You are on page 1of 3

SEKOLAH KEBANGSAAN TAMING JAYA

43300 BALAKONG, SELANGOR

MINIT MESYUARAT PANITIA SEJARAH


BILANGAN 2 TAHUN 2017

Tarikh : 15 Jun 2017 (Isnin)


Masa : 1.20 Tengah hari
Tempat : Galeri Sejarah

KEHADIRAN :

Bil. Nama Jawatan


1. Pn.Siti Zakirah bt. Hamzah Ketua Panitia
2. Pn.Fauziah bt.Mohd Razak Guru Sejarah
3. En.Mohd Alfan b. Abu Bakar Guru Sejarah

TURUT HADIR :
Bil. Nama Jawatan

TIDAK HADIR DENGAN KENYATAAN :


Bil. Nama Jawatan

URUS SETIA MESYUARAT :


1. Cik Khirun Syazwan binti Ahmad Setiausaha Panitia
Sejarah

AGENDA :

1. UCAPAN ALU-ALUAN PENGERUSI

1.1 Kata-kata aluan dan ucapan terima kasih atas kehadiran semua guru Sejarah ke
mesyuarat panitia kali kedua bagi 2017
1.2 Analisis terhadap peperiksaan Sejarah di peringkat sekolah telah dibuat.
1.3 Masih banyak perlu dibaiki. Namun terima kasih atas kerjasama semua pihak.
Makluman

1.4 Pencapaian murid agak sederhana kerana kurang minat membaca. Justeru guru
perlu kreatif untuk menarik minat pelajar
Makluman

1.5 Meminta semua guru mempelbagaikan aktiviti dalam PdPc dan cuba fahamkan
murid tentang konsep sejarah yang sebenarnya.
Makluman

2. PENGESAHAN MINIT MESYUARAT


2.1 Pn.Fauziah mencadangkan agar minit mesyuarat Panitia Sejarah Bil 1/2017
disahkan dan disokong sebulat suara.

3. PERKARA BERBANGKIT
3.1 Tiada

4. PERKARA-PERKARA YANG DIBINCANGKAN

4.1 Kajian Kes Sejarah

4.1.1 Puan Siti Zakirah Hamzah mengingatkan guru-guru Sejarah berkenaan


dengan Kajian Kes yang perlu dijalankan oleh setiap murid. Kajian kes
yang dijalankan adalah berdasarkan tajuk-tajuk yang terdapat didalam
DSKP dan bersesuaian dengan aktiviti. Markah bagi kajian kes ini adalah
sebanyak 30% dan akan dimasukkan ke dalam ujian PKSR 1 dan 2.

Makluman
4.1.2 Analisis Peperiksaan PKSR 1
Guru-guru dimaklumkan bahawa post mortem matapelajaran Sejarah
telah dibuat dan guru-guru perlu berusaha untuk meningkatkan bilangan
murid yang mendapat A dalam peperiksaan. Jadi, murid-murid perlu diberi
latih tubi lebih kerap bagi meningkatkan kefahaman tentang topik sejarah.

Makluman
5. HAL-HAL LAIN

5.1 Tiada

6. PENUTUP
Pn.Siti Zakirah mengucapkan terima kasih atas kesetiaan guru-guru menghadiri
mesyuarat dan berharap guru-guru melaksanakan tugas sesi 2017 dengan
perasaan gembira.
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2.00 petang.

Disediakan oleh
Setiausaha Panitia Sejarah

Bertarikh: 18 Jun 2017

KSA/mesyuarat panitia sejarah 2017

You might also like