You are on page 1of 5

MAKTAB MAHMUD KULIM

JALAN SIDAM KANAN, Kod Sekolah : KFT 5001


09400, PADANG SERAI, KULIM, No Tel : 04-4850384
KEDAH DARUL AMAN.

Tarikh : 25 Februari 2018

GPK PENTADBIRAN (Ust Mohd Nasoha bin Abd Wahab)


GPK HEM (En Saiful Yazan bin Hasan)
GPK Kokurikulum (En. Muhammad Azam bin Bakar)
Ketua-ketua Bidang
Kaunselor ( Cik Noor Islahiah Ismail )
Jurulatih Utama PBS sekolah (Semua Mata pelajaran)
Semua guru

Tuan,

MESYUARAT PENGURUSAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS) KALI PERTAMA SESI 2018

Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacitanya dimaklumkan tuan/puan adalah dijemput untuk menghadiri Mesyuarat Pengurusan


Pentaksiran Sekolah Maktab Mahmud Kulim kali pertama bagi tahun 2018.

3. Mesyuarat akan diadakan seperti ketetapan berikut :


Tarikh : 26 Februari 2018
Masa : 2.45 petang
Tempat : Bilik Seminar, MMKL

4. Antara agenda yang akan dibincangkan ialah :


i. Ucapan aluan Pengerusi Majlis
ii. PBS – Overview dan Penjaminan Kualiti
iii. Pembudayaan PBS – saranan Ibu bapa
iv. PAJSK, Segak, Kokurikulum dan Ekstra Kokurikulum
v. Penubuhan Jawatankuasa PBS
vi. Bidang tugas Jawatankuasa / Pengoperasian
vii. Hal-hal Lain

5. Semoga dengan kehadiran tuan/puan akan melancarkan lagi perjalanan mesyuarat. Segala kerjasama
dari pihak tuan, saya dahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian , terima kasih.

” BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Yang Menjalankan Tugas,

----------------------------------
(MOHD NASOHA BIN ABD WAHAB)
Pemangku Pengetua,
Maktab Mahmud Kulim

1
MAKTAB MAHMUD KULIM, JALAN SIDAM KANAN,
09400 PADANG SERAI, KULIM ,KEDAH.

MINIT MESYURAT PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH BIL 1 / 2018

Tarikh : 26 Februari 2018


Masa : 2.45 petang
Tempat : Bilik Seminar, MMKL
Kehadiran :
Mohd Nasoha bin Abd Wahab (GPK Pentadbiran)
Saiful Yazan bin Hasan (GPK HEM)
Muhamad Azam bin Abu Bakar (GPK Kokurikulum)
Zauyah bt Saad (SU PBS)
Mohd Syafie bin Arshad
Md Kamarollizam bin Ahmad
Mohd Amir bin Talib
Shahidan bin Abd Rahma
Mohd Fariz bin Abd Mulub
Ahadi bin Ab Hamid
Mohammad Fawaz bin Mohammad Fathil
Adnan bin Isa
Muhamad Suffi bin Mustaffa
Nurul Murni bt A.Rahman
Nur Syahirah bt Daud
Noraini bt Ibrahim
Nurizwani Herni bt Mokti
Adawiyah bt Yusof
Nurul Haiza bt Hashim
Nurul Huda Bt Abd Wahab
Busyra Bt Yahaya
Jannatulmakwa bt Khalid
Nor Islahiah bt Ismail
Azni Zuriati bt Chek Ali
Wan Noriza bt Wan Othman
Noor Hidayah bt Jamaludin
Rozalina bt Roslan
Izzah bt Abd Rahim
Mahfudzah bt Mohamad Tarmudi

2
Agenda :
1. Aluan Pengerusi
2. PBS – Overview dan Penjaminan Kualiti
3. pembudayaan PBS - Sarana Ibu bapa
4. PAJSK, Segak, Kokurikulum dan Ekstra kokurikulum
5. Penubuhan Jawatankuasa PBS
6. Bidang tugas Jawatankuasa / Pengoperasian
5. Hal-hal lain

i. Aluan pengerusi
1. Majlis telah dipengerusikan oleh Ust Mohd Nasoha bin Abd Wahab
2. Mesyuarat dimulakan dengan bacaan al-fatihah.
3. Pengerusi berharap semua guru dapat memberikan tumpuan sepenuhnya supaya
maklumat dapat disampaikan dengan berkesan.
Makluman : semua guru

ii. PBS – Overview dan Penjaminan Kualiti


1. Ust Mohd Nasoha bin Abd Wahab menyatakan kepentingan Penjaminan Kualiti.
Penjaminan kualiti diuruskan oleh Pengurusan Sekolah
2. Ust Mohd Nasoha bin Abd Wahab menayangkan slaid Powerpoint kepada guru dan staf.
Kandungan yang ada dalam slaid tersebut ialah:
ii.2.1 Pengenalan PBS – PBS terbahagi kepada 2 iaitu Akademik dan bukan Akademik.
Akademik terdiri daripada Pentaksiran Sekolah (PS) dan Pentaksiran Pusat (PP).
Bukan Akademik pula terdiri daripada PAJSK (Pentaksiran Aktiviti Jasmani Sukan
dan Kokurikulum) dan Pentaksiran Psikometrik.
ii.2.2 Penjaminan kualiti terdiri daripada 4 komponen iaitu Pemantauan, Pengesanan,
Pementoran dan Penyelarasan. Keempat-empat komponen ini saling berkaitan.
ii.2.3 Sebarang permasalahan berkaitan dengan PBS, guru-guru dan staf boleh
merujuk kepada Buku Panduan Pengurusan PBS yang dikeluarkan oleh Lembaga
Peperiksaan Kementerian Pelajaran Malaysia.
ii.2.4 Guru-guru yang terlibat dengan PBS perlu menggunakan pertimbangan
profesional untuk mentaksir seseorang murid.
ii.2.5 Profil murid akan dipaparkan secara keseluruhan walaupun pentaksiran yang
dibuat adalah berdasarkan kepada setiap mata pelajaran.

Tindakan : semua guru

iii. Pembudayaan PBS – Sarana Ibu bapa.


1. Pn Zauyah binti Saad meminta agar guru-guru / komuniti sekolah amnya memainkan
peranan bersama pentadbir sekolah membudayakan PBS. Ini memandangkan masih
ramai yang belum faham mengenai PBS / PT3. Pn Zauyah bt Saad meminta cadangan-
cadangan daripada guru.

3
2. Ust Mohd Nasoha bin Abd Wahab mencadangkan agar apabila perjumpaan yang akan
diadakan bersama PIBG nanti, pihak sekolah (Pengurusan) menghebahkan kepada ibu
bapa dan penjaga mengenai PBS.
3. Pn Zauyah binti Saad memaklumkan bahawa, pada mesyuarat Agung PIBG kali pertama,
pihak Sekolah telahpun memaklumkan kepada ibu bapa dan penjaga mengenai
Pelaksanaan PBS.
4. Cadangan dari Ust Mohd Nasoha bin Abd Wahab diterima dan akan dilaksanakan apabila
ada perjumpaan dengan ibu bapa. Mengenai PBS ini, Pihak pengurusan akan sentiasa
memaklumkan kepada ibu bapa dan penjaga
Makluman : semua guru

iv. PAJSK, Segak, Kokurikulum dan Ekstra Kokurikulum


1. Segak perlu dilaksanakan sebanyak 2 penggal - Penggal 1 awal tahun, penggal 2 akhir
tahun. Tempoh masa untuk Segak Penggal 1 ialah dari Januari hingga Mac. Untuk Segak
Penggal 2 ialah dari Jun hingga Ogos.
2. Kokurikulum dan Ekstra Kokurikulum pula dinilai sepanjang tahun. Bahagian ini akan diisi
dan disiapkan pada akhir persekolahan.
Tindakan : PK Ko , Guru PJASK

v. Pentaksiran Psikometrik
1. Kaunselor Sekolah iaitu Cik Nor Islahiah bt Ismail menerangkan bagaimana pentaksiran
Psikometrik dijalankan.
2. Beliau memaklumkan pentaksiran ini melibatkan atitud dan personaliti. Pelajar
tingkatan 1 hingga tingkatan 3 akan ditaksir sepanjang tahun.
3. Beliau memaklumkan lagi bahawa, pentaksiran ini dijalankan samaada pada hari
persekolahan dan bukan hari persekolahan. Untuk itu, beliau meminta kerjasama pihak
sekolah bagi menjayakan pentaksiran ini.
Tindakan : PK HEM , Guru PJASK

vi. Penubuhan Jawatankuasa PBS


1. Setiausaha PBS – Puan Zauyah binti Saad menayangkan Slaid Jawatankuasa PBS 2018.
2. Beliau harap ahli jawatankuasa ini menjalankan tugas masing-masing dengan
bersungguh-sungguh agar dapat memenuhi kehendak dasar kementerian.
3. Carta organisasi ini akan dipaparkan / ditampal di papan kenyataan PBS.
Tindakan : SU PBS

vii. Bidang tugas Jawatankuasa PBS / Pengoperasian


1. Setiausaha PBS – Puan Zauyah menerangkan bagaimana sistem penyimpanan evidens
bagi setiap tingkatan.
2. Evidens dan perekodan disimpan oleh guru matapelajaran.
3. Perekodan PBS perlulah dikemaskini sepanjang masa.

4
4. Puan Zauyah memaklumkan kepada guru bahawa, perekodan boleh diperoleh melalui
laman web KPM atau boleh mendapatkannya daripada SU PBS sendiri.
5. Beliau juga memaklumkan bahasa Pelaporan PBS bagi Tingakatan 1 dan 2 telah
ditambahbaik dan menggunakan format yang baharu. Manakala, Pelaporan PBS bagi
Tingkatan 3 masih mengekalkan format pelaporan yang lama.

Makluman : SU PBS

viii. Hal –hal lain


1. Setiausaha Peperiksaan Dalam, Pn Jannatulmakwa bt Khalid memaklumkan bahawa
Ujian Topikal 1 bagi Tingkatan 1-4 akan bermula pada 11 Mac 2018 manakala Ujian
Topikal bagi Tingkatan 5 bermula pada 5 Mac 2018
2. Pengerusimemaklumkanbahawamesyuarat guru dan SKPMG2 akandiadakanpada 4 Mac
2018
3. Pengerusijugamengingatkansemua guru yang terlibatuntukmenghadirimesyuarat di
peringkat PPD ataupun JPN wajibmenghadirkandirikemesyuarattersebut. Hal
inikeranakehadiransetiap guru akandirekodkanolehpihakberkenaan.

Makluman : Semua Guru

Mesyuarat di tangguh pada pukul 5.00 petang

Di sediakan oleh : Di semak oleh :

…………………………………………………….. ……………………………………………..
ZAUYAH BINTI SAAD UST MOHD NASOHA BIN ABD WAHAB
Setiausaha PBS Pemangku Pengetua
Maktab Mahmud Kulim Maktab Mahmud Kulim

You might also like