You are on page 1of 2

GARIS PANDUAN TEMUDUGA PROGRAM HADIAH LATIHAN PERSEKUTUAN

(HLP) DAN CUTI BELAJAR BERGAJI PENUH TANPA BIASISWA (CBBPTB)


SESI 2017

BAGI CALON PERINGKAT PENGAJIAN SARJANA (KERJA KURSUS)

1. Sesi temuduga secara berkumpulan (3 orang) akan dilaksanakan selama 45


minit bagi setiap kumpulan. Soalan-soalan yang akan dikemukakan adalah
berkenaan skop pengajian calon serta pengetahuan am berkaitan
perkhidmatan awam dan negara.

BAGI CALON PERINGKAT PENGAJIAN PH.D DAN SARJANA (PENYELIDIKAN)

1. Calon peringkat pengajian Ph.D dan Sarjana (Penyelidikan) diwajibkan


membuat pembentangan kertas cadangan penyelidikan menggunakan slaid
PowerPoint secara individu dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris
sepenuhnya.

2. Slaid pembentangan perlulah mematuhi perkara-perkara berikut:

(i) 6 muka surat sahaja (tidak termasuk muka tajuk dan muka kata
penutup).

(ii) Menggunakan format PowerPoint.

(iii) Tiada hyperlink dan tiada tulisan merah.

(iv) Isi slaid yang tepat dan kemas yang meliputi perkara berikut:

(a) Objektif;
(b) Penyataan Masalah;
(c) Latar Belakang;
(d) Skop Kajian;
(e) Metodologi dan rangka jadual kerja (Gantt chart/ milestone); dan
(f) Potensi penyelidikan kepada perkhidmatan awam dan negara.

(v) Dicetak dalam empat (4) salinan seperti berikut:

(a) Satu (1) salinan dikemukakan kepada Urus Setia semasa


pendaftaran;

(b) Tiga (3) salinan dikemukakan kepada Panel Penilai sebelum


sesi pembentangan bermula;

1
(c) Dicetak secara Slides (1 slide per page), black and white,
scale to fit paper dan dicetak di kedua-dua belah muka surat.

(vi) Dikepilkan dengan stapler sekali sahaja pada bucu atas sebelah kiri.

(vii) Softcopy Powerpoint disalin masuk ke dalam komputer di bilik


pembentangan sebelum sesi temuduga calon bermula.

3. Setiap calon diberikan masa selama 20 minit untuk sesi pembentangan


yang diperincikan seperti berikut:

(i) 15 minit sesi pembentangan;

(ii) 5 minit sesi soal jawab oleh Panel Penilai; dan

(iii) Loceng pertama akan dibunyikan pada minit ke-13 sebagai


peringatan bahawa masa pembentangan hampir tamat. Loceng kedua
pula akan dibunyikan pada minit ke-15 menandakan masa
pembentangan telah tamat.

4. Sesi temuduga secara individu akan dijalankan secara 25 minit sejurus


selepas pembentangan tersebut.

You might also like