You are on page 1of 1

SEKOLAH KEBANGSAAN (FELDA) RAJA ALIAS 3

72100 BANDAR SERI JEMPOL


NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS
Tel: 06-4581917 Faks: 06-4585587
E-mel:nba6026@jempoljelebu.net

Ruj. Tuan:
Ruj. Kami: SK(F)RA3.600-3/5/17 ( )
Tarikh: 10 FEBRUARI 2020

Kepada,

Sesiapa yang berkenaan,

Melalui dan Salinan,

Hj Zaidi Bin Jusoh


YDP PIBG
SK (F) Raja Alias 3
72120 Bandar Seri Jempol
Negeri Sembilan.

Datok / Datin / Tuan / Puan,

MEMOHON SUMBANGAN UNTUK KEJOHANAN OLAHRAGA DAN BALAPAN SK (F) RAJA ALIAS 3 2020

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Sekolah Kebangsaan Felda Raja Alias 3 akan mengadakan
Kejohanan Olahraga Dan Balapan Kali Ke 30 pada ketetapan seperti berikut:

Tarikh : 5 Mac 2020


Masa : 2.30 petang hingga 5.00 petang
Tempat : Padang SK (F) Raja Alias 3

3. Sehubungan dengan itu, pihak sekolah memohon jasa baik pihak Datok / Datin / Tuan / Puan ,
agar dapat menghulurkan sumbangan bagi menjayakan kejohanan tersebut bagi menampung
keperluan aktiviti sepanjang program.

4. Keprihatinan dan kesudian pihak Datok / Datin / Tuan / Puan, dalam menjayakan Kejohanan
Olahraga Dan Balapan tersebut amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

‘BERSIH , MUAFAKAT , SEJAHTERA’

Saya yang menjalankan amanah,

(Hj Zaidi Bin Jusoh)


YDP PIBG
SK (F) Raja Alias 3
72120 Bandar Seri Jempol
Negeri Sembilan Darul khusus

You might also like