You are on page 1of 5

S.J.K.

(C) Kuo Min, Gemas,


73400 Gemas,
Negeri Sembilan Darul Khusus. Tel.: 07-9482367
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

MINIT MESYUARAT PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH KALI PERTAMA 2014

Tarikh : 15 Jan 2014 (Rabu)


Masa : 2.30 p.m.
Tempat : Bilik Gerakan
Pengerusi : Pn Whi Yoke Choo (Guru Besar)
Setiausaha : Pn Lee See Hua (GPK 1)
Penolong Setiausaha : Cik Teo Chen Lei

Kehadiran :
1. Pn Whi Yoke Choo (Guru Besar)
2. Pn Lee See Hua (GPK 1)
3. En Chee Kin Huen (GPK HEM)
4. Pn Lee Sok Fong (GPKKK)
5. En.Lee Thai Siong
6. Pn Foo Chooi Yeng
7. Pn Lee Ah Chin
8. Pn Wong Yet Bee
9. Pn Tee Ek Sin
10. Cik Pang Choi Yin
11. Pn Ruziyah Ab Rahman
12. Cik Teo Chen Lei

Agenda :
1. Ucapan Pengerusi
2. Membentang dan mengesahkan minit mesyuarat yang lalu
3. Perkara berbangkit
4. Perkara berbincang
5. Hal-hal lain
6. Ucapan Penangguhan
S.J.K.(C) Kuo Min, Gemas,
73400 Gemas,
Negeri Sembilan Darul Khusus. Tel.: 07-9482367
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

MINIT MESYUARAT PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH KALI PERTAMA 2014

Tarikh : 15 Jan 2014 ( Rabu )


Masa : 2.30 p.m.
Tempat : Bilik Gerakan
Pengerusi : Pn Whi Yoke Choo (Guru Besar)
Setiausaha : Pn Lee See Hua (GPK 1)
Penolong Setiausaha : Cik Teo Chen Lei

1. Ucapan Pengerusi
1.1. Guru Besar mengucapkan selamat datang ke mesyuarat Pentaksiran Berasaskan Sekolah
kali yang pertama
Tindakan : Makluman

2. Pengesahan minit mesyuarat yang lalu


2.1. Minit mesyuarat yang lepas telah dibentangkan dalam mesyuarat dan diluluskan dengan
sebulat suara.
2.2. Dicadangkan oleh Cik. Pang Choi Yin dan disokong oleh Pn.Tee Ek Sin.
Tindakan : Makluman.

3. Perkara Berbangkit
3.1. En.Lee Thai Siong telah dilantik sebagai Ketua Pentaksir Sekolah.
Tindakan : Makluman

3.2. En.Lee Thai Siong memaklumkan konsep dan dasar pelaksanaan PBS kepada guru-guru
Tahun 1, Tahun 2 dan keutamaan diberi kepada guru-guru Tahun 3. Beliau menunjukkan slide
yang berkaitan dengan dasar pelaksanaan dan kompenan PBS.

3.3 . Pelaksanaan PBS ini bermula dari tahun 2012 hingga sekarang dan kompenan PBS
dibahagikan kepada dua kategori iaitu akademik dan bukan akademik. Kategori akademik terdiri
daripada Pentaksiran Sekolah dan Pentaksiran Pusat, manakala kategori bukan akademik terdiri
daripada Pentaksiran Psikometrik dan Pentaksiran Antiviti Jasmani, sukan dan Kokurikulum.

Tindakan : Makluman

3.4 Guru-guru diedarkan carta organisasi JK PBS Sekolah. Guru-guru yang telah dilantik
sebagai Jawatankuasa PBS perlu melaksanakan tugas –tugas yang telah ditetapkan.
Pelantikan jawatankuasa ini adalah bergantung kepada keperluan sekolah.

Tindakan : Makluman

3.5 Guru Besar menyampaikan surat pelantikan sebagai Pentaksir Sekolah kepada guru-guru
Tahun 1, 2 ,3 dan 4. Beliau berharap agar guru-guru yang terlibat dapat menjalankan tugas ini
dengan sebaiknya agar pihak waris menyakini kesahan dan kebolehpercayaan pentaksiran yang
dijalankan terhadap anak-anak mereka.
.

Tindakan : Semua guru KSSR


3.6 Setiausaha PBS mengedarkan surat pekeliling / surat siaran kepada semua guru.
Antara surat siaran yang diedarkan ialah :
a) Surat Siaran PBS
b) Surat Siaran Bil. 1 2011 Penambahbaikan UPSR
c) Surat Siaran Bil. 3 2011 Pemakluman PBS
d) Surat Siaran Bil. 5 2011 Penggunaan SPPBS
e) Surat Siaran Bil. 6 2011 Penggunaan Buku Pengurusan dan Pengendalian PBS

3.7 Semua guru telah dibekalkan dengan Buku PBS Sekolah setiap seorang. Jadual Pelaksanaan
PBS dan Jadual Pengoperasian PBS 2014 boleh dilihat dan dirujuk di dalam buku tersebut.

3.8. Guru Tahun 1 ,2 dan 3 menjadi mentor kepada guru-guru tahun 4 .

Tindakan : Semua guru KSSR

4. Hal-hal lain

4.1 Guru mesti merekodkan setiap pentaksiran yang telah dilaksanakan ke dalam senarai semak
mata pelajaran / rekod transit sebelum merekodkannya ke dalam aplikasi SPPBS.

4.2 Evidens murid mesti disimpan dalam dua jenis fail iaitu Fail Perkembangan Murid dan Fail
Showcase. Seorang murid mempunyai satu FPM dan fail ini menyimpan evidens terkini bagi
setiap descriptor dan evidens terdahulu dikembalikan kepada murid. Manakala Fail Showcase
pula ialah fail yang menyimpan setiap evidens terbaik bagi semua descriptor untuk semua mata
pelajaran. Fail ini hendaklah dijadikan rujukan piawaian evidens.

Tindakan : Guru-guru Berkenaan

4.3 Setiap guru akan dibekalkan satu Portfolio Guru. Segala maklumat yang berkaitan dengan
PBS seperti Surat Pekeliling / Surat Siaran, Jadual Pelaksanaan PBS, Jadual Pengoperasian
PBS, Instrumen dan maklumat guru mesti dimasukkan ke dalam fail tersebut.

Tindakan : Guru-guru Berkenaan

5. Ucapan Penanguhan

5.1.Guru Besar mengucapkan terima kasih atas kerjasama semua guru dan berharap agar
semua guru bergerak secara proaktif dalam melaksanakan pengoperasian PBS peringkat
sekolah.

5.2. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.30 petang.


Tindakan : Makluman

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................
......................................... (WHI YOKE CHOO)
(TEO CHEN LEI) Guru Besar,
Setiausaha PBS SJKC Kuo Min, Gemas.
SJK(C) Kuo Min,
73400 Gemas,
Negeri Sembilan Darul Khusus. Tel: 07-9482367
____________________________________________________________________________

8 Januari 2014

Kepada,

--------------------------------------------
--------------------------------------------

Tuan/Puan,

Mesyuarat PBS Kali Pertama Tahun 2014

Dengan segala hormatnya saya merujuk perkara di atas.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa pihak sekolah ini akan mengadakan mesyuarat PBS kali
pertama pada ketetapan seperti berikut :

Tarikh : 15 Jan 2014 ( Rabu )


Masa : 2.30 petang
Tempat : Bilik Gerakan SJKC Kuo Min

3. Sehubungan itu, tuan/puan dikehendaki untuk menghadiri mesyuarat berkenaan bagi


melancarkan perjalanan mesyuarat.

4. Agenda mesyuarat adalah seperti berikut:


a. Ucapan pengerusi
b. Pengesahan Minit yang lalu
c. Perkara Berbangkit
d. Perkara Berbincang
e. Hal-hal lain
f. Ucapan penangguhan

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

______________________________
( TEO CHEN LEI)
SUP PBS
SJKC Kuo Min Gemas,
N.S.D.K.

You might also like