hasil karya (produk),
kumpulan hasil kerja siswa (portofolio), dan penilaian bertulis (paper and pencil test). Jadi,
tujuan penilaian adalah memberikan masukan informasi secara komprehensif tentang hasil
belajar peserta didik, baik dilihat ketika saat kegiatan pembelajaran berlangsung mahupun
dilihat dari hasil akhirnya, dengan menggunakan berbagai cara penilaian sesuai dengan
kompetensi yang diharapkan dapat dicapai peserta didik.
AMALAN PENTAKSIRAN DALAM MATEMATIK
MTE
3123

BIBLIOGRAFI

Mok Soon Sang (2004) A Primary Education Course In Mathematics For Post Graduate
Diploma (K.P.L.I), Subang Jaya: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd

Mok Soon Sang (1996). Pengajian Matematik Untuk Diploma Perguruan, Kuala Lumpur:
Kumpulan Budiman Sdn. Bhd

Seow Siew Hua (1995). Pengajaran Matematik KBSR, Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti
Sdn.Bhd.

Tuan Jah Tuan Yusof dan Faridah Nazir (2014). Pentaksiran Bahasa Melayu Sekolah
Rendah. Selangor. Penerbitan Multimedia

Yahya Othman (2005). Trend dalam Pengajaran dan Pembelajaran, Kuala Lumpur:
Penerbitan Zafar Sdn. Bhd

http://drmaridah.blogspot.com/2013/06/definisi-pentaksiran-pengujian-dan.html dicapai pada


20 Julai 2015

You might also like