You are on page 1of 13

BAB 3

METODOLOGI KAJIAN

3.1 PENDAHULUAN

Metodologi kajian merujuk kepada tatacara melaksanakan kajian yang telah ditetapkan
(Mohd Najib Abdul Ghafar, 2003). Menurut Delgado (2006), bagi melaksanakan kajian ini
dengan efektif, metadologi yang dirangka melibatkan pembentukan hipotesis, pemilihan reka
bentuk, kaedah pengumpulan data, penentuan populasi dan pemilihan sampel, ujian rintis dan
kaedah penganalisisan data. Ini bermakna, hasil dapatan penyelidikan harus mengandungi ciri
kesahan, kebolehpercayaan, keobjektifan, kemudahtafsiran dan kebolehtadbiran (Mook Song
Sang, 2010).
Reka bentuk kajian mestilah bersesuaian dengan tujuan kajian yang dijalankan. Oleh yang
demikian, perancangan dan pemilihan kaedah kajian yang sesuai penting dalam mendapatkan
hasil kajian. Pendekatan cara persampelan dan penganalisisan data yang digunakan perlu
dikenal pasti agar ia bersesuaian dengan objektif kajian yang telah digariskan kerana
kegagalan menggunakan kaedah pengumpulan data atau metodologi kajian yang sesuai dan
berkesan boleh menghasilkan maklumat yang tidak tepat, kabur dan boleh menyebabkan
beban maklumat (Cohen, 2003). Pada bab ini pengkaji akan menjelaskan tentang beberapa
aspek metodologi yang digunakan dalam kajian ini iaitu reka bentuk kajian, populasi dan
pensampelan kajian, lokasi kajian, instrumen kajian, kajian rintis, prosedur pengumpulan data
dan prosedur analisis data.

3.2 REKA BENTUK KAJIAN

Menurut Knobel (2004), reka bentuk kajian ialah kaedah yang digunakan oleh pengkaji
dalam mengumpulkan data bagi menyelesaikan permasalahan kajian dan mencapai objektif
kajian. Reka bentuk memberikan penerangan yang tepat tentang instrumen dan bilangan
sampel yang digunakan dalam kajian. Menurut Mohd Najib (2006), reka bentuk kajian
disediakan dengan tujuan untuk mendapatkan jawapan daripada soalan-soalan kajian yang
dikemukakan. Reka bentuk kajian merupakan bahagian yang penting dalam bab ini. Oleh itu
pengkaji harus merancang kajiannya dengan reka bentuk kajian yang sesuai dengan
kajiannya.
Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif yang berbentuk kajian kes yang menggunakan
analisis deskriptif. Merriem (1998) menyatakan kajian kes digunakan untuk meningkatkan
kefahaman yang mendalam tentang subjek yang dikaji, memfokus kepada aspek proses
berbanding output, mementingkan penemuan bukannya pengesahan sesuatu teori atau
dapatan. Menurut Mohd Sidek (2002), rekabentuk kajian deskriptif dijalankan bertujuan
untuk memberi penerangan yang sistematik mengenai fakta dan ciri-ciri sesuatu populasi atau
bidang yang diminati secara fakta dan tepat. Melalui kaedah ini, pengkaji dapat melaporkan
secara terperinci dapatan mereka. Di samping itu, dapat membuat kajian lebih mendalam dan
membolehkan pengkaji mendapat banyak maklumat secara terperinci dan meluas. Oleh yang
demikian pengkaji telah memilih kajian kes dalam menjalankan kajian ini.

Kajian ini merupakan satu kajian berbentuk kualitatif menggunakan analisi dokumen dan
instrumen temu bual berstruktur yang diedarkan kepada tiga orang guru yang mengajar di
tiga buah Sekolah Rendah daerah Petaling Perdana. Penggunaan instrumen temubual
bertujuan bagi mendapatkan maklumat yang diperlukan untuk memenuhi keperluan kajian.
Patton (1980) menyatakan terdapat tiga jenis teknik temubual iaitu temubual formal,
temubual tidak formal dan temubual terbuka. Fontana dan Frev 1994). Merriem (1998) juga
menyatakan terdapat tiga jenis temubual iaitu temubual berstruktur, temubual separa
berstruktur dan tembual tidak berstruktur.

3.3 POPULASI DAN SAMPEL KAJIAN

Menurut Mc Millan dan Shumacer (1984) sampel adalah kumpulan subjek yang terdiri
daripada individu yang dipilih daripada sekumpulan pelajar yang dikenali sebagai populasi.
Mohd Majid (2009) juga menyatakan gunakan sebanyak mana sampel yang boleh diperolehi
kerana pertambahan saiz sampel akan lebih mewakili populasi .Menurut Fink (1995) sampel
adalah satu bahagian atau subset kumpulan yang besar yang disebut populasi manakala
populasi adalah keseluruhan yang disampelkan. Menurut Noraini (2010) sampel ialah
kumpulan yang menjadi sumber informasi yang diperlukan

Prosedur pemilihan sampel dalam kajian ini merujuk kepada persampelan rawak
mudah. Prosedur ini dipilih oleh pengkaji bagi memastikan setiap unit dalam populasi
mempunyai peluang yang sama untuk dipilih sebagai sampel kajian.

Oleh itu, pengkaji telah memilih tiga orang guru Matematik daripada sekolah yang
pelbagai aliran sebagai sampel kajian. Satzinger, Jackson dan Burd (2007) berpendapat
bahawa sejumlah kecil sampel sudah mencukupi sekiranya objektif reka bentuk kajian adalah
jelas dan terhad. Ini kerana menurut worrell, di Gangi & Bush (2012) pemilihan peserta
kajian atau sampel kajian memberi impak mempengaruhi kualiti kajian.

Senarai sampel kajian

Bilangan
Bilangan Sekolah Enrolmen
Responden

1 Sekolah Kebangsaan Puchong 1 630

2 Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Subang 1 1951

3 Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) F E S Serdang 1 517

Sebelum melaksanakan kajian dalam mendapatkan maklumat daripada sampel kajian,


pengkaji akan menghubungi majikan responden serta mendapatkan kebenaran bertulis. Selain
itu, pengkaji perlu mendapatkan kebenaran bertulis daripada respondan. Seterusnya ialah
mendapatkan kerelaan/sukarela dan tanpa paksaan daripada respondan. Selain itu, tindakan
mendapatkan persetujuan protokol temubual dan prosedur analisis dokumen diperlukan.
Akhir sekali, pengkaji akan mendapatkan kebenaran melihat, mencatat dan mengambil
dokumen peribadi responden.

Berikut ialah carta gantt perlaksanaan sebelum mengumpul data:

Penerangan Febuari Mac April Mei


Menghubungi majikan responden untuk
mendapatkan kebenaran bertulis
Mendapatkan kebenaran bertulis daripada
responden
Mendapatkan kerelaan/sukarela dan tanpa
paksaan daripada responden
Mendapatkan persetujuan protokol temubual
dan prosedur analisis dokumen
Mendapatkan kebenaran melihat, mencatat dan
mengambil dokumen peribadi

3.4 LOKASI KAJIAN


Pengkaji telah memilih untuk menjalankan kajian dalam daerah Petaling Perdana di negeri
Selangor yang mempunyai 85 buah sekolah rendah iaitu 61 buah Sekolah Kebangsaan, 12
Buah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina, dan 12 buah Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil.
Terdapat 10 daripada 85 buah sekolah ini dikategorikan sebagai sekolah luar bandar
manakala selebihnya merupakan sekolah bandar. Pengkaji memilih untuk menjalankan kajian
di 3 buah sekolah yang terdiri daripada Sekolah Kebangsaan, Sekolah Jenis Kebangsaana
Cina dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil. Pengkaji memilih tiga jenis sekolah ini untuk
mendapatkan persamaan mahupun perbezaan maklumat dalam jenis sekolah yang berbeza.
Pengkaji telah memilih sekolah yang pelbagai juga disebabkan pengkaji yang berhidmat di
Sekolah Kebangsaan, Sekolah Jenis Kebangsaana Cina dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil.
Perkara ini secara tidak langsung, keadaan ini akan melancarkan proses pengumpulan data
kajian kelak.

3.5 INSTRUMEN KAJIAN

Instrumen kajian merupakan cara yang digunakan untuk mengumpulkan maklumat melalui
soal selidik dan temu bual (Cohen, 2003). Pemilihan instrumen kajian yang tepat adalah
penting supaya penyelidik memperoleh data yang sah dan boleh dipercayai (Mohd Najib,
2003). Mohd Najib (2006) menyatakan bahawa instrumen yang digunakan oleh pengkaji
akan menentukan jenis data yang diperoleh dan ini akan mempengaruhi jenis analisis data
yang diperoleh. Dalam kajian ini, terdapat dua instrumen atau alat kajian yang digunakan
untuk mendapatkan data iaitu temubual dan analisis dokumen.

3.5.1 Temu bual


Temu bual merupakan kaedah bila mana subjek dan penyelidik hadir sama di dalam proses
memperolehi maklumat. Melalui temubual maklumat penyelidikan diperolehi secara
langsung oleh penyelidik daripada subjek sebagaimana kaedah soal selidik. Kaedah temu
bual digunakan untuk memperoleh maklumat seperti fakta, kepercayaan, perasaan dan
kehendak yang diperlukan untuk mencapai sesuatu objektif penyelidikan. Temubual
menghendaki penyelidik dan subjek berinteraksi secara langsung dan aktif. Patton (1980)
menyatakan terdapat tiga jenis teknik temubual iaitu temubual formal, temubual tidak formal
dan temubual terbuka. Fontana dan Frev 1994) Merriem (1998) juga menyatakan terdapat
tiga jenis temubual iaitu temubual berstruktur, temubual separa berstruktur dan tembual tidak
berstruktur.
Dalam kajian ini, temubual berstruktur telah digunakan. Menurut Merriem (1998)
penggunaan tembual berstruktur bertujuan untuk mengumpulkan maklumat yang tepat seperti
maklumat sosiodemografik, umur. pendapatan, taraf perkahwinan, tahap pendidikan dan
sebagainya. Manakala temubual separa berstruktur bersifat fleksibel dan keadaan ini
membolehkan responden menghuraikan apa yang difikirkannya kepada penyelidik. Temubual
berstruktur dilakukan untuk mendapatkan maklumat tambahan yang dapat menyokong
dapatan kajian terutamanya dalam penulisan bab empat. Temubual akan dilakukan ke atas
responden yang terdiri daripada tiga orang guru matematik di tiga jenis sekolah yang berbeza.

Contoh petikan skrip temubual.


Penyelidik: Terima kasih diatas kesanggupan untuk berkongsi maklumat. Apakah
pengalaman cikgu dalam bidang pendidikan? Pada pandangan cikgu, apakah yang cikgu
faham tentang Pentaksiran Bilik Darjah atau dikenali sebagai PBD?
Rina: Hmm saya sudah berpengalaman selama 20 tahun dalam bidang ini. Jadi, padangan
saya, PBD ni merupakan satu bentuk pentaksiran yang dijalankan diperingkat sekolah.
Selalunya, dijalankan oleh cikgu-cikgu yang mengajar. Tambahan pula, ia dijalankan secara
dalaman sahaja. Pentaksiran ini tidak hanya merujuk kepada peperiksaan di pertengahan
tahun dan akhir tahun, tetapi pentaksiran ini merupakan satu proses yang berterusan dalam
pdpc sesuatu topik atau subjek. Pentaksiran boleh dijalankan untuk pembelajaran, dan juga
sebagai pembelajaran.

3.5.2 Analisis Dokumen

Mendokumenkan perancangan pengajaran merupakan salah satu cara menguruskan pelajaran.


Menurut Alderson (2000) dan Daft (1997), perancangan secara dokumen dapat
menyenaraikan tujuan, sumber dan kaedah sesuatu aktiviti pengajaran. Ia merupakan
persediaan awal sebelum sesuatu pengajaran dilakukan. Dalam kajian ini, dokumen guru iaitu
PPPM/DSP, Buku Rekod Mengajar (BRM), Borang Rekod Kemajuan (BRK) dan instrumen
murid dirakam dalam bentuk gambar dan dianalisis untuk mendapatkan maklumat tentang
proses perancangan yang telah dilakukan oleh guru. Penganalisisandokumen guru
(perancangan) dilakukan sebelum dilakukan pemerhatian terhadap PdP guru berkenaan.
Setelah tarikh, masa dan tempat kajian ditetapkan, penyelidik terus menunggu guru di Bilik
Guru. Pada masa yang dijanjikan, penyelidik mendapatkan BRM, BRK dan instrumen (jika
ada) yang bakal digunakan dari guru berkenaan. Kemudian, penyelidik meneliti dan
menganalisis catatan yang dibuat dalam buku tersebut. Penyelidik menganalisis maklumat
berkaitan perancangan yang dibuat sebelum PdP dijalankan. Penyelidik mencatatkan
maklumat yang diperlukan di dalam Senarai Semak Analisis Dokumen.

BORANG SENARAI SEMAK ANALISIS DOKUMEN

FAIL PENGURUSAN INDUK PBD

Tandakan (√ ) dalam ruangan samada 0 - TB, 1 – Tiada, 2 – Ada Tetapi Tidak Lengkap, 3
– Lengkap 4 - Lengkap & Mithali
Bil Perkara 0 1 2 3 4 Catatan

1 Jawatankuasa PBD Sekolah


1.1 - Carta Organisasi Jawatankuasa
1.2 - Melaksanakan Mesyuarat *
Rujuk Takwim
1.2. - Mesyuarat Kali Pertama Sekolah
1
1.2. - Mesyuarat Kali Kedua
2
1.2. - Mesyuarat Kali Ketiga
3
1.2. - Mesyuarat Kali Keempat
4
1.3 - Minit Mesyuarat Disediakan
1.4 - Maklumbalas Mesyuarat
Disediakan
2 Jadual Kerja PBD Induk
2.1 - Disediakan
2.2 - Diedarkan
2.3 - Dipamerkan
3 - Pemantauan Dalaman & Rekod
Pemantauan dibuat
4 Prosedur Kerja Pentadbiran
4.1 - Disediakan
4.2 - Diedarkan
5 Surat-Surat
Pekeliling/Makluman
5.1 - Disimpan dan difailkan
6 Buku Panduan Pentaksiran
Berasaskan Sekolah
6.1 - Disimpan dan difailkan
7 Taklimat kepada calon
7.1 - Taklimat telah dilaksanakan Rujuk Takwim
7.2 - Personel yang memberi taklimat Sekolah
8 Makluman kepada
ibubapa/penjaga
8.1 - Salinan surat makluman

FAIL PELANTIKAN PENTAKSIR


1 Pelantikan Pentaksir Mengikut
Kriteria
1.1 - Maklumat Pentaksir direkodkan
1.2 - Surat Pelantikan
1.3 - Carta Organisasi Pentaksir
Sekolah
FAIL PELAPORAN PBD INDIVIDU

1 Jawatankuasa PBD ( Subjek )


1.1 - Bermesyuarat
1.2 - Minit Mesyuarat Disediakan
1.3 - Carta Organisasi Jawatankuasa
2 Jadual Kerja Pentaksiran
( Subjek )
2.1 - Disediakan
2.2 - Diedarkan
2.3 - Dipamerkan
2.4 - Rekod Penyelarasan dibuat
3 Prosedur Kerja Pentaksiran
( Subjek )
3.1 - Disediakan
3.2 - Diedarkan
4 Bahan-bahan pentaksiran
4.1 - Tugasan, soalan atau panduan
pentaksiran
4.2 - Contoh borang-borang
pentaksiran
4.3 - Contoh sijil
4.4 - Bahan yang berkaitan dengan
kerja
kursus
5 Pengendalian Pentaksiran
5.1 - PBD dilaksanakan semasa
pengajaran dan pembelajaran
( Buku Rekod Mengajar)
6 Borang Profil Individu
(Borang Skor Individu)
6.1 - Dilengkapkan
6.2 - Difailkan
6.3 - Disimpan dengan selamat
7 Borang Markah Induk
7.1 - Dilengkapkan
7.2 - Difailkan
7.3 - Disimpan dengan selamat
8 Bahan Bukti ( Dokumen / Eviden
)
8.1 - Eviden proses
8.2 - Eviden produk
Jumlah

3.6 KAJIAN RINTIS

Kajian rintis temubual pada tahap ini adalah berguna bagi mendapatkan maklumat dengan
bertanya langsung kepada responden. Temu bual atau yang dikenal dengan istilah interview
adalah suatu proses interaksi dan komunikasi dari dua orang atau lebih (subjek dan objek).
Metode ini dilakukan untuk Definisi yang hampir sama disampaikan oleh Sabitha Marican,
iaitu satu situasi di mana penemu bual akan bertanya soalan pada seseorang atau lebih
responden secara bersemuka. Kajian rintis adalah bertujuan untuk mengenal pasti kesesuaian
instrumen temubual yang digunakan kepada responden.

Sebelum kajian sebenar dijalankan, pengkaji akan menjalankan kajian rintis. Kajian
rintis ini dilaksanakan untuk membantu pengkaji mengenal pasti tahap kebolehlaksanaan atau
kemunasabahan kajian sebenar yang akan dijalankan disamping meningkatkan kesahan
dalam instrumen kajian. Pengkaji akan menjalankan ujian rintis di tiga buah sekolah di
daerah Petaling Perdana. Walaupun kajian rintis ini akan dilaksanakan di tempat yang sama
dengan kajian yang sebenar, tetapi Ia dilakukan dengan menggunakan subjek lain yang
mempunyai ciri-ciri yang sama dengan ciri-ciri subjek populasi kajian. Subjek untuk kajian
rintis ini terdiri daripada enam orang guru Matematik . Menurut (Mohd Najib ,1999) saiz
sampel kajian rintis tidak perlu besar tetapi memadai untuk memenuhi tujuan perbincangan
awal yang berkesan tentang ujian itu sekitar enam dan sepuluh orang. Tujuan utama diadakan
kajian ini ialah untuk mengetahui kesahan soalan temubual sama ada guru berkenaan
memahami soalan yang diberikan atau sebaliknya. Ujian rintis ini dijalankan sendiri oleh
pengkaji. Sebelum ujian ini dijalankan pengkaji telah meminta kebenaran rasmi daripada tiga
orang pakar iaitu Guru Cemerlang Matematik, Puan Nizam Binti Baharuddin DG48, Puan
Rohana Bt Muthalib dan Puan Suraya Bt Harun, seorang pegawai SISC+ dari Pejabat
Pendidkan Daerah (PPD), Encik Ahmad Maswan Bin Ahmad Fuaad serta tiga pentadbir
sekolah iaitu Puan Mahizon Binti Mahmud, Cheong Ai Chee dan Puan Kavita sebelum
soalan temubual ditadbir di sekolah.
3.6.1 KAJIAN RINTIS
Dalam kebanyakan kajian kualitatif dalam bidang pendidikan (McCormick et al., 1994;
Dixon et al., 2001; Stone et al., 2003; Anderson et al., 2006; Huberty et al., 2011; Morin,
2013), kajian rintis merupakan salah satu aspek penting dalam kajian. Tujuan kajian rintis
dalam penyelidikan kualiatatif adalah untuk mengenal pasti kesesuaian instrumen temubual
yang digunakan kepada responden. Dalam kajian ini (Jasmi, 2010), satu instumen
temubual separuh struktur disiapkan sebelum diserahkan kepada penyelia untuk melihat
keselarasan antara objektif kajian dan tema dengan soalan kajian (Lampiran A). Keesahan ini
sangat penting sebagai salah satu daripada pengesahan penyelidikan kualitatif (Houghton et
al., 2013). Pengesahan penyelia dan rakan dalam kajian ini juga salah satu bentuk daripada
kebolehpercayaan data kerana menurut Bogdan dan Biklen (2003)bahawa salah satu daripada
kesahan data kualitatif adalah melalui pengesahan penyelia dan rakan penyelidik terhadap
keteraturan kajian yang dilakukan

Kesahan

Kesahan ke atas setiap item pula disahkan oleh tiga orang pakar iaitu Guru Cemerlang
Matematik, Puan Nizam Binti Baharuddin DG48, Puan Rohana Bt Muthalib dan Puan Suraya
Bt Harun, seorang pegawai SISC+ dari Pejabat Pendidkan Daerah (PPD), Encik Ahmad
Maswan Bin Ahmad Fuaad serta tiga pentadbir sekolah iaitu Puan Mahizon Binti Mahmud,
Cheong Ai Chee dan Puan Kavita sebelum soalan temubual ditadbir di sekolah.

Kebolehpercayaan
Menurut Mohd Najib, (2003), kebolehpercayaan merujuk kepada konsistensi responden
memberi jawapan. Kebolehpercayaan adalah ketekalan keputusan ujian, iaitu sesuatu tahap
yang diperoleh seseorang sememangnya melambangkan tahap kemahiran beliau dalam ujian
tersebut.

3.7 PROSEDUR PENGUMPULAN DATA


Prosedur pengumpulan data merupakan perkara yang penting yang perlu dijalankan dengan
teliti dalam sesuatu kajian. Hal ini adalah kerana data yang akan diperolehi merupakan
dapatan yang perlu dikumpulkan dan dianalisis. Dalam kajian ini, pengkaji menggunakan
kaedah pengumpulan data kualitatif. Kaedah pengumpulan data kualitatif yang digunakan
ialah temu bual dan analisis dokumen.

3.7.1 Temubual

Temu bual atau yang dikenal dengan istilah interview adalah suatu proses interaksi dan
komunikasi dari dua orang atau lebih (subjek dan objek).6 Metode ini dilakukan untuk
mendapatkan maklumat dengan bertanya langsung kepada responden. Definisi yang hampir
sama disampaikan oleh Sabitha Marican, iaitu satu situasi di mana penemu bual akan
bertanya soalan pada seseorang atau lebih responden secara bersemuka. Secara umum, temu
bual dapat dilakukan dalam dua bentuk, iaitu temu bual tidak berstruktur dan temu bual
berstruktur dan temu bual tidak berstruktur adalah temu bual yang dilakukan hanya
bersumber kepada garis-garis besar permasalahan yang akan ditanyakan. Manakala temu
bualberstruktur adalah temu bual yang soalan-soalannya telah disusun secara terperinci
sebelum ianya dilangsungkan.

3.7.2 Analisi dokumen

Pada amnya, analisis dokumen ialah pecahan kaedah pengumpulan data penyelidikan
daripada analisis kandungan yang merupakan huraian objektif terhadap mesej komunkasi
yang telah dicetak, disiarkan atau digambarkan. Dalam kata lain, bahagian mesej itu dapat
didengar, diperoleh dan dilihat dengan merujuk kandungan teks pada perkataan, maksud,
gambar, simbol, idea, tema, atau apa-apa sahaja mesej yang telah dikomunikasikan (Sabitha
Marican, 2009: 97; Babbie, 2010: 332). Hal ini sebagaimana yang ditakrifkan seperti berikut:
Document analysis is just what its name implies – the analysis of the written or visual
contents of a document. Textbooks, essays, newspapers, novels, magazine articles,
cookbooks, political speeches, advertisements, pictures – in fact, the content of virtually any
type of written or visual communication can be analyzed in various ways. A person’s or
group’s conscious beliefs, attitudes, values, and ideas are often revealed in the document they
produce. (Fraenkel dan Wallen, 1993: 389). Salah satu metod kajian selain etnografi, teori
berbalas/ berlandas, fenomenologi dan kajian sejarah yang digunakan untuk tujuan
menganalisis data dokumen dan temubual berbentuk teks ( hsieh&shannon, 2007)
Pengumpulan data melalui analisis dokumen dapat memberikan maklumat yang relevan
kepada isu dan masalah yang dikaji. Dokumen adalah sumber yang paling mudah kepada
pengkaji kerana maklumat yang diperlukan telah sedia ada dan sukar untuk menipu. Contoh
dokumen yang boleh digunakan jika hendak mengkaji tentang guru:

(1) Diari atau Jurnal

(2) Sukatan Pelajaran dan Huraan SukatanPengajaran

(3) Buku Rancangan Mengajar Harian

(4) Buku teks dan buku rujukan

(5) Kertas peperiksaan dan ujian bulanan

(6) Tugasan atau buku latihan murid

(7) Rekod pencapaian atau rekod adab

(8) Minit mesyuarat panitia

(9) Jadual Kedatangan Murid

(10) Gambar foto

Semua dokumen yang dirasakan perlu perlu diteliti dan dilaporakan dalam satu laporan serta
disertakan salinan jika tidak sukar untuk disalin.

3.8 PROSEDUR ANALISIS DATA.

3.8.1 Temubual

Merriam (1998) mengatakan pengumpulan data dan penganalisisan merupakan satu aktiviti
yang dijalankan serentak dalam kajian kualitatif. Analisis bermula pada temu bual pertama,
pemerhatian pertama dan pembacaan dokumen pertama. Dengan kata lain, analisis data
dijalankan semasa data pertama diperolehi. Proses analisis data dijalankan berterusan
sepanjang masa kajian ini dilaksanakan. Meriam menerangkan seterunya bahawa mengurus
dan menapis data sebaik sahaja selepas pengumpulan data juga amat penting. Ini akan
membantu pengkaji menyediakan soalan untuk ditanya atau perhatikan pada temu bual atau
pemerhatian seterusnya. Tanpa analisis data yang dikumpul sepanjang masa kajian dijalankan
akan menyebabkan data yang dipunggut tidak fokus dan berulang.

Setiap temu bual dirakam secara audio dan mentranskripsikan data-data secara verbatim
merupakan langkah pertama yang dilakukan setelah temu bual. Selepas itu, data yang telah
ditranskripsikan dibaca berulang kali untuk memperolehi fahaman yang mendalam sebelum
mengkategorikan data.

Strategi untuk mengkategorikan data adalah dengan menggunakan cadangan alat analitik
yang dikemukakan oleh Corbin dan Strauss (2008) seperti bertanya soalan, membuat
perbandingan, memikirkan pelbagai maksud terhadap sesuata perkataan, pengalaman
individu dan sebagainya. Namun, alat analitik yang paling banyak digunakan semasa proses
analisis untuk kajian ini termasuk bertanya soalan dan membuat perbandingan. Melalui
bertanya soalan dan memikirkan kemungkinan jawapan dari pelbagai sudut dapat membantu
pengkaji memahami fenomena kajian daripada persepsi peserta. Membuat perbandingan
melibatkan proses membandingkan data dari segi kesamaan dan kelainan kejadian atau
peristiwa sebelum membentuk tema-tema dan mengkategorikan data. Data yang dikumpulkan
terdiri daripada soalan temu bual dan analisi dokumen. Pengkaji merakam perbualan diantara
pengkaji dan responden.

Analisis dokumen

Penganalisisan dokumen guru (perancangan) dilakukan sebelum dilakukan pemerhatian


terhadap PdP guru berkenaan. Setelah tarikh, masa dan tempat kajian ditetapkan, penyelidik
terus menunggu guru di Bilik Guru. Pada masa yang dijanjikan, penyelidik mendapatkan
BRM, BRK dan instrumen (jika ada) yang bakal digunakan dari guru berkenaan. Kemudian,
penyelidik meneliti dan menganalisis catatan yang dibuat dalam buku tersebut. Penyelidik
menganalisis maklumat berkaitan perancangan yang dibuat sebelum PdP dijalankan.
Penyelidik mencatatkan maklumat yang diperlukan di dalam Senarai Semak Analisis
Dokumen.

Dalam kajian ini, pengkaji akan merakam dalam bentuk gambar dokumen guru iaitu
PPPM/DSP, Buku Rekod Mengajar (BRM), Borang Rekod Kemajuan (BRK) dan instrumen
murid kemudian membuat analisis untuk mendapatkan maklumat tentang proses
perancangan yang telah dilakukan oleh guru. Penganalisisan dokumen guru (perancangan)
akan dilakukan sebelum melakukan pemerhatian terhadap PdP guru berkenaan. Setelah
tarikh, masa dan tempat kajian ditetapkan, penyelidik akan menunggu guru di Bilik Guru.
Pada masa yang dijanjikan, penyelidik akan mendapatkan BRM, BRK dan instrumen (jika
ada) yang bakal digunakan dari guru berkenaan. Kemudian, penyelidik akan meneliti dan
menganalisis catatan yang dibuat dalam buku tersebut. Penyelidik juga akan menganalisis
maklumat berkaitan perancangan yang dibuat sebelum PdP dijalankan kemudian mencatatkan
maklumat yang diperlukan di dalam Senarai Semak Analisis Dokumen.

RUMUSAN

Bab ini membincangkan secara terperinci tentang metodologi kajian yang digunakan oleh
pengkaji iaitu aspek-aspek yang terdiri daripada reka bentuk kajian, sampel kajian, prosedur
analisis kajian kaedah pengumpulan data, kesahan dan kebolehpercayaan instrumen kajian.

You might also like