You are on page 1of 2

Rumusan Analisis Data Temu Bual Berstruktur

Cikgu Rina menyatakan PBD merupakan satu pentaksiran yang dijalankan secara dalaman di
sekolah. Pentaksiran bukan berfokus pada peperiksaan sahaja malahan pentaksiran boleh
berlaku bila-bila masa. Pentaksiran akan dijalankan sebagai pembelajaran dan untuk
pembelajaran. Pentaksiran boleh dijalankan secara individu atau secara berkumpulan.
Pentaksiran boleh dijalankan dengan latihan, tugasan akhir, secara pemerhatian, projek dan
cara pelajar berinteraksi dan sebagainya. PBD membantu guru untuk menilai pengajaran diri
sendiri dan mengemaskini cara pengajarannya.

Masalah yang dihadapi oleh guru ialah guru mempunyai pengetahuan yang rendah terhadap
pelaksanaan PBD. Guru sudah biasa dengan pentaksiran sumatif yang lebih kepada ujian dan
peperiksaan. Terutamanya guru yang lama mengajar di sekolah yang tidak dapat
menyesuaikan diri dalam perubahan baharu kerana kurang mempunyai kefehaman terhadap
kandungan PBD lalu hanya mengamalkan kaedah pentaksiran yang lama dalam proses
pengajaran. Selain itu, guru juga memperuntukkan masa yang berasingan untuk melakukan
pentaksiran. Malahan guru perlu bertungkus lumus untuk menhabiskan silibus dan
menghadapi kesuntukkan masa untuk mentaksir murid satu demi satu. Tambahan lagi guru
juga menghadapi masalah dalam pemilihan instrument yang betul untuk menjalankan
pentaksiran. Ketidakpandaian dalam penggunaan teknologi ataupun computer merupakan
masalah yang utama dalam aspek ini.

Cara mengatasi masalah diatas ialah melalui berusaha untuk berbincang dengan guru-guru
matematik mengenai cara pentaksiran yang sesuai. Guru juga dapat berkongsi instrumen yang
sesuai untuk mentaksir anak murid mereka. Selain daripada itu, guru juga harus rajin dalam
mencari sumber bacaan yang sesuai untuk meningkatkan kefahaman mereka terhadap PBD.
Tambahan lagi, guru harus berani menampilkan diri untuk menghadiri kursus-kursus PBD
yang dianjurkan oleh KPM, JPN dan PPD supaya lebih memahami akan kaedah pentaksiran
dengan betul.

Cikgu Kalaiselvi menyatakan bahawa PBD adalah satu pentaksiran yang berterusan dalam
sesi PdPc. Tujuannya adalah untuk mendapatkan maklumat tentang perkembangan,
kemajuan, kebolehan dan pencapaian murid. PBD ini biasanya berlaku secara formatif dan
sumatif.

Mengikut Puan Kalaiselvi, beliau berasa


keliru dan tidak tahu cara untuk mengaplikasikan dalam PdPc. Beliau juga kurang keyakinan
kerana kekurangan pengetahuan, kemahiran dan sumber material. Ada beberapa ibu baya
yang mempertikaikan cara pentaksiran guru. Selain itu, beliau tidak ada satu panduan yang
kukuh untuk menjalankan pentaksiran sehingga ia menjadi satu tekanan kepada diri saya.

Beliau telah membuat pembacaan dari buku-buku yang berkaitan dengan pentaksiran,
mencari maklumat daripada sumber Internet dan bincang dengan guru yang mempunyai
pengetahuan yang lebih tentang pentaksiran. Buku Panduan pelaksanaan pentaksiran bilik
darjah yang dikeluarkan pada tahun 2018 telah membantu beliau untuk mendapat maklumat
yang terperinci tentang PBD.

Cikgu Imran menyatakan PBD perlu dilakukan kepada semua murid kerana ia adalah
penilaian yang berterusan melibatkan kemahiran murid secara holistik. Pentaksiran perlu
dinilai melalui penguasaan murid dan bukan daripada pencapaian murid . perlu ada nilai
ukurannya dan skala skala yang tepat. Skema permakahan adalah satu bimbingan yang sangat
memudahkan guru

Masalah yang dihadapi oleh guru ialah guru mempunyai pengetahuan yang rendah terhadap
pelaksanaan PBD. Guru sudah biasa dengan pentaksiran sumatif. Terutamanya guru tidak
faham apa yang saya baca daripada nota yang dibekalkan oleh pihak atasan dan tidak dapat
menyesuaikan diri dalam perubahan baharu kerana kurang mempunyai kefehaman terhadap
kandungan PBD lalu hanya mengamalkan kaedah pentaksiran yang lama.
Cara mengatasi masalah diatas ialah melalui berusaha untuk berbincang dengan guru-guru
matematik mengenai cara pentaksiran yang sesuai. Cikgu juga perlu rajin mencari idea di
dalam media sosial supaya boleh menarik perhatian murid.

You might also like