You are on page 1of 15

BAB: RANGKAIAN (NETWORK)

BAHAGIAN 1

Pengenalan rangkaian

Definisi rangkaian

Kebaikan menggunakan rangkaian

Sistem rangkaian komputer

Jenis-jenis rangkaian

Topologi rangkaian

Protokol

teknologi

BAHAGIAN 2

Komponen-komponen rangkaian

BAHAGIAN 3

Rangkaian tanpa wayar

BAHAGIAN 4

Rangkaian berwayar

Jenis-jenis kabel
BAHAGIAN 1: PENGENALAN KEPADA SISTEM DAN RANGKAIAN KOMPUTER

Definisi rangkaian

Sistem yang menyambungkan pc dengan peranti luaran. Peranti penyambungan


komunikasi boleh berinteraksi antara satu sama lain dengan menggunakan perkakasan
dan perisian yang telah ditetapkan cara dan peraturannya. Ia boleh beroperasi samada
secara wayar atau tanpa wayar

Kebaikan menggunakan rangkaian

1. Pengguna dapat berkongsi fail yang disimpan pada pelayan


2. Memudahkan pemindahan fail yang disimpan dari satu komputer ke komputer
yang lain
3. Memudahkan pengguna untuk berkongsi program aplikasi /perisian
4. Data dapat dimasukkan secara serentak oleh dua atau lebih pengguna kedalam
satu aplikasi. Pada masa yang sama juga pengguna yang lain dapat
menggunakan data-data tersebut.
5. Perkakasan yang terdapat pada sesebuah komputer dapat digunakan oleh
semua pengguna yang menggunakan komputer lain.

Sistem rangkaian komputer

Terdapat tiga sistem rangkaian komputer :

1. Rangkaian kawasan setempat


2. Rangkaian kawasan metropolitan
3. Rangkaian kawasan luas

1. Rangkaian kawasan setempat

- Ia juga dikenali sebagai LAN (local area network)

- Jarak rangakain adalah dalam lingkungan kawasan kecil seperti dalam makmal
komputer.

2. Rangkaian kawasan metropolitan

- ia juga dikenali sebagai MAN (metropolitan area network)

- Jarak rangkaian lebih besar daripada LAN

- koleksi kepada beberapa LAN tetapi dalam kawasan geografi yang besar seperti
bandar.

3. Rangkaian kawasan luas

- ia juga dikenali sebagai WAN (wide area network)

- jarak rangkaian adalah lebih besar daripada LAN dan MAN

- merupakan koleksi kepada LAN dan MAN atau kedua-duanya tetapi dalam
kawasangeografi yang sangat besar iaitu global tanpa sempadan /satu dunia.

Contoh :

Jenis-jenis rangkaian

1. Pengguna dan pelayan


2. Rakan ke rakan

1. Pengguna dan pelayan (client-server)

Ia terdiri daripada sebuah komputer pelayan (server) untuk melayan komputer lain yang
bertindak sebagai pengguna (client). Komputer pelayan akan menjalankan pengurusan
pusat untuk melayan pengguna-pengguna dari segi perkongsian perisian aplikasi, data,
pencetak dan lain-lain.pelayan tidak memproses, mengubah data . Hanya
melaksanakan permintaan sari komputer pengguna atas fail yang disimpannya.

Jenis-jenis server:

-Fail server- menyimpan perisian dan data


-Database server –menyimpan data sahaja

-Print server –mengawal satu atau lebih pencetak

-Fax server- menguruskan penghantaran fax

-Mail server- menguruskan e-mail.

2. rakan ke rakan (peer to peer)

Rangkaian ini juga dikenali sebagai 2p2. Kesemua komputer boleh bertindak sebagai
client and server, ia membenarkan perkongsian alat dan fail. Data dan maklumat
berterabur dan tidak melibatkan komputer pelayan.

Terdapat dua jenis peer to peer iaitu:

i. pc ke switch
-banyak digunakan dalam rangkaian untuk penyambungan atau menghubung
antara satu sama lain dari segi komunikasi. Penyambungan di antara PC ke
switch ini menggunakan straight over cable.

ii. pc ke pc
hanya terhad kepada penggunaan 2 pc sahaja. Penggunaanya banyak
membantu dalam perpindahan file atau data yang tidak mampu di muat oleh
alat penyimpanan yang mana mempunyai ruang penyimpanan yang kecil. Ia
juga dapat membuat perpindahan file dengan cepat. Penyambungan di
antara pc ke pc ini menggunakan cross over cable.

Komponen-komponen LAN
1. Komponen  Hardware: Worksation / Personal Computer (PC), Server, Kabel ,
Network Interface Card (NIC), Hub/Switch, Bridge, Repeater, dan Topologi
jaringan.
2. Komponen Software: Sistem Operasi Jaringan, Network Adapter Driver, Protokol
Jaringan.

Topologi rangkaian

1. Bas - semua nod terhubung ke kabel tulang belakang secara bersiri.


2. Bintang - semua nod disambung terus ke hab di pusat rangkaian .
3. Gelang -sambungannya secara bersiri dan kedua-duanya ditemukan
bentuk bulatan
Protocol rangkaian komputer

Protocol
rangkaian komputer ialah peraturan untuk membolehkan pertukaran data antara 2 atau
lebih komputer.

Terdapat beberapa protokol rangkaian komputer:


1.TCP/IP
o Ia juga dikenali sebagai IP (Protokol Internet).
o Tujuannya adalah untuk membolehkan komputer untuk berkomunikasi melalui
rangkaian jarak jauh.
o Peraturan data dalam satu rangkaian . Digunakan dalam LAN, MAN, WAN
o Setiap PC akan diberi satu nombor IP untuk menghubungkannya di antara satu
sama lain .
o Fungsi Lapisan Pertama Protokol Kawalan Penghantaran(TCP) adalah
menguruskan penghantaran data dimana data ditukar kepada paket melalui
internet dan apabila tiba destinasi ditukar semula kebentuk asal.
o Fungsi Lapisan Kedua Protokol Internet, mengendalikan bahagian setiap alamat
paket supaya ia sampai ke destinasi yang betul. Setiap node/pc mempunyai
alamat protokol yang tersendiri.
2. HTTP/HTTPS (Hyper Text Transmission Protocol)
o Memindahkan maklumat antara dalam WWW (world Wide Web)
3. SMTP (Simple Mail Transfer Protocol)
o Menerima dan menghantar email
4. FTP (File Transfer Protocol)
o Pemindahan fail melalui internet
OSI (Open Systems Interconnection Reference Model)
Iamerupakan satu model bagi penerangan berlapis abstrak untuk reka bentuk
komunikasi dan protokol rangkaian komputer, ia juga dipanggil model tujuh lapis OSI.
Tujuan utama OSI adalah menyediakan asas untuk menyambungkan sistem-sistem
yang tidak sama untuk tujuan pertukaran maklumat dan komunikasi.

Lapisan Nama lapisan Penerangan


7 aplikasi Menyediakan pelayan yang menyokong
aplikasi pengguna
6 Persembahan/penyampaian Menterjemah, memaparkan data yang hendak
ditrasmisikan oleh aplikasi ke dalam format
yang dapat ditrasmisikan melalui rangkaian
5 sesi Mengkoordinat komunikasi diantara sistem
4 pengangkutan Membolehkan data yang dihantar tanpa
kesilapan dan tanpa ulanagn
3 rangkaian Mendefinisikan alamat-alamat IP
2 Pautan data Menentukan bit-bit data dikumpulkan menjadi
format frame
1 fizikal Menentukan teknik penghantaran yang mana
satu akan diguna untuk menghantar data di
sepanjang laluan komunikasi

Jaringan rangkaian

Internet
Intranet

ekstranet

BAHAGIAN 2
KOMPONEN-KOMPONEN RANGKAIAN

Terdapat beberapa komponen (software and hardware) rangkaian yang digunakan


dalam pembangunan rangkaian komputer,antaranya adalah berikut:-

1. Server (pelayan)
Adalah sebuah sistem komputer yang menyediakan jenis perkhidmatan tertentu
didalam sebuah rangkaian komputer.Server disokong dengan pemprosesan
RAM yang besar dan sistem pengoperasian yang khusus yang dikenali sebagai
sistem operasi rangkaian.Server melaksanakan pelbagai perkhidmatan dalam
merentasi satu rangkaian.

2. Hub
Adalah alat yang menyambungkan workstation dan alat lain dari LAN. Ia
merupakan peralatan yang digunakan untuk membolehkan beberapa komputer
digabungkan bersama di dalam satu rangkaian.

Hub terbahagi kepada 3 kategori:-


i. Hub pasif
-isyarat yang diterima tidak kukuh.
-hanya membenarkan isyarat yang diterima melepasi satu komputer yang
lain tanpa ada perubahan.
ii. Hub aktif
-mengenali isyarat dan mengesahkan kehadiran isyarat itu semasa isyarat
berlegar dari satu peranti ke peranti yang lain.
-menguatkan isyarat elektrik yang diterima sebelum memacarkan semula
isyarat tersebut
iii. Intelligent hub
Mempunyai perisian pengurusan (software management) bagi mengesan
dan mengasingkan masalah didalam rangkaian.Keupayaan pengurusan
tersebut dapat rangkaian dijalan dengan baik.

3. Switch
adalah peralatan rangkaian yang menghubungkan nodes ke kumpulan yang
sama supaya boleh berkomunikasi antara satu sama lain (membentuk dalam
LAN), fungsinya sama seperti hub tetapi ia lebih baik kerana dapat hantar terus
packet tersebut ke destinasinya sahaja .switch juga ia boleh memeriksa packet-
packet data serta mampu menentukan alamat dari mana dan destinasipacket
tersebut.

4. Workstation (stesen kerja)


Adalah komputer-komputer yang disambungkan dan dihubungkan dengan
internet. Fungsi pengurusan rangakaian stesen kerja adalah menjalankan tugas-
tugas pentadbiran pada stesen kerja tempatan (dekat) ataupun jauh kerja yang
dilakukan seperti mengawal operasi, akses pengguna dan perkongsian sumber .
5. Modem
Adalah alat menukarkan isyarat digital (perwakilan bit:0&1) dari komputer kepada
isyarat analog kepada digital. Singkatan bagi nama modem ialah Modulator-
Demodulator. Fungsinya juga ialah menghubungkan 1 komputer dengan
komputer lain melalui rangkaian tertentu. Selain itu, modem juga boleh berfungsi
sebagai ‘pendail’ sekiranya telefon di pasangkan pada komputer.

6. Router
Berfungsi sebagai penghubung diantara dua atau lebih rangkaian untuk
meneruskan data dari satu rangkaian ke rangkaian yang lain.
Antara kebaikkannya ialah:
- Menguruskan penghantaran isyarat dengan berkesan
- Menghantar maklumat di antara dua rangkaian
- Menghantar maklumat di antara topologi LAN, kabel yang berlainan

7. Network interface card (NIC)


Merupakan kad rangkaian dan salah satu komponen yang paling asas dalam
rangkaian kawasan tempatan (LAN). Kad rangkaian yang dipasang pada
komputer akan dihubungkan dengan komputer yang lain di dalam rangkaian
menggunakan kabel.

8. Repeater (pengulang)
Merupakan perkakasan yang mampu memanjangkan jarak maksima bagi
sesebuah rangkaian seperti LAN.Ia mengambil dan mengumpul semua isyarat
yang sampai kepadanya, menyegarkannya (refresh) semula kemudian
menghantar kepada LAN.Repeater digunakan untuk menghubungkan segmen-
segmen rangkaian kawasan setempat dengan memperkuatdan memperluaskan
penghantaran rangkaian kawasan metropolitan melalui media wayar dan tanpa
wayar. Tetapi, jika menggunakan panjang kabel yang melebihi dari standard
yang dibenarkan, repeater mungkin akan menyebarkan data yang salah

9. Bridge (jambatan)/gateway
Ia digunakan untuk menghubungkan dan menghantar data diantara rangkaian
yang menggunakan protokol alamat dan rangkaian yang sama dan antaramuka
yang serasi.

Gateway
Ia digunakan untuk menghubungkan dan menghantar data diantara rangkaian
yang menggunakan protokol alamat dan rangkaian yang berbeza dari segi
perkakasan dan perisian

Ia berupaya menapis data agar data yang dialamatkan kepada LAN berkenaan
sahaja yang melaluinya.Dengan mendapat mengecam semua lokasi sistem
rangkaian. Bridge kemudiannya akan membina satu jadual yang menyenaraikan
alamat yang boleh dicapai oleh setiap port. Ia kemudian menggunakan maklumat
tersebut untuk menyelaras aliran data dalam rangkaian

10. Sistem operasi rangkaian (NOS)


Ia mempunyai fungsi tambahan yang membenarkan komputer dan peranti
berhubung dalam rangkaian dan biasanya terdapat dalam LAN dan WAN.
sistem pengendalian sistem komputer yang direka untuk merancang dan
mengendalikan semua aktiviti dalam rangkaian. Sistem operasi ini juga
merupakan perisian paling penting dalam rangkaian.

Contoh NOS:Microsoft windows NT/server, Microsoft windows untuk workgroup

Sistem Operasi Rangkaian bertanggungjawap ke atas:

o Mengarahkan lalu-lintas data pada rangkaian.


o Membenarkan dan menghalang pemindahan data antara workstation.
o Mengelolakan aliran data di antara berbagai workstation yang
berbeza(tidak selasi)
o Mengelola permintaan layanan printer.
o Mengelola permintaan dan pesanan di antara pengguna rangkaian.
o Mengelolakan hubungan di antara jaringan dan lokasi-lokasi jarak jauh

11. Perisian aplikasi


Perisian versi rangkaian perlu ada untuk penggunaan besama dan memudahkan
rangkaian dikawal oleh perisian rangkaian. Antara perisian yang ada adalah
berikut:-
o Pelayar web (web browser)
o Email pelanggan (email client)
o Kemudahan rangkaian (network utilities)
o Pengurus fail rangkaian (network file manager

1. Pelayar web
- Membenarkan pengguna dengan cepat dan mudah mengakses maklumat
yang dibekalkan oleh banyak halaman web
- Membenarkan Pengguna memapardan berinteraksidengan dokumen html
yang datang daripada server web
- Teks dan imej dalam web boleh mengandungi hiper rangkai kepada laman
web lain atau sama

2. Email pelanggan
Aplikasi perisian yang menguruskan komunikasi dalam talian dengan
membolehkan pengguna untuk menghantar, menerima,menyimpan dan
mengatur emel. Contohnya MS Outlook

3. Kemudahan rangkaian
Traceroute adalah kemudahan rangkaian yang digunakan untuk menunjukkan
laluan yang diambil oleh paket data melalui rangkaian Protokol Internet (IP).
Contoh variasi IPv6 dan traceroute6 yang boleh didapati secara meluas

4. Pengurusan fail rangkaian


Sistem yang melaksanakan perkhidmatan fail dan peranti di mana data
disimpan. Mereka menyediakan akses yang lebih cepat data, pentadbiran yang
lebih mudah, dan konfigurasi daripada pelayan fail yang mudah. Contohnya My
Network Places)

BAHAGIAN 3
RANGKAIAN TANPA WAYAR

Kenali teknologi WIFI

WI-FI merupakan kependekan kepada Wireless Fidelity dan juga ia boleh dikenali
WLAN. Penggunaannya adalah merujuk kepada sistem rangkaian pautan tanpa wayar
yang menggunakan hubungan jalur lebar , titik capaian dan kad wi-fi yang diinstal
didalam komputer bagi membolehkan pengguna berkongsi fail dan pencetak serta
melayari internet sama seperti LAN biasa.

IEEE 802.11n
keluarga besar standart dari IEEE 802.11. Sebelumnya ada 802.11 a, 802.11 b dan
802.11 g. Masing-masing mempunyai standart yang berbeza.
3G

Merupakan singkatan kepada teknologi komunikasi bergerak berkelajuan tinggi


generasi ketiga yang muncul selepas 1G dan 2G.Ia juga merupakan teknologi untuk
rangkaian data berkelajuan tinggi berasaskan telefon bimbit

WiMax

WiMax (Worldwide Interoperability for Microwave Access) ia merupakan teknologi


wayerless terkini yang bersaing sama hebat dengan teknologi 3G kerana kemampuan
liputan dan kelajuan rangkaiannya bahkan dengan kos yang lebih rendah berbanding
3G.WiMax ia merupakan teknologi yang asalnya dari pengembangan teknologi WiFi

IEEE 802.16 (Standarisasi WIMAX)


Pada awalnya standard IEEE 802.16 beroperasi pada frekuensi 10 – 66 GHz dan
memerlukan tower line of sight, menggunakan frekuensi yang lebih rendah iaitur 2–
11GHz, sehingga mudah diatur.Dan tidak memerlukan line-of-sight.kawasan yang
dapat dicoverage sekitar 50km dan kecepatan transfer data=70Mbps. WiMax mampu
menangani hingga ribuan pengguna sekaligus.

Penghubung rangkaian WIFI/WLAN, WIMAX DAN 3G

WIFI WIMax 3G
Digunakan untuk Digunakan untuk Menjadi penghubung
menghubungkan peranti menghubung rangkaian- WIMax ke seluruh negara
atau komputer di kawasan rangkaian WIFI di sesuatu dan dunia.
atau pejabat. kawasan yang luas
Di Malaysia teknologi WiMax digunapakai oleh YES 4G dan P1 WiMax, manakala
teknologi 3G/ LTE digunapakai oleh maxis, digi, celcom ……..
Antara sebab-sebab Yes 4G menggunakan teknologi WiMax -1BESTARINET

 Satu “Base Station” boleh menyediakan perkhidmatan kepada kawasa sejauh


50KM dengan itu implimentasinya cepat dan murah terutamanya jika melibatkan
kawasan luar bandar.
 Oleh kerana ia wireless, penjimatan dari segi tiada kabel bawah tanah yang perlu
ditarik ke bangunan yang hendak dipasangkan internet. Sekali lagi ia
menjimatkan kos.
 Kelajuannya yang tinggi dan konsisten berbanding 3G.

Buat masa ini, Yes 4G masih lagi mempunyai kelebihan dari segi kelajuan dan
konsistensi. Namun LTE mempunyai kelebihan dari segi sokongan pengeluar telefon
pintar serta potensi pelanggan yang sedia ada.Namun dari perkhidmatan WiMax seperti
Yes 4G tidak akan hilang kerana ia sangat berguna dalam meningkatkan penembusan
internet di kawasan luar bandar.

LTE

WiMax dibina di atas teknologi WiFi manakala 4G LTE dibina atas teknologi selular
menyebabkan kedua-duanya berbeza dari penggunaan peranti. Selain itu teknologi LTE
menggunakan MIMO (Multiple Input Multiple Output), teknologi yang memerlukan
antena tambahan pada pancaran pangakalan rangkaian untuk transmisi data, maka
pengguna perlu membeli mobile device (teknologi baru) untuk menggunakannya
Kekurangan yang dimiliki oleh teknologi LTE antara lain adalah biaya untuk infrastruktur
jaringan baru realtif mahal. Selain itu jika jaringan harus diperbaharui maka peralatan
baru harus diinstal.

Perbezaan antara WiMax dan LTE


WiMax LTE
Asal usul bermula dari rangkaian jalur Asal usul dari rangkaian telefon bimbit cth
lebar cth internet celcom
Kesambungan teknologi wifi Kesambungan teknologi 3G
Pembayaran bill melanggan adalah murah Pembayaran bil melanggan adalah mahal
Teknologi yang wujud terlebih dahulu Teknologi yang wujud kemudian
Sudah digunakan di 150 buah negara Masih dalam proses tahap pengembangan
Dibangunkan dengan menggunakan Dibangunkan dengan menggunakan
teknologi lebih murah teknologi mahal
Tidak bergantung pada perkembangan Bergantung pada perkembangan teknologi
teknologi
Permintaan merosot kerana pengguna Permintaan meningkat kerana keperluan
lebih gemar guna smartphone berbanding utama pengguan adalah smartphone dan
jalur lebar ia menggunakan perkhidmatan LTE

You might also like