You are on page 1of 12

1.

0 PENGENALAN

Iklim sekolah mencerminkan aspek fizikal dan psikologi sesebuah sekolah yang lebih
berupaya untuk berubah dan menyediakan keadaan-keadaan penting untuk sesuatu proses
pengajaran dan pembelajaran. Iklim sekolah, dengan lebih berfokusnya, merupakan bukti
terhadap perasaan dan sikap yang dizahirkan oleh para pelajar, guru-guru, staf dan ibu bapa.
Keadaan atau suasana sekolah yang tenang dan nyaman, sesuai untuk proses pengajaran dan
pembelajaran dianggap sebagai mempunyai iklim sekolah yang berkesan.

Litwin dan stringer (dalam Gunbayi, 2007;1) menyatakan bahawa iklim sekolah
didefinisikan secara bervariasi oleh para ahli sebagai hasil dari persepsi subjektif terhadap
sistem formal, gaya kepimpinan pengetua dan faktor lingkungan lain yang mempengaruhi sikap,
kepercayaan, nilai dan motivasi individu yang berada pada sekolah tersebut.

Iklim sekolah yang positif wujud apabila semua pelajar-pelajar berasa selesa,
diperlukan, berharga, diterima dan selamat di dalam sesuatu persekitaran di mana mereka
boleh berinteraksi dan berkongsi denagan orang-orang yang dipercayai. Iklim sekolah yang
positif mempengaruhi mereka yang berkaitan dengan sekolah termasuklah pelajar, guru, staf,
ibu bapa dan komuniti setempat. Ianya merupakan suatu system kepercayaan yang
menggambarkan aktiviti seharian sesebuah sekolah.

2.0 PUNCA-PUNCA KONFLIK DALAM IKLIM SEKOLAH

Konflik merupakan satu fenomena yang lumrah dan sudah menjadi asam garam
kehidupan manusia terutamanya dalam iklim sekolah. Konflik tercetus disebabkan seseorang
itu mempunyai kemahuan dan pengharapan yang sering bercanggah dengan orang lain sama
ada majikan, rakan sekerja, keluarga sendiri atau individu lain yang perlu berurusan dengannya.
Di dalam sistem sosial yang bernama sekolah, konflik boleh membawa kepada kedinamikan
untuk membolehkan organisasi tersebut sentiasa berkembang. Menurut Stott & Walker (1992),
jenis-jenis konflik terdiri daripada tiga jenis konflik utama iaitu konflik intrapersonal, konflik
interpersonal dan konflik antara kumpulan.

Menurut Mok Soon Sang (2009), dalam iklim sekolah pelbagai jenis konflik yang boleh
dibincangkan. Antaranya ialah, konflik antara murid dengan pihak sekolah, konflik antara murid
dengan guru, konflik antara guru besar/pengetua, guru-guru dan staf dan konflik antara murid

1
dengan murid. Konflik seperti ini boleh tercetus di dalam iklim sekolah disebabkan pelbagai
punca.

2.1 Konflik Antara Murid Dengan Pihak Sekolah

Konflik ini berpunca daripada kekurangan fleksibiliti dan kreativiti dalam kerja guru,
kerana terpaksa mematuhi garis panduan kurikulum dan kandungan sukatan pelajaran untuk
tujuan peperiksaan, hinggakan guru-guru sanggup mengenepikan kepentingan perbezaan
potensi murid-murid dalam sekolah.

Selain daripada itu, isi kandungan pengajaran-pembelajaran yang terlalu berat dan
kompleks sehinggakan murid-murid tidak dapat menguasai sepenuhnya untuk menghadapi
peperiksaan dengan penuh keyakinan. Hal ini boleh menyebabkan timbulnya konflik dalam diri
palajar dengan pihak sekolah. Sekolah menjadi neraka peperiksaan yang menimbulkan
perasaan cemas dalam diri murid-murid sehingga berlakunya tingkah laku mereka yang
berkonflik dengan aspirasi dan matlamat sekolah.

Seterusnya, perbezaan budaya murid dengan budaya sekolah pula menimbulkan


konflik antara murid dengan pihak sekolah, sehingga berlakunya masalah disiplin sekolah.

2.2 Konflik Antara Murid Dengan Guru

Mengikut kajian, kebudayaan, kecenderungan, minat, aspirasi, sikap, ilmu pengetahuan


dan gaya pembelajaran yang dibawa oleh murid sekolah adalah bertentangan dengan yang
diperolehi guru. Maka, timbullah konflik antara murid-murid dengan guru dalam sistem sosial di
sekolah.

Selain daripada itu, gaya kepimpinan guru yang bercorak autokratik menjadi punca
berlakunya konflik antara murid dengan guru. Perkataan autokratik membawa maksud corak
pemerintahan yang mempunyai kuasa mutlak. Maka, kepimpinan autokratik seorang guru
merujuk kepada coraknya menguruskan kelas dengan kuasa penuh. Guru yang bersifat
autokratik menetukan segala aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Murid-murid hanya
mengikut arahan dan kehendak guru dan tidak diberi peluang menyuarakan pendapat atau
memberi cadangan mereka. Kepimpinan guru yang bersikap autokratik ini akan meninggalkan
kesan konflik antara murid dengan guru.

2
Konflik antara murid dengan guru tercetus disebabkan oleh strategi dan pendekatan
pengajaran yang berpusatkan guru kurang memberi pertimbangan perbezaan individu, khasnya
dari aspek intelek dan kebolehan di antara murid dalam kelas yang diajar. Kaedah mengajar
keseluruhan kelas biasanya bertumpukan kebolehan murid-murid dalam kumpulan sederhana.
Ini menyebabkan murid-murid dalam kumpulan cerdas beras bosan, sedangkan murid-murid
dalam kumpulan lambat belajar pula menghadapi masalah mengikuti pembelajaran guru
sekaligus menimbulkan konflik antara kedua-dua kumpulan murid tersebut dengan guru dalam
bilik darjah.

2.3 Konflik Antara Guru Besar/Pengetua, Guru-Guru Dan Staf Bukan Akademik

Konflik ini kadangkala berlaku dalam iklim sekolah. Konflik antara pihak-pihak ini
biasanya berpunca daripada perbezaan status, kerja, sikap, nilai gaya kepimpinan dan
pengurusan, pendekatan, aspirasi dan matlamat, di samping perjuangan kepentingan pihak-
pihak tersebut. Misalnya, dalam perjuangan untuk merebut peluang naik pangkat ataupun
memperoleh faedah pergerakkan gaji secara menegak atau melintang di bawah SSM, maka
taksiran pentadbir terhadap prestasi mereka sama ada adil atau kurang adil. Ini menyebabkan
rungutan atau konflik secara terbuka yang berlaku antara mejoriti guru dan staf bukan akademik
dengan pihak pentadbir sekolah, khasnya guru besar/ pengetua.

Matlamat yang berbeza menjadikan punca berlakunya konflik antara pihak-pihak ini.
Perbezaan tersebut berlaku kerana latar belakang dan pemikiran yang berbeza antara pekerja-
pekerja di sekolah. Misalnya, arahan yang diberikan kepada staf-staf. Kemungkinan terdapat
staf yang tidak dapat menerima arahan tersebut dalam jangka masa terdekat. Konflik akan
bertambah melebar dan paksaan hanya akan membawa kepada tindakan lebih buruk bagi
menunjukkan ketidakpuasan hati mereka.

Selain itu, masalah kekurangan maklumat menjadi punca berlakunya konflik antara staf-
staf dalam sekolah sama ada staf bukan akademik ataupun guru. Masalah kekurangan
maklumat selalu terjadi dalam pengurusan sesebuah sekolah. Ini kerana komunikasi yang
lemah antara bahagian atau individu itu sendiri yang gagal menguruskan maklumat tersebut.
Contohnya, pihak staf sokongan seperti kerani tidak menyampaikan maklumat yang diarahkan
oleh pentadbir akan menyebabkan guru-guru ketinggalan maklumat seperti kursus peningkatan
ataupun pekeliling baru. Pengurusan maklumat yang lemah menjejaskan mutu kerja dan

3
akhirnya gagal mencapai matlamat yang ditetapkan sekaligus mencetuskan konflik antara
mereka.

2.4 Konflik Antara Murid Dengan Murid

Konflik murid-murid lazimnya berpunca daripada perbezaan kebudayaan, modal


budaya, kecerdasan, pencapaian, sikap, latar belakang, status kelas sosial dan peribadi di
antara individu atau di antara kumpulan murid-murid. Murid-murid dalam kelas sosial bawahan
biasanya bersikap negatif terhadap pembelajaran dan sering berkonflik dengan golongan murid
dalam kelas sosial menengah dan atasan yang mempunyai modal budaya yang kuat serta
prestasi yang cemerlang. Khasnya pengawas-pengawas sekolah yang sering dipandang
sebagai musuh dan penghalang kebebasan kumpulan rakan sebaya. Ini membenttuk sub
budaya yang negatif dalam iklim sekolah.

3.0 CADANGAN LANGKAH UNTUK MENGATASI KONFLIK DALAM IKLIM SEKOLAH

Langkah-langkah untuk menangani konflik dalam iklim sekolah perlu dibuat bagi
mewujudkan sekolah yang harmoni dan mencapai matlamat sesebuah sekolah. Antara
cadangan langkah yang perlu dibuat bagi mengatasi konflik adalah melalui kepimpinan
pentadbiran sesebuah sekolah tersebut. Guru besar/ pengetua di sekolah mestilah mempunyai
polisi pintu terbuka di mana idea daripada guru dan juga pelajar diambil kira untuk dipraktikkan.
Guru besar/ pengetua juga perlu sentiasa memberi sokongan kepada guru terhadap amalan
pengajaran mereka dan menggalakkan mereka menggunakan inovasi dalam kerja seharian.
Guru besar/ pengetua juga perlu bersikap adil dengan anak-anak buah mereka supaya konflik
antara mereka dapat dielak.

Seterusnya, guru perlu sentiasa mempunyai persepsi yang positif semasa menerima
tugas dan melaksanakan tugas yang diberi. Persepsi yang positif bukan sahaja dapat
memotivasikan seseorang tetapi juga akan mengurangkan stress kerja seseorang sekaligus
menangani konflik dalam iklim sekolah. Persepsi yang positif dapat menjayakan sesuatu
program dan dapat mencapai matlamat yang ditentukan oleh sekolah dan dapat
mengharmonikan lagi iklim sekolah. Murid-murid juga perlu mempunyai persepsi yang positif
terhadap apa yang ada di sekeliling mereka. Dengan adanya murid-murid yang mempunyai
persepsi yang positif, ia dapat menangani konflik antara murid dengan murid di sekolah.

4
Selain daripada itu, langkah untuk menangani konflik dalam iklim sekolah ialah dengan
perhubungan interpersonal antara murid dengan guru, guru dengan staf sokongan dan guru
besar/ pengetua dengan guru serta staf sokongan. Berdasarkan profil iklim sekolah, guru-guru
dan pelajar mempunyai hubungan interpersonal yang lebih positif. Guru mempunyai semangat
kekitaan terhadap sekolah dan bangga menjadi guru di sekolah tersebut. Mereka sentiasa
memandang kehadapan dalam usaha mereka bagi meningkatkan profesionalismenya.

Melalui kaedah visualisasi, konflik dalam iklim sekolah dapat dikurangkan.


Kebiasaannya kaedah ini dipraktikkan oleh guru di sekolah. Guru sentiasa membayangkan
cara-cara membayangkan penyampaian pelajaran yang berkesan kepada murid-murid mereka.
Guru juga akan membayangkan masalah-masalah yang mungkin timbul apabila menggunakan
strategi pengajaran yang tertentu. Guru akan memilih strategi pengajaran yang sesuai dengan
aras murid-murid. Melalui kaedah ini, guru dapat menangani konflik antara mereka dengan
murid.

Kemudahan fizikal di sekolah juga dapat menangani konflik di sesebuah sekolah. Ini
kerana, murid-murid dan guru merasa sangat selesa ketika berada di perkarangan sekolah.
Persekitaran sekolah yang sentiasa berada dalam keadaan bersih dan teratur dapat menjana
ke arah sekolah cemerlang. Sekolah yang cemerlang mempunyai ruang yang mencukupi untuk
proses pengajaran dan pembelajaran. Dengan ini, murid-murid dan berbangga dengan
kemudahan fizikal yang mereka ada dan sentiasa membantu dalam mengekalkan keadaan
kemudahan tersebut dalam keadaan yang sehabis baik. Hal ini, sekaligus dapat mengurangkan
kadar konflik yang berlaku dalam iklim sekolah.

4.0 SEJAUHMANA KESEDIAAN BELAJAR DAN MOTIVASI KANAK-KANAK


MEMPENGARUHI DISIPLIN DI BILIK DARJAH

Kesediaan belajar bermaksud keadaan dalaman individu yang bersedia dan berupaya
untuk mempelajari sesuatu dengan tujuan memperolehi pengalaman pembelajaran baru.

Menurut John C. Ruch, kesediaan adalah istilah untuk perkembangan tahap kebolehan
tertentu dan satu set minat tertentu. Dalam had keupayaan murid, seseorang murid yang belum
bersedia untuk menguasai konsep tau kemahiran yang diberikan boleh disediakan untuk
menguasainya melalui anggaran yang sistematik dan berurutan ( atau dengan kata lain,
kesediaan belajar )

5
Terdapat pelbagai jenis kesediaan belajar iaitu, kesediaan kognitif, kesediaan
psikomotor dan kesediaan afektif. Kesediaan kognitif berkaitan dengan perkembangan mental
murid untuk membolehkan mereka memahami, berfikir dan menaakul dalam persekitaran
pembelajaran yang baru. Secara umum, kesediaan kognitif ditingkatkan apabila umur
meningkat. Contoh, pada peringkat permulaan, kanak-kanak boleh memahami pendapat yang
berbeza dan mengingat kembali. Pada peringkat berikutnya, mereka berupaya
mengintergrasikan beberapa pendapat untuk menyelesaikan masalah sekaligus dapat
mendisiplinkan mereka ketika berada di bulik darjah.

Kesediaan psikomotor pula merujuk kepada penguasaan kemahiran yang memerlukan


tindakan fizikal. Ia merangkumi perkembangan otot, tulang, sendi, koordinasi dan kawalan
pergerakan tubuh badan. Penguasaan kemahiran psikomotor berkait rapat dengan
perkembangan intelek dan efektif. Untuk memperoleh pencapaian cemerlang dalam kemahiran
psikomotor, muridperlu mempunyai intelektual yang tinggi dan sikap yang positif. Justeru itu,
kesediaan belajar dapat mempengaruhi disiplin kanak-kanak di bilik darjah.

Bagi kesediaan afektif pula, ianya merangkumi sikap, rasa ingin tahu, rajin, perasaan
minat dan nilai yang boleh menerima pembelajaran. Untuk murid menjadi cemerlang dalam
pembelajaran, kesediaan afektif yang positif memainkan peranan yang amat penting. Saya
percaya bahawa kanak-kanak yang mempunyai kesediaan untuk belajar akan mempunyai
tahap disiplin yang tinggi., memupuk usaha yang lebih dan berasa seronok dalam pembelajaran
mereka.

Motivasi pula dapat diertikan sebagai fungsi, bermaksud motivasi berfungsi sebagai
daya penggerak dari dalam diri individu untuk melakukan aktiviti tertentu dalam mencapai
sesuatu tujuan. Motivasi dapat menghasilkan perubahan sikap daripada sikap negative kepada
sikap sikap yang positif. Kanak-kanak yang mempamerkan sikap yang tidak diingini dapat
menunjukkan perubahan sikap mereka sekiranya mereka diberi dorongan melalui teknik-tenik
peneguhan positif dan peneguhan negatif daripada Teori Skinner.

Peneguhan positif yang diambil oleh guru dalam memotivasikan murid mereka ke arah
menjadi pelajar yang berdisiplin. Melalui teknik ini, guru akan memberikan sesuatu ganjaran
setelah sesuatu perlakuan yang positif ditunjukkan dan ia akan menyebabkan perlakuan itu
diulangi dan diperkuatkan lagi.

Peneguhan negatif pula ditafsirkan sebagai hukuman, tindakan atau denda yang
digunakan oleh seseorang guru bagi menghalang muri-murinya daripada berkelakuan yang

6
tidak diingini. Contohnya, guru mengurangkan waktu rehat selama lima minit berbanding
dengan rakan lain kerana membuat bising sewaktu di bilik darjah. Tindakan ini bagi
menghalang murid berkenaan darpada terus mengulangi kelakuan yang tidak diingini tersebut.
Kedua-dua teknik ini adalah sangat baik dalam memotivasikan kanak-kanak dan sekaligus
mempengaruhi disiplin kanak-kanak di bilik darjah.

Kesimpulannya, kesediaan belajar dan motivasi kanak-kanak sangat berkait rapat dalam
mempengaruhi disiplin kanak-kanak di bilik darjah. Kedua-duanya adalah langkah dalam
menangani masalah disiplin di kalangan pelajar.

5.0 LANGKAH-LANGKAH PENGURUSAN BILIK DARJAH YANG SESUAI UNTUK


MELAHIRKAN KANAK-KANAK YANG BERDISIPLIN.

Di bilik darjah, guru memainkan peranan sebagai pengajar dan sebagai pengurusan.
Keberkesanan aktiviti pengajaran dan pembelajaran berkait rapat dengan kecekapan
pengurusan bilik darjah seseorang guru. Guru yang cekap mengurus, membolehkan
pengajaran dan pembelajaran dijalankan secara sistematik dan lancer. Justeru itu, guru
mewujudkan suasana dan keadaan yang membolehkan kanak-kanak mengikuti pelajaran
mereka tanpa gangguan sekaligus melahirkan modal insane yang berdisiplin.

Pelbagai cadangan langkah-langkah pengurusan bilik darjah yang sesuai diambil oleh
guru bagi melahirkan kanak-kanak yang berdisiplin. Antaranya ialah, pengurusan keadaan
fizikal bilik darjah yang baik dapat mengurangkan masalah disiplin dalam kalangan kanak-
kanak. Keadaan fizikal bilik darjah yang baik seperti bilik darjah yang bersih, ceria, cahaya yang
mencukupi dan sebagainya membolehkan meningkat semangat murid untuk menumpukan
perhatian ke atas pelajaran. Persekitaran bilik darjah yang kondusif merupakan tempat kanak-
kanak dapat melibatkan diri dan mengambil bahagian dalam aktiviti. Persekitaran ini
mempunyai keupayaan untuk meransang minat dan semangat kanak-kanak untuk terus belajar
justeru dapat mendisiplinkan mereka ketuka berada dalam bilik darjah.

Selain daripada itu, pengurusan peraturan bilik darjah perlu jelas serta mudah dipatuhi.
Guru perlu bersifat tegas tetapi adil dalam melaksanakan peraturan-peraturan. Guru perlulah
membina peraturan dan prosedur untuk mentadbir aktiviti dalam bilik darjah. Peraturan
merupakan penyataan yang menentukan perkara-perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan
oleh murid. Contoh peraturan yang biasa ditemui ialah setiap murid perlulah mempunyai rasa

7
hormat, mesra dan bersifat membantu rakan-rakan mereka, murid perlu menyiapkan tugasan
mereka dan perlu mengangkat tangan mereka jika mahu menjawab sebarang pertanyaan.
Amalan ini memelihara penghormatan kanak-kanak pada guru mereka. Justeru perasaan
kurang puas hati di kalangan kanak-kanak dapat dielakkan dan menjauhi masalah disiplin di
bilik darjah.

Seterusnya, dalam pengurusan bilik darjah yang baik, guru perlu berusaha mewujudkan
perhubungan yang mesra dengan kanak-kanak. Perhubungan yang mesra menggalakkan
komunikasi antara kanak-kanak dengan rakannya. Melalui cara ini, segala masalah kanak-
kanak dapat diluahkan dan guru boleh cuba mendengar masalah-masalah itu secara simpati
dengan anak muridnya. Amalan inidapat mengurangkan disiplin di dalam bilik darjah.

Guru juga perlu membentuk rutin dalam bilik darjah bagi mendisiplinkan kanak-kanak
ketika melaksanakan aktiviti-aktiviti mereka di dalam bilik darjah. Rutin ialah prosedur atau
langkah-langkah yang mesti diikuti oleh kanak-kanak dalam aktiviti spesifik mereka. Rutin
bertujuan untuk melicinkan proses pengajaran dan pembelajaran sekaligus mendisiplinkan
kanak-kanak dengan rutin yang mereka perlu buat setiap hari. Contoh amalan rutin ialah guru
mengambil kehadiran setiap hari, cara mengedar dan menyimpan bahan pengajaran ,
membentuk kumpulan dalan kelas dan sebagainya.

Pengurusan bilik darjah yang baik biasanya menggunakan rutin. Rutin menjimatkan masa dan
tenaga. Rutin adalah cara sistematik bagi menjalankan aktiviti-aktiviti bilik darjah. Tambahan
pula, rutin bilik darjah yang diuruskan secara sistematik dapat mengurangkan masalah disiplin.
( Abdullah Sani Yahya;2006;99 )

Akhir sekali, guru perlu mewujudkan persekitaran psikososial dalam bilik darjah bagi
menangani masalah disiplin di kalangan kanak-kanak. Psikososial merujuk kepada hubungan
antara keperluan emosi individu dengan persekitaransosialnya. Persekitaran psikososial yang
sihat dalam bilik darjah dengan mempunyai ciri-ciri seperti suasana selesa dan mesra, bebas
ancaman dan bahaya fizikal. Jika persekitaran psikososial ini tidak dititikberatkan oleh guru,
masalah disiplin akan berlaku dalam kalangan kanak-kanak. Oleh itu, bagi menguruskan
keperluan psikososial setiap murid, guru perlulah menjadi seorang guru yang asertif iaitu guru
yang mempunyai matlamat yang jelas dengan pengurusan , yakin dan bersikap adil dengan
muridnya.

Kesimpulannya, semasa menguruskan bilik darjah, guru memainkan pelbagai peranan


penting bagi melahirkan modal insan yang berdisiplin. Mengurus dan mewujudkan disiplin

8
dalam bilik darjah adalah satu unsur utama bagi mencapai kejayaan dalam proses pengajarann
dan pembelajaran.

6.0 PENUTUP

Kesimpulannya, terdapat banyak kajian yang dijalankan menunjukkan bahawa iklim


sekolah yang positif dapat memberi kesan terhadap pencapaian akademik pelajar dan
kejayaan sesebuah organisasi sekolah. Perhubungan antara iklim sekolah dengan para pelajar
ini dapat menyumbang secara tidak langsung terhadap kepuasan kerja guru-guru dalam
menjalankan tanggungjawab mereka terhadap proses pengajaran dan pembelajaran.

7.0 REFLEKSI

Berdasarkan tugasan yang telah diberikan ini, saya dapat membuat kesimpulan bahawa
iklim sekolah memberi impak yang besar kepada sesebuah sekolah itu bagi melahirkan modal
insan yang berilmu dan berkualiti. Saya juga dapat mengetahui pelbagai unsur yang boleh
mempengaruhi budaya sekolah menjadi positif sekaligus memperkembangkan lagi sekolah
tersebut. Antaranya ialah pengurusan bilik darjah dan disiplin murid-murid.

Penerangan awal mengenai tugasan yang diberikan oleh pensyarah agak kabur dan
menyebabkan timbulnya kesukaran bagi saya untuk memahami kehendak tugasan yang telah
diberikan. Namun begitu, dengan kesungguhan yang ditunjukkan oleh pensyarah pembimbing
dalam memberikan penerangan yang lebih jelas sekali lagi telah dapat membuatkan saya dapat
memahami kehendak tugasan yang sebenar-benarnya.

Semasa proses menyelesaikan tugasan ini, terdapat beberapa masalah yang saya
hadapi seperti kesukaran untuk mendapatkan maklumat. Hal ini demikian kerana buku-buku
yang dibekalkan di perpustakaan IPG tidak mencukupi. Walaupun begitu, saya tidak berputus
asa dan cuba mencari maklumat lain seperti di internet. Namun, dalam menyiapkan tugasan ini,
sudah pasti terdapat salah dan silap yang dilakukan dengan tidak sengaja malahan kesalahan-
kesalahan ini secara tidak langsung boleh mencacatkan hasil kerja saya. Oleh itu, saya dengan
kudrat yang ada berusaha untuk mengelakkan kejadian seumpama ini berlaku.

Tugasan ini memerlukan saya untuk mengupas tentang punca konflik yang sering
berlaku dalam iklim sekolah serta cadangan cara untuk menanganinya. Pada mulanya, saya

9
mencari konflik antara siapa yang sering berlaku di sekolah. Selepas itu, saya mengupas
bagaimana konflik-konflik ini boleh berlaku. Semasa proses ini, saya mengalami kesukaran
dalam membuat hujah bagi punca-punca konflik yang berlaku. Namun, saya mengatasinya
dengan mengimbas kembali zaman persekolahan saya dahulu dan mengaitkan dengan
maklumat yang saya dapat daripada pelbagai rujukan. Maka dengan itu, tugasan saya ini dapat
diselesaikan dengan jayanya.

Proses menyiapkan tugasan ini membolehkan saya mempelbagaikan kaedah dalam


mengakses maklumat bagi melegkapkan kajian saya terhadap tugasan ini. Saya juga ada
mengakses internet dan memuat turun maklumat-maklumat yang penting mengenai topic yang
telah diberikan kepada saya. Semua maklumat yag diperoleh telah dianalisis dan
dipertimbangkan untuk dimuatkan dalam penulisan saya ini bagi memberi kefahaman yang luas
kepada saya. Selain itu, melalui proses menyiapkan tugasan kerja kursus ini membuatkan saya
berbincang dengan rakan-rakan, sekaligus mengeratkan hubungan silaturrahim antara kami.

Tugasan ini juga menghendakkan saya untuk membincangkan tentang sejauh mana
perbezaan kesediaan belajar dan motivasi kanak-kanak mempengaruhi disiplin dan
mencadangkan langkah-langkah pengurusan bilik darjah yang sesuai bagi melahirkan kanak-
kanak yang berdisiplin. Saya telah mencari pelbagai maklumat daripada sumber-sumber seperti
internet, buku rujukan dan pengalaman saya sendiri. Dengan menyiapkan tugasan ini, ianya
banyak memberi manfaat dan pengajaran kepada saya sendiri dalam menguruskan bilik darjah.
Saya sedar bahawa, pengurusan bilik darjah yang baik dapat melahirkan modal insan yang
berdisiplin lagi berilmu.

Kesimpulannya, perkara yag banyak saya pelajari sepanjang menyiapkan tugasan ini
ialah bekerja secara individu dengan bantuan rakan dan pensyarah pembimbing. Di samping itu
juga, saya juga telah mempelajari cara-cara mendapatkan maklumat penting dengan lebih
sistematik dan strategik. Diharappkan apa yang dipelajari melalui penyiapan kerja kursus ini
dapat menyiapkan diri saya dengan cemerlang sebagai guru dan juga memantapkan personaliti
saya agar memiliki keutuhan dari segi budaya dan moral seperti yang dikehendaki oleh falsafah
pendidikan kebangsaan di mana guru sebagai ‘role model’ iaitu model perbandingan yang akan
menjadi contoh kepada murid saya di masa kelak.

10
8.0 BIBLIOGRAFI / RUJUKAN

BUKU

Mok Soon San (2002). Pedagogi, Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. , Petaling Jaya

Sharifah Alwiah Alsagoff (1985). Ilmu Pendidikan:Pedagogi, Heineman (M) Sdn. Bhd. ,Petaling
Jaya
Abd. Razak bin Abdul Kadir (2014), Awg b. Abdullah, Azizi bin Jaafar, Falsafah & Pendidikan di
Malaysia, Freemind Horizons Sdn Bhd, Kuala Lumpur
Psikologi Pendidikan (2012), Psikologi Pendidikan, Penerbtan Multimedia Sdn Bhd, Selangor

INTERNET

http://budaya-sekolah.blogspot.com/2011/12/budaya-sekolah-mewujudkan-iklim-sekolah.html

http://cikgubestaribahasa.blogspot.com/2013/03/aspek-aspek-pengurusan-bilik-darjah.html

http://cikgubestaribahasa.blogspot.com/2013/03/aspek-aspek-pengurusan-bilik-darjah.html

11
LAMPIRAN

12

You might also like