You are on page 1of 2

Laporan Kendiri Program Bina Insan Guru Fasa 1/2017

Program Bina Insan Guru (BIG) Fasa 1/2017 yang bertempat di Pusat Kokurikulum
Negeri Kedah (Kem Singkir) telah diadakan pada 2 Oktober 2017 (Isnin) hingga 6 Oktober 2017
(Jumaat), iaitu selama 5 hari 4 malam.

Satu taklimat ringkas tentang program ini telah diadakan seminggu sebelum program
dijalankan. Namun, saya tidak dapat menghadiri taklimat tersebut kerana saya masih mengajar
di sesi petang. Saya telah mendapatkan informasi penting dari rakan sekelas saya mengenai
perkara-perkara penting dan item yang perlu dibawa ke program BIG. Saya sebagai Ahli
Jawatankuasa Peralatan juga sentiasa bersedia untuk menerima arahan daripada ketua, Nesa
Rajh,

Pada hari pertama, saya telah membantu memastikan peralatan-peralatan adalah


cukup dan telah diletakkan di dalam bas. Aktiviti yang telah dijalankan pada hari pertama
termasuklah Majlis Perasmian Program Bina Insan Guru, aktiviti mendirikan khemah, rappelling
dan Flying Fox, dan sesi Ice Breaking. Saya telah memahami bahawa kerjasama adalah sangat
penting dalam aktiviti berkumpulan setelah menjalankan aktiviti mendirikan khemah dan sesi
Ice Breaking. Dalam aktiviti rappelling dan Flying Fox, saya telah belajar cara untuk menaikkan
keyakinan diri dan menggunakan keberanian diri semasa menurun dari tempat tinggi. Selain itu,
keselamatan semasa menjalankan aktiviti juga harus dipentingkan supaya tidak berlaku apa-
apa kecederaan dan kemalangan.

Pada hari kedua, Kumpulan A telah menjalankan aktiviti kayak manakala Kumpulan B
menjalankan aktiviti kembara hutan. Saya berada dalam kumpulan B dan telah diberi taklimat
sebelum bertolak ke kawasan perkampungan. Saya dengan ahil kumpulan saya Arahul Siingh,
Nor Aina, Adib Danial, Sun Kar Mun dan Tharchiayenee dapat menjalankan aktiviti secara
bekerjasama dan bersatu padu dalam aktiviti pandu arah serta masakan rimba. Kami telah
mengagihkan tugasan masing-masing supaya kami dapat menyiapkan tugasan yang diberi
dalam tempoh masa yang ditetapkan.

Pada hari ketiga, saya dari Kumpulan B telah menjalankan aktivit kayak. Kami telah
diberi satu taklimat ringkas tentang anatomi kayak dan cara penyelamatan dalam laut. Satu sesi
Water Confidence telah dijalankan oleh jurulatih untuk meningkatkan keyakinan diri kami
terhadap air sebelum aktiviti kayak dijalankan. Setelah menjalankan sesi Water Confidence,
saya telah berasa lebih berkeyakinan untuk menjalankan aktiviti kayak di lautan luas kerana
saya telah menimbulkan kepercayaan terhadap jaket keselamatan (Personal Floating Device)
yang disediakan. Saya dengan pasangan saya Chong Jin Le telah bekerjasama dengan baik
semasa menjalankan aktiviti kayak. Kami telah berjaya sampai ke destinasi pada awal dan
dapat berehat dalam masa yang lebih panjang.

Pada hari keempat, kami telah diberi satu taklimat ringkas sebelum bertolak berjalan
kaki ke SMK Seri Badong. Setelah menjalankan sesi Ice Breaking dengan pelajar Tingkatan 1
dan 2, kami telah membahagikan semua pelajar kepada 5 kumpulan. Kumpulan saya telah
menyediakan aktiviti meneka haiwan dengan hanya pergerakan tubuh badan. Pelajar-pelajar
dapat berfikir secara terbuka dan menunjukkan haiwan yang diberi dengan pergerakan yang
kreatif. Selepas itu, kami telah bergerak ke dalam bilik darjah untuk membantu murid
menghiaskan bilik darjah mereka. Setelah tamat aktiviti Khidmat Kemasyarakatan, kami telah
bertolak balik ke Kem Singkir dan menjalankan latihan untuk Malam Kebudayaan nanti. Malam
Kebudayaan telah bermula pada pukul 9.30 malam. Kelima-lima kumpulan telah menyediakan
persembahan yang menarik dan berpandukan tema Sukan SEA Kuala Lumpur 2017.

Pada hari kelima iaitu hari terakhir di Kem Singkir, kami telah menjalankan aktiviti
senamrobik sebelum bersarapan. Selepas itu, kami telah menjalankan aktiviti menurunkan
khemah dan mengemas tapak perkhemahan. Saya berpendapat bahawa cara komunikasi yang
betul amat penting dalam sesebuah kumpulan kerana cara betul dalam komunikasi dapat
menghasilkan satu suasana yang harmonis dan gembira walaupun semua penyerta program
BIG sedang menjalankan tugas yang rumit. Kami telah menjalankan raptai Majlis Penutupan
sebelum pengarah IPG Kampus Tuanku Bainun tiba di Kem Singkir. Majlis Penutupan telah
dijalankan dengan lancar dan tepat pada masa yang telah dirancang. Saya telah belajar
bahawa pengurusan masa dalam satu program adalah sangat penting untuk memastikan satu
program dapat dijalankan dengan lancar.

Kesimpulannya, melalui penyertaan dalam Program BIG ini, saya dapat menambah
pengalaman saya dalam pelbagai aktiviti dan dapat belajar bahawa pengurusan masa,
kerjasama dan komunikasi yang berkesan adalah penting dalam satu masyarakat.

Disediakan oleh,

______________________

(LEE NIANCI)
AJK Peralatan
Program Bina Insan Guru Fasa 1/2017

You might also like