Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (Upsr) 2019 Pengambilan Bahan - Bahan Peperiksaan

You might also like

You are on page 1of 1

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang


d/a Sektor Penilaian Dan Peperiksaan Tel : 04 2631472
Tingkat 3, Bangunan Tuanku Syed Putra, Lebuh Downing Faks : 04 2611726
10300 George Town, Pulau Pinang Laman Web : www.moe.gov.my
Emel : spp@jpnpp.edu.my
__________________________________________________________________________________________
Ruj. Tuan :
Ruj. Kami : JPNPP(PEP)600-1/1 Jld. 9(003)
Pengetua Tarikh : 15 Ogos 2019
SMK Permatang Tok Jaya
Guru Besar
Semua Sekolah Rendah
Pulau Pinang

Tuan,
UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH (UPSR) 2019
PENGAMBILAN BAHAN – BAHAN PEPERIKSAAN

Dengan segala hormatnya saya merujuk perkara di atas.


2. Adalah dimaklumkan bahawa, tuan dimohon menghantar Setiausaha Peperiksaan sekolah
tuan untuk mengambil bahan-bahan peperiksaan UPSR 2019 mengikut ketetapan seperti berikut:-

Tarikh/Hari Kawasan Masa Tempat


Butterworth ( PF ) 8.30 pg – 10.30 pg
Tasek Gelugor ( PG ) 10.30 pg – 12.30 tgh
28 Ogos 2019 Stor Utama
Kepala Batas ( PH ) 10.30 pg – 12.30 tgh
(Rabu) Sektor Penilaian & Peperiksaan
Bukit Mertajam (PJ, PK, PL) 2.00 ptg – 3.30 ptg
Jalan Tanah Liat,
Selatan ( PM, PN ) 3.30 ptg – 4.30 ptg
14000 Bukit Mertajam,
George Town ( PA, PB, PC ) 8.30 pg – 12.30 tgh Seberang Perai Tengah
29 Ogos 2019
Bayan Lepas ( PD ) 2.00 ptg – 3.30 ptg
(Khamis)
Balik Pulau ( PE ) 2.00 ptg – 3.30 ptg

3. Setiausaha Peperiksaan dikehendaki hadir dan membawa bersama Cop Sekolah. Sila
patuhi tarikh dan masa yang telah ditetapkan untuk perkara ini.
4. Semua bahan peperiksaan tersebut hendaklah diserahkan kepada Ketua Pengawas pada
tarikh 3 September 2019 (Selasa) jam 8.00 pagi semasa lawatan Ketua Pengawas ke
pusat peperiksaan.
5. Sebarang pertanyaan berkaitan perkara di atas, sila hubungi En. Azman bin Omar
di talian 04-2631472 samb. 111.
Kerjasama tuan dalam perkara ini amatlah dihargai.
Sekian, terima kasih.

‘BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’


‘PENDIDIKAN PULAU PINANG DI PERSADA ANTARABANGSA’
Saya yang menjalankan amanah,

(MOHD RODZI BIN ISMAIL)


Ketua Penolong Pengarah
Sektor Penilaian Dan Peperiksaan
b.p. Pengarah Pendidikan
Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang
No. Tel. : 04-2631472
No. Faks : 04-2611726

AO/mhh

You might also like